Monday, September 30, 2013

kutuk mengutuk? is it budaya?

hi hello

So we finally reached the end of September...fuhhh..tak sangka kan...

harap2 semua masih tetap semangat dalam menghadapi hari2 mendatang...

Actually sepanjang sy berbloggers, salah satu kesukaan sy adalah bloghopping... suka baca blog2 kesukaan selain dari list sedia ada sy... most of the time biasanya saya cuma silent reader saja...never have the intention to leave comment unless something important or I think i shud comment then only i leave my comment...

so sampai lah suatu hari, saya terbaca suatu entry dari famous blogger...entah macam mana dia luahkan perasaan dia terhadap seorang blogger lain yg happened to be juga seorang yg famous dengan business dia. Well, dari gaya tulisan blogger tu kita dapat hint lah siapa yang dia maksudkan... so tak apalah baca ja lah kan...

CUMANYA yang membuatkan saya rasa terpanggil mau comment apabila some of her followers/fan bagi komen yang pada saya sangat menakutkan... u know macam kutuk kaw kaw punya lah... macam yang kawan makan kawan...tikam belakang...depan puji belakang kutuk habis-habisan macam tu punya style comment mereka..kenapa sy cakap macam tu, sebab followers/fans si blogger ni tau siapa yang dimaksudkan...

SAYA JADI TAKUT ooo begitu... ini terang2 an depan puji belakang kutuk...mengumpat habis...

Kau bayangkan, kawan yang selama ni kau fikir BFF kau, sekali kau dapat tahu dia lah paling banyak mengutuk pasal kau di belakang... depan kau bukan main hormat puja segala..sekali....

Ini kalau buat bisnes, memang bahaya...kau tidak tahu tiba2 the next thing u know, you are no longer tuan punya company sb habis dikerjakan dengan so called BFF.

Sudah2 lah kita menghakimi orang lain, siapa kita untuk jadi hakim buat orang lain? hanya Tuhan saja yang sempurna penghakimannya. Kalau pun ada orang brbuat jahat ke atas kita, jangan lah membalasnya. Sebab pembalasan di tangan Tuhan, we might as well just pray and ask God to give us strength. Forgive the person and move on.. Our God is the ultimate jugdes.

SO janganlah jadikan kutuk mengutuk ni budaya kita... remember Tuhan melihat setiap hati kita...

till then... God bless

Wednesday, September 25, 2013

my opinion : bila harga minyak naik 20sen

Lama sudah benda ni tapi rasanya sy belum mention apa-apa kan...

to some people, kenaikan 20 sen itu biasa saja... mungkin sebab sy bukan dalam golongan 'some people' itu maka pada sy kenaikan 20 sen or bahasa MOF semasa di Parlimen semalam 'Kerajaan tidak pernah menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran. Kerajaan hanya kurangkan subsidi' whatever.... TETAP ADA KESANNYA pada golongan pertengahan seperti saya dan apa lagi golongan sederhana dan orang kampung.

Bak kata our PM, sy quote kata2 beliau 'Pengkritik hanya tahu mengkritik negara tetapi tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara'.

So here I am, pondering what our PM said dan apa kaitan dengan kenaikan minyak 20 sen.

Perbezaannya, bawa saga 1.3 dulunya isi RM50 penuhlah minyak sa. Sekarang isi 50 daripada 5 bar sy hanya dapat 4 bar or pas-pas an 4 bar. Beza? beza!

Mau kritik? hehehe sy penjawat awam takkan mau kritik kan..tapi like PM said bagi idea. Sebab itu ada PEMUDAH yang PM tubuhkan...sebagai 1 badan yg kita percaya boleh bantu PM selesaikan isu2 negara.  Saya memetik kata2 Rafizi orang Pakatan, (note here; sy bukan penyokong mereka tapi ada kewajaran di situ). Mengikut rafizi, kalau pun Kerajaan mau merasionalisasikan subsidi janganlah ambil subsidi minyak yg mana semua lapisan masyarakat terkesan. Tapi kenapa tidak tarik or kurangkan subsidi kepada konglomerat2 yang ada di Malaysia ini? Kalau alasan PM mau naikkan BRIM, BRIM pun semua orang tahu bukan SEMUA RAKYAT dapat! even dia naikkan kepada RM500 to RM1200 sekalipun, saya dengan golongan pertengahan x akan dapat!

Pemaju perumahan sudah beritahu akan ada kenaikan 10% pada harga rumah. Ini pun Kerajaan belum setelkan. Kalau kau tanya orang yg dapat BRIM, tanya lah berapa lama boleh simpan brim? mcm lah gaji daspat hari ini, hari ni juga akan tinggal separuh sebab bayar semua komitmen yg ada. Ini kan pula BRIM.

Husband sy pernah pergi ke Thailand. Di sana, minyak mahal tetapi harga kereta murah. So ada timbang balik dia. Kalau Kerajaan naikkan harga minyak, then do something to balance kos sara hidup yang lain. Sy bukan pakar ekonomi, orang EPU lah harus fikirkan ini. Sy ni pengguna!

Kalau hari2 stuck jammed di area seri kembangan for about 50 mins, dengan polis trafiknya yang mcm chipsmore, jalan tetap sama, saiz jalan tetap sama, kereta makin banyak...mana tidak packnya! Minyak pun boleh cepat habis juga! So mana balancing kos yang mau bantu rakyat?

Janganlah compare orang kampung. Orang kg, jarang guna kenderaan. Paling2 pg pasar, itu pun naik motor mungkin. Durang dapat BRIM. Orang pertengahan yg duduk bandar pun rasa macam orang miskin. Tidak boleh salahkan petani or gerai2 kecil yg kasi naik harga. Sebab alasan mereka pasti, 'sy datang sini bawa lori angkut barang2 pertanian sy. Kos itu sy kena serap jadi utk kurangkan beban sy, sy naikkan harga barang pertanian sy'. Logik kan!

Kenapa Kerajaan cuba dengar sekali sekala pandangan parti yg satu, after all kalau semua fikirkan tentang rakyat sure objektif itu yg didahulukan kan?

sy harap (berdoa dalam masa yg sama), Kerajaan betul melihat kebajikan rakyat sekarang. Kalau memang mau rasionalise kan subsidi then make sure the people know ke mana pergi hasil rasionalise subsidi itu. Ada lah perubahan dia. Mungkin public transport akan lebih efisien mungkin? Mungkin kereta akan dijual lebih murah? mungkin? mungkin jalan raya akan diupgrade? mungkin? tambah lagi flyover mungkin spy trafic jammed boleh dikurangkan? mungkin? barulah ngam dengan simbol DACING tu. BALANCE!

Tuesday, September 24, 2013

haters vs truth

Hello there,

so dalam dunia yang semuanya di hujung jari...info sangat cepat diketahui...

sb itu bila ada instagram, mulalah A follow B, C follow D...dan etc etc etc...

Spt sy tidak terkecuali untuk follow bbp artis yang sy gemari, ala mcm peminat biasa suka tengok baju mereka (ootd) suka tengok family (anak yg comel contohnya)... dan sy jarang sekali lah mau comment di insta artis sekalipun sometimes sy rasa comment di insta artis dikalangan followers mereka yang ada yg pro artis tersebut...

so baru-baru ni, sy drop my comment pd insta seorang artis, sy suka dia ni sebenarnya...lakonan dia memang superb..cumanya bila ada dikaitkan dengan seorang anak menteri, well well at first tengok biasa saja tapi lama2 tengok rasa mcam aduh perlu ka asyik bergambar bersama saja, sedangkan bila media tanya asyik jawapan yang sama saja... dari situ kita nampak kejujuran keikhlasan mereka... ini mcm berdolak dalik..mcm poyo ja kan!

so apa yg saya komen, bila artis ni bergambar dgn anak menteri tu..anak menteri ni pula memang banyak isu terbaru baru dilantik sbg peg khas di satu kementerian. To be honest, kurang gemar sekali dgn mana2 menteri yg suka lantik terutama keluarga mereka sendiri utk jadi orang atasan kementerian..jeles NO! sb sy penjawat awam, tau betul sangatlah permainan politik mereka yg sometimes merimaskan!

Apa yg sy perhatikan bila anak menteri mmg slalu brgambar artis ni. Tidak kisahlah kan...tapi bila mana selalu kau pun hairan, dia buat kerja ka tidak as a pegawai khas?

so komen sy ketika itu cuma menyokong salah seorang commenters di sana yg bertanya, since anak  menteri dah jadi peg khas biarlah jaga imej kementerian. Orang luar tidak tahu, imej penjawat awam imej kerajaan sebenarnya sudah banyak tercemar dgn isu begini. Tapi nampaknya tiada yg kisah...

yg peliknya anak menteri ni siap beri jawapan as if dia high  minded sangat...alahai....nasib bukan sy di kementerian tu tau...kalau tidak, susahlah kau berlagak...sb apa aktiviti kerajaan org dlm kementerian pasti tau, cuma semuanya JAGA IMEJ KEMENTERIAN jak. so pada saya jawapan dialah yg very low minded.

Paling kasian, dan sy sudah agak pun akan ada timbul banyak lagi lah penyokong2 pro anak menteri ni...siap kata sy judge dia ..pity saya lah...alahai.. tapi sy memutuskan tidak reply..bukan sebab sy rasa mereka ni betul tapi tidak berbaloi untuk dijawab! Buang masa saja, takpalah sy sudah mention dalam komen sy..mereka tidk faham anak menteri tidak faham...nasiblah...

APapun, ini beri saya fikiran begini, kenapa mereka ini tidak boleh melihat setiap kritikan atau pandangan itu bukan menjatuhkan atau bukan semata2 mau jadi antara salah seorang HATERS durang. Apalah..

to that anak menteri, buktikan lah kerja kau..as a peg khas menteri tersebut...will see the next 5 years sama ada gen Y yang cuba kamu dekati akan macam mana? Kepimpinan adalah melalui teladan. Bukan saja setakat menderma pada badan kebajikan tapi orang juga menilai sejauh mana kebijaksanaan kamu berkomunikasi. Bahasa tetap jiwa bangsa. Kalau bahasa pun sudah macam tu, I wonder mcm mana GEN Y akan menilai kamu...

Wednesday, September 18, 2013

i am feeling T I R E D


saya sangat penat...

letih rasa, nama selalu kena jerit...

letih rasa, kerja unit lain, sy yang dicari terus..

letih rasa

sangat letih...

Tuesday, September 17, 2013

Malaysia Day... 16092013

Semalam cuti umum sempena Hari Ulang Tahun Malaysia yang ke-50 (JUBLI EMAS). Tidak sangka kan.. Malaysia sudah berumur 50 tahun...

Memandangkan saya dan family tidak ke mana-mana, kami hanya di rumah tengok ASTRO yang menawarkan semua channel adalah FREE TO WATCH :)

Tapi sebab ada rasa patriotik sikit di hati, (yang ke-50 ni beb..Jubli Emas tu...JUBLEEE...Hari pembebasan)..so saya menonton dokumentari TV1 mengenai Hari Malaysia. Dokumentari memang hebat..semua diambil dari ARKIB RTM. Tapi yang sangat menyedihkan sangat sangat sangat menyedihkan, masih ramai generasi muda hari ini tidak faham atau memang tidak berminat untuk tahu..Hari Malaysia itu apa sebenarnya. Bila di tanya apa tu Hari Malaysia, some answer yang sempat sy rekod dalam minda saya..

(i) ada yang cakap..hari dimana semua kaum di Malaysia bergabung..(OMG..what kind of answer is this...bergabung menjadi apa adik oiiii)

(ii) ada yang cakap, hari Malaysia diadakan kerana negara Merdeka.. (ini lagi lah... mentang2 buku sejarah semua highlight 31 Ogos 1957, jadi kau fikir Hari Malaysia ada sebab malaya sudah merdeka)...

Dan jawapan2 lain adalah lebih banyak emmm hmmm emmm hmmm (durang tidak boleh jawab!)

Walaupun menyedihkan, tapi sya tidak boleh salahkan mereka 100%. Memang sistem pembelajaran di Malaysia sehingga hari ini, Hari Malaysia itu kurang ditekankan. Sebab apa, hanya Tahun 2010 baru Hari Malaysia diisytiharkan sebagai CUTI UMUM MALAYSIA. Kalau dulu hanya Sabah saja cuti sebab masa tu sempena hari jadi TYT Sabah. Bayangkan Malaysia ada sudah masuk 50 tahun tapi Kerajaan malaysia hanya menyedarinya tahun 2010?

Menjadi dewasa, saya akui saya mulai menyedari kenapa Hari Malaysia ini sangat penting untuk kita hayati. Malah sy berani cakap adalah lebih penting dari pada kemerdekaan tanah malaya iaitu 31 Ogos 1957. Kenapa tarikh itu hanya tanah malaya saja merdeka. Sabah Sarawak belum merdeka pun. Jadi bila buku sejarah lebih banyak menekankan 31 Ogos, sy jujur cakap sya ingat sabah pun merdeka tarikh yang sama. Pada hal Sabah hanya merdeka pada 31 Ogos 1963. Perhatikan....punyalah sistem pendidikan ketika itu memainkan peranan penting membentuk minda kanak-kanak seperti saya ketika itu.

Saya ingat lagi stp kali 31 Ogos, sy ikut bangga menyanyikan lagu "Tanggal 31, bulan 8 57..bla bla.." least that i know that Sabah belum merdeka pun masih tu.

Lagi menyedihkan media semenanjung selalu mewar-warkan  Malaysia terbentuk kerana sabah dan sarawak menyertai Malaysia.. AGAIN BIG MISTAKE... like hello Malaysia tidak akan ada tanpa ada persetujuan dari Sabah dan Sarawak (Brunei dan SPore ketika itu) untuk sama2 membentuk sebuah negara baru iaitu NEGARA MALAYSIA. Istilah menyertai ibarat satu penghinaan kepada sabah dan sarawak tau...as if kami yang terhegeh2 mau bergabung dengan tanah malaya masa tu.

Sedikit Recap, ketika Bapa Kemerdekaan Tanah Malaya Tunku Abdul Rahman menyedari bahawa penting sekali ada Sabah dan Sarawak ketika itu sebab masa itu untuk mengelak menularnya pengaruh komunis. Tanah malaya ketika itu penduduk nya berbilang kaum, Melayu, Cina dan India. Dan masa itu Singapura masih baik dengan Malaya. Spore masa tu ramai chinese. Sebab itu TAR berpandangan dengan kemasukan sabah swak, akan menjadikan komposisi bumiputera akan seimbang dan pengaruh komunis boleh dihalang. Dalam masa yang sama, North Borneo dan Swak masa tu, ada ancaman luar dari Indonesia dan Filipina. Indonesia yang bercadang membentuk Indonesia raya yang termasuk swak dan sabah. Filipina juga as u all know, ada kes tuntutan kerajaan sulu, jadi anytime mereka mungkin boleh mengancam keselamatan penduduk di sabah dan swak ketika itu. So for TAR dan wakil2 dari sabah n swak, it is more to win-win situations for each parties.

CUMANYA, ketika itulah masing2 Sabah n Swak datang dengan syarat2 masing2 sebab itu Sabah ada Perjanjian 20 Perkara. Hanya dipersetujui 20 perkara itu dan only rakyat sabah setuju untuk sama-sama membentuk negara baru.

Fast Forward, 50 Tahun Sabah berada dalam malaysia... sy berani cakap, Sabah masih sebuah negeri yang mundur. So tema Sabah maju jaya dalam malaysia itu macam.. (are u kidding me?) Bayangkan sabah still struggle dengan kemudahan asas... dari segi air, elektrik dan jalan raya. Whereas di kg2 orang asli di semenanjung boleh cakap ASTRO itu sudah jadi keperluan..means to say setakat basic infra tu no question they already have.. tapi Sabah? so di mana maju dan jayanya Sabah?

Tidak dinafikan Sabah kaya sumber..tapi sayang kita x kaya pemimpin yang bijak sana... sebab apa, semakin ramai anak muda dari sabah n swak terpaksa berhijrah di semenanjung demi mencari rezeki..kerjaya... ke mana pergi peluang pekerjaaan di Sabah? again di mana maju dan jayanya Sabah?

Batu Sumpah yang memeterai janji Hari Malaysia antaranya 1) Ugama adalah bebas di Sabah (ejaan dulu2) 2)tanah-tanah di sabah dikuasai oleh kerajaan sabah 3) adat istiadat orang sabah harus dihormati oleh kerajaan (refer=orang semenanjung) Tapi hakikatnya apa jadi di Sabah? Sekarang saja, pencetakan Alkitab dalam bahasa Malaysia Kerajaan PUSAT halang! Malah perkataan Allah pun jadi isu, walhal sabah n swak bertahun-tahun pakai... tanyalah tanah2 kelapa sawit di sabah..siapa pemiliknya...

Saya amat sedih. Mungkin sahabat dari semenanjung tidak menyedari ini, orang sarawak juga mungkin tidak menyedari perkara ini. Sebab itu sy puji Swak, mereka berani mengistiharkan kemerdekaan sarawak sebagai hari umum mereka sedangkan Sabah....

Doa saya untuk Malaysia hanya satu.. supaya apa saja yang tidak benar yang telah diperbuat ke atas Sabah itu diterangi...supaya hak2 yang sepatutnya milik Sabah dikembalikan..supaya ada kebangkitan pemimpin di sabah yang jujur dan takut akan Tuhan.

Dan sy percaya janji Tuhan...

God Bless Malaysia


Post yang Panjang (Hanya untuk di kalangan orang KRISTIAN SAHAJA)

"..and has made us to be a kingdom and priests to serve his God and Father—to him be glory and power for ever and ever! Amen." (Revelation 1:6)

"dan yang telah membuat kita menjadi suatu kerajaan, menjadi imam-imam bagi Allah, Bapa-Nya, - bagi Dialah Kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya. Amin" (Wahyu 1:6)

Pada 23-25 Ogos yang lepas, saya bersyukur kerana Tuhan membuka jalan untuk saya dan suami saya (bersama our lil. Joshua) ke SIB Lakecity untuk sama-sama mendengar seminar mengenai Keluarga Bahagia, Pembapaan yang dibawa oleh Penatua Ir. Eddy Leo. Bagi siapa yang tidak kenal, Pr. Ir. Eddy Leo ni merupakan senior pastor di Gereja Abbalove Ministries yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Dan oleh kerana itu, saya sangat bersyukur juga sebab diberi peluang mendengar sendiri isi hati Pak Eddy Leo yang juga merupakan FOUNDER kepada pengajaran atau pemuridan Saya Pengikut Kristus (SPK) yang banyak dipakai di gereja-gereja SIB khususnya di Lembah Klang. This Pemuridan is really good for our spiritual growth dan saya sendiri telah mengalaminya sendiri dan menyaksikan bagaimana anak-anak Tuhan mengalami pemulihan lewat daripada kelas SPK ini.

So berbalik kepada seminar yang saya ikuti, saya sangat sangat sangat kalau boleh seribu kali sangat diberkati. TUhan itu begitu baik sangat sangat baik tak terjangkau kebaikan Tuhan dalam kehidupan saya. Kenapa saya katakan begitu, mari saya share sedikit sebanyak berkat yang telah saya terima sepanjang sesi tersebut.

Pada Malam Pertama, Pak eddy Leo menyentuh tentang dasar kepada pembentukan keluarga. Kenapa Tuhan wujudkan keluarga. Apa dasar keluarga? kenapa Tuhan wujudkan keluarga. Keluarga adalah gambaran kepada TRITUNGGAL ALLAH. Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Di mana, wujudnya perkataan 'SALING' dalam hubungan TRITUNGGAL itu sendiri dan itulah yang Tuhan mahu keluarga di bumi juga ada hubungan saling. 

Saling mengasihi

Saling Mengampuni

Saling menerima

Saling terbuka


Dan banyak lagi saling lah...

Tapi what happened now adays, keluarga anak-anak Tuhan bagaimana keadaannya? Pernah dengar suami isteri bergaduh atau ibu bapa kita bergaduh, keluar perkataan 'itulah kau tu, memang tidak akan berubah itulah sikap kau sampai bila2" atau "kau sepatutnya menghargai saya, suami kena mengasihi saya" atau "kau kan isteri, patutnya ini kerja kau" dan macam-macam lagi lah...

so dalam family pun boleh wujud yang namanya HAKIM dan PENDAKWAh RAYA




Ini hakim....









Ini pendakwah...


masing-masing dalam keluarga si suami kadangkala menjadi hakim, isteri salah sikit terus dijugde memang isteri beginilah...atau isteri pula bertindak jadi penuntut...so akhirnya, jadilah pergaduhan, tiada komunikasi, saling menyalahkan (not  a very good saling here), saling menghakimi, saling menuntut, akhirnya meninggalkan kepahitan dalam hati (bitterness)...jadi mangsa anak...

Bak kata Pr. gilber Lumoinding dalam kutbah yg saya dengar di YouTube, Keluarga yang bahagia boleh menjadikan kita hidup di surga walaupun kita belum hidup di surga. Dan keluarga yang hancur boleh menjadikan kita hidup di neraka walaupun kita belum hidup di neraka.

Think a for moment, betul juga kan. Kalau ditanya kepada anak-anak yang bermasalah, (dalam drama atau TV) selalu ada perkataan 'saya tidak suka duduk di rumah. saya rasa rumah saya mcm neraka!' Apa tidak, suami isteri asyik bergaduh, sikit2 gaduh sikit2 tengking...

To be honest, sedar tanpa sedar saya juga pernah jadi hakim dan penuntut kepada suami saya. Bila kami bergaduh, dan benda yang sama terjadi, saya pernah terfikir, aduh Tuhan memang beginilah perangai suami sya ni, dia tidak akan berubah! see, saya jadi hakim terus di situ. Kadang-kadang saya jadi penuntut, sepatutnya suami saya menghargai saya, suami saya memahami saya etc etc etc..tanpa disedari akar kepada kepahitan dan akhirnya luka ada dalam hati saya.

Tapi ketika Pak Eddy Leo kata, kalau kita menyedari bahawa kita ini (yes saya dan saudari) adalah IMAM, maka kita sama sekali tidak boleh menjadi HAKIM atau menghakimi kepada suami atau siapa2 saja di sekitar kita. Sebab itulah Wahyu 1:6 sebutkan itu. We are PRIEST. JESUS is the MOST HIGHEST PRIEST. Dia adalah IMAM AGUNG. 

Apa fungsi Imam? zaman perjanjian lama, hanya orang lewi saja yang boleh masuk dalam ruang kudus. orang-orang awam pada ketika itu perlu membawa korban dan memceritakan bahan doa mereka kepada suku kaum Lewi. Lewi bertindak sebagai imam, berfungsi;

(i) mendengarkan 
(ii) membawa doa syafaat
(iii) membawa hadirat Allah 

Di perjanjian baru, kita boleh terus datang kepada Tuhan kerana Yesus sudah mati bagi kita. Dan YESUS adalah the LAMB OF GOD. sebab itu kita tidak perlu another korban sebab Yesus telah menjadi korban tersebut. Once and for all! Dan oleh DIA, kita menjadi imam-imamNYA ALLAH.

Jadi seorang imam, akan mendengarkan, berdoa syafaat dan membawa hadirat Tuhan. Jadi apabila suami isteri masing-masing menjadi imam, tidak lagi menghakimi tapi malah saling mengampuni dan berdoa syafaat apapun kelemahan kedua-dua pihak, itu akan MENGHADIRKAN HADIRAT ALLAH dalam keluarga kita. Dan bila HADIRAT ALLAH hadir, maka mukjizat -mukjizat ALLAH akan turun ke atas family kita.

As I heard the truth, saya menangis dan meminta pengampunan dari Tuhan. Saya tidak sedar saya telah menjadi hakim dan penuntut dalam keluarga saya sendiri. Saya bertaubat. Mulai hari tu saya katakan kepada Tuhan, saya adalah Imam. 

Puji Tuhan, saya dan suami saya turut sama dijamah Tuhan malam hari itu. Semuanya dalam proses pemulihan but I can see changes in my husband and the atmosfere in our family juga berubah. PUJI TUHAN.

Oleh itu, my beloved readers, stop being a judge. Let us not judge any person today. Be a priest. Because God called you so to be HIS priest (2 Korintus 9:4). 

Apapun, keadaan or kesalahan orang kepada kita never ever judge. But PRAY FOR THEM.

with that, my prayes to you as well that you will be bless too and be a priest in your own family.

God Bless.

Monday, September 16, 2013

I'M back!

hiiii...

I'm back from my long-sabbatical leave. Well I must say those moments are very divine to me as I took the time to reflect again myself...my beliefs..my life...

anyway..here i am again...

some of you had asked me why i stop blogging.. not only i stop blogging but i also shut myself with the social media networking.. from FB..from twitter and from Instagram... pendek kata, sy hanya surf internet untuk hal2 lain...

The reason why i stop from blogging and FB so on... is that I strongly believe in my heart that God tell me to do so..and the same time I had make a commitment to join the NECF program called The 40-days Fast and Pray. Well, i am not fully 40 days, because i started late but the main point is that God really called me to seek him.

So there go my 21 days journey which I named it as The 21 days of My spiritual journey.

Will share more about the journey in my next entry..

Till then, happy meeting again bloggers!

God Bless.


A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...