Thursday, November 27, 2014

BF and The THIRD

hi..morning...

We are reaching to the end of November. 1 Month to go before 2014 say good bye to us.

Time is moving fast...so with my life...

Dari bertiga menjadi berempat...

Perlahan-lahan mengadaptkan diri untuk mengurus anak 2 orang yang lelaki.

Saya ingat masa saya mengandungkan Jayden, saya sempat bermonolog dengan diri sendiri supaya jayden akan berhenti menyusu sendiri. Dan tidak perlu saya paksa-paksa macam abangnya Joshua. Kenangan menghantar Joshua 1 bulan adalah kenangan yang pahit. Dan sebolehnya saya tidak mahu Jayden mengalami hal yang sama.

Semasa Jayden, saya berkeyakinan penuh dapat menyusukan dia 6 bulan eklusif. Sebab kali ini saya sempat menyimpan stok susu yang boleh tahan banyak. Malangnya harapan dan strategi saya tidak menjadi. Apa bila ketika usia Jayden almost 6 bulan saya disahkan mengandung. YES. I am pregnant. AGAIN.

5 bulan sahaja saya dapat menyusukan Jayden full. Lepas tu sudah campur dengan formula. Sebab once saya pregant kuantiti susu drop secara mendadak. di tambah ketika itu baru saja memangku 48. Lagi usaha mengepam susu semakin sukar dilakukan.

Lama2 dalam 6 bulan lebih Jayden sendiri berhenti. Tanpa dipaksa tanpa disuruh.

Pada mulanya, saya rasa happy. Sebab just like what i wished for. But then, sedihnya...we all know susu ibulah paling berkhasiat utk baby. Sejak jayden berhenti susu badan...mesti dia kerap kena selsema dan batuk. Dan sy terpaksa bergantung kepada ubat doktor most of the time.

Sikit2 batuk saya masih guna kaedah natural. Tapi kalau tahap batuk kuat...sy tidak boleh menunggu lama2. Memang antibiotik doktor akan kasi kalau lebih 3 hari jayden batuk.

Bila Jayden demam situlah saya rasa sedih sangat. Sebab kalau dengan bf pasti dia akan dapat zat dari susu ibu. Sebab apa yg ibu makan itu yg anak makan juga. Kalau sy makan multivitamin jayden pasti dapat sama.

Sayangnya...di kala sya ingin melakukan dengan baik bf journey saya dengan Jayden..tidak menjadi pula.

Dengan kehadiran orang baru lagi dalam rahim ku...memang agak berat dan mencabar. Puji Tuhan the 1st trisemester,...alahanku x kuat spt 2 pengalaman yg lepas. Yg ketiga ini, sikit2 itu ada maksud saya tekak rasa mual pahit. Tapi x sampai muntah teruk2 atau muka serabai atau langsung x boleh makan. This time around with the third, it is much easier.

Pun begitu dengan anak almost 3 tahun dan baby yang baru 6 bulan,,tetap juga mencabar. Badan sangat cepat letih...ada hikmahnya Jayden berhenti menyusu awal. Tapi x ku sangka aku mengandung. Sedangkan suda dikira dengan baik timingnya. Apa boleh, sy anggap ada rencana Tuhan di sebalik semua itu.

Since routine ku akan berulang kembali...pergi klinik segala...tahun depan berulang lagi bahkan double lah kali cabarannya. sebab dijangka baby ke3 ini akan lahir cukup2 ayden 1 tahun. Dan sy mengharapkan inilah yang terakhir, Cukuplah 3. Dan kali ke3 ini sy sangat berharap sy dapat menyusukan dia sepenuhnya sampai dia 2 tahun. Sangat2 berharap, Sebab itu, kesilapan strategi yang lepas akan dijadikan pengajaran lagi,

Oklah....till then

Wednesday, November 26, 2014

Proud mommy

Menjelang akhir tahun sememangnya merupakan hari yang ditunggu-tunggu khususnya bagi para ibu bapa yang punya anak-anak sama ada yang bersekolah di tadika, sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. Ini kerana pada waktu hujung tahun lah sesi atau majlis penyampaian anugrah kecemerlangan akan diadakan oleh sekolah.

Kegembiraan ketika anak-anak sendiri dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang..Pelajar Terbaik untuk mata pelajaran dot dot.. anugrah khas. dan sebagainya pastinya membuatkan ibu bapa rasa teruja dan ingin kongsikan bersama kegembiraan tu bersama dengan teman-teman rapat mereka.

Tidak ketinggalan group whatapss saya yang semuanya ibu-ibu. Sejak 2 minggu lepas...hp saya dihujani dengan gambar anak2 mereka mendapatkan hadiah dan anugerah. ucapan tahniah disampaikan. 

Sebagai ibu, saya faham. Pastinya sy juga antara golongan yang mungkin akan share kegembiraan kejayaan anak-anak saya nanti.

Tidak cukup di whatsapp..FB pun ada. Saya hanya mampu senyum dan tumpang wish congrats bagi yang berkenaan. 

Tidak salah. Sebab kita sekarang memang hidup pada zaman IT yang semakin pesat digunakan oleh ramai orang. Sampai bapa saya sendiri balik2 minta ada akaun FB sendiri. hehehe

Zaman saya dulu..memang internet masih kurang. Saya ingat masa saya dan adik saya sekolah rendah...boleh kata nama bapa saya sentiasa jadi bualan bahkan sehingga saya sudah ada anak ni pun once a while bapa saya dipanggil di sekolah rendah lama saya untuk bagi ceramah atau motivasi tentang bagaimana dia boleh membesarkan kami (7 orang adik beradik) dengan hanya gaji seorang pemandu sahaja. Dan puji Tuhan dikaruniakan akademik yang baik.

Saya ingat masa zaman sekolah rendah...anugrah pelajar cemerlang saya ambil, anugrah subjek english terbaik sya ambil. Pelajar berpantun, berpidato, bersajak semua saya ambil. Begitu aktif dan cerdasnya sy masih sekolah rendah. Bila fikir2 balik, saya sangat bersyukur untuk anugrah dari Tuhan. Keluarga saya tidak senang jauh sekali hidup sebagai orang kaya. Tapi Tuhan itu adil. Dia melihat kesusahan ibu bapa saya siang malam membanting tulang untuk kami adik beradik. Kalau bapa saya, tiada istilah lain selain Pelajaran itu penting. hanya pelajaran mampu mengubah cara hidup kami.

And YES. today we are where we dreamed to be. And I really thanked God for everything. Saya pasti sekalipun tiada FB or wassap pada ketika itu, pastinya ibu bapa saya adalah orang yang paling happy bila mendapat tahu kecemerlangan anak2nya. 

Hari ini, saya ada dua orang anak and yes..soon going to add 3. (will blog about it). Seperti ibu bapa lain, sy juga punya harapan besar untuk anak-anak saya. Bermula dari kandungan saya berdoa yang baik2 untuk mereka. kemudian dengan nama yang ada makna sebagai tanda prophetic name utk mereka. Namun dalam masa yang sama sy berdoa, pelajaran utama yang perlu saya berikan utk anak-anak saya adalah mengenal Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. To me, itulah harta yang bernilai yang dapat saya tinggalkan buat anak-anak saya. Sebab sekalipun saya tiada di bumi ini nanti..saya tidak akan risau kerana sy tau sama seperti Tuhan telah menyertai hidup saya, Tuhan yang sama akan menyertai hidup anak-anak saya.

And for that it is enough for me to say I am proud mommy.

Monday, November 17, 2014


Hujung minggu adalah hari beristirehat bersama keluarga selepas 5 hari memerah otak dan mengerah tenaga di Pejabat. Minggu ini sahaja dua kali saya berulang ke INTAN Bukit Kiara kerana menghadiri Program. Minggu lepas juga minggu mengerah otak untuk mengeluarkan idea penulisan yang boleh tahan mencabar minda ku sebagai penjawat awam. Ternyata, pengalaman selama 8 tahun bekerja masih belum cukup untuk mengeluarkan sebuah kertas Dasar. Menyedihkan! Saya akan blog tentang hal itu kemudian.

Apapun, jangan hairan kalau saya cuba menulis dalam Bahasa Melayu lengkap. Bukan apa,selepas mendengar Seminar Pugar Bahasa tempoh hari terasa insaf sekejap. Hahaha. Tapi susahlah... kang blog ku akan menjadi seperti tv kerajaan yang orang ramai tidak berapa suka tengok sebab bahasanya yang terlalu formal..hehehe

Anyway...hujung minggu ku kali ini adalah super mencabar. Saya sebenarnya sudah biasa 'ditinggalkan'oleh suami untuk mengurus anak-anak sendiri. Dengan nature work suami yang selalu keluar atas urusan rasmi...diriku sudah terbiasa. Tapi hujung minggu adalah berbeza. Minggu lepas suami ku terpaksa balik Sabah untuk urusan 'maid hunting'which I hope and pray urusan kami itu akan berjalan lancar walaupun harapan itu setipis kertas A4. Bukan masalah orangnya tapi ada sedikit urusan legal yang here and there perlu kami ambil perhatian.

Jadi bermula jumaat malam, sabtu and ahad. Hanya tinggal diriku dan anak-anak ku yang comel itu.

Jayden masih dalam proses recover. Sejak rabu, jayden batuk-batuk, dan suhu turun naik sehingga saya terpaksa ambil EL pada hari rabu. Mau ambil EL pun memang masalah lah kalau di tempat baru dengan bos baru. Kalau masih d jabatan lama, sekurang-kurangnya saya tidak rasa takut dan gementar sangat. Bukan ambil kesempatan tapi at least I know how is my penyelia. Tapi di tempat yang baru ini, ehmm menggigil juga lah. Walaupun sebab family matter.

Joshua pula masih dengan sikap nya yang happy go lucky. Makin dilarang makin dibuat. Dicakap jangan..baginya adalah YA. Dirotan di jerit masih buat x tahu. 

So minggu ku sangat tragik. Saya betul2 jadi seorang mummy yang horror. Marah. Jerit. Rotan. Tendang. entah lah..kalau fikir balik...it was really bad..that i ended with crying.

Crying.

Crying.

and suddenly I regretted to be a mother.

It was a horrible feeling.

I gave up.

Then, i started to blame God. I ask God, why i have never have smooth journey in parenting? why my son Joshua still cant talk and understand me? why jayden keep on crying? why they are so clingy to me? why i dont have maid? why God didnt send me a helper? Why my husband have to go back at this time? why I become mother? why? and Why?

Then at 5 oclock on the sunday evening..finally both of them fallen asleep. Kepala masih berdenyut2 sebab sudah 2 hari x cukup tidur.  (or almost 7 days kot). Kerja rumah menunggu. Ada botol susu perlu dicuci. Ada kain-kain perlu dijemur. Since sy malas keluar, sy perlu masak (masak simple saja) dinner untuk sy dan anak-anak. I need to be fast before they wake up.

And the list to do is go on and on in my mind.

But, instead I just lied down and opened my e-bible looking for a words. Then I looked up at Psalm 6:5

"For in death there is no remembrance of you; in Sheol who will give you praise?"

O aku masih hidup Tuhan. Walaupun dalam keadaan ku begitu aku sukar untuk mengucap syukur...tapi aku masih hidup Tuhan. sebab di dunia orang mati siapakan yang akan mengucap syukur?

Then, I prayed. I asked God for forgiveness. For EVERYTHING. I Said and Done. 

After that I get up from my bed. Take my shower and rushed (again) doing all things that I can do before they wake up.

So this is my life..my real mother hood story. I am far from perfect mother. And I think I will I never be one. I am just me. A mother who have a lot of weaknesses. 

But still...

Joshua and Jayden is the perfect GIFT from heaven. And they are my reward of my womb. A blessed womb. They are Benjamin Generation. The generation who love God. 

And I know God had a very special task for each of them. 

Though I am not a perfect mother, I know I had a perfect God. Though I had make a lot of mistake. But Joshua and Jayden will never be a mistake. God had seen them long before I seen them. 

Inilah kisah hujung minggu ku. 

I love them very very much. 

I thank you Lord for loving me even though i am also a miserable child to you.

This is the picture of them. (Laughing and playing together (on my laps) before Joshua punched his lil. bro)

Priceless!

Monday, November 3, 2014

The story of my 2nd baby Jayden Uriel



Masa saya 1st jadi mummy kepada Joshua, banyak benda yang saya rekod. For eg bila masa 1st time joshua boleh meniarap, bila ada gigi, macam mana dia 1st time dapat solid food, etc etc...dan baik FB, IG saya penuh dengan keéxcitedán saya menjadi ibu...sampai banyaklah status post saya pasal joshua. Orang bilang excited and welcome to motherhood lah.. ya me being as normal me and normal woman...

Bila ada 2nd baby, i admit banyak benda sy x rekod...banyak benda yang sy x war2 kan di media sosial...banyak benda sy rekod di minda saya sendiri dan memori saya...

But i guess it doesnt sound fair to jayden uriel. After all, bila dia besar nanti pandai cakap sekali tengok blog saya (hopefully masih hidup lagi blog tu time tu) mesti dia akan rasa hairan kenapa semua benda gambar abang dia yang banyak..cerita abang dia yang banyak...so di post sy yang kali ini, saya abadikan sedikit memori saya tentang Jayden uriel...

Nama jayden saja sebenarnya susah mau cari...apa lagi nama uriel. Both name is Hebrew origin. Since sy and hubby bukan jenis kasih nama yg lebih kurang sound sama,,,mcm nama sibling sa sendiri...tapi sy masih mau kasi nama yang kalau boleh ada persamaan bagi semua anak-anak saya. Since nama bapa mereka Michael with the end of EL..makanya..joshua dan jayden huruf J depan yang sama tapi nama kedua mereka masing-masing akan berakhir dengan EL. Sebab itu datangnya RaphaEL dan UriEL. And it is really hard to find such name that bring good meaning..well at least nama itu satu doa kami untuk anak2 kami. In my previous post i did explained the meaning of jayden uriel name, so i wont repeat it here. :)



Jayden seawal 3 bulan lebih skit,,dia sudah meniarap kan dirinya...which is for us sangat cepat berbanding abangnya Joshua. Mungkin sebab jayden dari lahir lebih kecil berbanding Joshua. Sy sebenarnya fobia baby size besar sebab sakit mau meneran...syukur jayden his size is just á bear able pain that i can endure during labor'. 

Dulu masih jayden lahir badan dia kemerah-merahan..unlike Joshua dia dari kecil nampak terus kulit macam orang cina...halus dan putih. But after bbp bulan, kulit jayden menjadi putih dan halus. Dari kecil jayden sudah pandai komunikasi dengan kami. Stp kali sy ambil dia dari nurseri dia mesti mau 'say something'each time kami bercerita. Dan yang paling ketara, jayden sgt murah dengan senyuman...suka sangat senyum dan itu buat dia sangat precious..kecomelan yang amat sangat..ok (i am being super bias mom here)

Seawal 5 bulan jayden sudah menunjukkan dia minat mau makan. Tapi saya tahan sampai dia cukup 6 bulan sebab sy teringat dia kuning sampai 1 bulan tu hari sb hati dia lambat matang. jadi sy x mau ambil risiko bagi makan sebelum dia betul2 cukup 6 bulan. Masa baru jejak kaki 6 bulan, jayden sudah mulai angkat badan mau ke step seterusnya utk merangkak..bahkan lebih aktif...dan sekarang ni he can sit! merangkan belum pass tapi jayden sudah boleh duduk. 

Dan tanpa sy sedari jayden sudah tumbuh 11/2 gigi. Itu pun sekolah brtahu sebab jayden berhenti menyusu seawal 6 bulan. SENDIRI. Lagi amazing...

I feel so bleesed. TUmbesaran jayden agak cepat compare to his abang. Dan sebab dia suka orang..suka main,, jayden juga suka usik abang dia. Abang dia suka main ipad...situ juga jayden akan   datang kacau abang dia. Kuis2 ipad dan rambut abang dia. Joshua pula x suka berkongsi...


Tengok jayden suka mau main dengan abang dia, tapi abang dia buat dono saja...


Even saya kasi ipad besar jayden still wanted to see his bro ipad mini

Dua2 sudah dapat bahagian masing-masing


 sigh..saya x planning bagi jayden gadjet2 ni..tapi apakan daya peer pressure I guess.


This is precious for me...see how jayden loves to communicate with other people..

They are both precious to me. I admit ada masa sy jadi hulk mommy utk mereka berdua bila keadaan diri saya yang penat dan melayan mereka berdua..i feel bad to them...but every time they fell asleep, mesti saya renung wajah mereka. Cuma ada satu yg ada di hati saya...,mereka adalah kesukaan hati saya. Mereka adalah hadiah dari Surga untuk saya. 

Hanya doa yang sy berikan utk mereka...supaya Tuhan Yesus sentiasa melindungi dan memelihara mereka..Joshua dan Jayden...

Anyway.. Happy November u olls...

1 more month to go before we end this year...


A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...