Lama sudah benda ni tapi rasanya sy belum mention apa-apa kan...
to some people, kenaikan 20 sen itu biasa saja... mungkin sebab sy bukan dalam golongan 'some people' itu maka pada sy kenaikan 20 sen or bahasa MOF semasa di Parlimen semalam 'Kerajaan tidak pernah menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran. Kerajaan hanya kurangkan subsidi' whatever.... TETAP ADA KESANNYA pada golongan pertengahan seperti saya dan apa lagi golongan sederhana dan orang kampung.
Bak kata our PM, sy quote kata2 beliau 'Pengkritik hanya tahu mengkritik negara tetapi tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara'.
So here I am, pondering what our PM said dan apa kaitan dengan kenaikan minyak 20 sen.
Perbezaannya, bawa saga 1.3 dulunya isi RM50 penuhlah minyak sa. Sekarang isi 50 daripada 5 bar sy hanya dapat 4 bar or pas-pas an 4 bar. Beza? beza!
Mau kritik? hehehe sy penjawat awam takkan mau kritik kan..tapi like PM said bagi idea. Sebab itu ada PEMUDAH yang PM tubuhkan...sebagai 1 badan yg kita percaya boleh bantu PM selesaikan isu2 negara. Saya memetik kata2 Rafizi orang Pakatan, (note here; sy bukan penyokong mereka tapi ada kewajaran di situ). Mengikut rafizi, kalau pun Kerajaan mau merasionalisasikan subsidi janganlah ambil subsidi minyak yg mana semua lapisan masyarakat terkesan. Tapi kenapa tidak tarik or kurangkan subsidi kepada konglomerat2 yang ada di Malaysia ini? Kalau alasan PM mau naikkan BRIM, BRIM pun semua orang tahu bukan SEMUA RAKYAT dapat! even dia naikkan kepada RM500 to RM1200 sekalipun, saya dengan golongan pertengahan x akan dapat!
Pemaju perumahan sudah beritahu akan ada kenaikan 10% pada harga rumah. Ini pun Kerajaan belum setelkan. Kalau kau tanya orang yg dapat BRIM, tanya lah berapa lama boleh simpan brim? mcm lah gaji daspat hari ini, hari ni juga akan tinggal separuh sebab bayar semua komitmen yg ada. Ini kan pula BRIM.
Husband sy pernah pergi ke Thailand. Di sana, minyak mahal tetapi harga kereta murah. So ada timbang balik dia. Kalau Kerajaan naikkan harga minyak, then do something to balance kos sara hidup yang lain. Sy bukan pakar ekonomi, orang EPU lah harus fikirkan ini. Sy ni pengguna!
Kalau hari2 stuck jammed di area seri kembangan for about 50 mins, dengan polis trafiknya yang mcm chipsmore, jalan tetap sama, saiz jalan tetap sama, kereta makin banyak...mana tidak packnya! Minyak pun boleh cepat habis juga! So mana balancing kos yang mau bantu rakyat?
Janganlah compare orang kampung. Orang kg, jarang guna kenderaan. Paling2 pg pasar, itu pun naik motor mungkin. Durang dapat BRIM. Orang pertengahan yg duduk bandar pun rasa macam orang miskin. Tidak boleh salahkan petani or gerai2 kecil yg kasi naik harga. Sebab alasan mereka pasti, 'sy datang sini bawa lori angkut barang2 pertanian sy. Kos itu sy kena serap jadi utk kurangkan beban sy, sy naikkan harga barang pertanian sy'. Logik kan!
Kenapa Kerajaan cuba dengar sekali sekala pandangan parti yg satu, after all kalau semua fikirkan tentang rakyat sure objektif itu yg didahulukan kan?
sy harap (berdoa dalam masa yg sama), Kerajaan betul melihat kebajikan rakyat sekarang. Kalau memang mau rasionalise kan subsidi then make sure the people know ke mana pergi hasil rasionalise subsidi itu. Ada lah perubahan dia. Mungkin public transport akan lebih efisien mungkin? Mungkin kereta akan dijual lebih murah? mungkin? mungkin jalan raya akan diupgrade? mungkin? tambah lagi flyover mungkin spy trafic jammed boleh dikurangkan? mungkin? barulah ngam dengan simbol DACING tu. BALANCE!