Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Tuesday, August 2, 2016

REVIEW: OLD KOREAN DRAMA

Nah..there you go... tajuk post sudah mengambarkan isi...

hahaha, saya tau saya tau...post trip JEPUN belum selesai. But then, nanti saja saya sambung sebab at the moment saya diserang semula penyakit KOREAN DRAMA ADDICT!

Kenapa? saya ada tinggal 2 minggu (actually less than that) untuk saya menghabiskan masa-masa saya di office. Kerja part saya pun sudah selesai. Tinggal beberapa lagi sebelum saya hand over kepada yang berkenaan. So di waktu2 berkenaan saya sangatlah boring...jadi to kill the time hahahaha...saya minta tolong lah kawan sy ni apa yang download kan korean drama untuk saya. Since banyak korea drama yang saya tertinggal..sejak last saya tengok 2011 jadi sy minta semula lah kwn ni tolong. Sebabnya saya ni tidak IT savvy. Mau download movie pun tidak pandai.

Pendekkan cerita,...saya tengok balik cerita2 hot era 2013 sampai 2015.

Pertama yang saya tengok The HEIRS (2013)

Well, saya ada banyak list mau tengok sebenarnya tapi saya pilih ni sebab saya minat Lee Min Ho. Sejak Won Bin, Bae Yon Jun, Kim Hyun Joong, ... Lee Min Ho adalah actor korea yang saya suka tengok. Since dia berlakon Boys Over Flowers, lepas tu City Hunter. Since ada Park Shin Hye so saya ingat saya tengok dulu drama ini.

Overall, saya bagi 7.5/10. As usual, LMH memang handsome..suka watak dia fighting scene. Sesuai. Sayangnya dia x dpt masuk dlm army enlistment. Kalau tidak mesti dia lagi 'manly'macam SJK. hehehe. PSH lawa..tapi macam ada yg kurang. Will talk about it dlm drama Pinochio.

Saya tengok the Heirs ni betul2 tengok tiada lompat2. Setia. Wlpn still ada kurang sy rasa, still saya terhibur lakonan Kim Ji Won dengan adik Jesica (ex SNSD) tu...suka betul. Rasa bila korean actress speakin wow sangat!

Then saya tengok Pinochio. (2014-2015)

Kredit: Google

Ok jujur, Lee Jong Suk bukanlah dalam senarai kesukaan saya. Dan saya rasa ini drama pertama saya tengok dia berlakon. Drama ni pun ada part yg sy lompat2. Tapi, mengejutkan saya, bila chemistry antara LJS dengan PSH adalah Daebak!

Compare to LMH, saya rasa PSH sangat sesuai dengan LJS. Bak kata SJK dalam fan meeting dia, 'putong-putong'ah. (Nervous). Each time scene mereka dua, saya rasa nervous. That was my feeling when i was watching SJK and SHK for the first time. Kalau SJK and SHK adalah best couple, LJS dan PSH adalah best young couple!

Suka sangat lakonan SH dalam ni. Hidup betul dia sebagai ada sindrom pinochio. Dan dia lebih nampak cantik banding dia dalam the Heirs. Probably, mungkin saya tidak berapa suka cerita çinta darjat'...

Saya habiskan cerita dan still rasa 'putong-putong ah'. LJS undoubtly very handsome. Cuma, still ada lacking emotion saya tengoklah. But nevertheless, he execute his character very well in that drama. I wonder kalau dia suda masuk army. U knowlah kan, SJK lepas keluar army aura 'manly'dia tu sangat kuat. no wonder 2016 is his year!

Having said that, sekarang list kesukaan pelakon korea berubah.
Pertama- Song Joong Ki (woaahhh saya suka betul dia...but not as his fangirl but more to kikyo shippers)
Kedua - Lee Jong Suk (ni barulah suka pandang pertama...hahahaha)
Ketiga - Lee Min Ho... (handsome dan ada carisma)

Manakala kalau pelakon perempuan, buat masa ini, saya masih listkan Song Hye Kyo, Choi Ji Woo dan terbaru PSH masuk dalam senarai saya. So far, apa saja tentang durang sya suka. hehehe Kemungkinan Kim So Hyun (pelakon muda) bakal masuk list saya. 

Btw, lupa bagi utk pinochio saya kasi 9/10. Saya suka yang berakhir dengan wedding. hahaha. Thats just me who like fairy tale story. hehehe

Itulah orang cakap, once korean drama fans will always be their fans. 

Till then.

Thank you for reading.

Monday, February 10, 2014

Movie Review

movie review kengkawan?

from me? ehmm u may not expect that was came from me kan...hehehe

so apa yang saya tengok...

well first thing first, when i said movie review...doesnt mean it is the latest movie that i watched at Cinema... to be frank  i dont remember when was the last time i went to cinema...feels like it has been ages already. hahaha.

But this movie i tell you very very worth to watch... thanks to 119 @ TV9 ..hahaha yaa i watched it at home. When my toddler Joshua already sleep. Tak tahu kenapa, mata belum rasa mengantuk dalam sekitar mau jam 11 mcm tu.. cari-cari chanel ... tengok korea pun boring last2 tekan chanel 119 slot saranghae. Masa tu agak memang slot korea ni cuma tidak tau cerita apa....so saya pun ke chanel 119.. tajuk movie dia The Man from Nowhere...


Won Bin tu hero dia... tapi masa saya tengok ni...saya betul2 tidak cam dia...masa tengok pun rasa macam apa lah cerita ni pasal anak terbiar pasal lelaki yang tidak terurus... macam ni..


macam mana mau kenal won bin yang handsome punya mata redup tu...hampir-hampir ku tukar channel lain.. tapi sebab saya rasa mcam menarik dengan cerita budak dalam ni...rupa-rupanya movie ni perdagangan anak-anak terbiar untuk mengedar dadah.. anak2 ni dijadikan orang2 yang 'menghantar' dadah ke tempat yang diarahkan. Bila anak ni jadi lemah tidak berdaya (tidak pasti dibagi dadah ka tidak), mereka operate anak ni jual organ mcam jantung, mata, hati ke negara luar... KEJAM kan... sama kejamnya dengan pembunuhan anak kecil yang disuruh telan pil kuda tu dan dipijak2 untuk mau keluarkan pil kuda...dadah punya pasal...anak jadi korban... masa saya tengok ni..saya rasa aduh kasiannya anak2 ni...

Teringat saya statement xiaxue blogger dari spore itu, katanya it is easy to be a mother..betul (i mean ramai anak gadis sekarang yg mengandung luar nikah kan)... kenapa ada anak kadang buang anak ...kadang kasi besar anak juga tapi mama dia jadi penagih lah..pemabuk lah...tapi it is very tough to be a good mother... sangat kasian anak2 yang terbiar begini...mereka perlukan perlindungan kasih sayang tapi ....

so berbalik kepada cerita ini, ada budak perempuan namanya so mi. dia ni duduk berjiran dengan won bin. Dia hanya panggil won bin sebagai ajesossi.. (panggilan untuk orang yang tidak dikenali). so mi punya ibu yang ketagih heroin. Oleh kerana itu, ibunya pergi mencuri dadah dari kumpulan dadah yang berbahaya dan dimasukkan dalam kamera won bin tanpa disedari oleh beliau. Bila kumpulan ini dapat tahu, mereka bunuh ibu so mi dan ambil so mi ni sekali..dari situlah kemunculan won bin... won bin pula sebenarnya lelaki misteri. Tidak bercakap tidak senyum sangat dingin orangnya. Rupa2nya, dia ni ada kisah silam sendiri. Dahulunya dia adalah seorang agen perisik tentera yang hebat. tapi apabila isteri nya yg sedang mengandung dibunuh depan mata nya terus dia tinggalkan kerjanya dan jadi orang asing. Oleh kerana hanya so mi ni saja yang dekat dengan dia, dia rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan so mi. Dari situ kejadian tembak menembak...eh ganas eh cerita ini sebenarnya..main korek mata segala...darah terpercik sana sini...

Tapi realitinya di balik cerita ini memang menyedihkan...lakonan won bin juga tidak mengecewakan. no wonder movie ni box office d korea. Dan disambut meriah di US dan Canada.

Pengajaran banyak. Kenapa masih ada ramai orang di dunia ini, tiada peri kemanusiaan..menggunakan anak demi kepentingan sendiri... kenapa ada yang sanggup jual dan bunuh anak2 kecil. Dadah punya pasal , duit punya pasal manusia jadi lupa diri.. sebab itu bible ada kata.. cinta akan wang adalah akar segala kejahatan. Bila manusia berkiblatkan wang ringgit, tiada lagi belas kasihan..tiada lagi kasih sayang..tiada lagi pengampunan...

Sebab itu kes anak perempuan 8 tahun yang mati separuh bogel itu jadi macam itu,...apabila ibu telah lupa diri dengan ketagihan dengan wang ringgit anak sendiri darah kandung sendiri tidak dipedulikan....how can you forsake ur own child kan...

aduh ini lah manusia...

ok then, that's all for movie review..nanti kalau sy rajin sy buat review lagi ya...

Friday, November 22, 2013

upppss...blog saya masih hidup....

OMG..

lamanya saya tidak update blog ni...

dalam draft saya ada banyak unpublished entry. Kadang2 ada entry half way sy karang terpaksa ditunda sebab ada kerja lain yang perlu siapkan. Dari isu santai sampailah isu serius.

So November is coming the end very very soon.

And I am really excited this coming December! Couldnt wait for christmas celebration with my family this time. Yes,it's my turn this year... beginilah kalau sudah kawin, ada give and take...kawin pula dengan orang yang bermastautin d selatan sabah jadi oleh dasar jarak maka ada pembahagian giliran bercuti...

So this time around, we will be celebrating Christmas at my hometown. My siblings and I have already planned some activities during our holiday. Cuti yang singkat so perlu maksimum penggunaan nya. Janji enjoy dengan family.

So, looking back at the 11 months that passed.. I would say.. I am humbly proud of myself achievement.
Yes, I thanked God for many reasons.

Pertamanya, seawal bulan September saya dan suami sekali lagi dipercayakan Tuhan untuk 2nd baby. Harapan kami dua, sekali lagi kami tidak kisah jantinanya yang penting sihat dan normal and of course a very smooth delivery (pray for normal delivery again)

Keduanya, walaupun rezeki mau naik 48 masih samar-samar, tetapi setidak-tidaknya dengan beberapa siri kejadian, saya merasa yakin untuk menggalas tanggungjawab 48 di masa akan datang. Saya percaya saya boleh menjadi seorang penyelia yang..well bukan maksud terbaik as leadership is a lifelong learning process tapi saya tau kalau saya 48 saya akan buat apa. Saya belajar dari banyak KPSU terdahulu...dan saya juga belajar menjadi PSU (sepanjang bergelar PSU yang paling kanan dalam siri 44 di sektor awam~batch 2/2006 khususnya) yang bagaimana bersama dgn PSU2 lain dan dengan kumpulan pelaksana.


Apapun, saya juga belajar banyak di waktu2 sukar yang saya lalui. Saya hanya boleh katakan semuanya adalah kasih karunia Tuhan untuk saya.

So, masih banyak perkara yang sy perlu lakukan, masih banyak impian yang belum tercapai tapi saya percaya everything is beautiful on its own time. All i need to do is, pray hard work hard and at the same time enjoy every moment that I have.

Till then, see you December.

Thursday, March 3, 2011

Dream High..superb!



Terbaru dari Korea, yang sedang saya ikuti...

* DREAM HIGH*

Siri drama ini seperti Glee..drama yang disertai musical...

HEBAT! Super COOL!

Ada 6 watak utama dalam cerita ini dan kesemuanya punya kisah sendiri. tapi punya visi yang sama iaitu mengejar impian mereka. Kesemua pelakon dalam nya menyanyi guna suara sendiri. Dan memang sedap suara durang..(tapi mungkin secara live tidak lah kot..hehehe).

Anyway...love this story...sy sedang mengikuti episod ke-4. Dan sy enjoy setiap moment dalam drama ini. Sy memang suka drama yang disertai lagu dan musik. Sebab itu sy juga suka GLEE.

Dan yg best drama ini, producernya adalah Bae Yong Jun. My favorite actor (winter sonata). Wah 2 thumbs up tuk dia lah sebab menerbitkan drama korea sebest ini! Tidaklah skeptical sangat dgn movie2 korea lain.

Episod pun cuma ada 16. So tidak menjela2..just nice.

Kiera sudah abis tengok..sy baru mau tengok..ni lah kan, kalau yg namanya die hard fan of korean dramas...pasti akan tetap tengok...

Enjoy!

Tuesday, November 16, 2010

Be thankful

Ini kali kedua saya menonton DH season 7 episode 8 [yang terbaru] saya menangis.

Episode DH kali ni, more to cerita Thanksgiving Day. Sebelum any ulasan dari saya lets check what is Thanksgiving mean to the United States. [mengikut wikipedia]

Thanksgiving Day is a harvest festival celebrated primarily in the United States and Canada. Thanksgiving was a holiday to express thankfulness, gratitude, and appreciation to God, family and friends for which all have been blessed of material possessions and relationships. Traditionally, it has been a time to give thanks for a bountiful harvest.

So, apa yang berlaku dalam episode kali ni, Renee [watak baru dalam season ni] menjemput Lynette dan familynya tuk sama2 merayakan thanksgiving di rumahnya. Lynette kemudiannya meminta utk menjemput susan sekali datang bersama. Susan in the other hand, jauh terpisah dengan suaminya Mike kerana keadaan kewangan memaksa mereka tuk berpisah. Mike terpaksa bekerja di Alaska tuk menampung krisis kewangan mereka akibat daripada tindakan sblm ni membawa susan dibuang kerja. So cuma tinggal Mike yang bekerja. Disebabkan itu, Lynette menawarkan Susan bekerja menjaga anaknya.

Manakala Bree menjemput bf barunya Keith bersama-sama dgn family Keith merayakan TG di rumah Bree. Keluarga Gaby dan Carlos pula menjemput keluarga Hector disebabkan anak kandung mereka Grace dan Juanita yang tertukar.

So masing-masing dengan cara menyambut TG. Ada ayam turki. Ada wine. Tapi part yang special dalam episode kali ni adalah di mana Susan yang tidak tahan mendengar anak Lynette yg masih kecil menangis. Pada Susan, Lynette ibu yg malas sebab Lynette membiarkan anaknya menangis sampai tertidur. Sampai terjadi sedikit pergaduhan antara Lynette dan Susan. Ini kerana Susan menegur cara Lynette menidurkan anaknya dengan membiarkan anaknya menangis.

Dialog ini [yg sy translate] yang buat saya menangis.

Susan: saya tidak tahan dengan cara kamu. Pada saya itu cara seorang ibu yang malas.
Lynette: Kamu mempertikaikan cara saya. Saya ibu kepada 5 orang anak, dan itu semacam 1 peperangan tuk saya, sedangkan kamu cuma seorang anak.
Susan: Ok, maafkan saya, tapi saya tidak tahan mendengar tangisan anak. Saya berhenti dari kerja ni.
Lynette: Kamu betul tidak tahan mendengar tangisan anak walaupun 5 min?
Susan: Jangankan 5 min, 1 min pun saya tidak tahan. Kau tidak faham, dalam hidup saya setiap hari saya mendengar tangisan. Anak saya MJ menangis setiap malam kerana rindukan ayahnya yang jauh di Alaska. Dan saya menangis kerana anak saya menangis. Hidup saya hari-hari ini hanya penuh dengan tangisan.

seterusnya...lynette dan susan berpelukan.

Serius saya nangis part ni. Kalau susan tidak beritahu keadaan sebenarnya kepada Lynette mungkin akan terjadi pergaduhan dan saling judging antara 1 sama lain. Tapi itulah thanksgiving juga namanya, bersyukur kerana ada teman yang memahami dan menerima.

Di Malaysia, kita tidak ada hari yang rasmi di mana perlu ada HARI PENGUCAPAN SYUKUR. Tapi sebagai orang Kristian, kita di ajar untuk sentiasa mengucap syukur dalam apa pun keadaan.

Banyak benda sebenarnya kita perlu bersyukur. As for me, saya bersyukur sebab Tuhan Yesus mengasihi saya dan tetap mengasihi saya sampai bila2 walaupun saya sentiasa buat silap. Saya bersyukur sebab dalam keadaan tertekan, family saya dan MM adalah tempat saya meluahkan perasaan. Saya bersyukur sebab teman2 baik seperti Aideline, Giu, Jasmine, Sis Lesley, Evelyn J [semuanya teman baik saya dahulu-wktu kami 1 rumah]. Saya bersyukur ada Airin, Vivien, kiera yang faham keadaan kerja dan sy bersyukur tuk keluarga sib serdang yang sentiasa menyokong saya dlm doa.

Melihat kepada semua perkara yang ada dalam hidup saya, sy tahu tidak ada 1 hari pun saya harus melupakan diri saya utk bersyukur. I should remind myself everyday to give thanks for everything. Bersyukur dan menghargai setiap kesempatan yang ada dan menghargai setiap pribadi yang ada di sekitar saya.

Jadi teman2 saya sekalian, belajarlah mengucap syukur dalam segala hal. Be it good or bad situations. Bersyukurlah juga sebab kita lahir di negara ini, walaupun banding gaji Malaysia dengan S'pore, gaji kita agak kurang, tapi setidak2nya kita ada nature yg indah, masih boleh buat rumah di atas tanah. Bersyukurlah dengan kepimpinan negara kita Malaysia, setidak2nya mereka masih berusaha memikirkan kepentingan rakyat. Bersyukurlah sebab kita bebas dari letusan gunung berapi. Bersyukurlah sebab kita masih sihat walaupun tidak punya wang yang banyak utk dibelanjakan, setidak2nya kita menikmati masa bahagia kita bersama dengan orang2 yang tersayang. Bersyukurlah dengan kereta yang ada, setidak2nya kereta itulah mampu membawa kita ke mana tempat yg kita tujui.

Bersyukurlah.....

Masih banyak hal kan perlu kita syukuri?...

Jadi hargailah semua itu. Hargailah masa hidup mu dengan melakukan apa yang baik. Hargailah orang2 yang menyayangi kita, sebab kita tidak tahu bila mereka pergi.

Bersyukurlah...

'Whatever happens, keep thanking God because of Jesus Christ. This is what God wants you to do.'

Friday, October 22, 2010

kiss Jepun vs Kiss Korea ???

o yeah..morning everyone..it's time for some rilexing entry... huhu..jgn di salah mengertikan tajuk entry tu ya....

Actually I want to talk about Korean Drama..it's been an ages [ehm..lama jugalah kali] rasanya, i havent shared anything about my favourite Korean Drama...maybe because nowadays, so many new actor and actress which i barely know since dah lama tak mengikuti perkembangan drama korea ni..[since kiera pun sudah pencen membeli DVD Korea..hehehe]

But thanks to mr mysoju . :D - now everything is free to watch online.. double yeay!


So Drama Korea ni tajuk dia 'Mischievous Kiss'..aka 'Playful Kiss'. Diadaptasi dari Komik Jepun yang bertajuk 'KISS'. Sy pernah tengok versi Jepun, dan sy terkejut juga bila Korea juga berminat untuk 'mendramakannya'. Maybe komik ini mendapat sambutan hangat kali...dulu kan Hana Yori Danga lepas tu Boys over flowers..sekarang ni yang ini.



upss... macam kenal saja hero dia kan? ya dia lah tu yang kamu fikirkan.

The Main Character:

1-Kim Hyun Joong as Baek Seung Jo

2-Jung so Min as Oh Ha Ni


Ni dia Kim Hyun Joong pernah berlakon dlm F4 sebagai Ji Hoo (2nd Hero in BOF). Tapi kali ni dia jadi hero u know!...sy memang suka tengok dia...handsome dan ada aura dingin ..hahaha.


Zoom in lagi...ya..itu dia...charater dia dlm drama ini, dia lelaki yang genius di sekolah dia. Top perfect score setiap kali ada exam. Sudahlah pandai, handsome lagi jadi memang menjadi rebutan di antara wanita di sekolah dia termasuklah watak perempuan di bawah, Oh Ha Ni.



So, perempuan ni, pada sy tidak berapa cantik tapi cantik lah berbanding heroin dalam Drama Jepun yang sy tengok. Tapi memang perempuan Korea pada sy lebih banyak cantik berbanding Jepun. Charater dia kesian. Berada dlm kelas paling 'uncit' [tidak faham tanya org Sabah] dan memang sah2 lah tidak berapa pandai. Tapi wanita ini tetap unik sebab, dia punya hati yang baik dan menjadi anak kesayangan kepada Bapanya yang punya restoran mee yang sedap [kata dalam drama inilah].

Jalan cerita dia begini. OHN ni, suka kepada BSJ. Jadi suatu hari OHN meluahkan perasaan kepada BSJ melalui surat. Tapi BSJ yang memang hati dingin, menolak OHN ni depan2 semua orang sebab BSJ cakap, dia tidak suka dgn perempuan yang bodoh. Dari situ OHN wlpn patah hati, tp sekejap saja, tetap saja dia suka BSJ ni. Suatu hari, rumah OHN ni terlibat dlm gempa bumi dan runtuh. Dipendekkan cerita, keluarga OHN dan bapa dia menumpang kepada best friend kepada bapa OHN yang juga merupakan ibu bapa BSJ. So, dari situ, OHN tidak menyangka dia akan tinggal serumah dengan lelaki idaman dia BSJ. So lepas itu, ada macam2 lah adegan mengikut jalan cerita komik lah.

So dari saya, sy sudah tengok movie KIss ni sejak sy dari UPM lagi masa tu drama Jepun. Sy suka drama tu dan berkali2 sy tengok drama tu dulu. Bila sy tengok drama korea ni, so far mau masuk episode 3 sudah, ada sedikit jalan cerita yg berbeza dr drama jepun yg sy tengok. Dan so far, sy lebih suka jepun sebab memang lebih sampai di hati perasaan wanita itu ditolak oleh lelaki yg dia suka. Dan dingin lelaki itu lebih terasa. Kalau yang korea punya, dingin tu ok, tapi masih kurang 'umm' gitu. Mungkin korea ni lebih berlemah lembut mungkin. :D

So baru episod 3, hopefully jalan cerita dia tidak akan lari jauh. Dan sy suka KHJ tu...suka sangat dia berlakon...hehehe.

Bah tengoklah...lucu sebab cerita high school kan. Tapi kalau korea tahan panjang lah jalan cerita dia.

Enjoy.



Wednesday, August 11, 2010

DH Review

sy akhirnya habis tengok season 6 DH. Semuanya kerana www.fastpass.tv.com dan thanks to kiera and bien yang memperkenalkan nya kepada sy... hehehe.

Apapun, sy sudah habis season 6 DH, dan season 3 GG. Episode terakhir season 6 DH, sangat menyedihkan saya. Ada 4 watak utama wanita dalam cerita DH ni. Susan, Gabriela, Lynette dan Bree. Susan, ada 2 org anak. Perempuan anak susan dengan 1st husband dia yg sudah meninggal dunia dlm season ni. Anak dia laki2, itu anak dia dengan Mike Delfino husband dia. Gabriela pula model yang bersara dan jadi full time housewife. Dia beruntung sebab ada husband Carlos yang kaya yang boleh support dia yg sangatlah high-maintenance, ya lah kan ex-model. Manakala, Lynette pula seorang ibu kepada 5 orang anak dan suaminya [ok sy lupa nama dia]. Lynette dibesarkan oleh ibu yang alkoholic so dia banyak menjadi seorang yg lebih dominan dari suaminya. semua hal urusan rumah tangga dia mesti usaha untuk kawal. Jadi di situ suaminya yang agak stabil memainkan peranan dia. lastly c Bree. Bree ni wanita yg ada karier dan wanita yg brprinsip. Pun begitu, suaminya Orson banyak berkorban tuk Bree meninggalkan dia pd akhir season ni sebab orson mendapati Bree banyak menyimpan rahsia dan bg orson Bree bukanlah wanita yg dia sangkakan.

Since sudah kenal watak2 dalam DH ni baru boleh sy jelaskan kenapa sy suka cerita ni. DH sy mulai ikuti waktu season 5 dan itu pun cuma half dari season tu sy ikuti. Season 6 ni lah yg sy ikuti dari episod 1 sampai yg finale. Banding GG, sy suka jalan cerita DH lebih lagi dan nilai yang disampaikan. Mereka semua ini adalah wanita yang sudah punya keluarga, anak, karier dan mereka saling bersahabat di sebuah Taman namanya Fairview. Nilai kejiranan dalam cerita DH ni pun ditampilkan. Walaupun masing2 tidak lepas dengan ego masing2 iyalah saling mahu menyaingi antara satu sama lain macam susan dan Gabriela. Tp pada akhirnya, mesti ada yg mengalah. Macam ada 1 episode tu, kedua2 susan dan gabriela ni mau anak mereka menang. jadi mereka berusaha buat apa saja cara tuk pastikan anak mereka menang dlm pertandingan yg sama. Akhirnya susan mengalah selepas dia mengetahui kisah anak Gabriela kenapa dia mahu menang. Dan yg bestnya susan beritahu anaknya lil MJ namanya, bahawa erti kemenangan tu tidak semestinya mesti menang dlm pertandingan. Tp kemenangan juga boleh maksud kita berkorban dan beri kemenangan kepada orang yg lebih memerlukannya. Macam Lynette, dia belajar untuk mempercayai suaminya dan tidak berusaha utk mengawal semua keadaan spt yg dia kehendaki. Dlm hal ini, suami Lynette memahami masa silam Lynette dan dia tidak mempesalahkan lynette bahkan memberi ruang tuk lynette belajar dan melepaskan masa lalunya. Bree pula, ada 1 episode yang akhirnya menyedarkan dia betapa saling mengampuni dan melupakan dalam hubungan itu boleh menyelamatkan perkawinannya, wlpn Orson tinggalkan dia sb rson x boleh terima usaha Bree yg melindungi anaknya dr didakwa kerana melakukan jenayah langgar lari. Di situ Orson tegur Bree, dan Bree sedar, rahsia yg dipegangnya selama bertahun2 akhirnya dibongkarkan juga.

Episode finale DH buat hati sy sebak. Sebabnya, susan terpaksa berpindah dari taman itu sebab keluarganya mengalami financial breakdown. Gara2 ego suaminya yg tidak mahu isterinya membantu masalah kewangan yg dihadapinya. Tp susan walaupun marah dan sakit hati, dia mengampuni suaminya mike, dan berkorban bersama dgn terpaksa tinggal di apartmen kecil. This remind me vow waktu kawin. Tetap bersama baik ketika susah dan senang, sakit atau sihat, tetap bersama. Gabriela seorang yg walaupun perangainya mengada2 bukan sikit tp banyak, tapi dia seorang yg suka menolong kawan. Dalam episode terakhir, dia menolong keluarga Angie dlm kesusahan dan dapat diselamatkan daripada mati dibom. Bree akhirnya terbuka dengan Gabriela mengenai anaknya yg melanggar lari dan menyebabkan ibu mertua Gabriel meninggal dunia. Lynette selamat melahirkan anaknya di tangan seorang pembunuh bersiri Eddie. Lynette adalah ibu contoh dalam keempat2 mereka ini pada sy lah.

So, season DH ini berakhir dengan ada 1 lelaki misteri yang mengambil alih rumah susan. Ironiknya, sy x tahu siapa lelaki tu, tp macam dia ada kaitan dengan season2 sebelum ini. So susah sikit mau tau lah apa cerita dlm season 7 yg akan ditayangkan bulan 9 di US nanti.

Ehm...panjang sikit sy review cerita DH. Tp sb inilah yg buat sy suka dengan DH. GG? cerita ni terlalu banyak romance dan yg sy x suka itu bertukar2 pasangan di kalangan2 durang juga. Tp tetap sy follow cerita GG ni sebab mcm sy cakap ambik yg positif, yg -ve tinggalkan.

Ok doky, till then...enjoy!

Monday, July 26, 2010

Review..book + DVD


Wah, this is my 3rd entry of the day, sangatlah eficient... plus ketara betul tiada kerja di hari isnin ni kan..hihii..biarlah..sy mau menikmati waktu2 di mana sy tidak begitu busy dan idea menulis datang mencurah-curah sebelum satu masa, berhenti lagi.. :D

Last friday, sy menambah satu lagi koleksi bacaan sy. Sy macam 'jatuh cinta' dengan Nicholas Sparks penulis buku 'A walk to remember'. Ada 4 rasanya, dari buku2 bestseller dia yg dijadikan movie. Terbaru, yang ini 'The last Song'. lakonan Miley cyrus. waktu sy baca buku ' A walk to remember', macam sy pernah share ni d previous entry sy
sini. Tengok movie dia, sy tidak 'ternangis' pula. Sekali baca buku, 'termengalir' air mata sy towards the end of the story. Memang ada sedikit beza dengan movie, tp tetap best. Best sebab baca + tengok movie. Dlm buku, huraian dia lebih best, dlm movie baru ada nampak gambaran.

Ehm, yg 'The last song', pun sy 'termenangis' juga. Sy minat miley cyrus sebenarnya berlakon, tp sy akui juga dia bukanlah pelakon yg boleh kasi nangis orang, tapi dlm filem ini nangis pula sy.hahaha. Maybe, story line dia yg mengharukan. Sedih, sebab story ni pasal family. Sy bab family ni, mudah cair, cepat tersentuh. Cerita dia sedikit sebanyak pasal ronnie (miley cyrus) dan adik dia [lupa nama siapa dah], bercuti dengan bapa dia time summer. Since bapa mama dia sudah divorce lah. C ronnie benci sangat dengan bapa dia sebab pada dia bapa dia meninggalkan dia. Ronnie seorang yg berbakat dalam musik, tp since bapa dia tinggalkan dia terus dia berhenti main piano dan menjadi anak pemberontak. Disingkatkan cerita, inilah last summer yg ronnie dapt spent time dengan bapa dia. Sebab bapa dia ada penyakit kanser dan sudah tinggal mau mati lagi. So ronnie mau tolong bapa dia siapkan lagu terakhir khusus tuk bapa dia. Ending? boleh agak sudahlah kan. =D.

Selepas ini, sy mau cari buku lain lagi dari Nicholas Sparks, maybe 'The notebook' atau 'Dear John' atau cari buku 'The last song' ni ka. Buku dia nipis saja, sambil buat rambut di salon, confirm habis baca within a day!

Till then, nikmati dulu lagu Miley Cyrus 'When i look at you' Soundtrack 'The last song'.


Friday, May 14, 2010

Love, Sex, Relationships

Beberapa waktu ini, sy banyak berfikir apa yang perlu saya tulis dalam blog saya ini. Selain daripada kisah sehari-hari saya, rhema yang saya dapat, pengalaman hidup orang lain, isu-isu semasa, sy tertanya-tanya apakah cuma itu saja yang sy mau kongsikan? Kalau sy lihat blog orang lain, kalau yang sudah berkeluarga mesti akan share banyak mengenai family mereka dan ada juga blog lain yang penulisannya mengupas sesuatu isu semasa dengan begitu baik sekali. Tapi apapun bentuk cerita atau tulisan yang mereka paparkan, itu adalah mereka.

Tapi kali ini, sy mau kongsikan berkat yang sy dapat dari satu buku bertajuk 'Love, Sex, and Relationships' yang ditulis oleh Dean Sherman seorang dekan di College of Christian Ministry. Buku ini sebenarnya sudah lama berada di rak buku saya, sy dapat dari adik saya tapi sebab terlalu banyak buku depan mata sy jadi sy tidak peduli sangat akan buku ini. Tapi indah pada waktunya, Tuhan membawa saya membaca buku ini. APa yang terjadi, Tuhan jamah hati saya bila saya baca buku ini, sy menangis untuk beberapa topik dalam buku ini. Sy percaya Tuhan berbicara dalam hati saya melalui buku ini. Dan yang meninggalkan kesan dalam hati saya ialah topik ini ' A Dating Progression'.

Topik ini adalah kesimpulan daripada topik2 yang sebelumnya. Ianya mengupas awalnya kita membangun hubungan. 'Given all we discussed in the previous chapter, once we decide we're romantically attracted to someone, how should we progress to minimize potential hurt in the relationship and avoid the tempation to sin?' (Dean Sherman)

hari-hari ini, ramai anak muda sekalipun dia kristian, pengikut Kristus tetapi bila dalam soal membangun hubungan sering kali akan terjadi sesuatu yang tidak diingini. Sering kali, pandai menyimpang dari kebenaran, bila bicara soal hubungan ramai anak2 muda akan jatuh dalam hubungan yang tidak benar. Saya sendiri pernah mengalami keadaan di mana, sy bertanya kepada Bapa Rohani saya 'Bagaimana sebenarnya yang dikatakan membangun hubungan yang benar, pergaulan yang murni?' Sekalipun sy pemimpin di gereja tapi sy akui soal membangun hubungan sy masih fail di situ. Bahkan, sy pernah melanggar nasihat Bapa rohani saya. Mesti hairan kan, apa juga pengalaman sy dalam bercinta. Memang betul sy tidak banyak pengalaman bercinta. Zaman kanak2, tidak payah cakaplah kan memang nakal, kecil2 pun pandai bercinta monyet juga. Masuk sekolah menengah, kurang sikit sebab sekolah perempuan tapi crush sama orang itu pernah, dan sy ingat sy belajar dating waktu sy di Form 5. Kalau fikir balik, alahai kenapalah mau belajar dating! Then masuk U, menyimpan suka sama seseorang selama 4 tahun tapi akhirnya kecewa sendiri sebab org yang disukai sebenarnya sudah ada gf dia. Bila tahu kebenaran sikit, bahawa tiada istilah gf dan bf yang ada cuma calon suami/isteri, dari situ sy mulai sikit matang dalam membangun hubungan. So bila start masuk kerja, bila sy suka sama sesorang, sy sudah berkata dia adalah calon suami saya. Tapi ternyata sy belum matang sebenarnya dalam membangun hubungan. Buktinya, sy dengan dia tiada kesudahan. 2 tahun kemudian, ketika hati sy banyak diproses, the same person datang menjengah hati saya, i thought maybe kuat jodoh kami ini, tapi kali ini sy libatkan Bapa rohani saya. Tapi di sinilah sy langgar arahan BR saya. BR sy kata 'jangan selalu sms. Kamu kena kawal diri. ' Dan inilah yang sy langgar. Sebab the other person tu selalu sms sy, mungkin sebab sy suka dia juga jadi sy tidak sampai hati tidak sms dia balik. Pada hal the other person belum beritahu pun keadaan hati dia even sama pemimpin rohani. Walaupun kelihatan dari segi perlakuannya dia juga mementingkan saya dalam hidupnya. Tapi itulah, akhirnya sy kecewa juga. Saya sangat mengharapkan yang terbaik akan terjadi tapi itu tidak terjadi pada akhirnya. Kerana apa, i let myself, my feeling, my emotions terlalu exposed dan itu celah kelukaan masuk. Dan sy juga tidak dengar nasihat BR saya, sekalipun sy libatkan dia dalam segala hal. Tapi its me that make it wrong!

Sampailah sy ikut WB dan dari situ Tuhan pulihkan hati saya. Dan itu terus menerus sehingga saya selesai membaca buku ini dan especially topik ini. Jadi sy mau kongsikan ini kepada kawan sy yang masih single atau mungkin sedang membangun hubungan saat ini;

1-Be honest: Admit to yourself you feel romantic attraction for the person.
Ketika kita tertarik dengan seseorang [dasar: orang yang seiman dan orang yg of course bukan sudah kawin], perkara pertama yg selalu kita lakukan kan begini 'oh no, we were just friends in the Lord'. Sering menafikan itu yg akhirnya kita sendiri sakit hati. Sometimes people dont want to admit this to themselves because they dont want to get hurt, but in the end it is more hurtful not to be honest with ourselves' [dean sherman]. Pertama kalau kita suka seseorang, ada perasan tertarik, akui itu dulu dalam hati mu.

2-Seek the Lord.
Why is it so important to seek the Lord? Because we need to ask Him if we can progress. Remember, God wants to give us the very best. If we dont ask the Lord, how we should proceed, we might end up settling for second best in our life. [dean sherman] Tapi kadang2 anak2 Tuhan ada juga berkata begini 'we have been seeking the Lord about our relationship, and we have been praying and we cant get a clear answer'. Tapi Tuhan mengenal kita. Kadang2 kita manupulasi kehendak kita kepada TUhan. Kita memaksakan kehendak kita kepada Tuhan. Kita yang meminta Tuhan bersetuju dengan doa kita. Dan mencari kehendak Tuhan itu bukanlah satu kali saja tapi we need to involve the Lord in our relationship every step of the way. We need to be asking Him if we're still on the track.

3-Make Jesus Lord of your emotions.
Terutamanya wanita....[im reminding myself too]. Serahkan keadaan hati kepada Tuhan, minta Bapa jaga hati kita. Perlu penguasaan diri. Sekalipun kelihatannya, orang kita sukai itu macam ada suka juga tapi kita perlu terus jaga hati, serahkan kepada Bapa. I know, sometimes it hard. Tapi ini lah perkara yang perlu kita menang.

4-Submit and communicate your relationship to an objective person.
perlu ada orang lain yang menjaga kita. Apakah itu keluarga kita atau pemimpin rohani kita. Minta nasihat, apakah pandangan BR atau pemimpin rohani kita dengan orang yg kita sukai itu. Dalam masa yg sama, BR kita akan menyokong kita dalam doa.

5-Communicate with your partner.
Nah perhatikan, sehingga ke point ini, kita belum express suka kita kepada orang yg kita suka. Once, we initially have the green light on the 1st 4 points, we need to find the right timing to communicate how we feel to the person we are attracted to. [dean sherman]

6-Determine to please God
Dalam apapun, biarlah pada akhirnya hubungan itu memuliakan nama Tuhan.

So saya secara pribadi banyak hal yg sy belajar. Sy masih ingat, kutbah di hari perkawinan sahabat saya Jasmine, Pr itu katakan sesuatu hubungan itu adalah inisiatif dari Tuhan dan bukan dari manusia'. Dan saya membuat komitmen, dan sy selalu sy ingatkan diri saya hubungan antara pria dan wanita itu inisiatif dari Tuhan. Sy bersyukur kepada Tuhan sebab sentiasa memberi kesempatan kepada sy untuk kembali. Dari segala pengalaman sy yg lepas, sy lepaskan dan sy lupakan itu. I have a great feeling towards my future. *wink*.

Monday, April 26, 2010

Facing The Giants



I cried when i saw this....it's really inspires me. Sy tidak sabar mahu menontonnya...

so teman2 nantikan penayangan "Facing the Giants' di Auditorium SIB Serdang pada 29 Mei 2010.

Jangan Ketinggalan!

Thursday, March 18, 2010

I'm in L.O.V.E

U know what guys.. i really fall in love... :D

uppss...belum habis cakap lagi..hehehhe... sy jatuh cinta dengan Musical Drama 'Glee'. O, sy tiada Astro di rumah..tapi sy ada kawan yang ada whole set of DVD season 1 of Glee. TQ Kier....muaah

Semua lagu2 dalam dia superb! watak student hi-school pun mantap! Tambahan cikgu2 yang wow!... I give 5 star rating!!!

Moral of the story? ADA! Tapi mau full review nanti saja ya..sekarang masa sudah time! Have to go...

Btw, sy sangat suka lagu Defying Gravity (Disc 3)...gila tinggi suara Rachel dalam tu..BEST!

Tengoklah...sure tidak rugi!

Friday, December 4, 2009

Shining Inheritance



Review!Review!

hehehe.. nda habis-habis o kan...

anyway, sy bukan sepenuhnya review drama ni since sy baru tengok episode 7, itu pun terlompat..hehehe...

Ni dia cerita drama korea tahun ini, Shining Inheritance a.k.a Brilliant Legacy. Sy rasa mana2 tv di Malaysia belum tayang ni kot,hehehe... sy tahu drama korea ni kebetulan tertengok di page FB orang. Sekali check macam best! :D

Short synopsis;
Cerita ini mengisahkan seorang wanita eun sung dengan adik lelakinya eun woo yang cacat mental. Mereka sebenarnya keluarga yang berada, namun akhirnya syarikat perniagaan ayahnya diisytiharkan bankrupt. Ayahnya yang hilang arah satu hari dirompak oleh pencopet. Menjadikan cerita, pencopet itu terbunuh dalam letupan kilang. Memandangkan pencopet itu memegang dompet dan segala harta ayah eun sung, maka polis mengistiharkan ayah eun sung mati. Ayah eun sung tahu hanya dengan kematiannya keluarganya akan mendapat insurans dan itu mampu menampung kehidupan isteri keduanya dan anak-anaknya. Menambahkan dramatiknya cerita, ibu tiri eun sung menghalau keluar eun sung dan eun woo. Ibu tiri dan anaknya seung mi dapat insurans dan berpindah ke apartmen. Bermula kisah eun sung yang terpaksa cari kerja dan dalam masa yg sama jaga adiknya eun woo. Satu hari eun woo hilang tanpa jejak. Di satu kisah lain, hero drama ini hwan merupakan cucu kepada pemilik rangkaian restaurant makanan yang TOP di Seoul. Neneknya yg sudah tua mengharapkan hwan dapat menggantikannya. Malangnya, Hwan ni seorang yg ego dan pemalas, ya lah sudah dari kecil kaya kan. Neneknya jadi kecewa dan pergi lah merayau mencari ketenangan. Nenek ni terjumpa eun sung dan di situ terjadilah hubungan baik. Nenek ini membawa eun sung balik ke rumahnya dan mewariskan semua harta dan aset kepada eun sung. Akibatnya bertambah bencilah hwan kepada eun sung. Menambahkan rencah kepada cerita ini, dengan kisah cinta 3 segi. Antara jun Se (pemilik restaurant, suka sama eun sung), hwan (cucu yang ego itu) dengan eun sung. Dalam masa sama seung mi menaruh cinta sama hwan. So apakah endingnya? sy pun ternanti-nanti.. :)

Apapun, selama episode yg sy tengok, sy dapat moral of the story iaitu; untuk kita dapat makan kita harus bekerja dengan titik peluh kita. Spt yg tertulis dalam Amsal 6:9-11. Malas bekerja, maka tunggu sajalah kemiskinan datang menyerbu mu.. high value to share right? So it is a reminder juga to me. hehehe

ok peeps, till then...







Tuesday, December 1, 2009

New Moon-I like!

Sy sangat lah puas hati menonton Twilight Saga: New Moon. Semalam, sy off day. So sy dengan tini berfikir2 apa lah mau dibuat petang itu...tiba2 saja teringat dan sy cakap sama tini 'ei tini jum tengok wayang'.. terus jam 1.30pm gerak ke Mines. Tapi sampai sana, ingat kan dapat jam 2pm tapi rupa2nya by the time, kami sampai, that movie sudah start 10 min dan akan ada the next movie jam 4.30pm. Mula2 fikir masuk sajalah walaupun lambat 10 min, tapi fikir2 balik, takut tidak faham nanti..hehehehe... berharga tu 1o min... :)

So apa kata saya about this movie!.

1-Sy tidak ingat bila last sy baca buku New Moon, tapi masa itu yg sy tahu sy tidak suka sequel New Moon sebab banyak scene antara Bella dan Jacob. Tapi, movie ini telah mengubah cara pandang sy. Halfway of the story, sy 'ter'fall in love sudah dengan jacob... terutamanya bila dia potong rambut dan berubah menjadi werewolves..:)). Tambah lagi waktu scene, jacob 'gaduh2 kucing' dengan alalala lupa pula nama c kawan... kiut lah... Sy suka clan werewolves... they are cool!

2-Memang banyak part dalam buku rasanya dipendekkan dan ada part yg sy rasa tiada dalam buku tapi diadakan macam bila c bella terjun dan dihempas oleh ombak, sy tidak ingat ada victoria juga dalam tu air...ehm..maybe i have to read again the book. :p. Lepas tu part bella terjun, rasanya c jacob janji dulu akan bawa c bella terjun sama2 tapi yg movie ni, terus lompat part tu pergi bella sendiri yg terus terjun. Tapi apa2pun the story tidak juga cacat, sebab isinya masih sempurna..ahahaha

3-part jacob + mike + bella tengok movie tu ada kah dalam buku? nda ingat! Tapi itu scene pun lucu... pada saya sangat ngam. Apa lagi si jacob tetiba mula panas baran...

4-ending; actually sy tidak dapat gambarkan bah sebenarnya apa yg dalam buku itu cerita...sy tidak dapat imagine apa yg c bella buat utk selamatkan si edward. Tapi bila tengok movie..baru macam...'ooo ok'..ahahahha. Ending dia best! Pada orang yg tidak baca buku ni kan, memang rasa apa ending macam tu... tapi percayalah, sy rasa best ending dia...sebab dia mengundang rasa...'sy mau tengok esclipse lepas ni'...hehehehehe

Apa saranan sy, untuk enjoy the movie, bacalah buku, i mean keempat-empat buku nya dan tengok juga movie yg 1st. Baru dapat connect cerita.

Dan nasihat sy juga sama ibu bapa, yg membawa anak2 sekitar 12 tahun ke bawah, pada sy tolong pandai pilih movie yang sesuai untuk usia mereka. Movie ini untuk mereka digest sangatlah tidak baik impaknya. Apa lagi di usia muda fikiran mereka lebih mudah terima saja dan cepat percaya... cerita kewujudan vampire, musang jadi2an, macam-macam lah. Belum cerita part 'sedikit kemesraan antara Bella-Edward, dan Bella-Jacob'...walaupun ada ditapis tapi still pada sy not advisable.


Anyway, i enjoy this movie very much. Mungkin tuk koleksi akan beli DVD nya kali..hehehe.

Monday, November 23, 2009

story!story!


Finally sy sudah habis tengok drama ni..hehehe. It took a years for me to search the whole episodes of this drama. Drama ni lama sudah ditayangkan, sy nda ingat di Malaysia tahun bila..tapi masa tu sy memang tiada kesempatan menonton drama ini. Sy minat story ini. I love Kim Tae Haa...and i love Kim rae won too. They really looks like a couple. Sangat serasi dan sesuai gitu..:D. Chemistry antara durang sangat ngams!hehehe.

Anyway, dulu2 sy pernah berangan2 (thats me, tak habis2 dengan wonderland sy!)... kalau sy jadi lawyer, sangat cantikss kalau PH sy itu doktor!alaa macam drama ni lah. ahahahaha. Beginilah bah ni kalau kaki cerita korea dan jepun. Kalau soon ada rumah sendiri, memang ada kabinet khas utk semua cerita2 yg sy ada dari korea dan jepun. Macam budak2 kan, tapi itulah sy!

sekarang ni nda abis2 review... lama sudah sy tidak buat book review kan? sy masih berhutang tu satu buku...bah nanti sy buat. Nampak macam free ka sy? heheheh... ada kerja sebenarnya... paper cabinet, paper buat lantikan perunding, paper tuk mau buat skop, oleh kerana terlalu banyak, sy decide, tidak mau buat dulu hari ini....sy paksa macam mana pun otak tidak mau jalan. We'll c petang nanti sikit...

Saturday, November 21, 2009

2012


yep, i've watched it today!!! And as always, sy akan buat sedikit (maybe sedikit banyak) ulasan movie yg sy tengok. But before that let me warned you a few things, because if you are not ready to know this then please kindly close this page.

1- my view would be based on christian views
2-some of my it boleh jadi my personal views

let me just begin by giving you the synopsis;

Cerita ni dimulakan dengan watak seorang saintis muda (tall,dark and handsome..:p) bernama Dr Adrian Hermsley. Dr Adrian menjalankan kerjasama dengan dr satnam from india tentang satu kajian geologi...maksudnya keberadaan bumi kita ini, dari permukaan tanah sehinggalah dalam2 nya. Kajian satnam ni menunjukkan yang bumi dalam keadaan yang bahaya dan didapati ada gerakan yang aneh sedang berlaku di bawah tanah. Ada istilah dia, but then sorry tak ingat!something like neurion ka apa tu...akibat fenomena ini mereka meramalkan dunia akan menuju kepada keHANCURAN. So diringkaskan, kerajaan US mula merancang strategi dengan kerajaan2 besar spt China, Jerman, Itali.. Russia tiada pula disebut. Paling2 ada watak orang russia..hehehe. Lepas itu memandangkan antara yg terkaya di dunia ini adalah raja Arab saudi, dia pun terlibat dalam pelan mereka ni untuk membina bahtera dengan menggunakan kepakaran org2 china. Habis that bahtera bertapak di China. Saintis USA tidak dapat menjangka yg bencana itu lebih cepat daripada yg dirancangkan dan 2012 menyaksikan betapa di seluruh dunia terjadi gempa bumi/tsunami pada skala rithcer yang berbeza-beza. So ada watak keluarga jackson curtis and family yang cuba digambarkan oleh pengarah bagi membawa nilai kekeluargaan dalam movie ini. Apa kesudahannya? siapa yg dalam bahtera itu selamat lah.

ok here are my thoughts;

1-1st things 1st, sy sangat tidak bersetuju dengan cara presiden US dan presiden2 lain yg tidak mengkabarkan berita tentang the ending of the world itu kepada rakyat. Kenapa? zaman nabi nuh, sewaktu Tuhan menyatakan kepada Nabi Nuh, bahawa Tuhan akan memusnahkan seluruh bumi dan isinya, kecuali Nuh dan seisi keluarganya ada perjanjian yg Tuhan buat bersama Nuh. (Rujuk Kejadian@Genesis 6:17-22). kenapa mau dirahsiakan? why not waktu2 yg ada diberi kesempatan kepada rakyat...(kalau canggih betul teknologi lah kan sampai boleh buat analisa bila mau kiamat) untuk bertaubat?.. Tuhan sendiri sentiasa kasi kesempatan sama manusia untuk kembali kepada-Nya.

2-Tuhan berjanji bahwa DIA tidak akan membuat hidup dilenyapkan oleh air bah (Kejadian 9:11). Walaupun tsunami berlaku teruk tahun 2004 dan baru2 ini di padang, but then tsunami itu bukan menghancurkan seluruh manusia. Sebab Tuhan sudah janji tidak akan melenyapkan lagi manusia dengan air bah dan tidak ada air bah lagi yang memusnahkan bumi. Memusnahkan bumi maksudnya seluruh isinya. Perjanjian Tuhan Dia pegang dan cara DIA mengingatkan kita manusia adalah melalui pelangi. (rujuk Kejadian 9:13). So maksudnya tidak perlu takut lagi and tak perlulah buat bahtera lagi..cukuplah bahtera Nuh.

3-Dunia mau kiamat sudah? ehmmm, sekali lagi kita rujuk Matius 24 (kutbah tentang akhir zaman). Murid2 Yesus tanya apakah tanda-tanda kedatangan Tuhan kedua kali dan tanda kesudahan dunia. Yesus berkata kepada mereka supaya berwaspada dengan orang2 yg menyesatkan iman kita atau erti kata lain akan banyak ajaran2 sesat, nabi2 palsu yg menyesatkan ramai orang. Sudah terjadi ka? yep, sudah ada...tau2 sendirilah. Lepas tu Yesus berkata lagi dengan mereka 'akan ada deru perang atau kabar2 perang.... sudah berperang ka dunia?yep sudah terjadi... TAPI apa kata Yesus lepas tu, 'namun berawas-awaslah jangan kamu gelisah sebab semuanya itu harus terjadi, TETAPI itu belum kesudahannya. Maksudnya perang pasti terjadi tapi itu belum kiamat lagi. Apa lagi... Yesus juga katakan akan bangsa melawan bangsa, kerajaan melawan kerajaan, akan ada kelaparan, akan ada GEMPA BUMI DI BERBAGAI TEMPAT. perhatikan apa Yesus katakan seterusnya...'akan tetapi itu BARULAH PERMULAAN PENDERITAAN menjelang zaman baru'. Sudah terjadi ka di atas? yep sudah terjadi. Mau kiamat sudah? Belum lagi Yesus bilang.

4-Habis itu bila la baru kesudahan dunia ini? Nah, ini part yg perlu kita perhatikan. Matius 25:14 'Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, SESUDAH ITU BARULAH TIBA KESUDAHANNYA'. Sudah diberitakan ka ke seluruh dunia? belum lagi teman2.. thats why we have task to do...indeed God has command each and every believer to be God Messenger. (Matius 28:19-20)

5-dan ikut cerita 2012, manusia cuba menggunakan akal fikiran sendiri, kekuatan sendiri untuk menyelamatkan diri mereka dari kebinasaan. Yg bikin panas tu, mau masuk bahtera cuma org2 yg ada pasport warna hijau saja pass...meaning to say, if they have 1 billion euro(i dunno dalam RM berapa) baru boleh naik tu bahtera. Betul2 lah, yg miskin terus tertindas yang kaya terus kaya. Kalau sy renungkan kembali, Tuhan menawarkan keselamatan dengan free if i can say like that to all mankind in this world. Tangan Tuhan Yesus terbuka buat semua orang sebab DIA mati bagi semua manusia. (Yohanes 3:16).

6-Cara mereka menggambarkan kerosakan pada dunia itu, buat sy sempat berfikir...akan macam ni ka Tuhan?(sy berdialog dengan Bapa di Surga). Entahlah, mungkin sy tidak ambil kisah sangat kali macam mana dunia berakhir mungkin. Sebab sy tau sy akan ke mana nanti.

7-dunia kiamat pada 2012?kalau ikut teknologi dalam movie ni.. sy boleh cakap hebat juga! boleh tau tu berapa masa yg tinggal tuk impak tsunami tu. I guess dunia semakin pintar. Pun demikian, beberapa kali dr adrian dalam watak ini katakan yg dia silap perkiraan...so dia sendiri tidak menjangka sepantas itu. Ya, no one can know bila waktunya Tuhan akan datang kali kedua. Because Tuhan sendiri berfirman, kedatangan adalah seperti pencuri. TIADA SIAPA pun tau. So, manusia may build hi-technology with their great IQ... tapi as Bible said'Rancangan Ku bukanlah rancangan mu, setinggi langit dari bumi begitulah tingginya fikiran Tuhan dari manusia'.

ok apa kekuatan filem ini;

1-humanity

Dr. Adrian dapat menyakinkan kepada pemimpin dunia untuk tidak mementingkan diri sendiri. Ya bah, kesian betul yg hampirrrrr tidak dapat masuk bahtera itu. Itu pun ambil masa lama berbincang..cubalah kalau dari awal dapat fikir...nyawa berharga oo...Yesus sendiri katakan kalau ada seorang gembala domba punya 100 ekor domba dan seekor hilang, gembala itu sanggup mencari yg seekor yg hilang.

2-nilai kekeluargaan Jackson Curtis

Actually ending baru nampak sebenarnya. Dan rata2 family yg dalam movie ni, bila waktu begitu saja baru terfikir orang2 tersayang. why must wait until such situation to tell your love ones that u do care for them?... Tuhan berkata dalam bible, My name is I am. maksudnya, Tuhan adalah Tuhan pada hari ini. Kenapa kita merasa takut akan masa depan, sebab kita mencari Tuhan akan datang, which is clear cut Tuhan katakan 'My name is I AM'. Sekarang maksudnya. Maka hargailah org2 tersayang di waktu masih ada kesempatan.

I think itu ja kot.

Anyway, sy kasi ok jugalah movie ni. Out of 5 i give 2.5 lah.

Apapun, pandangan orang lain berbeza-beza...sy merindukan satu filem yang menceritakan tentang akhir zaman...rapture seperti cerita 'Knowing'. Filem itu sy kasi 2 thumbs up. Yg itu pada sy, sesuai. Since kita bukan lagi berbicara mengenai air bah/tsunami/gempa bumi...tapi kita mau nyatakan kepada semua kedatangan Tuhan Yesus kali kedua adalah semakin dekat... dan selama waktu ini, carilah wajah Tuhan berbaliklah kepada kasih mula-mula.

Tuhan Memberkati.

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...