Tuesday, November 16, 2010

Be thankful

Ini kali kedua saya menonton DH season 7 episode 8 [yang terbaru] saya menangis.

Episode DH kali ni, more to cerita Thanksgiving Day. Sebelum any ulasan dari saya lets check what is Thanksgiving mean to the United States. [mengikut wikipedia]

Thanksgiving Day is a harvest festival celebrated primarily in the United States and Canada. Thanksgiving was a holiday to express thankfulness, gratitude, and appreciation to God, family and friends for which all have been blessed of material possessions and relationships. Traditionally, it has been a time to give thanks for a bountiful harvest.

So, apa yang berlaku dalam episode kali ni, Renee [watak baru dalam season ni] menjemput Lynette dan familynya tuk sama2 merayakan thanksgiving di rumahnya. Lynette kemudiannya meminta utk menjemput susan sekali datang bersama. Susan in the other hand, jauh terpisah dengan suaminya Mike kerana keadaan kewangan memaksa mereka tuk berpisah. Mike terpaksa bekerja di Alaska tuk menampung krisis kewangan mereka akibat daripada tindakan sblm ni membawa susan dibuang kerja. So cuma tinggal Mike yang bekerja. Disebabkan itu, Lynette menawarkan Susan bekerja menjaga anaknya.

Manakala Bree menjemput bf barunya Keith bersama-sama dgn family Keith merayakan TG di rumah Bree. Keluarga Gaby dan Carlos pula menjemput keluarga Hector disebabkan anak kandung mereka Grace dan Juanita yang tertukar.

So masing-masing dengan cara menyambut TG. Ada ayam turki. Ada wine. Tapi part yang special dalam episode kali ni adalah di mana Susan yang tidak tahan mendengar anak Lynette yg masih kecil menangis. Pada Susan, Lynette ibu yg malas sebab Lynette membiarkan anaknya menangis sampai tertidur. Sampai terjadi sedikit pergaduhan antara Lynette dan Susan. Ini kerana Susan menegur cara Lynette menidurkan anaknya dengan membiarkan anaknya menangis.

Dialog ini [yg sy translate] yang buat saya menangis.

Susan: saya tidak tahan dengan cara kamu. Pada saya itu cara seorang ibu yang malas.
Lynette: Kamu mempertikaikan cara saya. Saya ibu kepada 5 orang anak, dan itu semacam 1 peperangan tuk saya, sedangkan kamu cuma seorang anak.
Susan: Ok, maafkan saya, tapi saya tidak tahan mendengar tangisan anak. Saya berhenti dari kerja ni.
Lynette: Kamu betul tidak tahan mendengar tangisan anak walaupun 5 min?
Susan: Jangankan 5 min, 1 min pun saya tidak tahan. Kau tidak faham, dalam hidup saya setiap hari saya mendengar tangisan. Anak saya MJ menangis setiap malam kerana rindukan ayahnya yang jauh di Alaska. Dan saya menangis kerana anak saya menangis. Hidup saya hari-hari ini hanya penuh dengan tangisan.

seterusnya...lynette dan susan berpelukan.

Serius saya nangis part ni. Kalau susan tidak beritahu keadaan sebenarnya kepada Lynette mungkin akan terjadi pergaduhan dan saling judging antara 1 sama lain. Tapi itulah thanksgiving juga namanya, bersyukur kerana ada teman yang memahami dan menerima.

Di Malaysia, kita tidak ada hari yang rasmi di mana perlu ada HARI PENGUCAPAN SYUKUR. Tapi sebagai orang Kristian, kita di ajar untuk sentiasa mengucap syukur dalam apa pun keadaan.

Banyak benda sebenarnya kita perlu bersyukur. As for me, saya bersyukur sebab Tuhan Yesus mengasihi saya dan tetap mengasihi saya sampai bila2 walaupun saya sentiasa buat silap. Saya bersyukur sebab dalam keadaan tertekan, family saya dan MM adalah tempat saya meluahkan perasaan. Saya bersyukur sebab teman2 baik seperti Aideline, Giu, Jasmine, Sis Lesley, Evelyn J [semuanya teman baik saya dahulu-wktu kami 1 rumah]. Saya bersyukur ada Airin, Vivien, kiera yang faham keadaan kerja dan sy bersyukur tuk keluarga sib serdang yang sentiasa menyokong saya dlm doa.

Melihat kepada semua perkara yang ada dalam hidup saya, sy tahu tidak ada 1 hari pun saya harus melupakan diri saya utk bersyukur. I should remind myself everyday to give thanks for everything. Bersyukur dan menghargai setiap kesempatan yang ada dan menghargai setiap pribadi yang ada di sekitar saya.

Jadi teman2 saya sekalian, belajarlah mengucap syukur dalam segala hal. Be it good or bad situations. Bersyukurlah juga sebab kita lahir di negara ini, walaupun banding gaji Malaysia dengan S'pore, gaji kita agak kurang, tapi setidak2nya kita ada nature yg indah, masih boleh buat rumah di atas tanah. Bersyukurlah dengan kepimpinan negara kita Malaysia, setidak2nya mereka masih berusaha memikirkan kepentingan rakyat. Bersyukurlah sebab kita bebas dari letusan gunung berapi. Bersyukurlah sebab kita masih sihat walaupun tidak punya wang yang banyak utk dibelanjakan, setidak2nya kita menikmati masa bahagia kita bersama dengan orang2 yang tersayang. Bersyukurlah dengan kereta yang ada, setidak2nya kereta itulah mampu membawa kita ke mana tempat yg kita tujui.

Bersyukurlah.....

Masih banyak hal kan perlu kita syukuri?...

Jadi hargailah semua itu. Hargailah masa hidup mu dengan melakukan apa yang baik. Hargailah orang2 yang menyayangi kita, sebab kita tidak tahu bila mereka pergi.

Bersyukurlah...

'Whatever happens, keep thanking God because of Jesus Christ. This is what God wants you to do.'

1 comment:

Mike said...

HAPPY THANKSGIVING DAY...

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...