Showing posts with label flasback moment. Show all posts
Showing posts with label flasback moment. Show all posts

Monday, November 17, 2014


Hujung minggu adalah hari beristirehat bersama keluarga selepas 5 hari memerah otak dan mengerah tenaga di Pejabat. Minggu ini sahaja dua kali saya berulang ke INTAN Bukit Kiara kerana menghadiri Program. Minggu lepas juga minggu mengerah otak untuk mengeluarkan idea penulisan yang boleh tahan mencabar minda ku sebagai penjawat awam. Ternyata, pengalaman selama 8 tahun bekerja masih belum cukup untuk mengeluarkan sebuah kertas Dasar. Menyedihkan! Saya akan blog tentang hal itu kemudian.

Apapun, jangan hairan kalau saya cuba menulis dalam Bahasa Melayu lengkap. Bukan apa,selepas mendengar Seminar Pugar Bahasa tempoh hari terasa insaf sekejap. Hahaha. Tapi susahlah... kang blog ku akan menjadi seperti tv kerajaan yang orang ramai tidak berapa suka tengok sebab bahasanya yang terlalu formal..hehehe

Anyway...hujung minggu ku kali ini adalah super mencabar. Saya sebenarnya sudah biasa 'ditinggalkan'oleh suami untuk mengurus anak-anak sendiri. Dengan nature work suami yang selalu keluar atas urusan rasmi...diriku sudah terbiasa. Tapi hujung minggu adalah berbeza. Minggu lepas suami ku terpaksa balik Sabah untuk urusan 'maid hunting'which I hope and pray urusan kami itu akan berjalan lancar walaupun harapan itu setipis kertas A4. Bukan masalah orangnya tapi ada sedikit urusan legal yang here and there perlu kami ambil perhatian.

Jadi bermula jumaat malam, sabtu and ahad. Hanya tinggal diriku dan anak-anak ku yang comel itu.

Jayden masih dalam proses recover. Sejak rabu, jayden batuk-batuk, dan suhu turun naik sehingga saya terpaksa ambil EL pada hari rabu. Mau ambil EL pun memang masalah lah kalau di tempat baru dengan bos baru. Kalau masih d jabatan lama, sekurang-kurangnya saya tidak rasa takut dan gementar sangat. Bukan ambil kesempatan tapi at least I know how is my penyelia. Tapi di tempat yang baru ini, ehmm menggigil juga lah. Walaupun sebab family matter.

Joshua pula masih dengan sikap nya yang happy go lucky. Makin dilarang makin dibuat. Dicakap jangan..baginya adalah YA. Dirotan di jerit masih buat x tahu. 

So minggu ku sangat tragik. Saya betul2 jadi seorang mummy yang horror. Marah. Jerit. Rotan. Tendang. entah lah..kalau fikir balik...it was really bad..that i ended with crying.

Crying.

Crying.

and suddenly I regretted to be a mother.

It was a horrible feeling.

I gave up.

Then, i started to blame God. I ask God, why i have never have smooth journey in parenting? why my son Joshua still cant talk and understand me? why jayden keep on crying? why they are so clingy to me? why i dont have maid? why God didnt send me a helper? Why my husband have to go back at this time? why I become mother? why? and Why?

Then at 5 oclock on the sunday evening..finally both of them fallen asleep. Kepala masih berdenyut2 sebab sudah 2 hari x cukup tidur.  (or almost 7 days kot). Kerja rumah menunggu. Ada botol susu perlu dicuci. Ada kain-kain perlu dijemur. Since sy malas keluar, sy perlu masak (masak simple saja) dinner untuk sy dan anak-anak. I need to be fast before they wake up.

And the list to do is go on and on in my mind.

But, instead I just lied down and opened my e-bible looking for a words. Then I looked up at Psalm 6:5

"For in death there is no remembrance of you; in Sheol who will give you praise?"

O aku masih hidup Tuhan. Walaupun dalam keadaan ku begitu aku sukar untuk mengucap syukur...tapi aku masih hidup Tuhan. sebab di dunia orang mati siapakan yang akan mengucap syukur?

Then, I prayed. I asked God for forgiveness. For EVERYTHING. I Said and Done. 

After that I get up from my bed. Take my shower and rushed (again) doing all things that I can do before they wake up.

So this is my life..my real mother hood story. I am far from perfect mother. And I think I will I never be one. I am just me. A mother who have a lot of weaknesses. 

But still...

Joshua and Jayden is the perfect GIFT from heaven. And they are my reward of my womb. A blessed womb. They are Benjamin Generation. The generation who love God. 

And I know God had a very special task for each of them. 

Though I am not a perfect mother, I know I had a perfect God. Though I had make a lot of mistake. But Joshua and Jayden will never be a mistake. God had seen them long before I seen them. 

Inilah kisah hujung minggu ku. 

I love them very very much. 

I thank you Lord for loving me even though i am also a miserable child to you.

This is the picture of them. (Laughing and playing together (on my laps) before Joshua punched his lil. bro)

Priceless!

Wednesday, February 12, 2014

Apakah kita mendengarnya?

Tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan manis kepada saya secara pribadi. Banyak hal yang telah terjadi dan Antara yang paling saya ingat adalah saya berkesempatan untuk menghadiri satu event yang dianjurkan oleh SIBKL (English) pada 29 Ogos 2013 yang telah membawa saya berjumpa secara live dengan seorang hamba Tuhan yang saya amat kagumi iaitu Nick Vujicic.

Pada saya, peluang seperti itu merupakan once in a life time yang saya peroleh. Kerana apa? Nick Vujicic merupakan motivator, penginjil yang dipakai Tuhan luar biasa dan telah menjangkau ratusan jiwa di merata dunia. Hidupnya telah menjadi kesaksian yang hidup kepada ramai orang tanpa mengenal bangsa dan agama. Kenapa saya katakan begitu? Nick Vujicic telah lahir tanpa ada tangan dan kaki. Dia hanya ada ibu jari kaki saja. Tiada siapa tahu kenapa dan bagaimana dia dilahirkan sedemikian. Nick Vujicic pernah saja mencuba membunuh diri kerana dirinya sering diejek oleh rakan sekolah. Namun ibu bapa nya yang juga orang cinta Tuhan telah banyak mendorong dan menyokong Nick Vujicic. Pada umur 15 tahun, Nick Vujicic menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat pribadinya dan dari situ Nick Vujicic telah diubahkan dan boleh dilihat bagaimana dia menjadi orang yang luar biasa dipakai Tuhan hari-hari ini.

Sebab itu, bila ada peluang untuk bertemu dengan Nick Vujicic secara live, saya sangat teruja dan pastinya tidak mahu terlepas peluang. Puji Tuhan, everything went smoothly that day. Saya dan suami berkesempatan hadir bersama-sama mendengar sendiri kesaksian Nick Vujicic. Air mata saya mengalir dengan deras saya menonton video klip Nick Vujicic yang banyak memaparkan bagaimana dia tidak pernah berputus asa. Katanya, pada mulanya adalah sukar, tetapi dia tidak pernah berputus asa. Sebab itu, walaupun dengan keadaan dirinya begitu, dia masih mampu menikmati hidup sebagaimana orang lain. Bermain bola sepak, berenang yang mana saya yang sempurna ini pun tidak pandai berenang, bermain golf…dan yang sangat amazing Nick Vujicic mempunyai seorang isteri yang sangat cantik dan anak lelaki yang sangat comel. Bagi Tuhan tiada yang mustahil.

Sejak dari itu, saya banyak mengikuti perkembangan semasa Nick Vujicic sendiri melalui pagenya di Facebook. Bagaimana dia mendedikasikan hidupnya untuk menjangkau jiwa-jiwa yang merasa lemah dan tidak berdaya. Melalui page tersebut, saya mengetahui aktiviti terkini Nick Vujicic.

Ketika saya tekun melihat video klip aktiviti Nick Vujicic, entah macam mana pada pagi ahad Roh Kudus berbicara dengan saya. Dengan lembut dia berkata kepada saya, ‘perhatikan Nick Vujicic. Ramai jiwa yang lahir tidak sempurna, yang rasa dirinya banyak kekurangan dan kecacatan tetapi ketika mereka melihat Nick mereka rasa mereka dibangun, mereka mendapat kekuatan baru, dan ketika Nick mendekati mereka, mereka rasa dihargai kerana mereka tahu, Nick dapat merasakan apa yang mereka rasakan. Sebab keadaan mereka adalah sama’.

Roh Kudus mengingatkan saya ‘sebab itu kenapa Tuhan datang ke dunia menjadi seperti manusia sama seperti kamu. Supaya DIA mau manusia tahu yang DIA dapat merasakan apa yang manusia rasakan. ‘

Saya menangis apabila diingatkan Tuhan mengenai pekerjaan Tuhan. Tuhan ingatkan saya, ramai anak-anak muda hari-hari ini mudah terkeliru dengan ajaran agama lain. Mereka mula meragui Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat manusia. Bagi mereka Yesus bukan Tuhan tapi hanya sebagai Nabi. Tapi kisah Nick ini mengingatkan saya. Bayangkan kalau Nick seorang yang sempurna fizikalnya dan cuba memberi ceramah motivasi kepada yang cacat , tiada kaki dan tangan , apa mereka mudah terima motivasi itu? Pasti dalam hati mereka akan katakana ‘senang cakaplah, kau bukan berada dalam keadaan saya’. Kan? Pasti mereka akan cakap begitu. Tapi tidak, Nick sama saja secara fizikalnya dengan mereka. Tapi Nick berjaya kerana dia tau Tuhan yang Dia sembah ada rencana besar untuk nya. Sebab itu, ramai orang kagum dengan Nick. Dan Nick berkata seperti ini,

“When I was fifteen years old, I sealed my faith in God and from there it has been an amazing journey” – N.V

“If God can use a man without arms and legs to be His hands and feet, then He will certainly use any willing heart!” – N.V

Hidupnya hari ini adalah kerana hubungannya dengan Tuhan Yesus, Juruselamat pribadinya.

Itulah yang membezakan Nick dengan orang lain.

Dan hal itulah telah dilakukan Tuhan 2000 tahun yg lalu. DIA datang ke dunia, menjadi manusia, hidup seperti manusia dan mati di kayu salib untuk kita.

Kalau kita percaya Tuhan itu maha kuasa dan boleh melakukan apa saja, dan kita juga harus percaya bahawa Tuhan boleh menjadi manusia sama seperti kita.

Akhir sekali pilihan itu ada di tangan kita. Tuhan Yesus tidak pernah memaksa kita untuk menerima DIA, tapi DIA sedang mengetuk pintu hati kita. Apakah kita mendengarnya?


Thursday, February 6, 2014

#Throwback Moment

Nah kau, bukan Instagram saja boleh throwback, blog pun ada juga... 

Di awal tahun 2014, semasa cuti Thaipusam tempoh hari saya and family join Retreat Gereja kami ke Janda Baik, Bukit Tinggi Pahang. Ini kali kedua saya ke sini whereas kali pertama untuk hubby dan anak kami. Tapi kali pertama saya sebagai seorang isteri dan ibu, itu yang rasa excited sebab di samping retreat gereja boleh jadi family short trip juga.

Nama resort ni Centella Asiatica Garden & Resort. Since semuanya fully sponsor by church, so percutian nya lebih rasa best gitu...hehehe.

Actually bukan juga cuti, dah nama nya retreat dia lebih kepada perjumpaan kepada semua pemimpin / pelayan di Gereja. Masa ni masa untuk pastor kami berkongsi misi dan visi gereja bagi tahun 2014. Dan pemimpin dan pelayan gereja harus tangkap dulu misi visi sebelum jemaat juga dapat menghayati. Begitulah lebih kurang tujuan retreat ini. Sebab tu bukan semua jemaat pergi hanya yang terpilih saja.

Apapun, we leave the story behind we move on to sight seeing..

Here it goes,






Chalet yang kami dapat sangatlah comel. Cukuplah untuk kami 31/2 anak beranak.
Since berdekatan dengan Genting Highland dan bukit Tinggi so cuaca di sana ketika itu dalam 22-28 degree celcius. Nyaman gitu...

Actually kami sepatutnya beretreat di mana sabtu tu (kami gerak Jumaat petang ke Janda Baik) dari jam 8 sudah start acara. Tapi inilah sebab bawa anak sekali dapat pula Joshua yang suka cuaca sejuk2 (macam bapa dia juga) boleh pula Joshua bangun jam 11 30 pagi. Last2 my hubby saja yang join sebab dia bertugas juga jadi cameraman. Jadi sementara menunggu Joshua bangun, saya pun tidur sekali kekekeke. Ni ha muka Joshua yang baru bangun tu..


sembab gila mata sepet dia kan... gara2 begitu, tinggal makan tengah hari sajalah kami..hahaha

tapi sebelah petangnya saya punya giliran lah masuk acara tu. Hubby pula tertidur dengan Joshua. Tengok tu tertidur lagi...sejuk betul kali itu sebab Joshua kuat berhibernasi.

Patutnya hari ahad pagi balik, tapi saya cakap sama husband balik malam sabtu juga. Sebab Joshua sudah mula kena flu takut lebih melarat kalau tidur 1 malam lagi. Lagi pun the next day hari ahad so tidak mau rushing terus ke gereja. Itu yang malam sabtu tu balik KL. syukurlah x jem, so dalam 1 jam sudah sampai di rumah.

Apapun, saya sangat enjoy suasana di sana. Bawa Joshua menikmati kehijauan, dalam suasana sejuk. Tenang rasa. Tapi tidak boleh lama lah, sebab pandai boring pula. Habis acara yang disediakan di sana selain memancing, makan buah2an, naik perahu itu je kot. So tidak banyak yang boleh dibuat. Mau honeymoon pun ok, tapi dari segi chalet sy kurang recommend sebab macam boleh dengar jiran sebelah. hahaha. So kureng skit privacy. Kalau setakat ramai2 join BBQ oklah. Seronok juga tu.

Harga chalet agak mahal. Macam chalet kami tu RM174 per night. Mau dinner jauh skit disyorkan datang dengan family boleh BBQ ramai2 itu lebih meriah.

Apapun, I have fun with my family. Love them to bits.

Wednesday, January 29, 2014

Joshua o Joshua...

Beberapa waktu ini, saya merasakan saya perlu menulis lebih banyak mengenai Joshua. Sebab saya jarang-jarang mengabadikan journey saya bersama Joshua dalam blog ini. Tapi lately, bila sudah mau memasuki third trisemester untuk 2nd pregnancy, suddenly the urge to share anything about Joshua itu ada. Rasa macam, sebelum saya lupa better saya tulis. 

So last holiday, adalah giliran di kampung saya. Salah satu plan saya untuk Joshua adalah membawa dia menikmati suasana laut. So pantai yang menjadi pilihan saya adalah Tanjung Simpang Mengayau. Ya, sebab Kudat is blessed to have so many beautiful beaches so i need to choose..hihihi (pada hal mau pg Tindakon Dazang tapi tidak berbaloi sebab adakah patut mau masuk pantai pun kena bayar..ridiculous betul!)

Kenapa saya mau bawa Joshua jalan2 di pantai, sebab antara faktor utamanya adalah Joshua ini boleh kata anak bandar. Lahir saja di kudat tapi membesar di seri kembangan, selangor. So Putrajaya, KL adalah macam taman permainan dia. So sebagai generasi alpha (cuba check ada ni dalam internet), gadjet adalah perkara yang tidak asing buat dia. Jadi untuk mengurangkan kebergantungan joshua kepada ipad... sy perlu lakukan sesuatu.

So inilah peluang keemasan saya. Bawa pergi pantai. Kenal pasir. rasa bau laut.

Saya tahu Joshua bukan macam budak lain. Maksud saya, Joshua ni kurang adventure sikit. compare to other kids dia bukanlah jenis yang terus berlari ke sana sini bila nampak benda baru. Dia ni jenis shy shy cat. Tapi saya tidak menyangka lah Joshua ni takut ombak...hahaha. Kebetulan masa tu air laut tengah pasang. So ombak dia gila mengaum kuat. Si kawan ni pun berpeluk erat sama daddy dia lah sampai tidak mau turun pergi pasir langsung.



Macam ni lah Joshua. Melekat macam apa saja dengan daddy dia.

So ubah plan. Nasib bawa kolam plastik. Isi dengan air laut ada pasir sikit merasa jugalah joshua bau air laut. Tapi dengan saya2 lah duduk dalam kolam tu. hihihi


So inilah pengalaman pertama joshua di laut. :)


Tuesday, January 28, 2014

A Belated Birthday post

17.1.2014

Joshua genap dua tahun

Siapa sangka saya ada anak usia dua tahun...ooo looks like i'm getting older....

Last year, for his 1st birthday we decided to throw not so called a party to him more like a thanksgiving day for Joshua therefore we did it at the church, we shared it with our friends and family. But this year, we decided (actually it is me decided to) just the 3 of us only. 

But I promised to my son, later when he is 5 years old then we do a big party for him...by the time come, Joshua I'm sure he have friends that he close to and he sure can talk already...hehehehe (my pray)

Just a very small celebration...

A 25 pieces of cupcake (white blue theme made by my friend Rachel Ruran..yummy and very recommended) and his dad bought Joshua a CAR for his 2nd birthday.

Just like what u see here;




Soon Joshua will become a big brother to his little brother/sister...

I pray that Joshua will grow up healthy, and loving to his adik, taat pada ibu bapa, hormat pada orang tua dan takut akan Tuhan sesuai dengan namanya Joshua Raphael (Joshua = God will save, Raphael = God will heal)

Much love,

your mummy

Friday, November 22, 2013

upppss...blog saya masih hidup....

OMG..

lamanya saya tidak update blog ni...

dalam draft saya ada banyak unpublished entry. Kadang2 ada entry half way sy karang terpaksa ditunda sebab ada kerja lain yang perlu siapkan. Dari isu santai sampailah isu serius.

So November is coming the end very very soon.

And I am really excited this coming December! Couldnt wait for christmas celebration with my family this time. Yes,it's my turn this year... beginilah kalau sudah kawin, ada give and take...kawin pula dengan orang yang bermastautin d selatan sabah jadi oleh dasar jarak maka ada pembahagian giliran bercuti...

So this time around, we will be celebrating Christmas at my hometown. My siblings and I have already planned some activities during our holiday. Cuti yang singkat so perlu maksimum penggunaan nya. Janji enjoy dengan family.

So, looking back at the 11 months that passed.. I would say.. I am humbly proud of myself achievement.
Yes, I thanked God for many reasons.

Pertamanya, seawal bulan September saya dan suami sekali lagi dipercayakan Tuhan untuk 2nd baby. Harapan kami dua, sekali lagi kami tidak kisah jantinanya yang penting sihat dan normal and of course a very smooth delivery (pray for normal delivery again)

Keduanya, walaupun rezeki mau naik 48 masih samar-samar, tetapi setidak-tidaknya dengan beberapa siri kejadian, saya merasa yakin untuk menggalas tanggungjawab 48 di masa akan datang. Saya percaya saya boleh menjadi seorang penyelia yang..well bukan maksud terbaik as leadership is a lifelong learning process tapi saya tau kalau saya 48 saya akan buat apa. Saya belajar dari banyak KPSU terdahulu...dan saya juga belajar menjadi PSU (sepanjang bergelar PSU yang paling kanan dalam siri 44 di sektor awam~batch 2/2006 khususnya) yang bagaimana bersama dgn PSU2 lain dan dengan kumpulan pelaksana.


Apapun, saya juga belajar banyak di waktu2 sukar yang saya lalui. Saya hanya boleh katakan semuanya adalah kasih karunia Tuhan untuk saya.

So, masih banyak perkara yang sy perlu lakukan, masih banyak impian yang belum tercapai tapi saya percaya everything is beautiful on its own time. All i need to do is, pray hard work hard and at the same time enjoy every moment that I have.

Till then, see you December.

Monday, May 27, 2013

My weekend

Puji Tuhan, ada cuti umum jatuh pada hari Jumaat. Sememangnya rasa betul2 mau bercuti sebab for the past 2 weeks, hidup saya di ofis sangatlah tidak mengujakan.

Saya, husband and anak hari Jumaat hanya berehat sepanjang hari d rumah. Since my father left us with his Astro Card, so bolehlah kami tumpang sekaki...syiok juga pula ada ASTRO di rumah..hahaha...all this while bila saya mau pasang Astro, my husband cakap 'bila mau tingu ASTRO kalau kerja pun keluar belum matahari terbit, balik pun matahari sudah terbenam'..so ding dong ding dong...tidaklah kami ada ASTRO. Masa parents saya datang, sebab takut mereka boring di rumah, tu yang pesan siap2 bawa ASTRO kad di rumah. Rumah sy ada piring ada dekoder..kad saja tiada..hahahaha.

So melayan lah kami anak beranak channel 701 the whole day. Saya peminat The Voice..so walaupun mungkin ulangan...tapi oklah I would say season 4 best! I like Shakira. Beza dengan Christina Aquilera, pemakaian Shakira so far sopan. :P

Sabtunya, kami keluar lah since anak sy kalau tidak keluar rumah macam x keruan. hehee. Of all places, we decided to go to Midvalley. Bukan apa, husband cakap senang parkir kalau d midvalley. Mau bawa dia the curve pavilion..ehmm susah sikitlah.. hehe. Tujuan, cari angin luar..takut nanti terperap di bilik sakit...lepas tu, saya mau carikan kolam2 untuk Joshua berenang. Walaupun tiada laman rumah, tidak apa, nanti kami usahakan cari...

so off we went to Midvalley City. Sampai jam 12 noon. Joshua sudah tertidur. Kami pun makan terus. Lepas makan, cari barang yang dikehendaki. Pusing2. Jam 2 sudah keluar. hehe. Tidak mau buat apa sudah. Shopping pun tidak mau beli apa juga. Kami keluar dr MV, pergi ofis husband saya ambil barang. First time lah anak beranak tingu ofis daddy. Besar dan selesa. Oklah compare to my desk sekarang, huhuhu I miss my own office at MOA.

Then balik rumah, continue watching my favorite THE VOICE.

Sunday, macam biasa pergi church. Cuma special sikit hari ini sebab ada celebration Mothers Day peringkat our church, So apa lagi melaram lah semua ibu2. Dan dilayan 1st class oleh para bapa di Church. BEST!

So today, masuk ofis. I wish i have one more day holiday. hehehe. Entahlah, apa yang sy buat sekarang di ofis benar2 tidak memberangsangkan motivasi kerja sy sudah. I tried to focus to my work..tapi rasa mcam I reach to my limit already in this area. I need something new! Cuma tahan2 hati saja. One more year..one more year renny. huhuu.. I thought I like this field, but after 1 year 8 months doing this, sy fikir cukuplah kot. Sy rasa sy lebih suka bidang pembangunan. Ada projek di bawah seliaan sy. Sy fikir macam try ICU pula. hehe. atau EPU. Dan sebenarnya, kalau ada peluang ke luar negara tu, rasanya best sangat.

Husband sy minggu depan kena suruh hadiri seminar di Chiang Mai, Thailand. Last year dia kena pergi seminar di China. Saya happy utk suami saya berbaloi lah kot. Setelah 10 tahun dalam servis he deserved to get the chance. Saya teringin sangat sangat ke luar negara atas dasar kerja. Pertama sy mau belajar cari Gov di luar negara macam mana dasar mereka. Keduanya, of course meluaskan minda sy. Siapa tahu, saya akan dapat tajuk tesis saya bila saya mau sambung belajar kan..

Bah, thats my weekend.

Lets get to work!  Chiayou Renny.

Wednesday, December 12, 2012

121212

wow...

cantik tarikh hari ini...

hari ini ada seorang member church kawin...congrats to him..jauh benar pasangan tulang rusuk dia nun jauh di manado..hihii...

btw, sebut pasal tarikh cantik ni...saya teringat my wedding day...

tarikh wedding kami cantik sudah..senang mau ingat...12.3.11...

so besarlah harapan tarikh cantik suasana pun cukup santik lah kan....

hehehe mana tau..11.3.11 terjadi tsunami besar d Jepun..Kudat kena tempias juga...

so tarikh kawin kami cantik tapi hujan rahmat melanda perkawinan kami...so antara kesannya...ramailah saudara mara sy yang datang dr KK terkandas di Ulu Kukut...flight member kami dari KL tunda 1 jam...lepas tu stuck bersama di Ulu kukut...

wedding yang sepatutnya dijadualkan jam 2...berlangsung jam 3...

kawan yg mau meraikan sy hanya dapat datang jam 10 ke atas...

memang hari memorial betul utk saya..hihii...

Well bukan sy buka balik cerita ni saya rasa menyesal...

BIG no....siapalah saya untuk menentukan kejadian alam...Tuhan jauh lebih tau....

Apapun saya bersyukur despite the fenomena..sy dan husband tetap dapat bersatu...I dunno what others think about our marriage days...but I know I just have to be grateful for everything happened!

Anyway..the point is...sya belajar tarikh cantik ka tarikh kurang cantik ka tidak glamour ka...setiap hari itu adalah kurniaan Tuhan..anugerah dari Tuhan yang telah memberikan kita another day utk hidup di dunia ciptaan Tuhan.

Kerana bak kata salomo dalam Pengkhotbah..setiap hari ada peristiwanya sendiri yang Tuhan sendiri telah tentukan...

yang penting we embrace each new day with love and gratefulness...

Stay blessed, and keep faith.

Jesus loves u.

Friday, September 21, 2012

Her wedding

Just to share my lil sister Big Day...


My Beautiful and Gorgeous sister...



Tema: White Yellow
Venue: Tg. Simpang Mengayau..Resort, Kudat
Date: 7 July 2012



Love her make up, love her dress...and love the weather..best!

Datanglah Simpang Mengayau Kudat...












Thursday, May 19, 2011

To u, with love



(This entry dedicated to all the teachers that had teached me since I was in my primary, secondary till my University days.)

Hari guru sudah berlalu. Saya memang bercadang utk tulis entry khusus tuk hari ni, cuma hari ini baru ada kesempatan tuk menulis.

Saya tidak tau cikgu zaman sekarang sama atau tidak dengan cikgu zaman saya sekolah. i guess bukan saja student yang berubah tapi guru2 pun ada berubah juga.

Zaman sekolah rendah saya, guru yang paling saya sayang dan saya ingat sampai hari ini adalah Cikgu Kow Yen Phin. Dia mengajar saya Bahasa Inggeris dari saya darjah 4 sampailah darjah 6. Kalau bukan kerana cara cikgu mengajar BI, saya pasti saya tidak pandai BI. Dulu2, BI adalah bahasa yang sangat ditakuti oleh kami dan antara subjek yg paling sukar mau score. Tapi sejak Cikgu Kow ajar, dari situ saya mulai faham antara present tense, past tense, future tense, etc.

Bukan itu saja, utk develop keyakinan kami dalam bahasa asing ni, Cikgu Kow bawa kami buat koir dan masa tu saya jadi lead solo tuk tajuk persembahan kami DO Re Mi. Dia seorang guru yang sangat berdedikasi dan sangat rapat dengan anak murid dia. Saya ingat lagi masa tu dia masih bujang cikgu kow ada tanya siapa yg dapat tinggal dengan dia temankan dia di rumahnya. Masa tu beberapa kami berebut2 mau, tapi saya tidak dapat pergi sebab family saya masa tu tidak benarkan saya. Sedih juga masa tu..

She is the best teacher that I have. Bila saya masuk secondary school, kebanyakan cikgu masa tu semuanya garang dan tidak ada yang saya rapat. Sebab itu saya tiada ingatan sangat cikgu fav sy masa tu. Masuk U, pun sama juga.

I guess, ini yang dialami oleh Glee Club. Mereka ada mister shucester. Guru yang bukan saja guru, tapi juga ada masa dia jadi abang mereka. Penjaga mereka. Mister shcu ada hubungan rapat dengan anak murid dia. Sebab tu, anak murid dia menghargai dia.

Begitu juga yang saya alami. I really appreciate Cikgu Kow. Cuma sayangnya, sejak saya bersekolah menengah terus saya hilang contact dengan dia. Cikgu Kow, thank you so much for having such a great confidence in us ur student. Thank you for being such a great teacher. Indeed u are the true teacher that i ever had.

Happy teachers day.

Thursday, April 21, 2011

my sweet rival

hola..happy thursday morning...

wow..time really flies very fast...and its like towards the end of April?...ok....

tapi masa tidak berulang...so apa yang ada sekarang let use it to maximum...yeay!

Ntah apa2 kan intro saya...:D. Bukan apa, hari ini 21 hb...hari jadi cousin saya sebelah Bapa her name is Alicia. Not Alicia keys tapi Alicia Janari. :)

She's my 1st cousin, and dulu2 zaman budak2 we were so close. Since sebelah bapa saya, sy dgn dia hampir sebaya jadi kami rapat dan biasalah kalau family ni, suka mau ikut2 an.

Time budak2, di church ada pertandingan Bintang Kecil. Sebelah bapa saya ni, sya boleh kata ada karunia menyanyi yg Tuhan kasi. Bermula dengan auntie dan uncle saya. Plus they are very talented in playing instrument too. ooo..my father pun boleh nyanyi tau..hahaha. So sy dan cousin saya ni pun join the bintang kecil...1st competition, my cousin yang menang. 2nd competition my cousin menang juga. Masa tu, sy sudah macam kenapa dia saja menang. I can sing too what! Tapi jenis tidak mahu mengalah, try balik the following year..and guess what saya menang...(tp masa tu my cousin x join since sudah lebih umur)..hahahaha.

As time goes by, semua persaingan2 kami waktu kecil itu semua kenangan manis. tidak ambil hati malah sy rasa sangat lucu! Sy dan cousin masing2 ada haluan hidup..so dia kawin dulu dari saya...dan sy x sempat ke wedding dia sebab masa tu sy x dpt balik kg. Dan tahun ni bila sy kawin, dia x sempat ke acara solemnization kami sebab dia dan husbandnya terstuck dlm banjir.

Tapi sempat juga, pada keesokan hari, my parents suruh kami berduet lagu macam dulu2 selalu kami buat, kalau ada orang kawin mesti kami dua yang wajib menyanyi utk pengantin. :) Tapi bila sudah besar ni, sy dan cousin ada kekok sikit sesama kami. Mungkin sebab all this while sy banyak keluar ke semenanjung dan sedikit sebanyak hubungan kami tidak serapat dulu.

Tapi hari ni, alicia samaada kau baca atau tidak my post ni, sya sangat gembira ada cousin seperti kamu. ANd i wish you a very happy birthday yang ke-29...no yang akan beralih kepada angka 3. :P. Doa saya, terus menjadi berkat buat suami, buat keluarga dan sekitar mu dan doa sy juga sama2 lah kita ada baby..supaya anak2 kita akan rapat seperti kita dulu2..hehehe.

Bah happy birthday ah alicia..God Bless

Sunday, March 20, 2011

A new begining...

hai friends...

berapa lama lah saya tidak brblog..mau almost 2 minggu juga kan...

anyway...saya rasa sangat bersyukur sebab saya bukan lagi seorang diri tapi sekarang sudah berdua. *wink*. Saya sudah selamat menjadi isteri orang.

Banyak benda lah mau share...bermula acara pernikahan kami di Kudat pada 12 Mac dan resepsi di sebelah Kunak pada 18 Mac. Macam2 terjadi.

Walaupun, banyak impian saya untuk majlis pernikahan saya...banyak yg saya plan dan yg saya wish terjadi...tetapi spt kata Firman Tuhan, setinggi langit dari bumi, begitulah tingginya fikiran Tuhan dari manusia. Dengan Tsunami yang melanda Jepun sehari sebelum majlis kami, Kudat tetap mendapat tempias dari hujan itu.

Hujan lebat pada hari kejadian, tanah runtuh..dan banjir yang menyebabkan hampir2 pengantin lelaki tidak dapat melepasi banjir tuk sampai ke rumah. Banjir yang teruk dan hujan yg berterusan menyebabkan majlis kami banyak tertarik masa...keadaan begitu turut menyebabkan emosi bercampur aduk..imanku hampir goyah....

Sampai jalan raya kk-kudat terputus..menyebabkan banyak saudara mara saya termasuk bbp kawan dari semenanjung terstuck. Jauh di sudut hati saya, masih ada ruang yang bertanya kepada Tuhan, kenapa semua ini terjadi. Kenapa mesti pada 12 Mac.

But one thing...saya sangat mengucap syukur walaupun dlm keadaan cuaca begitu saya dan MM tetap dapat disatukan dengan disaksikan oleh keluarga dan sahabat terdekat. Dan yg utama, Tuhan menunjukkan keajaiban-Nya di tengah2 pernikahan kami.

Saya menangis saat Ka James mendoakan kami...lebih dari segalanya...hanya ucapan syukur yang mampu saya berikan.

Ingatan2 dream wedding yg tidak kesampaian...akhirnya ditutupi dengan ucapan syukur yang tidak terhingga untuk pimpinan Tuhan dari awal sampai akhirnya.

:). Terlalu banyak ucapan terima kasih kepada individu2 yang berkenaan...tapi yg terutamanya kepada keluarga saya yg sangat cintai dan hargai jerih payah mereka. Love u all.

Sekembalinya nanti saya di KL, pasti ada cabaran dan adjustment yg perlu saya lakukan selepas bergelar isteri ini. Saya akan belajar dr teman2 yg sudah berkawin lebih dari saya...saya kan budak baru belajar. hehehehe

Bah itu sajalah tuk kali ni....

Be Blessed everyone.

Friday, February 11, 2011

The city of Ikan masin

Just like this....




bagi peminat ikan masin mesti rasa terliur tengok ikan2 masin ni kan.... :D

sa antara orang2 yang kategori suka makan ikan masin. Feveret loh!

Anyway..hari tu sa utk pertama kalinya menaiki Flight domestic dari KK-Tawau. Ya 1st time naik flight ah bukan 1st time p Tawau. Saya sudah pernah ke Tawau 2x (masuk kali ni 3xlah kot). tapi itu zaman naik bas perjalanan ambil masa 1 hari, jam 7am bertolak dari Kudat sampai d SMK Kuhara Tawau 7pm. Budak2...masa tu aktif dengan pertandingan lalulintas peringkat negeri Sabah. So, bertahan lah duduk dalam bas..syiok ja limpas Kundasang, Ranau, limpas Lahad Datu, limpas simpangan Sandakan, limpas Telupid...(sa rasalah)...Tapi sekarang rasanya kalau disuruh naik bas p Tawau dgn perjalanan 10 jam..macam tidak lah..melainkan terpaksa lah kot...better naik flight 45min saja!

Tawau bukanlah tempat utama sa tu hari..yg sebenarnya sa ke Kunak berjumpa dengan bakal ibu bapa mertua saya. Sa sudah jumpa mereka cuma ini pertama kali ikut MM ke Kunak rumah durang (mestilah bah kan!). Nervous? kurang suda kot sebab sudah jumpa mereka sebelum tu kan.

Orang kata bila sudah kawin ni antara yg menakutkan adalah mentua. Teringat pula movie Monster-in-law. :p. Macam2 lah sa dengar. Tapi puji Tuhan, sa diberikan ibu bapa mertua yang sangat baik. Saya tidak rasa sa kekok dengan durang. Boleh bercerita panjang, bergurau...sa punya adik2 ipar..(yg sebenarnya sa lebih muda dari durang)pun sangat welcoming. Puji Tuhan untuk itulah.

so itu cerita family sana...yg sebenarnya sa sudah menyimpang cerita ikan masin kan! (slap myself).

ya..ya...itulah tu. Banyak ikan masin sana, affordable...(compared to semenanjung of course) dan banyak pilihan!

Wednesday, January 5, 2011

Kundasang War Memorial

Di awal percutian, sy menyinggah di Ranau tempat kerja adik saya. Sambil2 tu, ambil kesempatan untuk menikmati musim sejuk di Kundasang. (^^)

So tanpa dirancang actually, kakak sy pun ke Ranau tapi as usual durang bawa starring dia mandi manda di Poring. Anak buah sy yang seorang ni (yg lelaki) tidak mau kalau tidak ramai orang so kakak sy bawa lah sy sekali bersama dua orang anak buah sy yg lain.

Selesai mandi di Poring (yg awalnya cuma menemankan tapi akhirnya termandi juga)...masa masih panjang dan kakak sy bawa kami ke Kundasang War Memorial park.

So ni pintu gerbang KWM.

Bukan masuk free ya kawan2..ada bayaran juga tu...

Sekitar jam 4 begitu kami di sana..hujan renyai2 dan tau-taulah di Kundasang cuaca dia memang sejuk. Dengan unplanned nya ke sana, kami dgn anak2 buah sy berpakaian ala2 musim panas punya pakaian. Dengan short sleevesnya..sy lagi dengan seluar jeans pendek..Langsung tidak teringat mau bawa jaket ka, shawl ka...tiada langsung. so tengok lah apa jadi sama kami..(except kakak sy ada bawa baju sejuk dia sebab dia mengandung kan)

Na..dengan muka serabainya sy masa ni..sb dari mandi poring..mana ada touch up..dgn baju yg macam mau pegi kedai sebelah rumah saja..hahahha

But then, we managed to take a few pictures for our memories. Just like this;


Anak2 buah sy dengan baju tema musim panas :p


my sister dgn gebe2


rupa bentuk taman..yg cantik dan bersih..

so all in all...happy jugalah sy sebab..akhirnya sy berjaya ke sana..sebelum2 ini tengok di gambar orang lain saja. :)

Cumanya, sy masih mau ke sana sekali lagi..tidak puas hati sebab at this time sy jadi photographer so x banyak gambar sy..plus sy refuse to take pic of my own sb muka x best! hahahaha. So next time, sy mau pergi tempat ni sekali lagi (sila baca guna intonasi pengakap)...bukan apa, siapa tidak suka suasana yang sejuk2 kan....:)






Tuesday, January 4, 2011

Blessed engagement ^^

29 Disember 2010

Dalam BIBLE ada mengatakan begini, 'Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia: semua yang disediakan Allah untuk mereka yang mengasihi Dia' (1 Korintus 2:9)

Ada Amen ka? sy secara pribadi mengAmenkan janji Tuhan ini. Buktinya, sy tidak pernah terfikir untuk punya calon suami jauh sekali untuk bertunang dalam tahun 2010. O ya, jangan salah anggap ya, doesn't mean sy buat keputusan melulu di sini. :D

Sy kenal MM 3 tahun yg lepas. Pernah berkawan rapat dengan dia hampir setahun dan selepas itu masing2 buat haluan sendiri. Kedua2 kami pernah sudah di tahap masing2 sudah tidak mau berharap. Baik saya dengan dia, masing2 sudah mau ambil komitmen dgn orang lain. Tapi rencana Tuhan tuk kami berdua sy kira itu luar biasa. Wktu dlm keadaan sedemikian, Tuhan utus bbp orang campur tangan. Mungkin masa tu, sy sendiri mau jalan sendiri kali sampai tidak dengar apa suara Tuhan. Apa yang Tuhan mahukan sy lakukan. So, dipendekkan cerita I did pray and fasting asking God to tell me so. God is good, bila masa anak-anakNya berseru kepada-Nya di situ DIA menjawab. So, the answer is YES to him and we finally made our commitment together and then we told our parents, and our parents juga sangat gembira ( I believed it is a sign that God approved this relationship) then we told our Pastor. Dari situ, bbp teman juga sudah boleh agak dan kami beritahukan...so bermula planning dari A dan seterusnya.

So 29 Disember 2010, saya selamat bertunang dengan pemuda yang sy cintai dan menerima dia apa adanya dia. Daripada tidak pernah timbul dalam hati sy, bahwa sy akan bertunang dalam tahun ini, dan itulah yang terjadi...I would say that semuanya itu anugerah dari Tuhan buat saya.

So here I am, gadis tunangan orang (ayat gedik!) :p.

Itu ceritera di sebalik kenapa sy tidak pernah sy terlalu men'share'kan pasal engagement sy or my wedding day (soon (^~)). Jadi, pada hari kejadian...atau a day before that, sy sangat nervous actually. Belum mau kawin ni, baru peringkat bertunang. Tapi nervous sy tu membuatkan sy x dapat tidur lena...yg sy fikir apa akan berlaku, macam mana esok hari..hopefully semua berjalan dengan lancar. Pada hal, hal pertunangan itu kakak sulung sy yg atur. Sy memang kena warning siap2 oleh kakak sy, suruh tidur awal jangan risau pasal besok. Biar sy ada seri bertunang. Tapi kepala sy x mau follow apa yg dlm hati saya. The mind keep thinking...tp finally dapat bangun jugalah pagi tu. :D

So majlis kami (macam besar sangat pula), berjalan sederhana dan dimulai dengan lunch. Sy bersyukur ada uncles dan aunties serta cousin mousin yang sangat ringan tulang datang membantu kami semua. Bab masak memasak, sy bersyukur sb uncle sy sgt pandai masak plus abang dan kakak sy kedua pun sangat pandai memasak. My mum top chef durang..atur ini atur itu. That's why waktu rombongan MM datang mama sy sibuk saja di dapur. (pada hal mama sy ni pemalu bah orangnya).

My family anggarkan tetamu termasuk wakil dr MM sides dan sy punya family serta yg berkenaan adalah dlm 100 orang. Kalau dikira sebenarnya lebih itu berdasarkan pinggan yg dicuci. hahahaha. Tapi, roughly about that figure lah. Rumah kami yg agak kecil tidak dpt menampung sedemikian ramai orang jadinya, semua proses bertunang buat di luar rumah berbumbungkan kanopi. Jadi sedikit kepanasan tetamu sebab dalam masa yg sama mati current pula di kg. Macam2. Dlm sekitar jam 3 lebih hujan pula di luar...jadi just imagine panas bercampur hujan..what a perfect combination whether that day! :D Seakan2 alam memberitahu kepada tetamu bahawa pada hari itu, Tuhan telah mengikat 2 pribadi dari 2 keperibadian yg sangat berbeza dengan acuan keluarga masing2 yang juga berbeza. Hanya dengan kasih karunia Tuhanlah yang menyatukan mereka. aise...ayat!

Jadi family berbincang di luar, dan sesuai dengan adat Rungus, sy disuruh duduk di dalam sehingga selesai perbincangan barulah sy dipanggil. Sy? Nervous tu masih ada. Kali ni, nervous sb tertanya2 apakah perbincangan berjalan dengan lancar. Tidak lama kemudian sy dipanggil. Dalam hati sy 'cepatnya, berapa yg family sy minta (dlm direct wordnya lah begitu) sampai terus dipersetujui'. So the proses berjalan dgn baik...kalau orang melayu bilang lafaz nikah hanya sekali, kalau sy sekali tawar terus setuju. Begitulah lebih kurang!

Puji Tuhan, hujan tidak lama...suasananya juga sudah mula redup dan tidak panas. Maka bermulalah sesi tukar cincin dan seterusnya lah. Sign menyign segala. Ambil gambar, potong kek..dan selesai.

Selesai itu, ambil masa berfellowship dengan family sebelah MM, then barulah sy curi2 makan di dapur. (belum makan dari pagi tu cuma minum air saja..actually niat doa dan berpuasa juga bah tu).

So, itu story di sebalik story..sedikit gambaran pada hari pertunangan kami..(selebihnya ada di FB sy)

Pastor Losius mendoakan kami. Sangat berbesar hati sebab Pr Losius dapat hadir bersama isteri.

Ni gambar kami bersama kedua2 ibu bapa kami. Bila ditenung bbp kali, rupa mama sy dan mama MM agak serupa kan! hehehe. Tinggi bapa sy dan bapa MM juga hampir sama tinggi. :)

Dan inilah kami.

Doakan persiapan kawin kami yang tidak lama lagi ni. Doakan supaya kami akan menjadi keluarga Ilahi, keluarga yang mencintai Kristus. (^_^)

Till then, sy tau ada yg sudah tanya bila wedding day kami..sabar ah..kad jemputan akan diedarkan...dan sy sangat berbesar hati kalian yang membaca blog sy dapat menghadiri majlis kami yang diadakn pada..... tunggu akan ada pengumumannya....

GOD BLESS.

Friday, December 3, 2010

What I do for MAHA 2010

1st thing bila bertugas di MAHA... masuk bilik urus setia dan tengok jaga VIP siapa. Then bermulalah hari bertugas dengan menunggu kedatangan that VIP.

Sambil tunggu, sebab hari sudah mulai panas, bosan jadi ambil gambar sekejap dengan duty partner! just like this!

Me and Fariza. 1 bahagian, 1 seksyen. Sy cuti lepas ni, dia ganti saya..hihihihihi. Adanya dia, sy boleh bercuti dengan tenang... :)

hari kedua saya bertugas, sy membawa rombongan dari MITI. Jadi bawa mereka masuk Dewan tengok pameran dulu..sambil saya juga boleh tumpang sekaki...

Dalam siri jalan2 tengok pameran, akhirnya saya terjumpa ini.

Kan, saya tidak tipu...
Close up sikit...ini dia tembikai 4 segi...hari terakhir MAHA, sy mau beli lah this kind of tembikai.

Then, MAHA kali ni heboh pasal ada pertunjukkan seorang wanita dari Sulewasi yang menggoreng pisang dengan tangan..so puaslah saya mencari akhirnya terjumpa di Dewan C [International]. Kebetulan waktu ni, minister Pertanian pun ada. :).

Tengok tu, punyalah berebut orang mengambil gambar. Syukur saya tinggi. So boleh memanjangkan leher...si Fariza juga kasian ni. Makcik dari sulawesi ni goreng pisang tanpa guna sendok...dia selamba saja masukkan tangan dia dalam minyak yang panas itu...huhuhu..praktis banyak kali...atau tangan dia memang kebal???dunno...

Dekat sikit..nah..siap ada ambil video lagi...

So hari saya bertugas, kebetulan ada lawatan dari isteri PM dengan group BAKTI. So faham2lah kan...para datin2 yang datang. Dengan beg yang ok Coach..Chanel..LV..dengan wangian perfume yang ..my goodness....macam2 bau...bukan datin lah kot kalau tidak pandai bergaya!

Kesempatan utk saya mengiringi isteri2 menteri ni. Selalu dengar saja kan. Now, merasalah pengalaman tu.

Datin Seri Rosmah...sesi terakhir sudah ni..Beliau mau balik sudah.

So duty saya di MAHA as LO hanya akan berakhir kalau VIP yang diassignkan kepada saya balik dengan selamatnya. So, masa tu kalau penat ya AMpun...dengan panasnya..dengan berdirinya... tapi seronok!

So, sebelum balik singgah sekejap [again] di bilik urusetia...

Inilah bilik urusetia...

Dan dalam kepenatan masih sempat minta puji ambil gambar... :D


Semalam, MAHA sudah mencapai sasaran pengunjung seramai 1.5 juta. Untung, pengunjung bertuah tu dapat tiket p Australia lagi...wow...saya sendiri tidak tau MOA kira macam mana pengunjung ni.. hehehe.

So MAHA masih ada 2 hari lagi..sy masih ada di MAHA esok. Last duty..hopefully YB tidak akan sambung hari MAHA...penat wei...

Monday, November 8, 2010

Siri N3 Tertunda:- Frasel Hill

2 minggu lepas, sy berpeluang ke Frasel Hill, Pahang. Berkursus sambil bercuti...tidak lama lah, cuma 2H1M. Kursus yang sy ikuti ini adalah sambungan dari kursus sy d PD tempoh hari. Pada mulanya, sy agak keberatan mau pergi since sy ada urusan lain sebenarnya yang perlu disettlekan tetapi memandangkan kursus setahun sy belum mencukupi 7 hari, jadi dalam paksa rela sy terpaksa pergi.

Frasel Hill sebenarnya antara tempat yang sy mau pergi since dari gambaran yg sy dapat, orang kata tempatnya sejuk dan bangunan dia juga spt bangunan Eropah. So sy teruja juga mau ke sana. CUMANYA, perjalanan ke FH itu adalah sangat memenatkan dan menakutkan. Sy biasa jalan yang bengkang bengkok ni, sebab dahulu kala [ayat klasik sikit ;p] dari KK-Kudat pakai jalan lama, memang terasa berpusing2 di tempat yg sama saja. Just imagine perjalanan dulu kk-kudat 4 jam yg berpusing2 siapa yang tidak mabuk kan! PTL lah, sekarang ada highway dari 4 jam jadi 2j30m [kiraan sy yang drive]. Jadi kalau setakat selekoh itu sy ok kalau jalan p FH. Tapi yg x oknya, masa tu naik bas ke FH. Jalan yg sempit. Naik FH ada timenya tersendiri. Ada waktu turun dan ada waktu naik. Cuma ada 1 jalan. Sempitnya jalan itu, ya Ampun! Tidak sanggup tengok. Tapi syukurlah selamat pergi dan balik. PTL.

Kursus? SUPERB! Sy kestau kiera [my colig] sepatutnya kursus ini harus di ajar pada awal2 sy jadi PSU dulu. Sekarang mau abis RMK-9, sebagai Project Manager[PM] sy terasa sy tidak begitu berjaya menjalankan tanggungjawab sy khususnya kepada target group kami iaitu PESAWAH. Training yang diajar oleh ICU adalah Outcome Based Approach. Sangat berbaloi lah. Dr kursus ini, sy menyedari di tangan sy [sebagai PM], siling yang berjuta2 ringgit kalau tidak mencapai outcome yg diharapkan itu satu perkara yang membazir dan merugikan rakyat. Ada a bit, sedih di hati sy sebab RMK9 sudah mau abis, sy baru sedar my fully tanggungjawab. Sebelum ini, sy cuma di surface saja...tapi tidak sampai ke objektif yg sebenarnya. But then again, sy tau, kesempatan utk belajar itu sentiasa ada. Setidak2nya sy masih ada kesempatan 2 bulan tuk perbaiki...

jum lah tengok gambar..kesian gambar2 ni tidak diupload..cukup setakat di blog sajalah...

yg berkursus dri Bhgn KSI:- Rus,Aishah, Kiera and me

Di sini kami tinggal...ehm..ok juga cuma sy tidak recommend sangat tinggal di sini...

view FH - setiba kami di sana


Pejabat Pos - tiada di tempat lain cuma ada di FH saja design spt ini...:)


Klinik Kesihatan...org pun ragu2 mau datang macam hotel saja bukan Klinik...

Balai Polis...lucu ada langsir...hahahahaha


And finally me....landmark of FH the clock tower...

Friday, September 17, 2010

I-City the review

Morning...semalam cuti 1 Malaysia..lupa pula wish semua rakyat Malaysia..ahakkss... =D. Bersyukur sebab finally 16 Sept diistiharkan cuti oleh Kerajaan. A blessing to all the Sabahans and Sarawakians sebab akhirnya direcognize juga hari di mana Sabah dan Sarawak bergabung dengan tanah Malaya menjadikan MALAYSIA. Makanya, orang semenanjung tidak boleh sombong dengan orang Sabah dan Sarawak, sebab tiada Malaysia kalau tiada Sabah dan Sarawak. Juga, kepada Sabahans dan Sarawakians, jangan mendabik dada juga..sebab all of us need each other. Barulah peribahasa orang dulu2 tu 'ngam'.. Bersatu kita TEGUH bercerai kita ROBOH. Maka barulah hidup kita di tanah Malaysia akan aman, damai dan harmoni. Aiseh..patriotik pula pagi2 ni! :)

Bah, sempena cuti Hari Malaysia, komsel kami as what we have planned, kami meneruskan agenda Jalan-Jalan ke I-City, Shah Alam, Selangor. Dari cara orang describe I-city, kami merasakan, kami perlu ke sana. Hehehe. So mari tengok apa yg ada di sana...

Upon our arrival....

tidak sangka banyak kereta beratur mau masuk parking, even tho' mau jam 9pm kami tiba di sana...

Bangunan pertama yg menjadi 'ke wow an' si penulis. =D

Then, ini...santik oooo....lip lap lip lap gitu...

My fav 'tree'...so green...


Ada lagi...


angsa atau itik ini.... dengan amaran oleh security I-city 'Di larang bergambar menghampiri binatang2 ini, kalau tidak anda akan dibunyikan wisel...'pittttttt'...' ahahahaha



kalau nampak gambar ni, terasa macam di mana ya???? [mode berfikir]......


I like this....



Dan paling suka ini...Pohon Ara....hehehehe

So kesimpulan saya secara pribadi mengenai I-city????... adalah.... cantik di gambar..tidak dinafikan..tapi berada di sana...sptnya 'oklah'...wownya sekejap saja..hihii..plus panas di sana..berpeluh2... dan masih ada lagi yg tidak lengkap lampu2.... kalau yg namanya I-city...harus semua lah kot ada aura I nya.... baru rasa..uuuuuu....woowwww.... Tapi apapun....tetap bangga sebab negara kita ada I-Citynya tersendiri... [memandangkan masih mode 1Malaysia, kena puji juga..hehehe]

Anyway, bukan soal I-citynya tapi janji ada persekutuan bersama dengan tim komsel..rasanya kami hampirrrrr lengkap wlpn seorang member tidak ada since dia sudah pernah pergi so dia tidak join kami lah...

Selamat Hari Jumaat...esok cuti lagi... *wink*

Wednesday, September 15, 2010

Sharing YES - part 2

My sharing continues...

ya YES conference ditutup dengan sesi dari Pr Sam Surendran, pastor dr EPCC Penang. Pada mulanya tajuk yg dia bawa lain, tapi sy percaya tajuk dia 'The revolution of Love' itu benar2 merupakan kesimpulan kepada semua sesi2 yang kami belajar. Itu pandangan sy secara pribadi, wlpn sy ada mendengar, ada yg cakap 'macam x ngam'. Tapi pada sy, sy sangat bersetuju, bahkan sy berdoa, "Bapa, tepat sekali firman Tuhan ini".

Sy pertama kali mendengar sharing dr Pr Sam ni. Tp sy kestau, cara penyampaian dia adalah 'WOW'. Kalau yg sudah ikut kelas homilitik mesti faham lah tu apa sy share di sini. Jokes dia sangatlah mantap. Sampai kau boleh imagine kau ada dalam situasi tu juga. Tapi itu medium atau skill Pr Sam lah. Tetap isi sharing dia yg sy diberkati. Berbicara mengenai revolusi kasih.

Firman Tuhan dipetik dari Matius 1 'silsilah Yesus Kristus'. Ya jujur, sy baca2 juga, tp kurang faham essensi kepada cerita ini. Dan di situ sy memang dibukakan mata ni. Terutamanya kenapa ada 5 orang wanita dalam tu. Nenek moyang Yesus Kristus. Kenapa turut tercatat spt Tamar, Rahab, Batsyeba, Rut dan Maria. 4 daripada wanita ini mempunyai ceritanya sendiri. ya, keturunan yg biasa2, apa lagi cerita di sebalik kehidupan mereka. Cthnya, Batsyeba. Dalam cerita ni dia tidak ditulis Batsyeba tapi 'isteri uria'. Apa yg boleh dibanggakan dengan Batsyeba. Sudahlah Daud, jatuh berzina lagi dengan Batsyeba lagi kan. Tapi di situ sy ditegur, Tuhan masukkan cerita mereka ini dalam bible ini sebab pada Tuhan 'apapun masa lalu kita, Tuhan tidak pandang itu semua, yg Tuhan lihat adalah potensi kita di masa yg akan datang'. Yg setuju katakan bersama 'Amen'. =D.

Power statement dr Pr Sam 'Iman beroperasi bersama-sama dengan kasih'. Kalau kita melayani Tuhan itu kerana kita mengasihi Dia. Pr sam cakap, kalau kita baca bible banyak, itu bukan sebab kita mau dikasihi Tuhan, tp kita MEMANG SUDAH dikasihi Tuhan. Tapi kita mencintai Tuhan sebab itu kita mau belajar lebih lagi firman-Nya. Ada Amen? hehehe. Pr Sam bagi contoh lagi mengenai Simon Petrus. Murid Kristus yg menyangkal dia 3 kali tp pada akhirnya Tuhan tetap percayakan simon tuk gembalakan domba-dombanya. See, How Great is Our GOD???

Tuhan begitu mengasihi kita apa adanya kita, sehingga waktu sy dan saudara masih berdosa Tuhan memilih tuk mati di kayu salib bagi kita. WOW! I am so blessed more than blessed..grateful, feel honourable, to have JESUS as my saviour.

Pada akhir sesi, mulut sy tidak habis2 mengatakan 'Jesus I love YOU...Jesus I love You...Jesus I love You'...sy mengerti bila Pr sam katakan 'kasih karunia' 'grace'. Ya, sb hidup sy juga punya banyak pengalaman yg hancur-hancuran...tapi tetap saja Tuhan mengasihi sy dan menerima sy apa adanya RENNY LESA. Thank YOU JESUS.

Dua sesi ini, benar2 membuatkan YES conference ini berbaloi tuk sy ikuti.

Kepada AJK penganjur YES conference 2010..TAHNIAH tuk kamu semua. Sy walaupun ada mendengar desas desus tentang kepincangan...tapi sy percaya..Tuhan itu baik...kerana kasihNya pasti dapat menutupi segala ketidaksempurnaan manusia. Sy bagi big applause sama ketua USher YES tahun ni. Walaupun pd awalnya sy disambut oleh dia, sy agak terkejut sb sy rasa kenapa ada aura dominan ni? patutnya ada aura Intim kan...sudah namanya usher. Tapi setelah 3 hari 2 malam, sy tau utk mengatur 470 peserta full time itu bukan senang. Tapi sy bangga dengan dia. Walaupun ada unsur2 komandan siap dengan bunyi wisel lagi kan, tapi kalau tiada wisel memang perangai manusia ni suka bertempiaran. Hahahaha.

Makan? oklah, walaupun makanan pada lunch hari pertama sangat kering. Tapi bukan soal makannya tapi soal komitmen para AJK makan. Luar biasa! Sy diberkati loh dengan teman2 sekalian. Malam, acara terbuka. Malam pertama sedikit macam atmosfere tu macam susah diangkat oleh para singers. Nervous pun ada, ada juga kesilapan teknikal. Plus kesilapan banyak di multimedia. At 1st, sy macam terkejut. Ini kan conference by right multimedia sudah kategorikan hal yg paling remeh and yet ada kesilapan. But then, malam kedua ada peningkatan. Even dr shownya saja, sy kasi WOW!..memang ada spirit anak muda, yg penuh dengan energetik. tapi kenapa ya, bila Pr Bram naik jadi WL sy baru terasa atmosfere itu luar biasa, spt ada urapan yg mengalir turun. lagu yg sederhana tapi sungguh buat sy mengkagumi kebesaran Tuhan dlm hidup sy. Spt, 'Shout to the Lord', 'Pujian dan hormat', dan lagu 'aku anak Raja, engkau anak Raja'. Hehehehe. I think singers + team, kena cari solusi ni. Maybe doa puasa yg lebih kot??? jangan harapkan dr tim pendoa saja? hehehe..jangan marah..masukkan sy ni geng...

Apapun overall, tahniah kepada AJK YES Conference 2010. Sy diberkati dengan komitmen dan usaha kalian. Sy tau bukan senang menganjur sstu even yg melibatkan besar apa lagi peserta hampir seluruh M'sia dijemput. Tapi kalian adalah pembuat2 sejarah buat generasi kali ni. Hopefully, tahun ni kita berbicara mengenai menjadi history maker di domain masing2, harap2 tahun depan atau next conference we will see ada sudah yg berjaya membuat sejarahnya tersendiri. So am I..because I know I am one of the history makers.

Be Blessed.

Sharing YES - part 1

morning friends...

hari ni baru muncul semula..banyak betul story mory yang tertunda siarannya kan... o ya, semalam sy MC. Ini kali kedua sy MC tuk tahun ni. Maksudnya, itu memang sakit yang tidak terdaya lah tu tuk bangun. =D. 2 kali..satu kali di awal Mac yg lepas dan skg, semalam. Ni adalah rentetan peristiwa tidak cukup rehat selama seminggu dan disusuli dengan YES conference. So full blast sy bertahan....sampailah semalam...sudah betul2 flat! So pagi ni, syukur ada kekuatan tuk bangun.


Anyway, lets go straight to my sharing....since bbp orang sudah tertanya2 dengan sy how was the conference? what did u get? apakah memenuhi objektif dan sebagainya....baiklah sy akan cuba share setakat mana yg sy dapat...

YES conference Youth Enlarge Superior... terbuka utk semua yg berusia 35 tahun ke bawah....bagi memperbesarkan lagi kapasitas anak muda dalam domain masing2...itulah objektif yg diwar-warkan...sebab itu....penceramah kali ni the main speaker of the conference merupakan seorang yg luar biasa dan memang sy boleh katakan 'MANTAP'. Cumanya, sy x mau share banyak sesi Pr Bram, since secara teori dan praktisnya sebenarnya sy banyak belajar before the conference. Sejak KDC tahun lepas, dan di hujung Ogos, sempat Ka James share mengenai 'identiti kita di dalam Kristus'. So sedikit sebanyak sy sudah ada bayangan. Tapi tetap saja sy mengambil point dari Pr Bram, dan sy diteguhkan semula setiap sesi yang dibawanya.

Sesi yang banyak membuka mata sy adalah sesi bersama Dato idris Jala dan sesi terakhir Pr sam dari EPCC Penang. Let me share sesi dengan Dato Idris dulu.

Inilah gambar yang sempat sy snap, kurang jelas since kedudukan sy dari main stage sangat jauh. Terlalu sukar berebut tempat duduk kali ni. Semuanya antusias mau duduk depan. So apa yg sy belajar dari Beliau. Actually sebut nama dia saja kan,..sy sudah rasa 'wow'. Puji Tuhan, Y.Bhg. Dato' sempat meluangkan masa dengan kami di YES. 2 Thumbs up tuk AJK YES sebab berjaya dapatkan dia dalam seminar tu. Orang busy macam Dato' Sri memang bukan sentiasa available kan!

Dato Sri share 4 prinsip dalam mengejar keunggulan. Dia share dalam English so tajuk dia The Pursuit of excellence - The 4 principles of Excellence - The Christian Perspective. So antara yg sy belajar;

1-The game of the Impossible.

Dato Sri [o sy harus mention ni, sebab gelaran ni bukan diberi sembarangan kan], mengambil ayat dr Luke 1:37 'With God, nothing is impossible'. Yg percaya katakan Amen. Ya...ramai akan cakap Amen. Tapi seberapa banyak yg sungguh2 mengimani hal ini. Hehehe. Sy tertegur juga. Bila Dato Sri cakap macam tu. Yes, we know that with God nothing is impossible tapi Tuhan juga beritahu bagi orang2 percaya tiada yg mustahil kan!...Dato sri ada share pengalaman dia bagaimana dia disuruh menyelamatkan keadaan di SHELL di Bintulu yg Ban****. Ya situasi yg dialaminya nampak sukar, tp di situ Dato Sri share sama kami, to do the game of the impossible 1st thing 1st, we have to conquer the fear of failure dgn cara 1-pray hard (1 Tes 5:17 & Filipi 4:6-7), 2-ask for forgiveness from God (1 Yoh 1;9) dan 3-share kan impian kita kepada teman2 dekat - minta sokongan dr mereka juga. Then Dato Sri share pengalaman dia di MAS Airlines. Live you know! Live! Sy ternganga saja dengar sharing dia. Dlm hati sy, 'Tuhan ini betul2 kesaksian yg luar biasa'. Kalau lah sy ada tape recoder masa tu, alangkah baiknya.

2-The discpline of action

Dato Sri banyak share tentang Nehemiah. nanti sy baca kisah Nehemiah ni. Dato Sri, share, 'we cannot just pray, but we have to work'. Beliau tidak suka 'kemalasan'. Pada dia, hidup ni adalah disiplin. if u want the result to be extreme, then we need to work extreme'. 'Focus on your mind, do it SOLID, cannot let our mind to be distracted'. Serius, sy dengar dia cakap tu..wah..macam life dia ni boring saja...asyik disiplin saja. But then, see how God take him right now. Dia share banyak power statement antara lain ' Never waste the words 'now', do it now!'. Ayat firman Tuhan juga ni kan, pergunakanlah setiap waktu. 'You cannot do your job as job, but treat it as a CALLING'. See, Kolose 3:23. Dia kata, displin itu bukan suatu action yg tiba2, itu sudah menjadi gaya hidupnya sehari2. Wow luar biasa babe!

3-Winning Coalition

Dalam kita utk berjaya, kita perlu orang lain. O yes, sungguh tepat kan! Pengkotbah 4:9. Banyakkan membaca buku. Dia tantang anak muda '1 bulan 1 buku'. Huhuhu...sy sekarang ada banyak buku yg menanti sy. Tidak terhabis2 mau baca. Because, kalau baca selain tambah pengetahuan, sy akan buat review dr sudut pandang sy.

4 - Divine Intervention

ini berbicara soal Roma 8:28. Akan banyak hal yg terjadi d luar jangkauan manusia. Tapi dlm segala hal, tetap percaya Tuhan mendatangkan kebaikan dalam segala perkara.

Ini antara 4 prinsip yg Dato Sri share kepada kami semua. Ini tidak termasuk apa yg dia lakukan sekarang di Kerajaan. For me, apa yg dia lalui itu sangat luar biasa. Dan bagaimana dlm setiap hal dia tetap punya waktu bersama RAJA SEGALA RAJA. A devotion time bersama BAPA di SURGA. 1 jam bersama Dato Sri rasanya x cukup. Tapi itulah, to be like him, memang kena displin yg kuat. Tuhan pakai dia luar biasa sesuai dengan kapasitas yg dia ada. Plus iman dia. Dia adalah spt Yusuf di zaman Firaun.

Sy terinspirasi dengan Y.Bhg Dato Sri. Tapi benar, perubahan bukanlah perubahan sampai terjadi suatu perubahan. Sy juga punya dream yg besar. Dato Sri sudah menjadi pembuat sejarah bagi generasi ini. I want to be the next one! O yeah!

p/s- to be continue...

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...