Thursday, January 28, 2010

To u

Tak berkesudahan kasih setia TUHAN, tak habis-habisnya rahmatNya, selalu baru tiap pagi; besar kesetiaanMu
Ratapan 3:22-23

To my friend and lovely cousin J,

I've read ur blog this morning, dan sy dapat merasakan betapa beratnya beban dan tekanan kau sekarang ini. Perasaan seperti tidak sempurna dalam apa saja pekerjaan dilakukan, sy juga pernah hadapi itu. Perasaan untuk tidak menyalahkan diri atau simpati pada diri sendiri tapi akhirnya buat juga, pun pernah sy alami. Cuma sy tau, berat mata membaca, berat telinga mendengar, berat lagi bahu yang memikul. Berhadapan dengan situasi spt yg kau alami (walaupun sy tidak berapa begitu jelas), pasti membuatkan diri kita goyah dan lemah.

Tapi sy harap FT yang sy share dengan kau pagi ini, akan membuat kau tarik nafas panjang2, renungkan kebaikan Tuhan, fokus kepada Tuhan. Kita memang terbatas baik dari segi kesabaran, penguasaan diri, belas kasihan, kadang2 pandai expired. Tapi Tuhan Yesus tidak terbatas malah kasih dan rahmatNya tidak berkesudahan dan sentiasa baru setiap pagi. So, sy doakan kau pagi ni akan mengalami kesegaran baru, kekuatan baru dan keyakinan yang teguh bahwalah Yesuslah pembela Mu selama-lamanya, dan tidak selama-lamanya dibiarkan kaki orang benar goyah. Sy tau, ada rencana Tuhan yang besar untuk kau berada di tempat kau sekarang. I know u can pass thru it...why?because you are God child and HIS beloved daughter..

Love u cousin, STAY STRONG!

JLU.

Wednesday, January 27, 2010

sister-sister

Sorry gengs, beberapa waktu ini mood berblogging agak kurang. Plus, no relevant issues to be shared. Tapi pagi ni, sewaktu sy baca blog satu batch PTD dengan sy (i am her silent follower :D), sy pun terinspire mau buat entry mengenai topik yang sama. Ya, this entry is all about my siblings-girls only!



Ni gambar lama, krismas 2008.


Ni gambar latest kami, krismas 2009. (dari kiri, kakak sulung, saya, adik saya, kakak kedua saya)

Dulu-dulu waktu zaman kecil, hubungan kami adik-beradik perempuan kurang rapat. Tidak tahu kenapa. Masing2 ada cerita hidup sendiri. Macam kakak sy sulung, sepanjang zaman dia bersekolah, waktu tu keluarga kami susah. Jadi dia sangatlah tahu erti BERJIMAT CERMAT. Sepanjang dia belajar UiTm Shah Alam, makanan dia kadang2 cuma halia yang dipotong2 kecil dan dimakan dengan nasi putih. Dan di situ dia ada habit makan beras.(sampai sy pun suka juga). So bila dia org pertama dalam family yang ada kerja sendiri, dan masa itu gajinya mencecah 2k, kami adik2nya yang masih diperingkat persekolahan menjadi tempat sumber kewangan kami selain bapa. So, since kakak sy sangatlah berjimat cermat, so dia train kami pun sangatlah strict sampai sy pernah berdendam sama kakak saya gara-gara kakak sy mengeluarkan kata2 yg sangatlah pedas semasa sy mau minta duit. huhuhuu. Tapi syukurlah, sy sudah forget and forgive dan realitinya sekarang, sy tahu susahnya kerja cari duit!:)

Kakak sy kedua, boleh kata yg agak rebellious dari zaman remaja lagi. Since dia ni kira antara yg tercomel di kalangan kami..(^^). So dia ni ramai peminat. Banyak lelaki berkenan sama kakak sy. Tambah lagi, dia antara orang pertama yang berjaya masuk pengajian tinggi (lepas SPM) dan sambung belajar di Semenanjung. Kakak sy ni pandai matematik so waktu dapat Sunway College masa itu dia ambil Course Accounting. Program 2+1. 2 tahun di M'sia, 1 tahun di Australia. Fully supported Sabah Gov Scholarship masa itu. But then, itulah tersalah pilih dan salah buat keputusan akhirnya impian bapa saya dan family saya untuk kakak sy hilang di awan biru. My sis kawin awal di usia 20-an. Hidupnya pada saya sangatlah berliku-liku dan penuh cabaran. I can see my sister cuba untuk bangkit dan membina hidup baru bersama keluarganya. Tangis kakak sy, kesakitan kakak saya, ketakutan kakak saya, walaupun tidak dipancarkan di wajahnya, tapi sy mengerti and masa itu sy cuma mampu melihat.

Kalau kakak sy sulung beza kami lebih kurang 7 tahun, kakak sy kedua beza kami 5 tahun, sy dan adik perempuan sy bungsu beza cuma 2 tahun. Jadi sy dan adik sy lebih banyak masa bersama-sama dari zaman sekolah rendah. Tapi, entah kenapa dalam ingatan sy sepanjang zaman sekolah rendah yg sangat kuat dalam ingatan itu ialah kami selalu bergaduh. Cuma time beli baju krismas jak kami tidak bergaduh. Tapi selalunya di zaman kecil ada saja pergaduhan. Bila sekolah menengah, saya jauh dari family sy, sebab sy merantau di bumi semenanjung bersekolah di Pahang selama 5 tahun dan hanya setahun sekali balik selama 5 tahun. Masa itu, adik saya menjadi perempuan dewasa. Dia kena masak, cuci kain dan jaga adik lelaki kami yang 2 orang itu. So, dari segi kerja rumah adik sy lebih advance dari sy. Kalau dia, darjah 5 sudah masak untuk 1 family, sy tingkatan 5 baru mula belajar. Just imagine that! Dan tahu lah kan skill masak memasak sy di tahap mana. O ya, sy tau belajar gitar sebab adik sy juga. Dulu2, kami selalu berangan2 at least 1 instrument music yang kami tahu. Masa itu, berangan lah sy mau belajar piano. Walhal, piano boleh kata musik untuk orang2 kaya. huhhuu, tinggi betul angan2. Tp 1 malam tu, di rumah auntie sy, tiba2 sy dengar ada orang main gitar dan nyanyi lagu 'sucikan dan kuduskan hati ini'. Mulanya, sy berfikir 'siapa main gitar ni kan, takkan abang sy'. masa itu abang sy tiada. Sekali tengok adik sy. So, sy jenis yang tidak mahu ketinggalan belajarlah sama adik saya dan the 1st code yg sy belajar ialah kod D,Bm,G,A. Lengkap dan boleh main 1 lagu iaitu 'sucikan dan kuduskan'.Hehehe. masa itu tingkatan 4. So, i would say tercapai juga impian sy untuk main sekurang2nya 1 alat musik, sekalipun bukan piano tapi gitar..not bad lah kan. :D

Nah, itu sedikit sebanyak perihal adik-beradik perempuan saya dan di zaman muda kami semua. Sekarang ni, kakak sulung sy sudah ada 2 orang 'starring', kakak kedua saya sudah ada 5 puteri dan adik perempuan sy sudah jadi Dr.gigi di HQE. Bila sudah besar ni, baru kami berempat rapat. Pandai sudah yang shopping sama2, bergossip (hehehe), take turn memasak ikut kepakaran masing2, pandai sudah call antara 1 sama lain. Dan yang indahnya, kami pandai sharing masalah masing2. Since semua kerja, masing2 pandai fikir sendiri siapa yg belanja siapa.

Dalam usia kami, kakak sy sulung 34 thn, kakak kedua sy 32 thn, sy 27 thn dan adik sy 25thn, barulah kami merasai hubungan adik beradik perempuan. Suka bergaya, tukar2 fashion, pinjam2 baju, tukar2 baju. Baru rasa semua itu. Sometimes, saya rasa sayang di usia muda kami tidak begitu. Tapi, biarlah yang dulu itu dulu. Sekarang, sy mahu belajar menghargai waktu yang kami ada sekarang . Dan itu menguatkan lagi hati sy untuk minta TRANSFER ke Sabah. I know, for the time being, i still dont have solid reason to ask for job transfer, unlike Joanne dengan vivien. Tapi, cukuplah sy katakan sy sangatlah rindu keluarga sy, anak2 buah dan itu membuatkan sy berfikir thats it! Inilah reason sy...i dun care anymore, balik sabah sy akan kehilangan elaun wilayah, elaun perumahan....what's more important is my family.

Papa JC, Engkau tahu yang terbaik untuk anak Mu ini. Engkau tahu waktu bagi segala sesuatu terjadi. Engkau tahu masa depan yang Engkau sediakan buat anak Mu ini. Justeru Bapa, jadilah kehendak Mu di bumi seperti di surga. Apapun yg ada dalam hati anak Mu ini saat ini, biarlah kehendak Mu yang jadi. Amen.

With love...

xoxo

Tuesday, January 26, 2010

still alive?

TODAY'S SCRIPTURE
"…faith without works is dead"
(James 2:20, NKJ)

TODAY'S WORD from Joel and Victoria

Did you know that faith can be alive or faith can be dead? There are a lot of people who are missing out on the abundant life. They love God, but they aren't overcoming their obstacles or accomplishing their God-given dreams simply because they are not putting any action behind their faith. Their faith is dead, and it isn't activating God's power.

What can you do today to keep your faith alive? It doesn't have to be something big. Just simply obeying God and doing your best keeps your faith alive. When you go to work every day and give it 100%, you are demonstrating your faith. Sometimes just putting a smile on your face when you feel discouraged, that's putting action behind your faith. Just taking time to go to church—that's faith that is alive. That's faith that activates God's power. That's faith that opens the door for God to move on your behalf. With faith that is alive, you'll rise up higher. You'll overcome obstacles, and you'll move forward into the abundant life God has in store for you!

Be blessed

xoxo

Wednesday, January 20, 2010

Di luar bidang saya!

Perasmian Gereja Anak GoLKids tinggal lebih kurang 3 minggu lagi untuk buat preparation. upss, ada mau tau apa tu GoLKids? hehehe itu singkatan daripada Generation of Light. Setelah almost 1 year gereja anak SIB Serdang tidak punya nama, akhirnya semua tim Gereja Anak dengan persetujuan dari MG nama GoLKids dipilih untuk mencerminkan anak-anak SIB Serdang. GoLKids..best kan! Di Lakecity, Starkids, di Kajang Kids Rock, di SIB KL English Kids Zone. Di Batam (tidak dilupakan) KEGA Warrior!! Kenapa perlu nama??perlu...nanti senang2 anak2 ingat dan bila sebut GoLKids, anak-anak akan keluarkan sorak2 and Yell2 mereka. Baru Semangat kan, ada identiti! Mereka lah harapan di generasi yg seterusnya....so we have to tell them,remind them that they are the generation of Lights.

Anyway, berbalik kepada perasmian tadi, so anak2 kena buat satu persembahan. So, setelah dipersetujui kita pilih menari. Wooooaaaa, betul2 menari ni di luar bidang saya. Kami pembina anak kena fikirkan pattern. So, sy pun browsing lah guna U-Tube..dan antara banyak2 sy suka pattern dua ni. Yang 1st ni, secara menyeluruh pattern yg ditunjukkan, tidak berapa senang, tapi masih boleh catch up (hopefully anak2 pun boleh catch up juga)...kenapa sy terpikat pattern ni, sebab ada banyak jenis pattern..so kalau mau senang ambil jak bbp steps yg sesuai dihafal oleh anak2 dan saya juga..hihiihi. Yang kedua ni, agak modern sikit dan yg buat pun kira youth sudah. Tapi best, yang ini rasanya, kena pulun berlatih baru boleh hafal. tp sy bercadang ambil a few steps yg mudah saja lah. (Jac, kalau ada suggestion silalah YM sy ya!)






So, apa akan jadi nanti? sy pun tidak tahu, boleh ka tidak boleh ni... sy excited menari sebenarnya...(lebih dari anak2 itu i guess!)...tidak pandai tapi MAU juga! hehehe...apapun, kamiorang berlatih dulu, tunggu hasilnya pada 8 Feb akan datang...kalau lah ada video...:)

Tuesday, January 19, 2010

Macam....

Baru masuk ke -19 hari bekerja, badan ku macam kurang fit dan ada tanda2 mau selsema..

Tidak tahu kenapa, apakah sebab aircon yg sangat sejuk di ofis?aktiviti ku mula padat?tidak cukup tidur?

Sy kena jaga kesihatan ni, sebab planning untuk 3 bulan pertama ni, tiada cuti yang akan diapply, cuti bila ada cuti umum...huhuhuhu...

This year, ada sedikit perubahan untuk cuti. Last year, at least setiap bulan 1x cuti (tapi macam begitu pun sy still perlu carry forward 12 hari lagi ke tahun ini) Tapi belajar dari tahun lepas, kali ni sy akan jarang-jarang ambil cuti, tapi satu kali cuti akan ambil cuti panjang! So, i've been planning cuti rehat akan dipohon sekitar bulan April..:D. Ada projek pertama sy.. *wink*

:D

Be blessed.

xoxo

Monday, January 18, 2010

ee? ok? wow?

Bermulaa hujung minggu kemarin, saya mulai kembali busy dengan aktiviti gereja. 3 hari lepas, start from friday night till sunday evening, kami di gereja mengikuti training Customer Service Excellent (CSE). Kalau tahun 09, CSE dibawa oleh mentor kami dan diadakan di Brickfield kali ni, gereja anjur sendiri dan Pr sendiri train kamiorang.

Kali ni, penggunaan masa dalam setiap sesi lebih maksimal dan pendekatan adalah kepada semua pelayan2 di Jabatan masing-masing. Since kali ni tidak bergabung dengan gereja lain, jadi memang fokus kepada jemaat gereja saja which is much better (i guess!). Ya lah, kalau campur gereja lain, macam tu hari di brickfield agak malu-malu juga...tidak maksimal pula khususnya bila ada games.

So, kami belajar bagaimana memberi servis atau layanan yang lebih baik melalui setiap sesi...dengan ayat hafalan sepanjang sesi adalah di dalam Kolose 3:23 'Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu, seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia'. Dalam sesi menemukan kata ya, setiap jabatan diberi kes masing-masing dan perlu penyelesaian dari jabatan dengan menggunakan kaedah lakon semula. Kalau dulu di pendidikan, sekarang di Jabatan Ibadah. Kes dia lebih kurang begini:-

'Ada seorang ahli di tim ibadah yang melayani di tempat lain lalu mengundang pengkutbah di tempat gereja itu untuk datang berkutbah di gereja lokalnya. Jadi pada hari kejadian, pengkutbah ini datang ke gereja lalu memperkenalkan diri kepada usher dia lah pembicara hari itu. Bila pengkutbah ini sudah duduk paling depan (usher tolong bawakan), tiba2 salah seorang dari tim ibadah datang bertanya (dengan kurang sopan) siapa yang mengundang pengkutbah itu datang berkutbah ke situ. Seorang lagi dari tim ibadah itu memberitahu Pr itu yg mereka sudah menjemput seorang pengkutbah yang terkenal dan sangat sulit mendapatkan pengkutbah tersebut. Pengkutbah ini sangat marah dan rasa dipermalukan dan keluar dari gereja itu. Bagaimana untuk memulikan keadaan?'

Tough bukan? wah, sy dapat kes ni macam terdiam sekejap. Macam mana mau pujuk Pengkutbah ini supaya tidak merajuk..hihihihi. So, kami sepakat dalam tim, ini sudah urusan Pr dengan Pr lah ni kan. Tapi, kalau hal ini terjadi betul2 lah kan, macam mana lah tu? (ka, ada pendapat gak untuk hal seperti ini?)

Anyway, spt program realiti show, kuasa pengadil adalah kepada semua jemaat yang hadir pada masa itu. So ada 3 point, iaitu eee, ok dan wow. Kalau eee itu maksudnya, memang tidak mencapai kepuasan pada customer, kalau ok itu oklah, just ngam-ngam, kalau yg wow itu, kamu mengertilah kan, lebih daripada yang diharapkan. So tuk tim ibadah kami dapat OK. Meaning to say, masa ada cara lain untuk mantapkan. Tapi sy sendiri berfikir, kalau sy sebagai Pr yang bertanggungjawab ke atas tim ibadah, apa lagi yg sy boleh tawarkan kepada Pr yang kepahitan?hehehe... any idea?

Apapun, enjoylah setiap sesi dan akhir sesi yang best. Yang ini kami disuruh menyelesaikan 1 misi dengan mengumpulkan benda2 yang diperlukan dalam masa 20 min dan yg LUCUNYA kami perlu memperagakan seorang lelaki seperti seorang wanita. hahahahah. Sporting gila semua orang dan we have so much fun yesterday. Watch this out!

~ Ni 'wanita' dalam group saya...hehehehe saudari Oscar. :D macam seorang wanita dusun terakhir kan! ~

~yang ini pinjam sekejap 'wanita' dari group lain, miss kimi. :p

~ barisan miss universe sib serdang. Lucu betul.

Memang tidak kering gusi lah kami...ketawa saja. Tapi ENJOY...

ok then, enjoy-enjoy juga, lepas ni kena buat yang terbaik dalam semua pelayanan supaya hasilnya adalah 'WOW'.

GBU

xoxo

Teringat!?

Cerita hilang di lautan... cerita lanjut klik sini

Pagi ni, waktu baca kosmo ONLINE..sy terbaca cerita ni. Selalunya sy jarang2 baca kes seperti mati lemas, banjir.. selalunya baca tajuk jak isinya tidak dilanjutkan. Tapi cerita yg sy baca kali ni agak menarik perhatian sy.

Bagaimana perahu yang dinaiki terbalik gara-gara dipukul ombak menyebabkan seorang guru dan seorang student mati lemas manakala 4 masih hilang. Di atas perahu itu kalau sy kira ada 18 orang. Sebab 12 daripadanya selamat dengan berenang sendiri sejauh 100 m ke tepian laut. Ini mengingatkan saya pengalaman sy menaiki whaler pertama kali tahun 2007 menuju ke Pulau Rumbia dari Lumut. Waktu kursus spt itu adalah wajib bagi PTDians.

Dalam whaler itu, kami lebih kurang 14-16 orang. Diiringi dengan seorang ahli outbound lelaki yg memang sudah biasa dengan dimensi laut dan seorang wanita yg kira pelapis juga. So kami pegawai2 muda PTD masih itu, ada macam-macam jenis lah. Ada yg memang biasa dengan laut dan pandai berenang, ada juga yg biasa juga dengan laut tapi tidak pandai berenang macam sy, ada yg memang tidak biasa laut dan ada juga yg fobia dengan air..so tidak kiralah air laut, kolam renang asal namanya air, fobia di situ.

Perjalanan ke Pulau Rumbia sangatlah jauh pada saya. Ini kerana, kami start mendayung seawal jam 8pagi (kalau nda silap) kami cuma sampai di Pulau itu sudah hampir senja. Perjalanan pergi cuaca sangatlah baik, panas dan ada angin yang membolehkan kami tidak berapa penat untuk mendayung. Penat mendayung itu cuma di awal2 saja. The outbounders yang mengiringi kami tu, beritahu kamilah, nasib kamulah hari ni berlayar, sebab kita melawan arus so perjalanan akan ambil masa lebih sikit. Ehm, tidak banyak yg sy ingat sepanjang perjalanan pergi kami ke Pulau Rumbia, sebab sy lebih banyak mendiamkan diri dan tidur sebanyak mungkin sebab sy mudah mabuk laut!

2 hari 1 malam di Pulau yg penuh dengan babi hutan, dan mandi dengan air perigi yg sudah lama ditinggalkan, tidaklah sebest yg sy rasa! Mungkin sebab sy bukan pemburu, sy fikir kalau teman2 sy di church yg ke pulau rumbia, habis diburu babi hutan itu..hihihiih :D. Tapi yg meninggalkan kesan sy adalah perjalanan pulang kami ke Lumut ke base kami semula. Di awal pagi, langit sudah bewarna gelap menandakan cuaca tidak baik dan akan berlaku hujan dan kilat. Dan apa terjadi, memamg mencabar perjalanan pulang kami. Ombak sangatlah tinggi, hujan sangatlah lebat, our whaler sudah terombang ambing di tengah-tengah lautan. Sy imagine, kalaulah ombak sangat mengganas seperti yg terjadi di berita hari ini, sy tidak dapat imagine di mana sy sekarang. Mungkin sudah bersama BAPA di Surga. Even sy ada life jacket, tapi berapa lama akan dapat bertahan di tengah2 lautan yg macam padang jarak padang tekukur. Syukurlah kes di George town, jarak mereka dari tepian laut dalam 100 m at least masih boleh kata dekat. Dan yg pentingnya mereka pandai berenang..wah syukurlah mereka selamat!

Pengalaman berada dalam situasi itu, sy hanya mampu berdoa Tuhan selamatkan kami. Sudahlah kami basah kuyup kena hujan pas tu kena pukul ombak lagi. Kami punya cikgu laut tu, yg pd mulanya nampak tenang ada sedikit mulai goyah juga pada wajahnya. Tapi dia tetap mengawal keadaan. Sekali sekala dia akan suruh kami, 'ok semua ke kanan' (bila whaler lebih dipukul ke kiri, kami perlu balance), kadang2 dia suruh kami ke kiri. Dan seorang teman kami di tugaskan jaga bendera belakang(sy tidak ingat apa nama dia tu) lagi kesian sebab dia hanya berseorangan kesejukan dan lagi mencabar dia sedikit pun tidak boleh lari fokus. Kami yg ditengah2 kesejukan mencari pasangan sesama jenis saling berpelukan dan memanaskan badan. Sejuk Sangat2x!! Sampai ada teman kami yang meracau sebab kesejukan yg melampau.

Tapi syukurlah, Tuhan melindungi kami semua walaupun hampir mau dekat pengkalan our whaler dimasuki air dan cikgu kami pantas bertindak menyuruh kami cepat2 keluarkan air yg masuk. Di situ sy muntah. Tidak tahan sudah! Apapun semua selamat. Sampai saja kami di darat, perkara pertama kami buat berbaring di darat kegembiraan dan penuh kesyukuran sebab masih diberi kesempatan menjejakan kaki di atas darat! Walau pun semua wajah2 kami macam ikan masin yang layu. Kesian betul!

Apapun kan, sy percaya Tuhan izinkan hal sedemikian berlaku kepada kami untuk kami alami suatu pengalaman yg baru dan itu membuatkan sy untuk lebih bersyukur setiap waktu dan setiap detik akan nafas yang Tuhan berikan buat sy sepanjang hari.

Untuk keluarga mangsa, salam takziah. Dan sy berdoa 4 mangsa yg hilang akan ditemui dan sy berdoa biarlah mereka selamat.



Ingatan Seumur hidup ^^ (picture taken after the kejadian dan sudah berada di pengkalan semula :D)

Friday, January 15, 2010

How Great Thou Art.

I like this, my favourite!

Inilah hidup ku

Saya rasa ini penutup cerita sy untuk sepanjang cuti saya di kampung. My very last day (the day before i'm flying back to KL), saya menyinggah ke ladang nenek saya. Actually, di awal kepulangan saya bercuti, saya sudah beritahu nenek saya yang saya akan ke ladang khas untuk sesi tangkap2 gambar saja, my nenek sangatlah happy dan balik2 ingatkan saya bila sy mau ke ladangnya. Hehehee, oleh kerana sudah berjanji, sebelum saya balik saya pergi lah. Inilah 2 minggu cuti macam lama, tapi sebenarnya bagi orang2 yang seperti saya yang jarang-jarang berkesempatan balik, memang tidak cukup.:D (dengan erti kata lain, bos this year sy akan minta lebih dari 2 minggu..hihii).

Sy berbangga menjadi anak seorang petani, sebab sy belajar erti hidup yang susah. Sebelum saya berada di tempat duduk sekarang (yg ada aircon, kerja di WP), sy pernah hidup susah...zaman sekolah rendah, sawah padi dan padi bukit merupakan tempat permainan saya baik di hujung minggu maupun cuti sekolah. Tengok bapa saya sendiri membajak sawah padi, merasakan membanting padi, angkat padi (angkat beras??;D).. ikut mama saya cabut rumput, tuai padi...sy cuma berhenti lakukan semua ini bila, fenomena el nino dan la nina terjadi,quite lama sudahlah. Bila ingat2 balik sekarang, rasa rindu pula zaman saya masa itu. Mau tau 1 perkara amazing, orang kata bila masuk sawah padi ni, lintah lah yg paling menakutkan. Tapi yang amazingnya, selama saya tanam padi sawah sy tidak pernah digigit lintah. Pengalaman sy digigit lintah bila sy petik sayur kangkung di karabut(entah sy tidak tahu Bahasa Melayu dia). Dan of course sy tidak suka binatang yang menggelikan ini...uieeeee...
Ok, sy tau sy sudah lari tajuk..hehehe. Yg sy mau share tu ladang nenek saya. So sy ke sana dengan mama saya, dengan pakaian bukan masuk ladang, sebabnya sy punya niat bukan untuk berladang. :D. So, sy ada ambil sedikit gambar untuk dikongsikan di sini, kot2 ada teman2 yang belum pernah nampak apa yg dikatakan dengan padi bukit. :D


Pic 1: Ni lah padi yang macam-macam varieti walaupun colour nampak sama, tapi lain2 itu. Favorite padi kalau sy jenis mayang (tidak tahu ini official name atau org kampung sy jak panggil). Ni kalau sudah proses, beras dia warna maroon sikit + pink (entah macam lupa2 ingat sudah color dia!). Bila masak, wow..wangi just makan dengan ikan masin sudah memadai.. sedaP!

Pic 2: Padi dari sudut hadapan. Di jangka akan dituai seawal bulan 3. Kalau rezeki lebih, saya akan balik sabah untuk mongomot aka menuai.

Pic 3: Dundung kecil aka pondok. Tempat nenek saya rehat2 kalau seharian di ladang. percaya atau tidak asal nama dundung, design dia mesti lebih kurang sama seperti ini. :D


Pic 4: Peneman nenek saya di ladang. Comel kan kucing ni. Sy tanya nenek saya, kenapa kasi tinggal kucing yang comel macam ini di ladang. Nenek saya jawab 'itu lebih baik tinggalkan di sini daripada di rumah. Kucing ni suka berak (almaklumlah masih kecil lg)...sy malas mau cuci lagi' cute jak respon nenek saya. hehehee


Pic 5: Anak anjing yang cute. Yang ini sy tidak tahu kenapa ada di sini. Mungkin the more the merrier! :D.. nda keboringan ni ladang...:p

O! satu lagi, di ladang ni line celcom dia sangat BEST!... ON 24 hrs. Berbanding di rumah di kg yang cuma ada 1 bar saja line celcom itupun di certain space saja. Quite menarik bukan?

Anyway, being gadis kampung ada pro and cons dia juga..:) But somehow, tetap bersyukur lah kan, whether ko memang dari kampung atau dari bandar...(nah merewang lagi saya!)...janji HAPPY.

Ok friends... enjor ur day, and have a blessed one.

xoxo.

GBU






Wednesday, January 13, 2010

New Year Blessings^^

saya pening kepala yang teramat sekarang.... tapi sy mau buat entry juga.. since kerja sudah habis dilakukan...

Sy mau share berkat Tuhan yang saya alami di awal tahun 2010 ini.

2 hb Januari yg lepas, adalah waktu kepulangan saya di semenanjung. Apa yang terjadi, semasa sy dan parents serta adik saya (mereka yg akan hantar sy ke airport) bersiap-siap, my mum membawa kami semua berkumpul di ruang tamu dan ajak kami berdoa bersama-sama. kami yang sy maksudkan itu, termasuk bapa sy, adik perempuan sy, nenek saya, kakak kedua saya dengan anak-anaknya (masa tu mereka saja yang ada di rumah). Pada mulanya, sy cuma main-main tanya mama sy, 'ma, apa kita buat ni berdoa ka?'. Terus mama sy jawab 'iya kita mau berdoa'. Then we have a little prayer lead by my mum. sob*sob*... nangis weh saya. I try to hold back my tears tapi semakin deras ianya berjurai. I can feel God presence among us. Dan doa yang my mum ungkapkan, was so pure, honest that come from her heart. This was my very F.I.R.S.T experience praying together with family. Prayer that just among us family. Prayer that unite us in tears. It was my dream to have family prayer..(ya, doa makan tidak termasuk ya teman2, itu sudah perkara wajib sebelum makan). And thank God. I am Grateful.

Despite all the sad moments yang terjadi disember tahun lepas, sy percaya ada pengharapan baru buat keluarga saya. Doaku mulai terjawab..after 2 years...i believe i will see more this year...because my hope is in JESUS. To my family (tho'kamuorang tidak tahu pun anak kamu ni ada blog), I really love u. Masalah2 yang datang yg menimpa kita semua, sy percaya Tuhan mahu kita lebih bersatu dan lebih menghargai antara 1 sama lain. Menyokong antara 1 sama lain. I thank God for having all of you as my family.

ok, sy kena ubah topik lain kalau nda nangis pula di offis....hihiihi.

Another berkat yg saya alami pada hari yang sama ialah, Tuhan menyediakan sesuatu yang di luar dugaan saya. Kamu tahu apa... buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya menaiki flight dan dapat business class. Dahsyat kan! Alkisahnya begini, jadual flight saya jam 1735. Saya sampai di airport jam 1630 masa itu. Sekali tengok, flight sy tu kena delay dan hanya akan terbang pada 1945..which is 2 hours lamanya. At first, rasa macam 'kenapa MAS tidak bagi sebarang notis ada delay macam tu'. Sudahlah tu 2 jam, lama betul menunggu. Sy masa itu mau fikir biar sampai di KLIA cepat so that sy tidak terlalu lambat sampai rumah. Kalau ikutkan sy sepatutnya sampai di KLIA pada 1945. Tapi sudah jadi begitu, sy pun malas2 mau fikir banyak, sy cakap dengan parents saya yang sy tunggu saja di airport.. masa tu mereka tidak boleh tunggu lama juga sebab ada urusan lain. So dengan berat hati bapa mama sy lepaskan sy pergi..(aise macam baru sekali kan..hihihi). So tengok que check in panjang dan sy berfikir kalau flight 1945...dalam jam 6 pm baru buka tu..so saya pun, ambil langkah menapak lah ke McD. 2 jam tidaklah rasa lama since ada broadband...so ok sikitlah...(masa tu sudah homesick sudah sy).

Bila dalam lebih kurang jam 6pm macam tu, sy check in. so berikut perbualan sy dengan itu miss MAS counter;

Saya; Boleh sy tanya kenapa flight delay?
Miss; o, flight dari KL lambat. Kamu tidak dapat notis?
Saya; (dengan muka yg sangat innocent)tiada o.
Miss;o ya kah..so di manalah kamu tadi.
Saya;(dengan jujurnya menerangkan, macam kena siasat oleh cikgu jak)sy sampai jam 4.30pm tadi, nampak flight delay, saya jalan2 lah di McD. Saya fikir kalau flight 1945, masa check in mesti dalam jam 6. (dalam hati sempat fikir, jawapan sy ni macam budak2, tiada gaya PTD..hihihihi..tiada unsur keyakinan langsung, macam student jak)
Miss;Kenapa tidak check in saja, boleh dapat free kupon McD. (dalam hati saya, alalala terlepas makan free...) macam ni lah, saya kasi kamu business class lah. (miss itu senyum)
Saya; (sebenarnya sudah terkejut, sebab happy melampau tapi masih mau control ayu kan), o ok thanks ah.

Then, sy dapat boarding pass seperti ini;

Wah, dalam hati sangat bersyukur....sangat..sangat bersyukur. kenapa? i have never imagined yg pegawai 41 seperti saya ada peluang naik business class. Kalau gov hanya grade 54 ke atas jak dapat. Tapi sy,...(speechless)...betul2 syukur yang tak terhingga, GOD is really amazing..luar biasa. Tanpa sy minta... dan i tell u, layanan business class memang jauh bezanya dengan economy class. Sempat bingung, dan tengok orang lain buat apa..hihihihihi. Tak payahlah cerita kan...cukuplah sy katakan selesa. Sy teringat FT katakan, apa yang tidak pernah terfikir, dan yang terlintas di hati, itulah yang Tuhan sediakan bagi orang-orang yang percaya kepadanya. Again..thank you God. I have never asked for this and yet U gave it to me.

Dan satu lagi, yang ini sebenarnya terjadi pada 1 januari..semasa sambutan tahun baru di gereja. Suka sy kongsikan, kalau ada cabutan tiket bertuah ni tidak pernah saya berangan akan dapat, because i never get. Tapi apa terjadi, hari pertama di tahun baru, sy mendapat gelaran 'pengunjung bertuah' di gereja...hehehehe...maka dapatlah sy sebiji hamper..wooooaaa best best!




Amazing rite, dan yang luar biasa lagi, waktu sy mau siapkan ni entry, kepala saya yang pening sudah tidak pening lagi. Dahsyat! Dan sy sudah dapat nilai untuk LNPT saya dari bos saya dan apa yg sy boleh cakap...semuanya kerana kasih karunia Tuhan...

God is good all the time, and His love never fails.

Be Blessed.

xoxo

soup to my soul

A chapter for today.

A psalm of David.

1 I will praise the Lord. Deep down inside me, I will praise him. I will praise him, because his name is holy.
2 I will praise the Lord. I won't forget anything he does for me.
3 He forgives all my sins. He heals all my sicknesses.
4 He saves my life from going down into the grave. His faithful and tender love makes me feel like a king.
5 He satisfies me with the good things I long for. Then I feel young and strong again, just like an eagle.
6 The LORD does what is right and fair for all who are beaten down.
7 He told Moses all about his plans. He let the people of Israel see his mighty acts.
8 The LORD is tender and kind. He is gracious. He is slow to get angry. He is full of love.
9 He won't keep bringing charges against us. He won't stay angry with us forever.
10 He doesn't punish us for our sins as much as we should be punished. He doesn't pay us back in keeping with the evil things we've done.
11 His love for those who have respect for him is as high as the heavens are above the earth.
12 He has removed our lawless acts from us as far as the east is from the west.
13 A father is tender and kind to his children. In the same way, the LORD is tender and kind to those who have respect for him.
14 He knows what we are made of. He remembers that we are dust.
15 People's lives are like grass. People grow like the flowers in the field.
16 When the wind blows on them, they are gone. No one can tell that they had ever been there.
17 But the LORD's love for those who have respect for him lasts for ever and ever. Their children's children will know that he always does what is right.
18 He always loves those who keep his covenant. He always does what is right for those who remember to obey his commands.
19 The LORD has set up his throne in heaven. His kingdom rules over all.
20 Praise the Lord, you angels of his. Praise him, you mighty ones who carry out his orders and obey his word.
21 Praise the Lord, all you angels in heaven. Praise him, all you who serve him and do what he wants.
22 Let everything the LORD has made praise him everywhere in his kingdom. I will praise the Lord.

Tuesday, January 12, 2010

Mudah Saja!

Saya suka iklan DIGI ni, lagunya sungguh santai dan BEST! Walaupun bukan digi user, tapi bagi pujianlah sama orang-orang kuning yang bersusah payah keluarkan iklan especially yang ini. I loike. (Celcom sila belajar dari orang lain..:p)


Lirik;


Ke sini sana
Jum Bergembira
Pasti segala Mudah saja

Terus Menyanyi
sepuas, sepuas hati
Pasti segalanya mudah saja

1,2,3
menari bertenaga
pasti segalanya mudah saja

Borak lama-lama
hilangkan rasa hiba
pasti segalanya mudah saja

Yeap! Everything is easy when u always choose to have P.O.S.I.T.I.V.E Thinking.

Quoting Pr. Joel "Choosing to be positive and having a grateful attitude is going to determine how you're going to live your life."

Semangat!semangat! (anyway this is dedicated to myself yang sedang down~nanti share k!)

sama tapi tak serupa

Jalan-jalan cari makan...:)

Sepanjang cuti saya di kampung tempoh hari, ada 1 perkara yang membuatkan saya sangat mau balik ke KL iaitu tekak saya teringin mau makan Wantan Mee. Favorite saya dan sangat sesuai untuk saya di kala pagi hari ahad. hehehe specific lagi bah kan... so sejak adik saya ada kereta, panjang sikit lah langkah saya semasa cuti. So apa terjadi, waktu kami dari KK balik ke Kudat, singgah sekejap di tuaran untuk makan tengah hari. Masa itu sudah lapar sangat dan tekak mau something mee untuk dihadam. :D. Kamiorang ni pelik, ada banyak kedai makan di KK, tapi alih-alih pergi juga Tuaran.

So, apa cerita kamiorang..singgah lah ke Tuaran untuk food hunting. Sy parking y paling senang keluar (tepi-tepi jalan jak) supaya senang lah kami menapak ke kedai yang paling hampir. So, adalah satu kedai cina yg sy rasa macam best so kamiorang masuk menyinggah lah. Since dari awal mau makan mee, tengok mee lah saya (kalau di sana, semua menu ditulis di whiteboard). Tiba-tiba nampak wantan mee. Sy fikir2 wantan mee di sabah ni yang macam mana ah..sebab setau saya di sabah wantan mee lebih dikenali sebagai konlau mee/konomen. Tapi yang ini memang ditulis wantan mee. Walaupun masih was-was wantan mee yang macam mana, tapi sy mau try juga sebab sudah mengidam kan. hehehehe. Adik saya order mee Tuaran.(biasalah yang paling hot di tuaran..:p)

Anyway, bila sampai order saya agak terpinga-pinga sekejap. cuba lihat gambar ini.



inilah wantan mee yang saya dapat...hehehe macam mee basah saja kan... mana wantannya??? lawak betul... cuba check adik saya punya pula...

ini dia yang dikatakan mee Tuaran. Pelik kan! saya tanya balik sama tu orang yang ini wantan mee ni kan, auntie tu bilang 'bukan wantan mee ada sup punya'. sy terus blank. macam kami dua adik saya terbalik pula, tapi sebab lapar punya pasal hentam sajalah kan..ahahhahahha. Anyway, rupa bentuk wantan mee yang sebenarnya yang saya mau adalah seperti ini!



sedap kan! ada wantan mee dia, saya suka kicap dia, cili potong dia...mee nya...dagingnya :D

Lucu juga kan...nama sama tapi lain pula rupanya. So pengajaran buat saya, bukan semua wantan mee adalah sama. Yg pasti saya suka yang ada di KL...hehehe. Jangan marah ya orang-orang sabah...still pure sabahans bah saya ni cuma makanan saja sudah diadaptasi dengan di sini...yg lain still the same! (apa yg saya mengarut ni kan..kwang kwang)

ok guys..be blessed and enjoy working.

GBU

xoxo

Friday, January 8, 2010

Think!

Kisah pembakaran 3 buah gereja kesan daripada isu Penggunaan Allah benar-benar membuatkan saya terkejut + sedih + marah .... at the same time i cant hide my disappointment to the government for being such a very slowwwwwwwww in taking action. Hanya dengan alasan isu ini adalah isu sensitif. Semua orang tahu isu ini adalah isu sensitif. Apatah lagi hal-hal yang melibatkan agama. *sigh*

Memang perkara seperti ini perlu banyak pertimbangan, apa tah lagi dalam keadaan Malaysia yang berbilang bangsa, budaya dan agama. But at least, u have to do something. Jangan tunggu sampai kebakaran yg seterusnya terlibat. Pada saya, bila KDN memfailkan rayuan dan pihak Katolik bersetuju, untuk menangguhkan penggunaan Allah maka adalah seharusnya pihak Kerajaan perlu mencari jalan. Dalam masa yg sama, rakyat malaysia harus menghormati Mahkamah dan harus membenarkan Kerajaan mencari penyelesaian. Sebarang tindakan yang ekstrem harus dielakkan sama sekali. Tapi ternyata, penangan kurang sabar dan kurang penguasaan diri membawa kepada kebinasaan.

So far, tiada nyawa yang dilaporkan terkorban. Cuma bangunan gereja saja yang mengalami kerosakan akibat bahan letupan yang dilemparkan. *sigh (for 3rd time)*. Sy imagine, how if ada orang yang terkorban? maybe teman2 saya yang ada di Indonesia, akan cuma tersenyum bukan kerana mereka suka apa yang terjadi, tapi di sana sendiri memang ancaman ke atas gereja dibakar itu memang sentiasa ada, malah jauh lebih ekstrem. Dan apakah hal yang sama perlu terjadi ke atas Malaysia when u claim that we are 1 malaysian?

Nampaknya Firman Tuhan semakin digenapi, akhir zaman semakin menghampiri. Saya mengajak semua teman-teman seiman, mari kita bersatu dalam doa. Biar Tuhan campur tangan dan memberi hikmat kebijaksanaan kepada pemerintahan Malaysia supaya bijaksana dalam menangani perkara ini. Dalam masa yg sama, tetaplah memandang wajah Tuhan. Di saat Tuhan Yesus disalibkan dan diolok-olokkan oleh askar romawi, Yesus tetap melepaskan pengampunan kepada mereka. Because He is Jehovah - Shalom (peace). Because He died for all of us. John 3:16

FT katakan, 'kalau seorang menampar pipi kiri, bagi juga pipi kanan.' 'I believe despite of all this things happened, God want us to draw closer to HIM.

Be blessed.

Thursday, January 7, 2010

Part 4 - holiday

More pictures!!! ^^.

Setiap tahun apabila menjelang penghujung tahun, adalah menjadi kebiasaan kami sekeluarga untuk mandi manda di Laut. Tahun 08, kami di Pulau Kelambu, tahun 09, kami kembali memilih Pantai Tercantik di Malaysia (hihihih menurut saya lah).. The Tip of Borneo Simpang Mengayau. Syukurlah, cuaca hari itu dari pagi towards ke petang cerah sekali.. God is really good to our family. last time ke Pulau Kelambu, saya tidak mau mandi laut, gara-gara rambut baru di rebonding... :p. Tapi kali ni, kulit badan terasa mau mandi laut... Trip kali ni juga menyaksikan ada seorang bakal ahli keluarga baru datang melawat kami... ya calon PH adik saya. Macam biasalah, kena soal siasat oleh family + family sebelah bapa saya. Tidak cukup begitu, dengan saya-saya disoal siasat. Apa kena mengena kan? Adaaaaa... soalan paling saya malas mau jawab.. 'bah moi, adik kau sudah..kau bila? patut kau duluan bah ni'... huhuuuhu.. maka daku menjawab dengan muka selamba..'ada bah tu..tapi masih di awang-awangan lagi. Tuhan nampak saya belum ready lagi.. so DIA KIV dulu untuk saya'. uuuuuhuhuhu.. tidak puas hati auntie dengan uncle saya.. tanya lagi.. apa lagi uncle saya yang Pendeta. Tapi untuk mengelakkan kena soal siasat terus saya pun melarikan diri...hehehehe..... Susah bah ging, saya tiada jawapan. Boleh ka saya jawab..' bah tanya Bapa di Surga, bila DIA mau kirim PH sama saya.'. heheheheh. Ok enough said, jum enjoy the pictures..exclusive hanya di BLOG ini.. *wink*

Pic 1-upon the arrival... my mum dengan my gendut.. :D


Pic 2:-my lepasan SPM lil bro dengan Jelita...macam ulat beluncas ja anak buah sy melekat ;D


Pic 3;- kakak kedua saya...streaching her arms... i am free



Pic 4:- adik ku serta auntie-auntie saya (sebelah bapa)


Pic 5:- my mum with adik2 iparnya dengan Jelita chan


Pic 6:- Ni dia bakal ahli baru



Pic 7:- cousins saya ..besar sudah mereka ni...


Pic 8:- I like this picture... tu auntie saya...

Pic 9:-siapa pandai bergaya...heheehe





Pic 10:-I like this picture.... ni aksi cousins saya.. cubaan membina menara babel :D



Pic 11:- gambar ni saya suka, macam cover album...kwang kwang


Pic 12;- keindahan Simpang Mengayau terserlah di waktu senja...

Trip ini adalah pada 29 Disember 2009... dan selepas ke pantai kami menyinggah lagi ke Pasar Malam Kudat....huaaaa what a blissful trip.. (^_~)


xoxo

Wednesday, January 6, 2010

one way or another

saya rindu mau balik rumah...

i miss my parents

my siblings

my nieces

my nephew

should i condsider to transfer to my hometown?

is it the right time for me to do so?

can i leave all things here at serdang?

and back for good?

i guess this would be my new top list prayer...

Part 3 - holiday

Still in my holiday mood..*wink* anyway, the story continues... the pictures tells itself how much i felt so happy and content to have my family around me. 2 weeks of holiday, never at once i felt bored. Setiap hari, i woke up my parents sudah bangun seawal jam 5.30am, my hp alarm bunyi seawal jam 6.30am...walaupun masih berding dong ding dong di atas katil, tapi lepas itu bangun saja terus ada kerja. Enjoy lah, sebab sy cuci kain dengan adik saya, lepas itu masak tengah hari dengan adik saya, makan bersama-sama anak-anak buah saya then di sebelah petang berjalan-jalan di sekeliling rumah. One thing yang membuatkan saya tidak sempat merasa bosan, itu kerna i never felt lonely. Anak-anak buah sy tu asyik melingkar ja dengan saya. hehehehe.. terutamanya anak buah saya yang gendut(dia yang suka cakap dirinya macam itu).. ada-ada saja aksi dia yang mencuit hati....


ini semasa kami beramai-ramai melihat cerita 'Titanic' di TV2. Kesyiokkan semua kami sampai nda perasaan ada orang snap^^


kali ni banyak gambar melompat... :D


ni lah si gendut saya... sayang banget sama kamu loh kochan

me and my sista, *see keropok yang saya pegang, itu fav sy semasa kecil2 sampai sekarang*



inilah bakal rumah kami yang akan kami duduki tahun ini...tempat kami suka melepak :p

harap bersabar ye kengkawan, entry saya masih banyak tentang cuti...

till then, stay cute^^

xoxo





Tuesday, January 5, 2010

Part 2 - holiday

Christmas Day ~ 25 Dec 2009...

4 sistas yang ada keunikan sendiri


Lompatan di akhir tahun 2009


saya suka yang ini...it feels like i'm still 20 years old...hehehhee
xoxo

Monday, January 4, 2010

Part 1 - holiday

As I promised.. i will shared what happened during my very 'short holiday'...(masih homesick ni). Sy start dengan malam 24...aka Christmas Eve. Sangat unik tahun 2009, sebab kali ini kami membuat persiapan di rumah nenek saya di Kumbatang (aise, macam kamuorang tahu kan). Seperti biasa, keadaan kelam kabut pasti akan terjadi. Mana semua orang berebut-rebut mandi, berebut tengok satu-satunya cermin panjang, mencari sikat rambut, anak-anak buah yang juga sibuk minta kena makeup by their aunties dan macam-macam kejadian...hehehe lucu pula! Kebaktian di church start jam 7pm, kami terlewat 15 min. Ni kalau ESC ni, abis semua kena denda...^^. Anyway, sedikit piccas dari kami yang suka kena kamera... (sorry susunan gambar tidak betul, layan sajalah ya!)


us during sudah habis kebaktian

orang lain sibuk berfellowship, kamiorang sibuk snap sana sini

only the 3 of us, kak ngah ikut lakinya


cuma sayangnya, tahun ini tiada gambar lengkap sekeluarga. Abang sy yang sudah kawin, berkrismas dengan isterinya, kakak kedua sy p ikut lakinya.
So mana-mana yang sempat, kami ambil je gambar.

Ok, to be continue... (sambung kerja dulu sy)
Be Blessed.


x0x0



Saturday, January 2, 2010

Happy New Year 2010

Happy New Year 2010...

o yeah!! i'm back... *wink*

currently i am at aiport KKIA. I supposed to fly 1735 but the flight was delay till 1945. huhuhu.. no notice from MAS at all... takpalah... tahun baru ni tidak mahu marah-marah.. hehehe..

ANyway, 2009 sudahpun menutup tirainya dan meninggalkan 1001 macam perkara. Awal tahun 2009 sy bermula dengan kepadatan pelayanan... ESC + POD + SPK 3 angkatan + pelayanan-pelayanan lain... kemudian di tengah-tengah sy digoncangkan dengan tekanan di tempat kerja... perasaan mau berhenti dan mencari kerja lain pada masa itu semakin kuat... kemudian keluarga di datangi dengan pelbagai macam dugaan dan goncangan... di sebalik semua itu, sy tumpang gembira buat adik sy yang berjaya bergelar Dr. gigi dan sekarang sama2 membantu adikberadik yang lain menyokong keluarga. Abang sy selamat berkahwin tahun 2009 dan bakal menimang cahaya mata tahun ini (tidak tahu bila waktu yg real). Rumah kami di kampung yang hampir setahun tertunda, tahun 2010 menyaksikan kami bakal menduduki rumah baru... tahun lepas juga anak buah sy bertambah seorang...

Di atas segalanya, segala hormat, pujian, syukur dan kemulian bagi Raja di atas segala Raja, Yesus Kristus di atas perlindungan dan pemeliharaan ke atas keluarga sya dan diri saya. Sy juga bersyukur punya teman-teman rohani, bapa rohani, anak-anak rohani yang sentiasa mendorong saya dan bersama-sama menyokong saya dalam doa.

Maka dengan itu, tahun 2010, sy percaya banyak lagi yang bakal sy lalui... cabaran yang berliku-liku... pun demikian, seperti tag Liverpool (walaupun sy bukan Liverpool fan), 'You will never walk alone'... sy percaya penyertaan Tuhan yang tidak pernah berkesudahan akan menyertai saya.

Azam baru? ya sudah ada dalam minda akan di tumpahkan dalam bentuk tulisan supaya diingati selalu. Nanti sy share.

Apapun, next entry sy akan sy upload gambar2 sepanjang sy bercuti di kampung. I really enjoyed my holiday... rasa macam tidak mau balik kali ini.. rasa mau terus menerus cuti... hehehe...

Ok guys, i'll update more later in my next entry.... di tunggu ya!

Tuhan Memberkati...

xoxo

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...