Friday, December 31, 2010
Bye-bye 2010
2010...
I will always remember this year...so many unexpected things happened.
But through all that, I believed God Mercies and HIS Love is always there for me.
2010, I begin with full of ethusiasm to be the woman that God wanted me to be. I have so many dreams...so many hopes...
For the 1st time of my life, I went outside from Malaysia. I went for a vacation at my own. I have seen the outside world. For the 1st time, I have a cop at my passport. I'm sure there will be a lot to come.. hehehe
This year, i went through the rough days in my ministry. I've never expected that i will have to face it.
This year, I have to make a very important decision.
......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
But thank God, His grace is sufficient for me.
Bapa, terima kasih untuk kasih setia Mu sepanjang tahun 2010 ini. Sy tahu ada waktunya saya menyenangkan hati-Mu dan banyak waktu yang saya melukakan hati Mu Bapa. Ada waktunya, saya merasakan sy tidak layak untuk mendapat kasih karunia Mu, ada waktunya sy ingin berputus asa, ada waktunya sy ingin mundur. Tapi Engkau mengenal aku ya Bapa. Engkau yang menmbentuk aku sejak aku dalam kandungan ibu aku lagi. Engkau sudah mengetahui hari2 ku ya Bapa. Engkau tau sejauh mana kemampuan, dan Engkau tahu di mana kelemahan ku. Tapi begitu besar kasih Mu kepada ku sehingga aku merasakan tidak sedetik mana pun Engkau meninggalkan aku. Buktinya, aku masih hidup hingga ke hari ini, ini semua kerna kasih karunia Mu ya Bapa. Engkaulah sauh pengharapan saya ya Bapa. Sy tau Engkau tidak pernah meninggalkan aku.
Terima kasih Bapa. Saya percaya tahun 2011, pasti menjanjikan sebuah kehidupan yang baru untuk saya lalui. Tapi saya percaya dengan Iman, Engkau lah yang akan menuntun hidup ku.
Terima kasih Bapa.
I love you Jesus.
HAPPY NEW YEAR EVERYONE.
Happy birthday bien.
Happy Birthday my dear friend Bien.
Ya, hari ini birthday dia. 31 Disember 2010. Di penghujung tahun lahirlah dia.
Oleh kerana di bulan 12 ni, selalu sy akan termiss hal yang penting, jadi untuk tahun ini, sy make sure buat special entry untuk kau.
Bien, dan secara formalnya Mrs. Vivien. Ya sudah lebih dulu jadi puan dari saya. 1 UPM, tapi cuma kenal semasa Assesment PTD di KK 2006. Tapi perkenalan yg singkat saja, sebab masa tu, baru 1st time kenal dan masing2 adalah saingan tuk assesment di PTD. :D Jadi masa utk bersahabat sangat singkat lah.
Tidak sangka, jumpa sekali lagi di MOA tahun 2007. 1 Bahagian lagi. memang jodoh persahabatan lah tu. Dan dari situ, mulailah kami bersahabat.
Orang cakap kalau cari kelemahan seseorang itu sangat pantas dan kalau boleh listnya akan berjela2, tapi bila disuruh buat kelebihan sure berfikir panjang. Ehmm...
So sejujurnya seorang sahabat yg sejati tidak akan ragu2 memberitahukan kepada sahabatnya kalau dia perlu memperbaiki dirinya. Tapi sepanjang sy berkawan dengan dia, sy memang akan amalkan bercakap dari hati ke hati. Tidak perlu tunggu entry khas tuk beritahu semua tu kan. Cumanya entry sy kali ni, sy x mau cakap pasal apa kelemahan sebab sure setiap pribadi akan buat masa devotionnya sendiri utk menilai diri dia sendiri. Jadi apa salahnya sebagai seorang sahabat, sy mau memberitahukan kelebihan bien di blog sy sebab pada saya salah satu seorang sahabat perlu lakukan adalah MENGHARGAI SAHABATNYA.
Bien, orangnya bukan sabar sangat [hahaha, apa ni mengutuk ka, bilang menghargai..upss dengar dulu bien]...kenapa sy bilang x sabar, adakah sms sy mau bawa breakfast time2 sy driving. Sah2 lah sy tidak tengok hp kan. hahahaha. But then, i love her for her patience when it comes to dengar my bebelan. Mind u, sy ni kalau bila sudah sharing memang panjang dan pandai pula hilang fokus tu bebelan, kadang2 dari A boleh trus jump pegi D. Lepas tu kalau bercerita, perlu mukadimah dulu baru cerita yg penting. Kalau tidak tahan, memang trus cut saja story saya tu. tapi bien tidak, dia dengar juga. Lepas tu kami ketawa sama2 sebab yg sebenarnya sy sendiri tau bila sy mulai melalut. hahahaha. Bien-bien, tahan betul telinga kau dengan sy o kan.
satu lagi pasal bien ni kan, dia pada sy adalah orang yg ajaib. Gaji kami sama saja pun, tapi sy heran...ada saja duit dia ni. siapa tidak dengar dia mengeluh pasal tidak cukup duit, tapi yg peliknya dia selalu saja book tiket balik KK. :D. Macam ada poket doremon betul c ging ni! Kelebihan ka ni? sure lah kan. beruntung mrjeeven dapat wife macam dia.
Ya sebut pasal wife, memang kelebihan c bien ni dia betul macam mama. Macam sy kan, kalau ada masalah dapur ka, masalah apa2 lah tidak tau mau susun or mau kemas, c bien pandai saja tu bagi option yg memudahkan sy. Sy kira itu gift dari Tuhan tuk dia lah. Macam dengan dia, kau boleh rely on her for so many things! Bukan pinjam duit ah maksud sy, tapi kau fahamlah kan bien apa maksud sy!
Kalau dia hilang or p outstation mana2 kan, mesti terasa kehilangan dia. Rasa betul sunyi tu ofis. Aura dia tu bring cheerfulness sama sy..(adakah bI mcm ni?)
Dia juga mungkin jarang2 express fikiran dia pasal religion ni, tapi bila dia share di blog dia, i can sense true honesty yg keluar dari hati dia. Dan sy percaya, BAPA di Surga jauh mengenali isi hatinya.
Wah, macam tidak mau abis tapi sy kira inilah yg terpahat dalam hati sy lah ni. Sy mungkin x selalu balas sms dia panjang2 bila dia sms sy, jauh sekali bercakap lama2 di telefon like some other friends kali yg sy dengar akan macam tu, tapi 1 thing, I always appreciate her as my friend. I cherished our friendship. and knowing that sooner or later, we will be separated..i always hope and pray that our friendship will last forever sampailah kami jadi nenek2 pun tidak akan berakhir.
Bah bien, happy birthday ya. Walaupun N3 ni discheduled kan, dan bukan ditulis pada hari kejadian, but I really hope you will enjoy your birthday this year..
GOD BLESS YOU.
Saturday, December 25, 2010
Friday, December 17, 2010
yuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
hari ini last sy bekerja...
my blog dengan rasminya akan ditutup hari ini (but don't worry, there will be a few scheduled entries will coming up soon).
saya akan bercuti mulai esok..dan akan terbang ke Land Below the wind esok pagi.
Terima kasih to all my friends tuk sepanjang tahun 2010 ini. Saya juga minta maaf untuk sebarang kesilapan saya. Maafkan kata2 saya yang tidk memberkati. Mahupun perbuatan saya. Harap jangan di simpan di dalam hati dan jangan di bawa ke tahun 2011. :)
Till then, May God Bless us all.
xoxo.
Thursday, December 16, 2010
The birthday Girl
Happy belated birthday to my dear friend..miss Airin...ya, yesterday was her birthday. :D
I knew her during our DPA course. 6 bulan bersama...dalam batch sy tidak ramai yang bukan melayu..ok i'm not racist! Cuma, waktu kursus itu, time2 kawan2 melayu puasa atau sembahyang ada ceramah, sure kau kena cari kawan yg bukan melayu kan. So, i guess our friendship bermula dari situ.
Dia sahabat yang pada saya sangat setiakawan. Birthday sy tahun 2008, dia bawa saya ke SPA buat body massage. Dia treat sy masa tu. Dan dengan airin, sy tau sedikit sebanyak jalan2 ke The Curve, Sri Hartamas. Tempat2 yang masa tu sy tidak pernah pergi. Dengan airin, kami banyak explore di mana tempat makan yang sedap. Dari korean foods, Japanese foods, chinese foods, western foods, mamak, sampailah gerai2 melayu. Semua kami antam! Masa kami masih single, dialah kawan berjalan. Dalam seminggu kami akan cari masa bersama sama ada berjogging keliling rumah sy, sekitar UPM.
Sepanjang sy kenal dia, dia kawan yang suka mendengar, dan kalau dia bagi nasihat pun sentiasa boleh pakai. Dari kerja sampailah relationship. Dia juga bukan seorang yg berkira. Kalau nampak dia dari jauh, rasa akan segan dengan dia, sebab dia orangnya pandai bergaya dan ada style sendiri. Tapi one thing dengan dia, bila kenal dia sebenarnya dia orangnya sederhana. Dengan dia kau tidak akan rasa, kau dari kampung. :). Dia treat kawan2 dia semuanya special.
Sy juga suka shopping dengan dia. Sebab bila beli baju, she will give u advice..tapi dia akan tanya kita balik..'kau selesa ka tidak dengan baju tu? kalau tidak, cari lainlah'.
Birthday sy 2009, masa tu dia dan family dia ke Korea. Tapi dia tidak lupa sy. even sebelum dia pergi, dia sure akan ambil masa makan bersama dengan saya.
Pada saya, airin adalah sahabat yang sangat special untuk saya. Though, secara beliefs we may have different there, culture ada perbezaan tapi dia menghormati setiap perbezaan yang ada. Tambah lagi, dia adalah wanita yang cantik dan slim. Kalau tengok dia, sure mau motivate diri, diet. :D
Wah airin ini bukan entry saja2 nak ambil hati you, or nak puji2 you..TIDAK. But ini semua dari dalam hati saya. Menjadi sahabat u, adalah satu kehormatan utk saya.
Thank you airin...you are special just the way you are. I hope ur soon to be husband will take care of you. Dia sangat berbahagia kerana mendapatkan u as his future wife.
Hope you have a very blessed birthday and wishing you more happiness to come in the future.
God Bless you.
Monday, December 13, 2010
Prinsip Tabur-Tuai
sy sebenarnya memang sudah lama bercadang mahu beli rumah...cuma belum serius berfikir memandangkan ada banyak komitmen lain lagi...
but then...when my kolig sedang pening2 mau beli rumah...entah kenapa kepala sy turut terheret tuk berfikir hal yg sama...dan mulalah terfikir kesilapan2 di awal pekerjaan...kenapalah tidak buat savings awal...kenapalah tidak merancang dgn bagus dulu perbelanjaan..kenapalah terlalu obses dengan kad kredit dulu...kenapalah macam macam lagilah....
mengingatkan sy tentang prinsip tabur tuai yang diajar dalam BIBLE. Apa yang kita tabur, itu juga yang kita tuai...bekerja 4 tahun..(sy pernah share ini sebelumnya) dapat KWSP tapi terpaksa guna sebahagian besar tuk bayar itu dan ini...sy dengar kawan sy (batch sy juga)..kwsp yg dia dapat dia guna tuk topup beli rumah..wahhh what a good investment!...
hari ni punya perbualan semua tentang masa depan! Lunch tadi keluar makan dgn kawan 1 batch, yg sorang tu cerita pasal dia akan dapat anak....muka ceria seorang mummy to be memang tidak dapat disembunyikan...tambah lagi tahun depan dlm batch kami (di MOA saja) ada 3 orang akan kawin..so pastinya soal rumah...soal anak..(put a side dulu lah preparation tuk kawin tu kan) jadi perbualan hangat!
kalau soal rumah, inilah..rumah sewa? quarters? beli rumah? kos minyak? lokasi? mampu ka tidak? I mean those things betul2 kena fikir dalam2 apa lagi kalau bukan lagi akan hidup single tapi berdua!
For me...mungkin belum serisau macam kolig saya..but then bila mengenangkan kembali all the 4 years punya gaji...memang rasa menyesal sebab tidak buat simpanan..(o i hate the words menyesal..actually!)
Itulah..memang life is all about choices...and we really need to be cautious with the choices that we made. Because...apa yg kita tabur hari ini, itulah yg kita tuai hari esok...
what a day!
My final week
I'm looking forward for my long holiday starting next week. So this week..lebih banyak menghabiskan kerja2 yang perlu diselesaikan before sy bercuti..sudah menjadi kebiasaan lah tu kan.
Just now, sy ada meeting yg kira sangat penting dan rasanya itu last meeting sy minggu ni kot [hopefully]. Walaupun sudah lama tidak jadi u/setia for meeting..tapi kerja2 PSU sewaktu meeting mestilah sy tau..sebab itu salah satu main job sy as PSU! Tapi kan...sedikit geram juga sy dengan sy punya *** tu..boleh di tengah2 meeting bersama central agency dan M** dgn agensi A****** dia cakap macam ni..'renny, tulis ni...jangan tak tulis'...I was like..'excuse me...haruslah sy tulis...takkan lah sy tidak tau lagi keja saya'..i was so pissed off dengan dia ni!
I mean...sy bukan baru setahun kerja kan...I know what to write and what things yg tak perlu direkodkan...even my K*** pun remind me..my goodness...apa masalah mereka ni...my ex bos, 1 thing yg sy salute sama dia, when it comes to meeting or discussion, dia tau mana yg perlu direkodkan dan mana yg tidak perlu minit just makluman begitu. Tapi sepanjang bekerja dengan dia, memang senanglah..cuma my S** ni susah sikit...so my ex bos dgn sy buat kesepakatan selepas ni..simple meeting pun like disscussion pun ada minit.
Just imagine muka saya depan pegawai2 dr luar kementerian bila ditegur macam tu. nilah bah perangai dia ni...
Sy pasti siapkan minit ni dlm 3 hari..dan pastinya before sy cuti semua kerja sy akan selesai....unless benda2 yg kena buat masa cuti, then itu pegawai lain kena tolong cover tuk saya lah.
Apa2lah...today dengan today punya story...
Friday, December 10, 2010
Salahkah wanita menjadi PM?
salah ka atau salah? :D
sewaktu sy menghadiri persidangan kemuncak wanita yang bersifat International 2 hari yg lepas, salah seorang speaker mengakhiri sessionnya dengan menayangkan kejayaan wanita2 ... antaranya..
1.Sirimavo Bandaranaike, Sri Lanka
Prime Minister, 1960-1965, 1970-1977, 1994-2000.
2.Indira Gandhi, India
Prime Minister, 1966-77, 1980-1984.
3.Golda Meir, Israel
Prime Minister, 1969-1974.
4.Isabel Peron, Argentina
President, 1974-1976
5.Elisabeth Domitien, Central African Republic
Prime Minister, 1975-1976
6.Margaret Thatcher, Great Britain
Prime Minister, 1979-1990.
7.Maria da Lourdes Pintasilgo, Portugal
Prime Minister, 1979-1980.
8.Lidia Gueiler Tejada, Bolivia
Prime Minister, 1979-1980.
9.Dame Eugenia Charles, Dominica
Prime Minister, 1980-1995.
10.Vigdís Finnbogadóttír, Iceland
President, 1980-96.
11.Gro Harlem Brundtland, Norway
Prime Minister, 1981, 1986-1989, 1990-1996.
12.Soong Ching-Ling, Peoples' Republic of China
Honorary President, 1981.
13.Milka Planinc, Yugoslavia
Federal Prime Minister, 1982-1986.
14.Agatha Barbara, Malta
President, 1982-1987.
15.Maria Liberia-Peters, Netherlands Antilles
Prime Minister, 1984-1986, 1988-1993.
16.Corazon Aquino, Philippines
President, 1986-92.
17.Benazir Bhutto, Pakistan
Prime Minister, 1988-1990, 1993-1996.
18.Kazimiera Danuta Prunskiena, Lithuania
Prime Minister, 1990-91.
19.Violeta Barrios de Chamorro, Nicaragua
Prime Minister, 1990-1996.
20.Mary Robinson, Ireland
President, 1990-1997.
21.Ertha Pascal Trouillot, Haiti
Interim President, 1990-1991.
22.Sabine Bergmann-Pohl, German Democratic Republic
President, 1990.
23.Aung San Suu Kyi, Myanmar (Burma)
Her party won 80% of the seats in a democratic election in 1990, but the military government refused to recognize the results. She was awarded the Nobel Peace Prize in 1991.
24.Khaleda Zia, Bangladesh
Prime Minister, 1991-1996.
25.Edith Cresson, France
Prime Minister, 1991-1992.
26.Hanna Suchocka, Poland
Prime Minister, 1992-1993.
27.Kim Campbell, Canada
Prime Minister, 1993.
28.Sylvie Kinigi, Burundi
Prime Minister, 1993-1994.
29.Agathe Uwilingiyimana, Rwanda
Prime Minister, 1993-1994.
30.Susanne Camelia-Romer, Netherlands Antilles
Prime Minister, 1993, 1998-1999
31.Tansu Çiller, Turkey
Prime Minister, 1993-1995.
32.Chandrika Bandaranaike Kumaratunge, Sri Lanka
Prime Minister, 1994, President, 1994-2005
33.Reneta Indzhova, Bulgaria
Interim Prime Minister, 1994-1995.
34.Claudette Werleigh, Haiti
Prime Minister, 1995-1996.
35.Sheikh Hasina Wajed, Bangladesh
Prime Minister, 1996-2001,2009-.
36.Mary McAleese, Ireland
President, 1997-.
37.Pamela Gordon, Bermuda
Premier, 1997-1998.
38.Janet Jagan, Guyana
Prime Minister, 1997, President, 1997-1999.
39.Jenny Shipley, New Zealand
Prime Minister, 1997-1999.
40.Ruth Dreifuss, Switzerland
President, 1999-2000.
41.Jennifer Smith, Bermuda
Prime Minister, 1998-2003.
42.Nyam-Osoriyn Tuyaa, Mongolia
Acting Prime Minister, July 1999.
43.Helen Clark, New Zealand
Prime Minister, 1999-2008.
44.Mireya Elisa Moscoso de Arias, Panama
President, 1999-2004.
45.Vaira Vike-Freiberga, Latvia
President, 1999-2007.
46.Tarja Kaarina Halonen, Finland
President, 2000-.
Wow..kira agak ramai kan....
sy terfikir how about Malaysia? maybe soon? maybe???
But first and foremost...before we talking about gender equality..mari lihat apa kata Tuhan tentang wanita.
Dalam Buku Kejadian, ketika Tuhan menciptakan Adam...Tuhan melihat 'tidak baik manusia bersendirian'. Lalu diciptaNya Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai PENOLONG yang SEPADAN kepada Adam.
Di mata Tuhan, baik Adam dan Hawa..semua adalah sama. Tidak ada yg terdahulu tidak ada yang terkemudian. yang membezakan adalah peranan...Hawa sebagai PENOLONG. Dalam erti kata lain, lelaki dan wanita boleh bekerja bersama-sama sebagai partnership dan tidak dilihat sebagai RIVAL.
Secara naturenya, Tuhan mencipta Adam seorang yang logikal..dan Hawa lebih banyak bermain emosi. Sebab itu, Ular (Iblis) menipu Hawa daripada Adam sebab Iblis lebih senang menipu Hawa yang banyak bermain dgn emosi berbanding dgn Adam yang lebih fikiran logik. Tapi, pada saat penghukuman Tuhan memberitahukan kepada Ular bahawa pada keturunan Hawa lah akan meremukkan kepala ular. Kenapa...sebab dari perut seorang wanita lah Juruselamat (YESUS) dunia dilahirkan.
Melihat kepada ini, sy secara pribadi tidak melihat 1 perkara yang salah kalau wanita menjadi Perdana Menteri atau Presiden sesebuah negara. Asal saja kaum Adam melihat kaum Hawa sebagai partnership dan bukan rival mereka.
Mengimbas apa yg sy belajar dari Kem Wanita Bijak, kami sering diingatkan peranan kami sebagai Penolong kepada Lelaki. Even, Paulus sendiri menasihati kepada para wanita..supaya submissive to husband..and husband love your wife.. bila sebut kata submissive bukan bermaksud wanita harus diinjak lelaki, didera, dibuli atau apa sajalah...sebab Paulus juga mengingatkan lelaki para suami2 supaya mengasihi isterinya seperti Kristus mengasihi jemaatNya.
Suasana hari ini, bila isteri yg jadi breadwinner kepada keluarga tu, dan suami jaga anak, wanita akan cenderung menekan haknya bahawa dia lah ketua keluarga. Nah, itu sudah terbalik! Wahai wanita, be wise! We will never be replaced posisi yang Tuhan sudah berikan kepada lelaki. Nanti ada pula yg mempersoalkan 'macam mana pula kalau lelaki tu yang jenis yg ikut cakap saja, tiada pendirian'...No, lelaki ada fungsinya. Lelaki adalah imam kepada kepada keluarga. We sebagai wanita perlu menolong lelaki supaya berfungsi menjadi imam kepada keluarga dengan cara penuh lemah lembut.
Kenapa Tuhan menciptakan Hawa? sebab Tuhan sendiri nampak, Adam tidak boleh hidup sendirian dia perlu penolong. Sebab itu ada pepatah begini 'disebalik kejayaan lelaki ada wanita dibelakangnya'. Dan bagi saya disebalik kejayaan wanita juga ada lelaki diSAMPINGNYA.
I hope u (ladies out there) get my point. Saya masa kecil saya, saya berangan dan pernah memasang impian to be the 1st woman becoming the Prime Minister to this country. Itu impian saya..tidak tau kenapa ada impian macam tu...bahkan sy terinspire melihat sudah ramai wanita sebenarnya yang memegang jawatan tersebut.
Mati ka negara kalau wanita yg jadi PM?Britain pernah diterajui oleh wanita selama 11 tahun...dan masih hidup juga negara tu.
Cuma yang membezakan adalah apa pandangan lelaki kepada wanita? are they looking to us as their partnership (rakan sekerja) atau musuh/saingan? Kalau Tuhan yang maha kuasa mencipta langit dan bumi boleh melihat Adam dan Hawa saling bergantungan kenapa perlu ada isu woman vs man?
Fikir2kanlah....
Thursday, December 9, 2010
Women's Summit 2010
saya tidak pernah terfikir akan punya peluang untuk menghadiri sidang kemuncak yang mana dihadiri oleh semua wanita...terutamanya dalam dunia sekular. Tapi semalam sy untuk pertama kalinya menghadiri Women's Summit 2010 di Pusat Konvensyen Sime Darby. Summit ini dihadiri daripada pelbagai lapisan umur..dari yg sudah berambut putih sehinggalah kepada usia seperti saya. Dari gov sector, to private sector and NGOs. Panel yang dijemput semuanya pada saya adalah wanita yg luar biasa, punya kedudukan tinggi, pintar. Speaker ada yg dari Jepun, Australia, dan Canada. Jemputan lain menteri dari Turkey, S'pore, Zambia dan Cambodia. So memang interesting!
Even, Dato' Paduka Marina Mahathir pun ada. Ok, sebab sy duduk agak jauh dari VVIP...so ambil gambar dari screen sajalah! :)
Seronok mendengar pendapat wanita2 ini. Dan antara yang menarik pada hari pertama adalah debate antara wanita dgn wanita juga membahaskan isu.. 'There's nothing stopping women!'. Kami mendengar hujah2 dr pencadang dan pembangkang. Dan diakhir nanti, audience yang menentukan sama ada kami setuju atau tidak dengan tajuk itu.
Kad Hijau, kalau bersetuju, there is nothing can stop women...or
kad merah, kalau tidak bersetuju!
and guess what kad mana yang paling banyak diangkat? dan kira2 kamu orang fikir sy angkat kad warna apa? :D
how about u?
Welcoming Christmas...
Welcome Christmas...
tho' ada lirik yg sy kurang faham..tapi sy suka dengan harmonize mereka...reminds me those days of caroling.
This year..sy tidak dapat berkesempatan join caroling. What so meaningful about caroling is that, we share the joy from house to house telling friends and family...that there is still hope in this world..Jesus came to this world to bring life and joy..to bring hope to all of us...and that is why the bible said..
Luke 2:10
10 But the angel said to them, “Do not be afraid. I bring you good news that will cause great joy for all the people. 11 Today in the town of David a Savior has been born to you; he is the Messiah, the Lord.
Merry Christmas [it's December] everyone... I already want to go back... huhuhu.
Monday, December 6, 2010
To you Pastor...
This entry I dedicated to my beloved Pastor.. Pastor Losius Tanggunan.
Sempena Hari Ulang tahun gereja ke-15 dan hari menghargai Pastor pada 5 Disember 2010...saya mendedikasi kan 1 entry khas tuk Pastor.
Saya berada di Sib Serdang sudah hampir 9 tahun..since 2002. Pastor SIB serdang silih berganti dan sy mulai melayani di SIB Serdang sekitar tahun 2004. Just imagine sepanjang 2 tahun pertama, sy hanya banyak menjadi jemaat...datang dan pergi. Masa itu belum mau terlibat dan belum rasa mau bersahabat dgn jemaat sib serdang secara dalam.
Pastor Losius sy kenali di pertengahan tahun 2007 dan ketika itu saya jarang2 dapat berada di Church memandangkan sy sedang mengikuti kursus DPA. Cuma sekitar tahun 2008 baru dapat mengenali rapat Pr selepas dipercayakan memegang jawatan Ketua Jabatan Pendidikan.
Untuk pertama kali, saya merasakan sy mendapat seorang Pastor yang juga berperanan menjadi Bapa rohani kepada saya.
Dengan pastor Losius, saya berpeluang belajar kelas Homilitik. Sy dipercayakan membawa kutbah ringkas 15 min. Terus kemudian pastor percayakan saya jadi trainer SPK dan membawa kepercayaan kepada saya menjadi trainer kepada gereja SIB Wangsa Permai. Pastor juga mengajar saya menjadi kaunselor. Waktu Pastor kaunseling wanita, dia membawa saya supaya saya ada pendedahan awal.
Saya terus dipercayakan oleh Pastor lead Kelas SPK selama 5 angkatan sebagai ketua kelas. Dari situ, ada ups and downs saya menjadi KK tapi Pastor terus membapai saya dan menerima apa saja kesilapan saya dan mengajar sy utk learn from my mistakes.
Satu ketika, di tempat kerja saya, saya mengalami tekanan. Saya mengalami rejection dari bos. Saya mulai mendua hati..saya mulai mau melarikan diri..mau berhenti kerja. Pastor membimbing saya dan memberikan 1 ayat FT yang akhirnya menyedarkan saya dan menguatkan saya. Sy masih ingat FT itu adalah dalam Habakuk.
Dalam relationship, pastor tidak putus2 mengajar saya dan mengingatkan saya etika hubungan yg benar. Walaupun ada kalanya, tidak mendengar kata dan pandai menyimpang. Dengan Pastor, sy boleh terbuka banyak hal soal relationship.
Itulah pastor Losius yang saya kenali. Dia bukan saja Pastor, atau gembala Gereja, tapi dia juga Bapa rohani dan sahabat saya.
Semasa sy melihat multimedia yang ditujukan khas tuk pastor, saya menangis dalam hati..kerana saya melihat diri saya 2 tahun lepas sepanjang bekerja bersama2 dgn Pastor dan 6 bulan terakhir yang sy lalui sepanjang 2010. I know bapa mana yang tidak kecewa bila anak melakukan kesilapan walaupun sudah tau banyak kebenaran dan prinsip. Apa lagi saya yang sudah bergelar pemimpin. Tapi jauh di sudut hati saya, spt memberitahukan saya...'pastor mu sedang menantikan kamu untuk bangkit semula dan menjadi anak Tuhan yang luar biasa dan impak generasi'...as I looked at Pastor that day...I can see that he is hoping all his children [kami sbg anak2 rohaninya] bangkit semula dan tidak pernah putus asa. FIGHT and keep on fighting! Fight in faith and Trust JESUS and keep our eyes to HIM.
Tq Pastor for being my spiritual father all this time. Tq for always see the good in me. tq for the prayer. Tq for guiding me in so many ways!
I may not have given you the best gift to show my personal appreciation..but my prayer is always for you and your family.
May God bless you more and more..and bring you to the next level....higher ....
divine moment
Hari sabtu yang lepas, saya bertugas di MAHA pada sesi pagi dan itulah tugas terakhir saya di MAHA. Sy datang awal, dan kali ni untuk mengelakkan keboringan duduk2 di Pavilion, saya membawa buku ini.
Buku ini, Pr Losius berikan kepada saya sepanjang tempoh saya di dalam spiritual renovation. Sudah lama sebenarnya Pr kasi sy baca dan report dengan dia apa yang sy dapat, tapi sy belum kesempatan tuk menghabiskan buku ini, dan banyak sebenarnya sy dapat dari buku ini cuma tidak tersend kepada Pr Losius.
So pagi itu sementara menunggu sesi bertugas, sy ambil waktu membaca topik dlm buku ini [sy sambung di mana sy berhenti sebelumnnya]. Waktu sy baca buku itu, dengan suasana di MAHA yang mendung hujan rentik2...[mempengaruhi emosi si pembaca juga] sy juga hanyut dlm pembacaan sy dan tanpa sedar..sy mulai menangis di dalam hati.
Dalam tempoh renovation ini, saya tidak terlibat dengan apa2 pelayanan di gereja. Fellowship bersama teman seperjuangan juga sudah kurang. Saya hanya banyak melihat daripada terlibat. Dan, ada suatu masa sy terlupa apa visi yang Tuhan letakkan dalam hati saya...bukanlah 100% terlupa, but i might say sy pandai terleka.
Dan dalam keadaan begitu, bila sy kembali membaca buku ini..there's something yang Tuhan bicarakan di dalam hati saya. Despite the uncertainties about my future, about my ministry..about my career...about keluarga yang bakal sy dirikan dgn life partner saya...Tuhan mengingatkan saya to fix my eyes on HIM. He reminds me, about the vision. The divine vision. My destiny Land.
I had a great divine talked with HIM that morning. I felt HIS unfailing love pouring out to me and shower me with unendless care. Love you JEsus.
This is how I look my future...full with uncertainties...but i still can see HOPE out there..and I know i'm not alone...I have HIM besides me....
Friday, December 3, 2010
What I do for MAHA 2010
Sambil tunggu, sebab hari sudah mulai panas, bosan jadi ambil gambar sekejap dengan duty partner! just like this!
Me and Fariza. 1 bahagian, 1 seksyen. Sy cuti lepas ni, dia ganti saya..hihihihihi. Adanya dia, sy boleh bercuti dengan tenang... :)
hari kedua saya bertugas, sy membawa rombongan dari MITI. Jadi bawa mereka masuk Dewan tengok pameran dulu..sambil saya juga boleh tumpang sekaki...
Dalam siri jalan2 tengok pameran, akhirnya saya terjumpa ini.
Kan, saya tidak tipu...
Close up sikit...ini dia tembikai 4 segi...hari terakhir MAHA, sy mau beli lah this kind of tembikai.
Then, MAHA kali ni heboh pasal ada pertunjukkan seorang wanita dari Sulewasi yang menggoreng pisang dengan tangan..so puaslah saya mencari akhirnya terjumpa di Dewan C [International]. Kebetulan waktu ni, minister Pertanian pun ada. :).
Tengok tu, punyalah berebut orang mengambil gambar. Syukur saya tinggi. So boleh memanjangkan leher...si Fariza juga kasian ni. Makcik dari sulawesi ni goreng pisang tanpa guna sendok...dia selamba saja masukkan tangan dia dalam minyak yang panas itu...huhuhu..praktis banyak kali...atau tangan dia memang kebal???dunno...
Dekat sikit..nah..siap ada ambil video lagi...
So hari saya bertugas, kebetulan ada lawatan dari isteri PM dengan group BAKTI. So faham2lah kan...para datin2 yang datang. Dengan beg yang ok Coach..Chanel..LV..dengan wangian perfume yang ..my goodness....macam2 bau...bukan datin lah kot kalau tidak pandai bergaya!
Kesempatan utk saya mengiringi isteri2 menteri ni. Selalu dengar saja kan. Now, merasalah pengalaman tu.
Datin Seri Rosmah...sesi terakhir sudah ni..Beliau mau balik sudah.
So duty saya di MAHA as LO hanya akan berakhir kalau VIP yang diassignkan kepada saya balik dengan selamatnya. So, masa tu kalau penat ya AMpun...dengan panasnya..dengan berdirinya... tapi seronok!
So, sebelum balik singgah sekejap [again] di bilik urusetia...
Inilah bilik urusetia...
Dan dalam kepenatan masih sempat minta puji ambil gambar... :D
Semalam, MAHA sudah mencapai sasaran pengunjung seramai 1.5 juta. Untung, pengunjung bertuah tu dapat tiket p Australia lagi...wow...saya sendiri tidak tau MOA kira macam mana pengunjung ni.. hehehe.
So MAHA masih ada 2 hari lagi..sy masih ada di MAHA esok. Last duty..hopefully YB tidak akan sambung hari MAHA...penat wei...
The Choice is yours!
finally I have my own time blogging...well after such a hectic weekdays with MAHA.
This week, memang tidak senang duduk di ofis, sehari di ofis 2 hari di MAHA, sehari di Ofis..off lagi di MAHA...tugasnya spt biasa lah menjadi LO kepada orang yang minta diiringi. Sekalipun tugas begini [berdiri banyak, berpanas banyak, berpeluh banyak, kadang2 berlari] sy masih enjoy sebenarnya jadi LO. Banyak benda lah mau cerita pasal MAHA, tapi itu sy elaborate the next entry saya.
Anyway...pagi ni sy mau cerita pasal penderaan. Selalunya penderaan ni orang kaitkan dengan penderaan fizikal. Tapi kalau menurut saya, penyakit sakit hati pun boleh dikategorikan sebagai penderaan. Cuma bukan penderaan fizikal mungkin tapi penderaan emosi.
Penderaan fizikal, memang sakit. Apa lagi itu boleh menyebabkan trauma kepada seseorang. Sama jugalah dengan penderaan emosi aka sakit hati/kecewa dsbgnya. Dalam hal ini, saya selalu refer kepada teladan terbaik di dunia iaitu TUHAN YESUS KRISTUS.
DIA sama sekali pernah didera...i use the word didera here...but actually GOD willing to give HIMSELF for us. Yesus sewaktu disalibkan, perlu melalui pukulan demi pukulan...cambukan demi cambukan...sehingga dalam BIBLE mengatakan rupaNYA sudah tidak dikenali...kalau yang ditontonkan di Passion of the Christ itu actually masih ok lagi, tapi pada saya huhuhu..sudah menyakitkan.
Yesus juga pernah mengalami penderaan emosi. Sudahlah disalibkan, DIA dihina lagi, dicaci lagi. Ditinggalkan lagi oleh pengikutnya [Petrus - menyangkal 3x]. Even dari waktu DIA melayani di bumi, DIA ditolak oleh saudara maranya sendiri. SO many rejections.
YESUS yang 100% manusia, tau persis sakit hati/kecewa/menangis/terluka dan sebagainya.
When I wrote this, i feel like to cry. What I had experience, masih cukup jauh jika dibandingkan dengan TUHAN YESUS. I always remember this words that JESUS said..'Ampunilah mereka, kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan'.
Kasih Yesus kepada mereka jauh melebihi daripada apa yang mereka lakukan kepada Yesus. Baik itu secara fizikal mahupun kata2, YESUS begitu mengasihi mereka dan mengampuni dan mengampuni dan mengampuni kesalahan mereka. Mereka di sini sy refer masa itu bangsa Israel. Tapi yang sebenarnya it reflects us also.
To forgive is not easy..apa lagi to forget. But we always have the choice. Untuk hidup dipimpin oleh Roh atau hidup menurut keinginan daging. Hidup yang dipimpin oleh Roh akan ada buah roh yang dikenal. Kerana dari buahnya akan dikenal. Hidup yang dipimpin oleh Roh pertama adalah Kasih. [Galatia 5:22].
Kalau kesakitan yang kita terima begitu berat untuk mengampuni, berpalinglah kepada salib Kristus. Renungkanlah kasih yang Yesus tunjukkan. Lihatlah respon yang Yesus berikan.
When I experienced those things..sakit hati/terluka dsbgnya.. I asked Jesus...'Jesus, if You were in my place, what will You do?' bila timbul..'what if'..akan ada uncertainty pula...terus lihat Salib Kristus...
This Friday morning...whatever situations u experience today or recently....choose to forgive and forget..choose to love and not to hate...choose to be grateful and not to grumble..choose to be happy...is all about choices that we make today...
Be Blessed. Love u always [my readers]...God Bless
Wednesday, December 1, 2010
1st of December
Kita skip dulu pasal special day tu ya. Last sunday, sy sibuk shopping itu dan ini d midvalley....in a day boleh habis almost thousand RM. Tapi begitulah tu! But I love all the things that I bought [em actually MM bought for me! :D]
Kalau shopping tu kira macam main dish, side meals would be snapping picture here and there! Banyak2 perayaan, tiada siapa dapat menafikan 'kemeriahan dan keceriaan' when it comes to Christmas Decoration. Tidak kira lah bangsa apa, agama apa, sure berhenti dan ambil gambar. Just like me!
Ini baru di Midvalley, looking for Pavillion and The Curve. Sy suka bergambar, tapi gambar ni diambil masa sy sudah penat berjalan from North to South to the centre of Midvalley. Itu photographer rajin betul, dan disuruhnya saya juga bergambar. Tidak menghampakan photographer saya tu, saya melebarkan senyuman jugalah!
O ada lagi! Kalau tengok gambar ni, boleh jadi duta tuk Elizabeth Arden sudah sy kan..hihikhiikhik. But...I'm not consider pretty....................................
.
.
.
because I'm a BEAUTIFUL woman...hahahaha. [sorry ah...ini blog saya, jadi spt tagline blogger yang lain..'blog sy, suka hati sayalah :p]
Anyway, happy December..and it's just to begin...
xoxo. God Bless
A decision to make... is it for better or worse?
Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...
-
Duduk di Kementerian ini memang banyak hal yang tidak terjangka...one minute you still hold the position the next day u got transfer order.....
-
i は悪いと悲惨なを感じる。 私は私の間違いである知っていた。 申し訳ありません主低下するの私です。 私は私の に横たわってされてしました。 主よ、許す私。 腹を私と私の を行う i たびに悲しいなかで感じる。 ちょうど願っていないは彼女はことを教え、偉大な従業員となりすぐ雇...
-
I love cooking... :D Bukan sebab sy ni perempuan dan harus pandai masak, atau sebab mau kawin so kena belajar masak, tapi sy suka memasak si...