Friends, dunia yang kita tinggal pada hari ini bukan lagi seperti 20 tahun yang lepas.
20 tahun yang lepas, saya baru berusia 8 tahun. Baru darjah 2. Masih happy2 main polis-pencuri, masih happy main getah, masih happy sehingga tiada kerisauan pun pasal apa yang jadi di dunia kita sekarang.
Dulu, panas matahari dia dirasakan heaven. Kalau hujan pun terasa winter. Dulu jalan kaki time panas matahari terik, dirasakan macam tiada apa2. Kalau hujan, lagi syiok main hujan. Tapi itu dulu...sekarang dunia sudah berubah. Generasi muda mulai terdedah dengan banyak teknologi moden. Internet di hujung jari. Banyak hal tidak benar, mulai masuk dan mempengaruhi.
Manusia juga mudah lupa untuk mengucap syukur kepada Tuhan sang Pencipta. Lupa kepada, DIA yang dari DIalah bermula segalanya dan dari DIA lah juga berakhir semuanya. Kawasan yang diluar lingkaran gempa bumi, juga turut merasakan tempiasnya.
Tsunami yang paling teruk melanda beberapa buah negara. Peperangan yang sepatutnya berhenti, sejak perang dunia kedua meletus, tapi muncul kembali dengan era negara2 yang sibuk ingin mencanangkan kepada dunia bahawa merekalah yang terhebat. Terrorisme kembali bersiulan...
Mari anak2 Tuhan, bangkitlah dari tidur mu...lihatlah sekeliling mu. Berhentilah mementingkan diri dengan hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja dan keluarga mu. Berhentilah bersikap acuh tidak acuh. Ambil lah perisai dan kelengkapan mu. Mulailah berdoa untuk orang lain, untuk keselamtan orang lain juga.
Berdoalah untuk bangsa Jepun yang dilanda Tsunami. Negara yang gah kerana teknologinya tapi ranap hanya kerana air bah. Negara yang mengambil masa bertahun lamanya untk sebaris dengan negara2 maju tapi hanya sedetik waktu hancur. Berdoalah buat Amerika, negara yang satu ketika dulu termaju tetapi mulai dilanda kemelesetan ekonomi. Kepimpinan yang mulai plin plan.
Berdoalah cuaca dunia yang semakin tidak menentu keadaan cuaca. Berdoalah supaya manusia tidak rakus mengejar ekonomi tanpa mempedulikan alam sekitar. Berdoalah buat negara2 yang masih tertutup untuk penginjilan.
Berdoalah buat negara kita. Supaya tidak hanya menanam tebu di bibir sahaja tetapi pemimpinnya berintergriti. Berdoalah juga supaya mana2 pemimpin yang tidak takut akan Tuhan yang meremehkan kebesaran Tuhan itu disingkirkan.
Berdoa juga buat negeri Sarawak yang dalam proses penentuan kerajaan, semoga Kemuliaan Tuhan dinyatakan.
Akhir sekali, berdoalah buat orang2 sekeliling mu. Yang lemah tubuh, yang sakit, yang memerlukan penghiburan. Doa tidak dibatasi dengan jarak. Kerana doa orang benar apabila dengan yakin didoakan sangat besar kuasanya.
All glory to Him. lets take a moment of prayer...
Friday, April 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A decision to make... is it for better or worse?
Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...
-
Duduk di Kementerian ini memang banyak hal yang tidak terjangka...one minute you still hold the position the next day u got transfer order.....
-
i は悪いと悲惨なを感じる。 私は私の間違いである知っていた。 申し訳ありません主低下するの私です。 私は私の に横たわってされてしました。 主よ、許す私。 腹を私と私の を行う i たびに悲しいなかで感じる。 ちょうど願っていないは彼女はことを教え、偉大な従業員となりすぐ雇...
-
I love cooking... :D Bukan sebab sy ni perempuan dan harus pandai masak, atau sebab mau kawin so kena belajar masak, tapi sy suka memasak si...
No comments:
Post a Comment