Wednesday, May 11, 2011

tetiba semangat...

Macam-macam terjadi...

dan sebelum itu saya minta maaf juga kerana telah membiarkan bulan Mei ni berlalu dengan kurang N3 dari saya. Saya sedang berusaha mencuba hidupkan kembali blog ini dengan memastikan isi blog ini tidak memboringkan sangat...hahaha. Well, at least i'm not bored when reading or just looking at my blog rite!

So, apa yg latest..

baru-baru ni, gov announcekan PTK yang sudah dimansuhkan akan digantikan dengan penilaian 360 darjah. Dan berita harian hari ni sedang mengadakan bancian tuk itu. Sy secara pribadi terkejut juga. Terkejut bukan sebab saya rasa tidak baik ya kawan2. This kind of penilaian tetap saja ada pro and cons. Cuma, sistem 360 darjah ni pernah saya gunakan dalam penulisan PTK saya. Dan ini saya ambil dari John Maxwell. I know some of u guys may heard his name before! Apa 360 darjah? kalau dulu LNPT (yg sedia ada skg) khususnya hanya mengambil kira penilaian dari orang atasan kita saja. Tambah lagi PTK pula ada exam dan ada pembentangan...so dari segi keberkesanan penilaian itu sebenarnya masih belum boleh dikatakan secara menyeluruh. Kadang2 bos kita ni pandai bias juga. Kadang2 ikut emosi juga, so macam2 boleh mempengaruhi markah kita. Apa lagi exam kan!

Tapi thru this sistem, kita bukan saja dinilai oleh atasan kita, tapi kita juga akan dinilai oleh rakan sejawatan kita dan org bawahan kita juga! Amazing! Ini kali lah! Ok let give our opinion in a postive way 1st. Selalu sangat kan, kalau bagi negatif dulu. Saya secara pribadi suka sistem ini. Sebab, bos kita kena menilai dengan adil dan saksama juga. kalau dia menilai kita rendah, itu beri implikasi kepada dia juga. kan! Nanti kalau dia dinilai oleh orang bawahan dia pun dia kena hati2 juga. Mungkin antara sesama jawatan, mungkin tiada pressure sangat. Sebab kalau berdasarkan pengalaman saya, rakan2 sejawat saya semuanya bekerjasama dalam memberi input dan berusaha untuk menolong antara satu sama lain. In other words, this sistem can create a very good atmosfhere among the colleque and the organization. Bos kena pastikan dirinya harus menjadi pemimpin yang baik di samping dapat memberi teladan kepada anak2 buahnya. Ada komunikasi 2 hala. Ada keterbukaan untuk mendengar pendapat dari orang bawahan. Begitu juga pegawai2. Kalau ni berterusan, para kakitangan sokongan juga akan dapat motivasi.

I mean, keterbukaan di sini...siap untuk menerima teguran dan berubah. Tetapi biarlah teguran itu membina dan disampaikan dengan cara membangkitkan semangat seseorang itu to do better in the future.

Sebab itu saya lihat, sistem ini kalau betul2 dikaji dan dilaksanakan dengan cara penuh integriti..penjawat awam akan menikmati yang namanya kepuasan bekerja.

So apa pula negatif dia! Well, mungkin ada yg berpandangan akan timbul 'sikap suka mengampu'. Boleh jadi juga! Sebab manusia ada banyak2 ragam. Ada yg sudah ditegur banyak kali pun tiada perubahan malah memberontak. Ada yg suka mengampu tapi kerja tidak jalan. Ada juga tu tau! Tapi pada saya, come on lah penjawat awam. Masing2 kita ada agama. Pastinya agama mengajar kita bahawa kerja kita itu adalah amanah. Bahkan apa saja yang kita kerjakan itu adalah amanah. (of course hal yg baik punya). Jadi mari belajar seperti semut. Kenapa semut? sebab semut tidak pemalas! Di waktu panas dia menyediakan makanannya siang malam untuk persiapan di waktu sejuk. Dan poin yang saya mau sampaikan ialah, malas itu adalah sikap yang menghancurkan kita.

Talking about malas, memang semua orang ada tendency utk jadi malas. Memang tidak dinafikan, ada masa akan rasa malas sangat. I've been thru that too. So pendapat saya khususnya dalam bidang kerja, try to motivate urself. Saya sejujurnya, saat ini sudah mau angin perubahan. I need new environment. This routine job memang sometimes membuatkan saya malas.Bosan. Tapi semalam sy terbaca post dari kawan saya. Dan kata2 dia tu tertanam dalam fikiran saya. Katanya 'the routine job that make u feel bored and lazy. Challenge urself to do something new'. Power statement kan. Betul juga kan! So nasihat saya kalau sudah bosan dgn rutin kerja skg, fight to try another new job. Pindah kementerian. (nasihat to me also). New environment will make u feel energized.

Or u maybe in the comfort zone now, and u feel bored. Challenge urself to create something be it a new system or anything to spark your current job now! Dalam masa yg sama, motivate ur self..get rid of the negative thought!

----sudah saya melalut jauh betul----Tapi pokoknya....jum kerja dengan bersemangat! :)

Tidak kisahlah sistem 360 ni akan diimplement atau tidak..tapi yg nyata...kerja itu amanah..jangan biarkan malas menguasai diri kita..

chiayou!

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...