Tuesday, March 19, 2013

Keutamaan (Priority) vs Keperluan (Needs/Dreams)

Hai semua..sahabat-shabat di dunia maya ini...

Saya hari ini terpanggil untuk sharing something yang sejak akhir2 ini menjadi satu 'pergumulan' (bahasa mudahnya: dilema) dalam hati dan minda saya.

Ceritanya bermula bila saya menjadi seorang isteri dan ibu kepada satu orang anak.

Untuk makluman (i hate using this words tapi sb bahasa ni sudah menjadi spt darah dan daging dalam penulisan saya sehari-hari di office), saya bangga dan gembira menjadi seorang ibu kepada anak kebangaan kami iaitu Joshua Raphael. Tiada yang menjadi lebih bermakna selain dapat bersama dengan anak saya dan melihat perkembangan dia sehari-hari.

Tapi dilemanya bermula apabila:-

(i) Saya kena hadiri kursus

Bila sebut kursus, ada dua (2) perkara saya perlu lihat dan menjadi keutamaan saya..

(a) Tempat
(b) Tempoh Kursus
(c) Objektif kursus (hahaha,,,this one...hanya kritikal apabila kedua-dua pilihan di atas dipenuhi)

Kenapa saya jadi dilema,

(i) Anak saya tiada penjaga khusus...during kerja, saya hantar anak saya ke Taska dari jam 6.45am - paling lambat ambil jam 7pm. Weekend memang dijaga sepenuhnya oleh saya.
(ii) Keduanya, husband sy selalu out station. Kadang2 out station boleh sampai seminggu.
(iii) Saya tiada saudara mara terdekat yang duduk di sekitar saya tinggal. Ada saudara (adik lelaki ibu saya yg sudah berkahwin yg duduk di PUCHONG,  tapi saya tidak biasa dengan isterinya)

Kursus terjauh saya pernah pergi adalah di PD. Masa tu Joshua baru 5 bulan. Saya terpaksa cari kawan 1 church dan Puji Tuhan masa tu dia free tiada kelas so bolehlah saya pujuk dia ikut saya sekali untuk jaga Joshua.

Sebab itu kenapa sy menolak pergi kursus di luar lembah Klang unless TERPAKSA sudah betul. Yang terdekat saya kena pergi Kursus Seksyen di Langkawi. Masih fikir macam mana solution kami dua husband sebab tempoh kursus 5 hari. Sigh...

Ini hal2 yang wajib yang perlu saya teliti sebab apa sudah namanya Penjawat Awam kena ikut kursus tidak kurang 7 hari berkursus.

Might be some of you sarankan bengkel/seminar apa2 lah yang singkat kan yang tidak memakan masa. Saya setuju..tapi apakan daya saya kebanyakan bengkel/seminar selalunya bukan sy yang disuruh. OFF TOPIC dari saya kot.

Dari sudut keperluan saya pula...saya teringin sangat teringin mau join kursus for example COTI atau JICA atau sewaktu dengannya lah...masa masih single...mesti saya tidak dapat lepas...sekarang ni dari segi syarat saya patut sudah melepasi tapi unsur2 lain seperti anak seperti yang sy mention di atas, membuatkan semuanya terbantut sekali lagi.

(ii) Pelayanan di Gereja

Betul pelayanan bukan segala-galanya. Tapi sebagai Tubuh Kristus melayani itu perlu.

Di church, saya melayani sebagai Worship leader, AJK Beauty of CHrist (BoCh), Pembina Anak dan Pembina SPK. Saya pernah minta dikeluarkan pelayanan pada masa 3 bulan pertama sy pregnant sb masalah all-day-sickness saya yg sangat teruk buat saya x boleh fokus. Selain itu, sy pernah juga minta perkara yang sama, bila usia pregnant saya mencecah 6 bulan dan sehinggalah anak sy baru lahir. Baru2 ini saja saya memberanikan diri utk kembali dalam pelayanan selepas Joshua sudah masuk 1 tahun 2 bulan.

Saya sebenarnya rindu pelayanan ini semua. Sebab itu, bila lama tidak melayani, ada terdetik hati kecil bila saya boleh kembali dalam pelayanan. Bila kembali, maka inilah pergumulan sy.

Saya pernah, masa itu giliran saya WL, dan husband pula out of the town, imagine I have to bring Joshua pergi latihan dan kena dukung dia sepanjang saya praktis. Sebab masa tu tiada orang boleh tolong jaga Joshua. Penat, tapi I thanked GOD, He gives me strength.

Kadang2 saya pandai jeles...tengok ada kawan2 walaupun sudah kawin dan ada anak, boleh ke sana sini sebab ada orang terdekat jaga anak mereka. Bagi mereka tiada masalah out station sebab sekurang2nya ada orang yang boleh mereka percayakan. Dalam situasi saya, agak susah.

Ketika saya share kan ini, bukan maksud saya menyesal kahwin jauh sekali menyesal ada anak...never terlintas dalam fikiran sy. Cuma inilah antara dugaan dan cabaran yang perlu saya lalui apabila membesarkan anak di luar lingkungan keluarga terdekat.

Terlintas di hati..'baik pindah saja di sabah. senang. kalau kursus hantar Joshua pergi Kudat. atau panggil parents duduk dengan saya. Setidak2nya KK-kudat tidak jauh'. Tapi, sy ada suami. Suami saya tidak semudah saya untuk pindah. Dan tempat isteri haruslah di sebelah suami. Dan kerana itu, saya terpaksa melupakan hasrat saya utk pindah.

So apa yang kami buat, weekdays, hantar anak ke TASKA, sebab kerja tetap kena jalan. Weekend saya jadi full time housewife. So in the middle, itulah sy juggling hidup saya sebagai isteri,ibu dan pelayan Tuhan.

Apa yang saya boleh lakukan sy akan usahakan lakukan. Tetapi sekiranya di luar kemampuan, saya terpaksa utamakan KELUARGA sy dulu. Like I said, Joshua dan suami adalah keutamaan sy. Saya mungkin akan tertinggal dalam beberapa perkara, tapi saya percaya, suatu waktunya Tuhan pasti berikan itu semula kepada saya. Mungkin juga, sekarang ini saya perlu belajar how to balance my life. And I know by doing it with my own strength I definitely can't do it. That's why everyday I need God to give me wisdom and strength of becoming the woman, wife and mother that HE want me to be.

But of course, I am not alone....I know many woman out there is in the shoes just like me...so maybe the only thing I can do at this moment is SMILE and Be THANKFUL.

xoxo

Yours Truly.

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...