Tuesday, September 17, 2013

Malaysia Day... 16092013

Semalam cuti umum sempena Hari Ulang Tahun Malaysia yang ke-50 (JUBLI EMAS). Tidak sangka kan.. Malaysia sudah berumur 50 tahun...

Memandangkan saya dan family tidak ke mana-mana, kami hanya di rumah tengok ASTRO yang menawarkan semua channel adalah FREE TO WATCH :)

Tapi sebab ada rasa patriotik sikit di hati, (yang ke-50 ni beb..Jubli Emas tu...JUBLEEE...Hari pembebasan)..so saya menonton dokumentari TV1 mengenai Hari Malaysia. Dokumentari memang hebat..semua diambil dari ARKIB RTM. Tapi yang sangat menyedihkan sangat sangat sangat menyedihkan, masih ramai generasi muda hari ini tidak faham atau memang tidak berminat untuk tahu..Hari Malaysia itu apa sebenarnya. Bila di tanya apa tu Hari Malaysia, some answer yang sempat sy rekod dalam minda saya..

(i) ada yang cakap..hari dimana semua kaum di Malaysia bergabung..(OMG..what kind of answer is this...bergabung menjadi apa adik oiiii)

(ii) ada yang cakap, hari Malaysia diadakan kerana negara Merdeka.. (ini lagi lah... mentang2 buku sejarah semua highlight 31 Ogos 1957, jadi kau fikir Hari Malaysia ada sebab malaya sudah merdeka)...

Dan jawapan2 lain adalah lebih banyak emmm hmmm emmm hmmm (durang tidak boleh jawab!)

Walaupun menyedihkan, tapi sya tidak boleh salahkan mereka 100%. Memang sistem pembelajaran di Malaysia sehingga hari ini, Hari Malaysia itu kurang ditekankan. Sebab apa, hanya Tahun 2010 baru Hari Malaysia diisytiharkan sebagai CUTI UMUM MALAYSIA. Kalau dulu hanya Sabah saja cuti sebab masa tu sempena hari jadi TYT Sabah. Bayangkan Malaysia ada sudah masuk 50 tahun tapi Kerajaan malaysia hanya menyedarinya tahun 2010?

Menjadi dewasa, saya akui saya mulai menyedari kenapa Hari Malaysia ini sangat penting untuk kita hayati. Malah sy berani cakap adalah lebih penting dari pada kemerdekaan tanah malaya iaitu 31 Ogos 1957. Kenapa tarikh itu hanya tanah malaya saja merdeka. Sabah Sarawak belum merdeka pun. Jadi bila buku sejarah lebih banyak menekankan 31 Ogos, sy jujur cakap sya ingat sabah pun merdeka tarikh yang sama. Pada hal Sabah hanya merdeka pada 31 Ogos 1963. Perhatikan....punyalah sistem pendidikan ketika itu memainkan peranan penting membentuk minda kanak-kanak seperti saya ketika itu.

Saya ingat lagi stp kali 31 Ogos, sy ikut bangga menyanyikan lagu "Tanggal 31, bulan 8 57..bla bla.." least that i know that Sabah belum merdeka pun masih tu.

Lagi menyedihkan media semenanjung selalu mewar-warkan  Malaysia terbentuk kerana sabah dan sarawak menyertai Malaysia.. AGAIN BIG MISTAKE... like hello Malaysia tidak akan ada tanpa ada persetujuan dari Sabah dan Sarawak (Brunei dan SPore ketika itu) untuk sama2 membentuk sebuah negara baru iaitu NEGARA MALAYSIA. Istilah menyertai ibarat satu penghinaan kepada sabah dan sarawak tau...as if kami yang terhegeh2 mau bergabung dengan tanah malaya masa tu.

Sedikit Recap, ketika Bapa Kemerdekaan Tanah Malaya Tunku Abdul Rahman menyedari bahawa penting sekali ada Sabah dan Sarawak ketika itu sebab masa itu untuk mengelak menularnya pengaruh komunis. Tanah malaya ketika itu penduduk nya berbilang kaum, Melayu, Cina dan India. Dan masa itu Singapura masih baik dengan Malaya. Spore masa tu ramai chinese. Sebab itu TAR berpandangan dengan kemasukan sabah swak, akan menjadikan komposisi bumiputera akan seimbang dan pengaruh komunis boleh dihalang. Dalam masa yang sama, North Borneo dan Swak masa tu, ada ancaman luar dari Indonesia dan Filipina. Indonesia yang bercadang membentuk Indonesia raya yang termasuk swak dan sabah. Filipina juga as u all know, ada kes tuntutan kerajaan sulu, jadi anytime mereka mungkin boleh mengancam keselamatan penduduk di sabah dan swak ketika itu. So for TAR dan wakil2 dari sabah n swak, it is more to win-win situations for each parties.

CUMANYA, ketika itulah masing2 Sabah n Swak datang dengan syarat2 masing2 sebab itu Sabah ada Perjanjian 20 Perkara. Hanya dipersetujui 20 perkara itu dan only rakyat sabah setuju untuk sama-sama membentuk negara baru.

Fast Forward, 50 Tahun Sabah berada dalam malaysia... sy berani cakap, Sabah masih sebuah negeri yang mundur. So tema Sabah maju jaya dalam malaysia itu macam.. (are u kidding me?) Bayangkan sabah still struggle dengan kemudahan asas... dari segi air, elektrik dan jalan raya. Whereas di kg2 orang asli di semenanjung boleh cakap ASTRO itu sudah jadi keperluan..means to say setakat basic infra tu no question they already have.. tapi Sabah? so di mana maju dan jayanya Sabah?

Tidak dinafikan Sabah kaya sumber..tapi sayang kita x kaya pemimpin yang bijak sana... sebab apa, semakin ramai anak muda dari sabah n swak terpaksa berhijrah di semenanjung demi mencari rezeki..kerjaya... ke mana pergi peluang pekerjaaan di Sabah? again di mana maju dan jayanya Sabah?

Batu Sumpah yang memeterai janji Hari Malaysia antaranya 1) Ugama adalah bebas di Sabah (ejaan dulu2) 2)tanah-tanah di sabah dikuasai oleh kerajaan sabah 3) adat istiadat orang sabah harus dihormati oleh kerajaan (refer=orang semenanjung) Tapi hakikatnya apa jadi di Sabah? Sekarang saja, pencetakan Alkitab dalam bahasa Malaysia Kerajaan PUSAT halang! Malah perkataan Allah pun jadi isu, walhal sabah n swak bertahun-tahun pakai... tanyalah tanah2 kelapa sawit di sabah..siapa pemiliknya...

Saya amat sedih. Mungkin sahabat dari semenanjung tidak menyedari ini, orang sarawak juga mungkin tidak menyedari perkara ini. Sebab itu sy puji Swak, mereka berani mengistiharkan kemerdekaan sarawak sebagai hari umum mereka sedangkan Sabah....

Doa saya untuk Malaysia hanya satu.. supaya apa saja yang tidak benar yang telah diperbuat ke atas Sabah itu diterangi...supaya hak2 yang sepatutnya milik Sabah dikembalikan..supaya ada kebangkitan pemimpin di sabah yang jujur dan takut akan Tuhan.

Dan sy percaya janji Tuhan...

God Bless Malaysia


No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...