Tuesday, February 11, 2014

Money money money


Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar bagi saya. Dengan kenaikan harga barang... yang sudah pun bermula di tahun 2013  dan bakal ada kenaikan seterusnya yang akan dikenakan... dengan harga rumah yang tidak pernah turun.... saya dan suami tiada pilihan lain selain menyatukan semua hal perbelanjaan dalam rumah kami... 2 tahun lebih hidup bersama, jujur cakap saya dan suami menguruskan kewangan sendiri. Dari segi anak, saya banyak urus memandangkan portion gaji saya yang agak lebih sikit dari suami saya. Namun pada tahun ini, dengan ada anak kedua yang akan menyusul... suami saya bertegas.. kewangan kami tidak akan ke mana kalau kami tidak melakukan sesuatu untuk hal kewangan.

Disebabkan hal itu, kami mulai menyusun kembali kewangan kami. There is no personal yang both sides kena hide. Kalau sebelum ini, saya suka purchase online... ya lah saya akan ada duit sendiri. Tapi NO, NOT this time. Suami saya belikan buku yang mana setiap hari saya kena catat perbelanjaan yang saya buat. Well, i looked it in a positive way. I mean, this can make me more discipline in managing my money kan...

Biarpun ada perbelanjaan yang perlu di buat, SAVING kena dilaksanakan...sebelumnya saya jujur memang tidak displin dalam membuat saving. Tapi menyedari, banyak benda khususnya saya yang terlebih2 budget tahun lepas, membuatkan saya berfikir, saya kena displinkan diri buat saving. Saya dan suami sudah setuju separatekan sekian wang ringgit untuk saving. Kali ini, selepas saya bayar persepuluhan dan sediakan wang utk persembahan khusus, kedua priority yang saya akan buat adalah asingkan RM.... untuk savings. Puji Tuhan, gaji Januari kami sudah mulai itu.

Di samping itu, perlu ada dasar penjimatan. Walaupun saya agak sarat mengandung sekarang, tapi saya usahakan untuk memasak di rumah. Biar pun simple tapi janji masak di rumah, bersih dan jimat. Tapi ada masa, where i really feel tired back from office, memang makan luar ada lah pilihan yang ada. Hujung minggu juga sudah jarang keluar pergi jalan2 ke shopping mall like we always do. Reason simple saja, tiada barang yang perlu dibeli dan jimat minyak keluar. So hujung minggu, banyak di rumah. Bosan2 pun kami hanya keluar ke putrajaya bawa joshua jalan2 pergi taman.

Apapun, saya percaya berkat datang dari Tuhan. Since we are already blessed, we just do our part. Kerja bersungguh2, dan selebihnya Tuhan yang memerhatikan keperluan setiap anak-anakNya.

Ok, then nanti sambung balik....



No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...