Tuesday, February 11, 2014

Money money money


Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar bagi saya. Dengan kenaikan harga barang... yang sudah pun bermula di tahun 2013  dan bakal ada kenaikan seterusnya yang akan dikenakan... dengan harga rumah yang tidak pernah turun.... saya dan suami tiada pilihan lain selain menyatukan semua hal perbelanjaan dalam rumah kami... 2 tahun lebih hidup bersama, jujur cakap saya dan suami menguruskan kewangan sendiri. Dari segi anak, saya banyak urus memandangkan portion gaji saya yang agak lebih sikit dari suami saya. Namun pada tahun ini, dengan ada anak kedua yang akan menyusul... suami saya bertegas.. kewangan kami tidak akan ke mana kalau kami tidak melakukan sesuatu untuk hal kewangan.

Disebabkan hal itu, kami mulai menyusun kembali kewangan kami. There is no personal yang both sides kena hide. Kalau sebelum ini, saya suka purchase online... ya lah saya akan ada duit sendiri. Tapi NO, NOT this time. Suami saya belikan buku yang mana setiap hari saya kena catat perbelanjaan yang saya buat. Well, i looked it in a positive way. I mean, this can make me more discipline in managing my money kan...

Biarpun ada perbelanjaan yang perlu di buat, SAVING kena dilaksanakan...sebelumnya saya jujur memang tidak displin dalam membuat saving. Tapi menyedari, banyak benda khususnya saya yang terlebih2 budget tahun lepas, membuatkan saya berfikir, saya kena displinkan diri buat saving. Saya dan suami sudah setuju separatekan sekian wang ringgit untuk saving. Kali ini, selepas saya bayar persepuluhan dan sediakan wang utk persembahan khusus, kedua priority yang saya akan buat adalah asingkan RM.... untuk savings. Puji Tuhan, gaji Januari kami sudah mulai itu.

Di samping itu, perlu ada dasar penjimatan. Walaupun saya agak sarat mengandung sekarang, tapi saya usahakan untuk memasak di rumah. Biar pun simple tapi janji masak di rumah, bersih dan jimat. Tapi ada masa, where i really feel tired back from office, memang makan luar ada lah pilihan yang ada. Hujung minggu juga sudah jarang keluar pergi jalan2 ke shopping mall like we always do. Reason simple saja, tiada barang yang perlu dibeli dan jimat minyak keluar. So hujung minggu, banyak di rumah. Bosan2 pun kami hanya keluar ke putrajaya bawa joshua jalan2 pergi taman.

Apapun, saya percaya berkat datang dari Tuhan. Since we are already blessed, we just do our part. Kerja bersungguh2, dan selebihnya Tuhan yang memerhatikan keperluan setiap anak-anakNya.

Ok, then nanti sambung balik....



Monday, February 10, 2014

Movie Review

movie review kengkawan?

from me? ehmm u may not expect that was came from me kan...hehehe

so apa yang saya tengok...

well first thing first, when i said movie review...doesnt mean it is the latest movie that i watched at Cinema... to be frank  i dont remember when was the last time i went to cinema...feels like it has been ages already. hahaha.

But this movie i tell you very very worth to watch... thanks to 119 @ TV9 ..hahaha yaa i watched it at home. When my toddler Joshua already sleep. Tak tahu kenapa, mata belum rasa mengantuk dalam sekitar mau jam 11 mcm tu.. cari-cari chanel ... tengok korea pun boring last2 tekan chanel 119 slot saranghae. Masa tu agak memang slot korea ni cuma tidak tau cerita apa....so saya pun ke chanel 119.. tajuk movie dia The Man from Nowhere...


Won Bin tu hero dia... tapi masa saya tengok ni...saya betul2 tidak cam dia...masa tengok pun rasa macam apa lah cerita ni pasal anak terbiar pasal lelaki yang tidak terurus... macam ni..


macam mana mau kenal won bin yang handsome punya mata redup tu...hampir-hampir ku tukar channel lain.. tapi sebab saya rasa mcam menarik dengan cerita budak dalam ni...rupa-rupanya movie ni perdagangan anak-anak terbiar untuk mengedar dadah.. anak2 ni dijadikan orang2 yang 'menghantar' dadah ke tempat yang diarahkan. Bila anak ni jadi lemah tidak berdaya (tidak pasti dibagi dadah ka tidak), mereka operate anak ni jual organ mcam jantung, mata, hati ke negara luar... KEJAM kan... sama kejamnya dengan pembunuhan anak kecil yang disuruh telan pil kuda tu dan dipijak2 untuk mau keluarkan pil kuda...dadah punya pasal...anak jadi korban... masa saya tengok ni..saya rasa aduh kasiannya anak2 ni...

Teringat saya statement xiaxue blogger dari spore itu, katanya it is easy to be a mother..betul (i mean ramai anak gadis sekarang yg mengandung luar nikah kan)... kenapa ada anak kadang buang anak ...kadang kasi besar anak juga tapi mama dia jadi penagih lah..pemabuk lah...tapi it is very tough to be a good mother... sangat kasian anak2 yang terbiar begini...mereka perlukan perlindungan kasih sayang tapi ....

so berbalik kepada cerita ini, ada budak perempuan namanya so mi. dia ni duduk berjiran dengan won bin. Dia hanya panggil won bin sebagai ajesossi.. (panggilan untuk orang yang tidak dikenali). so mi punya ibu yang ketagih heroin. Oleh kerana itu, ibunya pergi mencuri dadah dari kumpulan dadah yang berbahaya dan dimasukkan dalam kamera won bin tanpa disedari oleh beliau. Bila kumpulan ini dapat tahu, mereka bunuh ibu so mi dan ambil so mi ni sekali..dari situlah kemunculan won bin... won bin pula sebenarnya lelaki misteri. Tidak bercakap tidak senyum sangat dingin orangnya. Rupa2nya, dia ni ada kisah silam sendiri. Dahulunya dia adalah seorang agen perisik tentera yang hebat. tapi apabila isteri nya yg sedang mengandung dibunuh depan mata nya terus dia tinggalkan kerjanya dan jadi orang asing. Oleh kerana hanya so mi ni saja yang dekat dengan dia, dia rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan so mi. Dari situ kejadian tembak menembak...eh ganas eh cerita ini sebenarnya..main korek mata segala...darah terpercik sana sini...

Tapi realitinya di balik cerita ini memang menyedihkan...lakonan won bin juga tidak mengecewakan. no wonder movie ni box office d korea. Dan disambut meriah di US dan Canada.

Pengajaran banyak. Kenapa masih ada ramai orang di dunia ini, tiada peri kemanusiaan..menggunakan anak demi kepentingan sendiri... kenapa ada yang sanggup jual dan bunuh anak2 kecil. Dadah punya pasal , duit punya pasal manusia jadi lupa diri.. sebab itu bible ada kata.. cinta akan wang adalah akar segala kejahatan. Bila manusia berkiblatkan wang ringgit, tiada lagi belas kasihan..tiada lagi kasih sayang..tiada lagi pengampunan...

Sebab itu kes anak perempuan 8 tahun yang mati separuh bogel itu jadi macam itu,...apabila ibu telah lupa diri dengan ketagihan dengan wang ringgit anak sendiri darah kandung sendiri tidak dipedulikan....how can you forsake ur own child kan...

aduh ini lah manusia...

ok then, that's all for movie review..nanti kalau sy rajin sy buat review lagi ya...

Thursday, February 6, 2014

Where to find?

Dua hari sebelum CNY, semasa saya hantar anak saya Joshua ke taska seperti biasa, guru taska tu beritahu supaya dapat perhatikan keadaan Joshua sebab the day before saya hantar Joshua tu ada seorang kanak-kanak (lingkungan Joshua) dijangkiti kuman rotavirus 

Jadi mereka suruh saya pantau joshua kot2lah joshua mulai muntah2 sebab itu simptom awal dia. Masa saya diberitahu tu, saya agak risau juga. Sebab ada beberapa kawan di Church kena kuman tu sampai warded. 

The next day, belum sempat saya sampai di taska mau ambil Joshua, (mereka called saya masa di trafic light sierra 16 otw balik) mereka sudah called dan inform joshua muntah2.

Jadi apa yang berlaku, saya terpaksa ambil emergency leave keesokan hari sebab sekolah tidak mau terima Joshua takut lebih merebak. Sebab Rotavirus ni mudah merebak melalui air liur dan udara. 

Memang keadaan Joshua sangat menyedihkan pada hari pertama dia kena. Muntah2 sampai tidak ingat berapa kali dah dia muntah..berak cair berterusan...badan jadi lembik dan banyak kali minta dukung dengan mummynya. Bayangkan saya yang sedang sarat mengandung 7 bulan masa tu... memang exhausted gila lah... sebab itu the next day nya saya pula yang jatuh sakit sebab pada masa yang sama sebenarnya saya sudah lemah2 badan gara2 kena serang flu.

Cuma saya bersyukur, Joshua tidak sampai kena tahan d wad. we keep on praying on him tumpang tangan pada seluruh tubuhnya dan pastikan Joshua tetap minum air. Fuhh

Motherhood is absolutely the toughest job in the world!

Oleh kerana begini, my husband said mungkin perlu cari pengasuh lah. Tinggal sama dengan kami jaga Joshua dengan adik Joshua nanti. 

Masalahnya, di mana kami mau dapatkan pengasuh yang betul-betul boleh dipercayai?

Ramai suruh cari di kampung, let me tell you this kalau lah mudah cari orang kampung sudah lama saya ada pengasuh tapi nowadays tidaklah semudah itu. Mau minta tolong parents...kedua-dua parents saya sudah tua dan saya tidak sampai hati menyusahkan mereka. 

Tadi saya terbaca blog xiaxue pasal pengasuh ni. Jelesnya saya dia dapat pengasuh yang boleh dipercayai. Dia dapat dari agen yang based di singapore. Teringin saya cuba2 cari...tapi saya masih ada perasaan was-was dengan agen.

Inilah yang saya perlu hadapi sekarang. Siapa tidak mau ada pengasuh kan.... tidak minta banyak pun as long as dia jaga Joshua dengan adik nya dengan baik semasa ketiadaan saya itu pun sudah baik. Sekali sekala mau juga saya dan husband mau dating tengok wayang...tinggalkan Joshua dan adiknya sekejap. 

Doakan saya ya teman-teman supaya Tuhan temukan saya dengan agen + pengasuh yang betul2 boleh dipercayai.

Wish me luck...

#Throwback Moment

Nah kau, bukan Instagram saja boleh throwback, blog pun ada juga... 

Di awal tahun 2014, semasa cuti Thaipusam tempoh hari saya and family join Retreat Gereja kami ke Janda Baik, Bukit Tinggi Pahang. Ini kali kedua saya ke sini whereas kali pertama untuk hubby dan anak kami. Tapi kali pertama saya sebagai seorang isteri dan ibu, itu yang rasa excited sebab di samping retreat gereja boleh jadi family short trip juga.

Nama resort ni Centella Asiatica Garden & Resort. Since semuanya fully sponsor by church, so percutian nya lebih rasa best gitu...hehehe.

Actually bukan juga cuti, dah nama nya retreat dia lebih kepada perjumpaan kepada semua pemimpin / pelayan di Gereja. Masa ni masa untuk pastor kami berkongsi misi dan visi gereja bagi tahun 2014. Dan pemimpin dan pelayan gereja harus tangkap dulu misi visi sebelum jemaat juga dapat menghayati. Begitulah lebih kurang tujuan retreat ini. Sebab tu bukan semua jemaat pergi hanya yang terpilih saja.

Apapun, we leave the story behind we move on to sight seeing..

Here it goes,






Chalet yang kami dapat sangatlah comel. Cukuplah untuk kami 31/2 anak beranak.
Since berdekatan dengan Genting Highland dan bukit Tinggi so cuaca di sana ketika itu dalam 22-28 degree celcius. Nyaman gitu...

Actually kami sepatutnya beretreat di mana sabtu tu (kami gerak Jumaat petang ke Janda Baik) dari jam 8 sudah start acara. Tapi inilah sebab bawa anak sekali dapat pula Joshua yang suka cuaca sejuk2 (macam bapa dia juga) boleh pula Joshua bangun jam 11 30 pagi. Last2 my hubby saja yang join sebab dia bertugas juga jadi cameraman. Jadi sementara menunggu Joshua bangun, saya pun tidur sekali kekekeke. Ni ha muka Joshua yang baru bangun tu..


sembab gila mata sepet dia kan... gara2 begitu, tinggal makan tengah hari sajalah kami..hahaha

tapi sebelah petangnya saya punya giliran lah masuk acara tu. Hubby pula tertidur dengan Joshua. Tengok tu tertidur lagi...sejuk betul kali itu sebab Joshua kuat berhibernasi.

Patutnya hari ahad pagi balik, tapi saya cakap sama husband balik malam sabtu juga. Sebab Joshua sudah mula kena flu takut lebih melarat kalau tidur 1 malam lagi. Lagi pun the next day hari ahad so tidak mau rushing terus ke gereja. Itu yang malam sabtu tu balik KL. syukurlah x jem, so dalam 1 jam sudah sampai di rumah.

Apapun, saya sangat enjoy suasana di sana. Bawa Joshua menikmati kehijauan, dalam suasana sejuk. Tenang rasa. Tapi tidak boleh lama lah, sebab pandai boring pula. Habis acara yang disediakan di sana selain memancing, makan buah2an, naik perahu itu je kot. So tidak banyak yang boleh dibuat. Mau honeymoon pun ok, tapi dari segi chalet sy kurang recommend sebab macam boleh dengar jiran sebelah. hahaha. So kureng skit privacy. Kalau setakat ramai2 join BBQ oklah. Seronok juga tu.

Harga chalet agak mahal. Macam chalet kami tu RM174 per night. Mau dinner jauh skit disyorkan datang dengan family boleh BBQ ramai2 itu lebih meriah.

Apapun, I have fun with my family. Love them to bits.

Wednesday, February 5, 2014

Holy Holy Holy


Verse 1
Holy, holy, holy
Lord God Almighty
Early in the morning our song shall rise to to Thee
Holy, holy, holy
Merciful and mighty
God in three Persons blessed Trinity

Verse 2
Suci. Suci, suci
Tuhan mahakuasa
Dikau kami puji di pagi yang teduh
Suci. Suci, suci
Murah dan perkasa
Allah Tritunggal agung namaMu

Chorus
S’gala pujian bagiMu
Seg’nap nafas muliakanMu
Surga bumi kan berseru
Kuduslah Tuhan namaMu

Verse 3
Suci. Suci, suci
Kau kudus tersungkur
Di depan tahtaMu memb’ri mahkotaNya
Segenap malaikat
Sujud menyembahMu
Tuhan, yang ada s’lamanya-lamanya

Verse 4
Holy, holy, holy
Merciful and mighty
God in three Persons blessed Trinity

Ini adalah lagu rohani Kristian yang sedang berulang kali saya dengar. Digubah moden oleh team JPCC dari Indonesia. 

Kalau diperhatikan ada perkataan Allah di situ. Semua tau, perkara ini masih dibahaskan. Some saying the Christian in Malaysia shud giving up used the word Allah because it is exclusive to Muslim in Malaysia only. Some saying christian ni ego sebab tidak mahu mengalah.

Sebagai seorang kristian, ini bukanlah soal ego di pihak kami untuk terus mau memperjuangkan keadilan penggunaan Allah kepada orang Kristian. Kenapa? perhatikan lirik lagu ini adalah digubah di Indonesia yang 95% adalah MUSLIM. Kenapa di Indonesia tidak pernah timbul masalah akidah terpesong gara2 penggunaan perkataan Allah oleh orang Kristian di Indonesia? sedangkan Malaysia yang rakyatnya 28 juta  dan hanya 9.1% saja penganutnya Kristian di mana majoritinya adalah Muslim boleh timbul masalah ini?

Kenapa 9.1% jumlah yang amat sedikit boleh mempengaruhi akidah di negara yang tidak sebesar negara Indonesia? Indonesia walaupun penganut Islam nya teramai tapi orang kristian di sana masih bebas membuat performance di Kompleks membeli belah. Ada radio Kristian sendiri..ada tv kristian sendiri ada majalah kristian sendiri. Sedangkan di Malaysia jujur cakap agak strict bab2 agama di media. 

Kenapa harus ada exclusive kepada orang Muslim di Malaysia saja Allah ini? Oleh kerana ini, sampai bom gereja. Sampai bakar gereja, sampai pijak bible kami. Apakah ini yang diajar oleh Al-Quran? i dont think so. Saya percaya bagi mereka yang sungguh2 memahami Al-Quran pasti mahukan keharmonian. 

Saya tidak tahu sampai bila perkara ini akan dimainkan oleh sesetengah pihak. Kerajaan terus membisu. Pemimpin Sabah n Sarawak berdiam diri. Semuanya menyedihkan! 

Kami telah mengguna pakai Allah sejak saya belum lahir lagi. Sejak Bible Indonesia kami guna selepas itu ada Alkitab terjemahan BM pun ada Allah sudah. So kenapa zaman sy masih kecil tiada pula orang Muslim di Malaysia bangkitkan isu ini, Kenapa baru sekarang nak eklusivekan? Kenapa 9.1% yang kecil ini boleh mengacau bilaukan negara ini yang so called agama rasminya ialah Islam?

Jawab sendiri lah. 


Tuesday, February 4, 2014

My second Pregnancy at 28th weeks

So here I comes...

Third Trisemester.. that means...masa untuk last preparation for our coming little baby...

Since jantinanya masih belum diketahui dan saya juga sudah lebih bersifat apa-apa saja yang diberi Tuhan saya terima, maka baju untuk new born baby belum dibeli.

Pada saya, sekalipun baby itu baby boy, saya tetap mahu belikan baju baru untuk dia. Supaya ada kenangan utk saya. Cuma color mungkin belum decide. mau ke arah biru sangat kesian pula kalau yang keluar baby girl. Mau pink pula lagi x ngam kalau baby boy. So sy planning main color pastel je hehehe....

selebihnya mungkin guna apa yang joshua dah guna... contohnya

(i) lampin
(ii) pin lampin

yang lain macam bantal rasanya kena beli baru sebab joshua hari tu dah lusuh sangat.

Itu dari segi preparation saya untuk si kecil..

untuk persediaan saya ke arah berpantang..saya masih mencari2 produk apa yang sesuai.. last time tiada beli langsung just minum pati ikan haruan (utk sembuhkan luka bawah) dan pantang biasa macam orang Rungus buat. Tapi kali ni saya mau masukkan unsur2 berpantang orang cina dan melayu sikit. Kenapa, saya sudah merasa keadaan diri saya semasa sy naik kerja tempoh hari. Badan cepat masuk angin lah, lemah sendi lah...so kali belajar dari pengalaman lepas.

Saya sedang survey produk Nona Roguy, Tanamera , Elken tiga ni saja yang saya lihat boleh dipercayai...
tapi dalam masa yg sama, sy minta nasihat sama kawan chinese saya juga. Dia kata pergi saja kedai cina minta herba utk orang berpantang...itu yg bingung tu..

Elken saya cadang mau beli LD Venus Gold.
Nona Roguy mau beli tu Pil Phytonatal dia (senang lawas)
Tanamera mau try VCO dia

Saya baca banyak testimonial lah, ada kata kalau NR dia bersifat herba so tak sesuai kalau baby ada jaundice. Tanamera lebih kepada luaran so shud be safe. Tapi ada bagi -ve feedback kata Tanamera ni biasa2 saja. Elken ni saya mmg mau beli sebab sy pernah guna cuma bukan semasa pantang.

Someone ask me to try SHAKLEE. Sy tahu khasiat shaklee tapi kapsul dia adalah sangat besar dan warna hijau yg susah sangat ditelan oleh saya. last time sy guna Vitalea punyalah sengsara mau kasi abis. So sy tak masukkan shaklee dalam list saya.

Apapun, doakan saya supaya kelahiran yang kedua ni dipermudahkan oleh Tuhan. Last time, Joshua 6 hours menanggung sakit. Pun sy rasa bersyukur sebab tidaklah selama 12 jam. hopefully yang kedua ni pun lebih mudah lah, Bukan apa, pembawaan baby yang kedua ni agak pelik.

(i) kurang aktif siang tapi masa 12.00 am adalah masa aktif dia sampai saya tidak boleh tidur
(ii) morning sickness sy spt mual2, rasa loya kembali masa kandungan sy memasuki 28 minggu iaitu SEKARANG
(iii) lebih kerap kali menghadapi sesak nafas compare yang 1st

Kadang2 rasa, mau cepat bersalin ja sebab sudah tidak tahan...

sigh!

Oklah...till here...

see you in my next entry!

Wednesday, January 29, 2014

Joshua o Joshua...

Beberapa waktu ini, saya merasakan saya perlu menulis lebih banyak mengenai Joshua. Sebab saya jarang-jarang mengabadikan journey saya bersama Joshua dalam blog ini. Tapi lately, bila sudah mau memasuki third trisemester untuk 2nd pregnancy, suddenly the urge to share anything about Joshua itu ada. Rasa macam, sebelum saya lupa better saya tulis. 

So last holiday, adalah giliran di kampung saya. Salah satu plan saya untuk Joshua adalah membawa dia menikmati suasana laut. So pantai yang menjadi pilihan saya adalah Tanjung Simpang Mengayau. Ya, sebab Kudat is blessed to have so many beautiful beaches so i need to choose..hihihi (pada hal mau pg Tindakon Dazang tapi tidak berbaloi sebab adakah patut mau masuk pantai pun kena bayar..ridiculous betul!)

Kenapa saya mau bawa Joshua jalan2 di pantai, sebab antara faktor utamanya adalah Joshua ini boleh kata anak bandar. Lahir saja di kudat tapi membesar di seri kembangan, selangor. So Putrajaya, KL adalah macam taman permainan dia. So sebagai generasi alpha (cuba check ada ni dalam internet), gadjet adalah perkara yang tidak asing buat dia. Jadi untuk mengurangkan kebergantungan joshua kepada ipad... sy perlu lakukan sesuatu.

So inilah peluang keemasan saya. Bawa pergi pantai. Kenal pasir. rasa bau laut.

Saya tahu Joshua bukan macam budak lain. Maksud saya, Joshua ni kurang adventure sikit. compare to other kids dia bukanlah jenis yang terus berlari ke sana sini bila nampak benda baru. Dia ni jenis shy shy cat. Tapi saya tidak menyangka lah Joshua ni takut ombak...hahaha. Kebetulan masa tu air laut tengah pasang. So ombak dia gila mengaum kuat. Si kawan ni pun berpeluk erat sama daddy dia lah sampai tidak mau turun pergi pasir langsung.



Macam ni lah Joshua. Melekat macam apa saja dengan daddy dia.

So ubah plan. Nasib bawa kolam plastik. Isi dengan air laut ada pasir sikit merasa jugalah joshua bau air laut. Tapi dengan saya2 lah duduk dalam kolam tu. hihihi


So inilah pengalaman pertama joshua di laut. :)


A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...