Monday, June 22, 2009

CG IV

Spt yang pernah sy share dalam entry sebelum ni, hujung minggu (20-21 Jun) yg baru lepas kemarin, kami ada Champion Gathering bagi Angkatan IV. Sy bersyukur + lega kerana everything berjalan dengan lancar. Kami bertolak dari serdang hari sabtu sekitar jam 2.00pm 1 jam lewat dari jangkaan awal!..target kami sampai sebelum jam 3pm, tercapai bahkan awal 15 min. So just imagine kira2 berapa kelajuan kami tu di highway! Hopefully takda saman! Sesi pertama yg dijadualkan jam 4pm kami tundakan ke jam 5pm(spt angkatan sebelumnya). So nampaknya untuk angkatan V, kena buat penjadualan semula dengan mengambil kira perjalanan peserta juga yg diambil dari KTM.
So sekitar jam 5++pm macam tu, kami sudah mulai dengan sesi 1:memiliki Hati Bapa. Dan hari pertama diteruskan dengan sesi yg berikutnya sehinggalah selesai sesi lima pada hari yg berikutnya. Apa yg sy mau kongsikan di sini ialah, atmosfere setiap angkatan itu berbeza. Pada sy, ni merupakan CG yang keenam buat sy sebenarnya. CG yang pertama sy ikut, ialah di SIBKL, kemudiannya CG SIB Kajang, dan 4 berikutnya dari SIB Serdang. Tp daripada keenam-enam CG ni, yg benar2 sy mengalami sesuatu adalah CG 3 dan CG4. CG1 dibuat di MBS Rawang, sy agak banyak miss kerna sy tidak berpeluang mendoakan peserta sebab sy Full time PIC masa tu, so banyak di belakang tabir. CG2, parents sy datang, sy gembira tapi tidak 100% sy mengalami sesuatu, sebab masih sebahagian besar sy in charge. Tp CG3 dan CG4, walaupun sy masih in charge tp tidak keseluruhan kerna semua ahli tim yg lain masing2 bergerak. CG3 dan CG4 sy bukan saja duduk seperti peserta lain tp sy membina orang, mendoakan orang.
Spt yg sy katakan,stp CG punya atmosfere yg berbeza. Di CG 3,manifestasi Roh Kudus itu dahsyat sekali. Itu pertama kali, sy handle peserta yg menjerit2, muntah2, terbaring2. Dan sy ingat lagi di sesi ruangan kesaksian yg terakhir begitu ramai peserta yg ingin bersaksi. Nah, di CG IV yg baru selesai semalam, suasana lain sedikit. Kenapa, sy lihat mereka begitu terbuka 'menelanjangi'dosa-dosa yg tersembunyi. Mereka begitu meresponi firman Tuhan. Jangankan wanita baik pria nya juga di luar expectation sy. Dalam hati sy, 'yang ini belum pernah sy lihat'. Begitu sangking dahsyatnya mereka! Di sesi Hati Bapa, begitu ramai yg dijamah Tuhan. Kalau sy boleh analisis, begitu ramai peserta kali ni yang mempunyai masa lalu yg perit dengan org tua mereka. tambah lagi semalam adalah hari bapa sedunia. Bila mereka share mengenai kehidupan mereka, dalam hati sy 'Tuhan, sungguh perit yg mereka lalui ini'. Tp begitu dahsyat jamahan Tuhan, mereka mengangkat tangan mau memiliki hati Bapa, yg mengasihi orang dengan kasih tanpa syarat, kasih yang berorientasikan 'walaupun'. Video klip 'father & Son' yang mengharungi marathon sejauh 5 mile itu, walaupun sudah bbp kali ditonton, tp air mata tetap mengalir. hadirat Tuhan itu begitu nyata.
Sesi demi sesi berlangsung, sy benar2 menghargai keterbukaan mereka. Sehingga di setiap sesi luar biasanya mereka angkat tangan seperti waktu begitu mencemburui kami. Mereka begitu dahagakan perubahan dalam hidup mereka. Mereka tidak mau rasa tertuduh, rasa terikat yg sentiasa menghantui mereka. Even I have the feeling the same thing with them! Sesi terakhir, sesi celebration, kami buka sekali kesempatan tuk bersaksi. Satu2 tangan terangkat. Di sebalik kesaksian yg mereka sampaikan itu serius, tp ada waktunya kami tertawa sebab ada lucu2 juga. Yg paling sy tidak boleh lupakan ialah bila ada peserta yang bersaksi dia katakan ' Nah kan!'.. itu kami semua ketawa. Dia mau katakan, 'nah kan, ni lah saya'... tp kami dan sy secara pribadi benar2 menghargai keterbukaan nya.
CG IV kali ni juga, kami selesai awal sekita jam 5.30pm dan sekitar jam 6 bertolak keluar dari STM dan sampai ke serdang dalam jam 7++. Paling awal dari angkatan2 yg sebelumnya. Kami pulang dengan rasa gembira + sukacita + damai + lega. Even, sy ada dengar masih ada yg mau bersaksi. hehehe..sabar ya teman2 kita masih ada kelas SPK hari ahad ni. Semalam, selesai hantar semua org, kami sempat komit di SK. Makan2, sembang2 dan sempat mengulas isu mengenai wanita dan pria.ahahah..dis one i'll tell u more later.
Kali ni, sy kurang ambil gambar, lebih banyak fokus kepada jiwa. So tunggu gambar dari offical kamera la ye!
wah!sangat happy! Antusias!BErubah!Berubah!Berbuah!

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...