Saturday, November 28, 2009

Nervous kah?

Hari ini sy akan ke Melaka untuk majlis kawin sahabat satu kerja sy Norsakira ... yang paling 'nervousnya' sy akan jadi pengapit kepada my dear friends kiera... tidak tidak pernah sy jadi pengapit seumur hidup sy... bukan apa, sy tidak tau bah jadi pengapit tu macam mana. Dulu kakak sulung sy kawin, adik sy jadi pengapit. Kakak sy kata kalau sy jadi pengapit dia, nanti 'tercover' pula pengantin..muahahaha...(sy dan kakak sy punya ketinggian yang hampir sama, itu sebab kali..hihihi)...so my adik lah yg jadi pengapit. Sy tengok adik sy jadi tukang betul2kan kain pengantin yg kakak sy pakai...tapi sekejap saja lah...waktu di gereja saja... lepas tu..kenduri di rumah..pengantin sendiri2 hehehehe. Tidak tau kenapa sy setuju jadi pengapit untuk kiera...sudahlah tidak ada pengalaman...sy risau bukan sy yg tolong kiera..sy pula susahkan dia..hehehe...apapun, sy rasa cukuplah sy jadi pengapit untuk kiera kali ni. Lagipun umur sudah tidak sesuai jadi pengapit nanti... LoL.
Nanti next entry baru letak gambar ya...

anyway, to my friends Kiera selamat pengantin baru. Tidak sangka kau kawin sudah. Semoga bahagia sehingga maut memisahkan. :)

Tidak lama lepas ni turn si vien...hehehehe.

P/s-entry ini ditulis semasa tunggu kereta diservis di HICOM Shah Alam. :p

Thursday, November 26, 2009

Koir



To you jac...

ni koir dari kg kau tu... wah sudah hebat ya...masuk youtube lagi...:)
tapi bestlah...

p/s-mode Christmas ON.

Amazing!!!



Best kan!!! I love the harmonize tune..

Wednesday, November 25, 2009

The counting have begins..

Semua orang sedang menghitung balik kampung sudah.... hari ini ada 3 minggu 2 hari lagi ke hari keberangkatan sy ke Negeri di Bawah Bayu! Sukernyaa diriku ini... hihiihihhi *wink*

Mood kerja??? ehmm...adalah lagi lah simpan sikit... :D

Anyway, supposedly sekarang ini musim caroling. huhuhuhu, sy rindu sudah caroling... pakai baju putih dan bawa lilin ke rumah orang. Nyanyi lagu mengingatkan manusia tentang hari kelahiran Tuhan Yesus ke dunia ini... ada paduan suara, ada bacaan singkat dari FT...ada makan-makan (hehehehe). Seperti mereka-mereka ini;


Comel kan mereka (^~^)

Ni choir di kampung saya...huhuhu sangat merindui mereka.




untuk melegakan kerinduan sy sama caroling, maka sy upload lah gambar-gambar ini... hehehe

Have a blessed day everyone!

Tuesday, November 24, 2009

Ada 1 cerita...

Ada sebuah cerita zaman dulu-dulu. Peristiwa ini terjadi di sebuah kampung yang bernama Kampung PoPua. Maka tinggalah sekumpulan sahabat. Mereka terdiri daripada Jooa, Romandiwi, Verooki dan Tomanak. Mereka mulai bersahabat ketika mereka bertemu buat pertama kali di Kg PoPua. Kempat-empat mereka ni datang dari pelbagai ceruk desa dan akhirnya bertemu di Kg Popua dengan satu tujuan masing-masing mencari rezeki. Setelah sekian lama bersama menempuhi rintangan dan cabaran bersama-sama, maka persahabatan antara mereka semakin kuat.

Namun demikian, romandiwi mulai perasaan sesuatu. Pada mulanya rumandiwi merasakan itu perkara biasa sahaja namun setelah diperhatikan beberapa kejadian romandiwi menyimpulkan sesuatu. Ini terjadi pada ketika verooki tidak berada bersama-sama mereka kerana terpaksa keluar kampung. Pada masa itu, Tomanak seperti cacing kepanasan. Tomanak seolah-olah tidak mempedulikan Jooa dan Romandiwi. Memandangkan Joaa yang lebih bersikap cool dan tidak ambil peduli, maka Jooa tidak merasakan apa2 perubahan dengan Tomanak. Berbeza dengan Romandiwi, kerana seorang yang peka dengan rasa hati, dan bukan seorang yang cool maka romandiwi tidak menganggap perbuatan tomanak itu biasa-biasa sahaja.


Setelah kejadian seperti itu berlaku sedemikian, si romandiwi merasa meluat dengan sikap tomanak. Pada Romandiwi, tomanak bersikap memilih sahabat. Akhirnya romandiwi memilih untuk mengabaikan tomanak. Tapi apabila hal itu berlaku, timbul suasana tegang dalam persahabatan keempat-empat mereka. Walaupun jooa yang bersikap cool pada mulanya mulai merasakan sesuatu yang tegang di kalangan mereka. Verooki yang sememangnya rapat dengan romandiwi juga merasa tempias hubungan yang tegang. Yang lebih menyedihkan tomanak langsung tidak menyedari hal tersebut.


*************************************

Ehm, sy kesian pula dengan mereka ini. Kira-kira apalah kesudahan cerita mereka ini. Ok, menurut ko Jac dan vien, patutkah si romandiwi tu bersikap macam tu? apa lah yang patut mereka lakukan untuk memulihkan hubungan yang tegang itu?

renung-renungkanlah...

You Make Me Smile (^_^)



Today's Tuesday full with new inspiration from the above .. tq daddy JC...

To bien, Jac, Kiera, airin ~ My faithful Bloggers Friend.. I dedicated this song to you...

Monday, November 23, 2009

story!story!


Finally sy sudah habis tengok drama ni..hehehe. It took a years for me to search the whole episodes of this drama. Drama ni lama sudah ditayangkan, sy nda ingat di Malaysia tahun bila..tapi masa tu sy memang tiada kesempatan menonton drama ini. Sy minat story ini. I love Kim Tae Haa...and i love Kim rae won too. They really looks like a couple. Sangat serasi dan sesuai gitu..:D. Chemistry antara durang sangat ngams!hehehe.

Anyway, dulu2 sy pernah berangan2 (thats me, tak habis2 dengan wonderland sy!)... kalau sy jadi lawyer, sangat cantikss kalau PH sy itu doktor!alaa macam drama ni lah. ahahahaha. Beginilah bah ni kalau kaki cerita korea dan jepun. Kalau soon ada rumah sendiri, memang ada kabinet khas utk semua cerita2 yg sy ada dari korea dan jepun. Macam budak2 kan, tapi itulah sy!

sekarang ni nda abis2 review... lama sudah sy tidak buat book review kan? sy masih berhutang tu satu buku...bah nanti sy buat. Nampak macam free ka sy? heheheh... ada kerja sebenarnya... paper cabinet, paper buat lantikan perunding, paper tuk mau buat skop, oleh kerana terlalu banyak, sy decide, tidak mau buat dulu hari ini....sy paksa macam mana pun otak tidak mau jalan. We'll c petang nanti sikit...

Saturday, November 21, 2009

2012


yep, i've watched it today!!! And as always, sy akan buat sedikit (maybe sedikit banyak) ulasan movie yg sy tengok. But before that let me warned you a few things, because if you are not ready to know this then please kindly close this page.

1- my view would be based on christian views
2-some of my it boleh jadi my personal views

let me just begin by giving you the synopsis;

Cerita ni dimulakan dengan watak seorang saintis muda (tall,dark and handsome..:p) bernama Dr Adrian Hermsley. Dr Adrian menjalankan kerjasama dengan dr satnam from india tentang satu kajian geologi...maksudnya keberadaan bumi kita ini, dari permukaan tanah sehinggalah dalam2 nya. Kajian satnam ni menunjukkan yang bumi dalam keadaan yang bahaya dan didapati ada gerakan yang aneh sedang berlaku di bawah tanah. Ada istilah dia, but then sorry tak ingat!something like neurion ka apa tu...akibat fenomena ini mereka meramalkan dunia akan menuju kepada keHANCURAN. So diringkaskan, kerajaan US mula merancang strategi dengan kerajaan2 besar spt China, Jerman, Itali.. Russia tiada pula disebut. Paling2 ada watak orang russia..hehehe. Lepas itu memandangkan antara yg terkaya di dunia ini adalah raja Arab saudi, dia pun terlibat dalam pelan mereka ni untuk membina bahtera dengan menggunakan kepakaran org2 china. Habis that bahtera bertapak di China. Saintis USA tidak dapat menjangka yg bencana itu lebih cepat daripada yg dirancangkan dan 2012 menyaksikan betapa di seluruh dunia terjadi gempa bumi/tsunami pada skala rithcer yang berbeza-beza. So ada watak keluarga jackson curtis and family yang cuba digambarkan oleh pengarah bagi membawa nilai kekeluargaan dalam movie ini. Apa kesudahannya? siapa yg dalam bahtera itu selamat lah.

ok here are my thoughts;

1-1st things 1st, sy sangat tidak bersetuju dengan cara presiden US dan presiden2 lain yg tidak mengkabarkan berita tentang the ending of the world itu kepada rakyat. Kenapa? zaman nabi nuh, sewaktu Tuhan menyatakan kepada Nabi Nuh, bahawa Tuhan akan memusnahkan seluruh bumi dan isinya, kecuali Nuh dan seisi keluarganya ada perjanjian yg Tuhan buat bersama Nuh. (Rujuk Kejadian@Genesis 6:17-22). kenapa mau dirahsiakan? why not waktu2 yg ada diberi kesempatan kepada rakyat...(kalau canggih betul teknologi lah kan sampai boleh buat analisa bila mau kiamat) untuk bertaubat?.. Tuhan sendiri sentiasa kasi kesempatan sama manusia untuk kembali kepada-Nya.

2-Tuhan berjanji bahwa DIA tidak akan membuat hidup dilenyapkan oleh air bah (Kejadian 9:11). Walaupun tsunami berlaku teruk tahun 2004 dan baru2 ini di padang, but then tsunami itu bukan menghancurkan seluruh manusia. Sebab Tuhan sudah janji tidak akan melenyapkan lagi manusia dengan air bah dan tidak ada air bah lagi yang memusnahkan bumi. Memusnahkan bumi maksudnya seluruh isinya. Perjanjian Tuhan Dia pegang dan cara DIA mengingatkan kita manusia adalah melalui pelangi. (rujuk Kejadian 9:13). So maksudnya tidak perlu takut lagi and tak perlulah buat bahtera lagi..cukuplah bahtera Nuh.

3-Dunia mau kiamat sudah? ehmmm, sekali lagi kita rujuk Matius 24 (kutbah tentang akhir zaman). Murid2 Yesus tanya apakah tanda-tanda kedatangan Tuhan kedua kali dan tanda kesudahan dunia. Yesus berkata kepada mereka supaya berwaspada dengan orang2 yg menyesatkan iman kita atau erti kata lain akan banyak ajaran2 sesat, nabi2 palsu yg menyesatkan ramai orang. Sudah terjadi ka? yep, sudah ada...tau2 sendirilah. Lepas tu Yesus berkata lagi dengan mereka 'akan ada deru perang atau kabar2 perang.... sudah berperang ka dunia?yep sudah terjadi... TAPI apa kata Yesus lepas tu, 'namun berawas-awaslah jangan kamu gelisah sebab semuanya itu harus terjadi, TETAPI itu belum kesudahannya. Maksudnya perang pasti terjadi tapi itu belum kiamat lagi. Apa lagi... Yesus juga katakan akan bangsa melawan bangsa, kerajaan melawan kerajaan, akan ada kelaparan, akan ada GEMPA BUMI DI BERBAGAI TEMPAT. perhatikan apa Yesus katakan seterusnya...'akan tetapi itu BARULAH PERMULAAN PENDERITAAN menjelang zaman baru'. Sudah terjadi ka di atas? yep sudah terjadi. Mau kiamat sudah? Belum lagi Yesus bilang.

4-Habis itu bila la baru kesudahan dunia ini? Nah, ini part yg perlu kita perhatikan. Matius 25:14 'Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, SESUDAH ITU BARULAH TIBA KESUDAHANNYA'. Sudah diberitakan ka ke seluruh dunia? belum lagi teman2.. thats why we have task to do...indeed God has command each and every believer to be God Messenger. (Matius 28:19-20)

5-dan ikut cerita 2012, manusia cuba menggunakan akal fikiran sendiri, kekuatan sendiri untuk menyelamatkan diri mereka dari kebinasaan. Yg bikin panas tu, mau masuk bahtera cuma org2 yg ada pasport warna hijau saja pass...meaning to say, if they have 1 billion euro(i dunno dalam RM berapa) baru boleh naik tu bahtera. Betul2 lah, yg miskin terus tertindas yang kaya terus kaya. Kalau sy renungkan kembali, Tuhan menawarkan keselamatan dengan free if i can say like that to all mankind in this world. Tangan Tuhan Yesus terbuka buat semua orang sebab DIA mati bagi semua manusia. (Yohanes 3:16).

6-Cara mereka menggambarkan kerosakan pada dunia itu, buat sy sempat berfikir...akan macam ni ka Tuhan?(sy berdialog dengan Bapa di Surga). Entahlah, mungkin sy tidak ambil kisah sangat kali macam mana dunia berakhir mungkin. Sebab sy tau sy akan ke mana nanti.

7-dunia kiamat pada 2012?kalau ikut teknologi dalam movie ni.. sy boleh cakap hebat juga! boleh tau tu berapa masa yg tinggal tuk impak tsunami tu. I guess dunia semakin pintar. Pun demikian, beberapa kali dr adrian dalam watak ini katakan yg dia silap perkiraan...so dia sendiri tidak menjangka sepantas itu. Ya, no one can know bila waktunya Tuhan akan datang kali kedua. Because Tuhan sendiri berfirman, kedatangan adalah seperti pencuri. TIADA SIAPA pun tau. So, manusia may build hi-technology with their great IQ... tapi as Bible said'Rancangan Ku bukanlah rancangan mu, setinggi langit dari bumi begitulah tingginya fikiran Tuhan dari manusia'.

ok apa kekuatan filem ini;

1-humanity

Dr. Adrian dapat menyakinkan kepada pemimpin dunia untuk tidak mementingkan diri sendiri. Ya bah, kesian betul yg hampirrrrr tidak dapat masuk bahtera itu. Itu pun ambil masa lama berbincang..cubalah kalau dari awal dapat fikir...nyawa berharga oo...Yesus sendiri katakan kalau ada seorang gembala domba punya 100 ekor domba dan seekor hilang, gembala itu sanggup mencari yg seekor yg hilang.

2-nilai kekeluargaan Jackson Curtis

Actually ending baru nampak sebenarnya. Dan rata2 family yg dalam movie ni, bila waktu begitu saja baru terfikir orang2 tersayang. why must wait until such situation to tell your love ones that u do care for them?... Tuhan berkata dalam bible, My name is I am. maksudnya, Tuhan adalah Tuhan pada hari ini. Kenapa kita merasa takut akan masa depan, sebab kita mencari Tuhan akan datang, which is clear cut Tuhan katakan 'My name is I AM'. Sekarang maksudnya. Maka hargailah org2 tersayang di waktu masih ada kesempatan.

I think itu ja kot.

Anyway, sy kasi ok jugalah movie ni. Out of 5 i give 2.5 lah.

Apapun, pandangan orang lain berbeza-beza...sy merindukan satu filem yang menceritakan tentang akhir zaman...rapture seperti cerita 'Knowing'. Filem itu sy kasi 2 thumbs up. Yg itu pada sy, sesuai. Since kita bukan lagi berbicara mengenai air bah/tsunami/gempa bumi...tapi kita mau nyatakan kepada semua kedatangan Tuhan Yesus kali kedua adalah semakin dekat... dan selama waktu ini, carilah wajah Tuhan berbaliklah kepada kasih mula-mula.

Tuhan Memberkati.

Wednesday, November 18, 2009

Lupa

Every morning kalau sudah sampai ofis, the very 1st thing to do, mesti buka eden sy dulu... then melawat p blog orang lain... terutama blog si bien.. sejak akhir-akhir ni rajin betul dia update... yg bestnya... ada saja cerita terbaru dia... colourful betul life dia ni..hehehe (kembang sudah kau bien..:P)... yg latest punya entry tentang alzhemier test... kalau nda silap sy test ni untuk penyakit loss memory... entah sejauh mana betul test c bien tu sy p cuba jugalah..ahahahahaa.... syukur pass ..kwang kwang!

bercakap soal hilang ingatan ni, sy bukanlah ke arah itu (wuittt tolak dalam nama Tuhan Yesus)... tapi sy ni ada penyakit SELALU LUPA dan MUDAH LUPA... sama ka tu a???? terutamanya kalau di ofis kan, sy mau balik sudah... semua barang sy sudah kasi sedia tu... sekali keluar ofis... terlupa pula ambil..sampai di car park baru macam... 'astaga...lupa lah sy'.... mau naik ofis semula sudah malas...sometimes hari ahad tu, ingat semua benda sudah ready ni.. sekali baru keluar dari pagar rumah...tiba2 teringat satu benda...aishhhh...kalau penting sangat tu, tiada cara lain sy kena patah balik ambil juga!which is very the leceh one!.. itu baru barang... belum bercakap soal kerja-kerja sy di ofis...sometimes sy risau juga dengan penyakit lupa sy ni!

Ada 1 cerita pasal lupa ni, ada kawan sy ni, dia mau wish birthday mama dia... punya confident dia yg hari itu hari jadi mama dia, sekali dia call...mama dia cakap 'limpas sudah lah birthday mama'..kawan sy macam...tidak percaya ni...sekali dia cerita sama kami, berabis kami kasi ketawa dia sebab adakah birthday mama pun lupa...ish ish... lepas tu, kawan sy berazam lah kali ni dia tidak mau lupa lagi...so birthday adik dia baru2 ni, sekali lagi dia confident yg dia tidak silap..sekali call adik dia.. adik dia cakap 'birthday sy besoklah, bukan hari ini!'... ahahahhahaa... kami yang mendengar sebelah kawan kami ni...memang berabis kasi ketawa dia... apa lah!... hehehe sy masih ingatlah birthday kalau keluarga ... kalau termiss pun mau dekat jam 12 malam sudah baru teringat tu pun pernah juga.... tapi nda buli juga kasi ketawa orang ni apa lagi kawan sy tu, seingat sy, pernah 1 kali birthday kawan sy ni...a day before that, sy memang ingat hari jadi dia...sekali esoknya..terlupa...yg peliknya, sy paling dekat sama kawan sy bah..kira BF kan...hari itu berlalu mau dekat sudah habis waktu birthday baru macam 'alamak birthday dia lah hari ini'...sekali p wish sama kawan sy ni...kamu tau apa dia cakap 'itulah sy pelik dengan kau, dekat saja sama sy pun kau lupa, sy sengaja nda kestau kau tu sb mau uji ingatan kau'... aiyaaa.. that was the moment yg sy ingat sampai sekarang!

ANyway, sy saja share ni...since sy terlupa barang dr ofis mau bawa balik di rumah..(see!)... lepas tu hari ini birthday kawan sy....syukurlah teringat(itu pun ada FB punya reminder!)

ok guys, have a blessed day today... God Bless

Tuesday, November 17, 2009

Belum habis???

sy berusaha untuk menghabiskan assignment sy semalam... pun demikian after 3 hours berhempas pulas i just managed to write 2 pages only..:((. Even tho' dah masuk page 6 which is kalau nak berhenti pun dah boleh dah since the minimum requirement is sampai page 6. But then, isi belum habis diterangkan dan belum ada rumusan yang mantap. My target ni, kalau dapat habiskan semalam (which is quite impossible for me) boleh sy minta check dengan pakar bahasa aideline. At least bahasa Malaysia sy yang tunggang langgang (apa lagi cara menulis macam cara sy berkutbah..ahahahhaha) boleh si kawan editkan dan gantilah apa2 BM yang bombastic sikit. Haiyaaa....

Apapun, hari ini sy bawa assignment sy ke ofis..hopefully sy dapat menulis sekurang-kurangnya 2 pages lagi. Then after that fikir mau buat rumusan sudahlah dengan ringkasan eksekutif... macam buat thesis pula kan...

petang ni ada meeting bersama dengan EPU, MOF, SME Bank, Agrobank dan TEKUN. Pelik kan,...semua pasal bank bank bank..... did i mentioned to u that i'm not a bussiness graduate .. :p
tapi beginilah jadi PTD ni... semua bidang masuk saja... no wonder other scheme tidak suka sama skim M ni..hehehe (aduhai merapu lagi!)

Anyway i'm really looking forward utk habiskan assignment sy sebab sy mau mengakhiri belenggu PTK . Ada kerja lain menunggu sy... huhuhuu

1 soalan cepu mas dari sy, perasaan ka kamuorang mau hujung tahun sudah..macam cepat betul kan??? :D

Apapun, nanti2 lah sy sambung lagi... sekarang FOCUS kerja dulu ya....

God Bless.

Monday, November 16, 2009

bye & Hello

Yesterday was my last task in my former ministry, Jabatan Pendidikan and I enjoyed my every moment of emceeing yesterday event....

ya, itulah yang sy rasakan sepanjang acara semalam...Komitmen Pemenang untuk SPK Angkatan 5. Walaupun dari segi pengaturan masa masih belum cukup sempurna, dengan kelewatan bermula selama 10 min, tapi di sebalik itu semua sy berpuas hati dengan semua tim SPK yang bersusah payah.... dari belakang tabir, ke depan tabir, dari ruang ushering hinggalah ke dapur...you all are marvellous.. and i really thankful for having such a great team!

Ada beberapa perkara yang sy mau bagi kredit;
1-tim praise & worship
the singers ~nung, alice, silvie, alisah, julie, peter relik, jaflee - sy diberkati dengan kamu semua...

2-tim musician
~bum,hend,fender,rolyn,jasbon-what a great team..thank God for that.

3-dancers
~linda,cheh,ivy,eve,irene - 2 thumbs up for all of u

4-hospitality/refreshment
~tini and the gang - terima kasih untuk makanan yang disediakan..sedaP.

5-tim lakonan
~Yus, thomas, alice, jasbon, jaflee, clen - mantap!!!

Pun demikian, masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki lagi
1-multimedia
~ruang untuk memperbaiki masih terbuka dan i will work with the new coming team for this matter

2-ushering
~sudah cukup baik sebab ada peningkatan, tapi agaknya wajah kalian masih kurang senyuman ni...hehehe...never mind jabatan hospitaliti will work on this...

3-tim kreatif
~actually saya berpuas hati dengan hasil sentuhan setiap peribadi, cumanya tetap perlu ada peningkatan...probably bukan saja backdrop yang perlu diperhatikan tapi boleh jadi atmosfere gereja juga perlu lakukan sesuatu kot...*wink*...anyway, this one also will be under my new department and looking foward to put the right person there!

4-media team
~i think they have done their part very good, but somehow need more alert with the rundown, so that they know when should they act. Ehm, i think this one i still wondering which department they in? hehehe...

All in all, thank you guys for the support throughout the event... i can say that being ketua jabatan pendidikan for 1 year and also ketua kelas for 5 angkatan, there is so many things that i learn. In my leadership skill, i learn how to manage an event, my communication skill turut berkembang when dealing with others...MBS..STM..Nube Training...Pastor2 and leaders from different churches... and my very precious moment is during with your guys...i've learn so much from all of you.. true friendship, agape love, openness, trust, .... somehow, my heart is so in touch with this department that there is a room in my heart that a bit sad that i have to let go this... BUT ANYWAY... di sebalik semua Tuhan punya rencana yang besar buat saya...and i really believe that in ministry... walaupun at the first moment knowing that i will be the leader for the Jabatan Ibadah... ada sedikit terkejut dan hampir tidak dapat berkata-kata... mau kata gembira tidak juga, mau kata tidak gembira pun tidak juga.... i really have no idea the feeling that i have at that time. *sigh* But after having some chit chat with the former leader and bersama-sama dengan team P&W selama sehari suntuk... (sabtu itu) and having talking time with my ABBA FATHER...there is something that God put in my heart... and i know when Pastor put me there, i guess i know what does he hope in me...

To the new leader of jabatan pendidikan, all the best to you...i believe there is something that u can do more..better than me... and u got my support each and every way...because still we are in the same boat...:)...

To my new department, my new team nantinya...mari kita sama-sama mengerakkan jabatan ini untuk mencapai visi gereja iaitu salah satu kualiti yang perlu dalam NCD dan siap-siaplah kita berubah ke arah yang lebih baik...

DAN di atas semuanya itu, nama TUhan dipermuliakan.... GOD BLESS...

Friday, November 13, 2009

macam-macam

semalam presentation superb!

Thanks God..i can get thru it.. so 1 more thing to go that is my assignment...duedate 20 Nov...

Anyway, bercerita pasal presentation semalam, 1st time saya drive p bangunan sapura@mines. parking untuk visitor... RM4 per entry... ok... kenapalah tidak buat saja di PICC kan...

Apapun, bagus team kami semalam... sekurang-kurangnya sy tau banyak pasal kerja orang lain... patut soalan PTK komponen fungsional itu perlu direview... memang ada 8 core business PTD tapi realitinya kalau sy baca soalan dia, bahagian pembangunan macam sy yang banyak bermain dengan siling, peruntukan, pemantauan,....tidak pula disoal... kan sektor ekonomi salah satu bidang utama PTD....but then disebalik semua itu, sy bersyukur sebab at least pertanian tetap ada di komponen generik. (again sy merapu pasal ni pula ;P)

enough said pasal PTK ni lah...

malam ni meeting MG yang pertama kali selepas pelantikan MG bagi sesi yang baru...kalau ahad yg lepas sy ada sedikit kerisauan..sebab tidak tau sy akan ke mana 'posting' sy...aise... tapi spt Pr cakap, kita tidak cari jabatan tapi kita mau berFUNGSI...di mana pun jabatan yang ditempatkan!...so sekarang ni, sy tiada rasa apa-apa, mana-mana lah Tuhan panggil. Yang penting berfungsi, berbuah dan berimpak!

tukar cerita lagi...

cuti sy hujung tahun ni telah diluluskan..hip hip horray! 8 hari semuanya. I will start my holiday from the 18 of Disember till 3 January 2010. Wah, nampak gayanya tahun hadapan baru balik KL...hehehe. Tiket balik sudah ada. Tinggal menunggu waktunya saja. But in the meantime, sy still ada beberapa kerja yang perlu dihabiskan. Still ada event yang perlu dilakukan. Still ada shopping things yg perlu dibuat.:). Dan yang sekarang ini, sy terfikir, sepanjang peninggalan sy..kereta sy mau letak di mana ya? Rumah tiada orang..semua kami bercuti. Sudahlah rumah pernah ada kes kecurian. Macam mana ni? Mau ja sy bawa balik kereta sy sepanjang bercuti., at least sy boleh bawa jalan2...tapi 2 minggu saja wooo..berangan betul! Kena suruh jiran lah ni tolong tengok2kan...hopefully semangat kejiranan itu masih ada....nda pun call itu polis..suruh dia round2 selalu kawasan rumah kami..aise...

ok then,...nanti sambung blogging lagi...sekarang sambung kerja dulu....^_^

Wednesday, November 11, 2009

Health Conscious

Sejak akhir-akhir ini (entah berapa akhir?), hal-hal mengenai kesihatan dari segi pemakanan, kebersihan tubuh menjadi fokus saya. Terutamanya lah kalau dari segi pemakanan ni, dalam minggu ini saja sy sudah mengurangkan minuman berais...mulai pentingkan etika makan buah, dan yang tidak tahan itu, ada pula promosi dari kawan2 segereja tentang produk kesihatan. Sy dulu, kalau bab spirulina ka, suppliment ka, memang kureng sikit lah. Bukan juga tidak mementingkan itu semua, tapi sy punya fobia memakan apa2 makanan yg dalam bentuk kapsul atau tablet ni. Jadi kamu imagine saja, ubat-ubatan yang dalam bentuk tablet atau kapsul tu... nda ka sengsara sy makan...aissssssh!

Cerita pasal produk kesihatan ni, semalam sy tertarik dengan satu sabun yg dikatakan ada cas anion... mengambil kira pandangan c pengguna yg juga komit(takkan nda percaya kan!)so sy pun orderlah 1. Salah satu fungsi sabun tu, menyegarkan tubuh dari stress (sy rasa sy stress) sebab tu ada cas anion...kira menyeraplah! Pas tu sabun tu sesuai untuk melegakan kelesuan tubuh. Ok. So sy pun mau cubalah. Sekarang ni senaman sudah kurang dilakukan, dengan alasan hujan sentiasa di petang hari. kalau nda hujan, mesti confirm masa tu penat sangat nda pun ada hal lain mau buat contohnya mau cuci kereta! So cabaran juga jadi wanita bekerjaya ni... after office hour memang mau rehat sajalah. Kalau macam kami jenis masak di rumah, nah bekejarlah mau masak lagi!

Kenapa sy share ni, mungkin sebab umur sy sudah melepasi 25 tahun.. semakin mendekat kepada kepala 3! Memang umur is just a number. Tapi kesihatan tidak boleh pandang ringan. Sy terfikir, Tuhan mau pakai lama hidup sy ni untuk jadi saluran berkat kepada org lain (aise) jadi sy ada bahagian yg perlu sy lakukan..i have to stop being 'ala-kadar' dalam menjaga kesihatan ni.

ehmmm,,,, sekian sajalah sy merapu di petang hari rabu ni. Tomorow i got presentation...pray for me ya! Thanks ♥♥♥

Tuesday, November 10, 2009

my personal response

kalau tengok title sy mesti pelik kan...respon apa tu?untuk siapa?

sy tertarik dengan tulisan pure dari hati sahabat sy
ini ..... apa lagi FT yang dia kaitkan menjadi renungan saya sejak beberapa waktu....

yg sy mau respon itu bila dia bertanyakan beberapa soalan yg sy COPA (copy and paste) dari dia:
1- I have prayed and i did not feel that you are the one for me. or i have prayed and the answer is NO- confirm christian men punya answer. (it’s biblical what??)

2-mencari kesesuaian- di tahap mana dalam perhubungan?? sebelum memulakan?? pada masa jadi BF & GF???
*************************************************************************************
My personal view (for kalangan orang-orang Kristian sahaja);

First things first~ ada 5 steps yang kita lalui

a-persekutuan ~ maksudnya kita berkawan dengan semua orang tanpa ada motivasi yg salah.

cthnya; 'sy mau ikut komsel ini lah, sebab ada c anu yg sy minat. siapa tau nanti kami terjatuh cinta'...uise terang2 fokusnya bukan ke Tuhan, apa lagi sudah aim seseorang dalam hati. Geng, bertaubat!

b-persahabatan ~ nah di peringkat ini, selepas kita buka lingkungan kita dengan semua orang, kita bersahabat dengan semua orang biasanya ada teman2 rapat yang Tuhan berikan. Yang biasanya sentiasa bersama-sama (masih dalam lingkungan ramai orang dan bukan berdua-dua)dalam aktiviti2 gereja ka, komsel, pelayanan. Orang2 ini, akan lebih mulai kita rapat (still sy stress dalam lingkungan ramai orang)dan biasanya kita akan terbuka with them up to certain level yg mungkin dengan org lain tidak terbuka tapi dengan sahabat ini kita terbuka.

mau contoh ka?hehehehe, sya ada beberapa sahabat yang sy agak rapat. Tapi hubungan atas dasar sahabat dan inklusive(terbuka dan tidak tersembunyi).

c-pendampingan ~ tahap ini, bila hati kita mulai terbuka dan berbunga2 sama orang ini. We never know bila perasaan itu ada since kita mulaikan dengan persahabatan kan. Motivasi yang betul2, tidak ada hidden agenda. Tapi AWAS!!! seringkali, di sinilah disalah tafsirkan oleh muda-mudi sekarang. Apa tidak, biasanya kalau kita mulai rasa suka sama orang, memang akan rasa ada CHemistry. cthnya, jumpa orang itu macam berdebar-debar, macam semacam saja pandangan..ahahahhaa...(pengalaman bah!)..lagi bahaya kalau... org yg disukai pun macam ada respon saja.... nah, sy belum habis ni explain. Pada peringkat macam ini, please DON'T and NEVER EVER DO....untuk terus jumpa orang itu dan berterus terang yg kau suka sama dia. BAHAYA wei! Sebab apa, ini sudah membelakangkan keluarga anda,pemimpin rohani anda... siapakah kah mereka itu? of course keluarga, Pastor, maybe leaders di gereja...mereka perlu tahu. Kalau ada sekulimat perasaan suka sama seseorang please share it with them FIRST. Malu? kenapa mau malu...lebih malu kalau terus jumpa and kena reject! KEPAHITAN lagi!!!

pengalaman sy; ketika sy mulai suka seseorang of course yg pertama TAU itu BAPA di Surga...segala isi hati manusia kan DIA tahu... kemudiannya sy sharekan ini dengan komit sy(teman2 rapat sy), kemudian adik sy (at least sy dan adik sy sudah 1 nilai), dan kemudiannya Pastor as my pemimpin rohani juga bapa rohani sy. Memang dari kita secara pribadi harus berdoa sama Tuhan, tanya Bapa apa perasaan suka ini datangnya dari Bapa atau nafsu kita semata-mata. Selidiki hati kita. After that, ketika sy sharekan ini sama Pastor, Pastor membimbing sy dan turut bantu sy dalam doa. Ada teman sy yg tidak rapat dengan Pastor, tapi mereka terbuka dengan isteri Pastor, hehehehe. Pada sy, mana2 saja yg penting terbuka sama pemimpin rohani. In the meantime, hubungan persahabatan tetap berjalan. Kalau ikut kesaksian orang lain, ada yg berdoa dan memang orang yg didoakan juga turut berdoa, jadi prosesnya tinggal peneguhan sajalah itu, tapi macam sy pula, lepas berdoa selepas beberapa waktu (could it be 3 months, could it be 6 months, could it be bertahun-tahun), Pastor datang kepada sy, asked me to stop pray for him....so i knowlah org yg sy doakan itu sedang mendoakan orang lain. in other words, doa kami bersilang tidak bersatu...hehehehehe...bukan org itulah maksudnya... tapi zaman sekarang orang lebih suka tembak dulu orang itu, lepas itu baru berdoa lepas itu alih2 tidak jadi, yg sudahnya kekecewaan menunggu.

d)pertunangan ~ yg ini kalau doanya bersatu, dan sudah ada peneguhan dari kedua-dua pihak pastinya kena ikut BIMBINGAN PRA-NIKAH (BPN). Apa benda ini, sy sendiri belum begitu pasti apa inti kelas ini, tp yg pastinya itu adalah persiapan kepada pasangan untuk melangkah masuk ke pernikahan. Pasangan akan dibapai secara telus persiapan bukan saja dari segi mental, dan rohani, keluarga kedua-dua pihak, persiapan kewangan juga perlu dibapai. BEST kan! Banyak benda bah mau kena siap, mau menikah ni. Jangan fikir lepas kawin, nah selesai urusan, siapa bilang! dalam pernikahan pun ada visi tau. Sebab itu dalam bible Tuhan mulai cerita pernikahan antara Adam dan hawa di Eden, lepas itu Tuhan akhiri juga cerita dengan pernikahan...di mana kita sendiri adalah pengantin perempuan yg menanti2kan kedatangan kristus kali kedua. Bukan main2 tu bila FT katakan, tidak ada siapa yang boleh memisahkan kecuali maut. Janji dihadapan Tuhan ooo... kita ni adalah pemegang janji itu. upssssssss... ni sebenarnya pasal pernikahan sudah ni. :)

e)pernikahan~ then after that, kita masuk dalam fasa ini. Tidak payah panjang lebar lah pasal ini kan.

So kesimpulan sy pada pertanyaan teman sy, pada sy begini,

1-jawapan lelaki bila dia cakap minta maaf sy sudah berdoa tapi jawapan dia NO. nampak macam rohani tp sebenarnya alasan. Ni ternyata pada sy, dia bertindak terlebih dahulu tanpa consult sama pemimpin @ Pastor. Ni macam terus tembak saja orang itu. Masih kes TRY and ERROR. Ni cara duniawi ni kawan. Cuba kalau, dia berdoa dulu ambil lah waktu selama mana pun, dan share sama Pastor, pasti nda terjadi kepahitan sama orang itu. Sebab org itu pun tidak tahu kan perasaan kau. Yg tau cuma empunya badan-Tuhan-Pastor. Nah, kalau jawapan Tuhan memang NO, maksudnya hentikanlah niat itu sebab bukan orang itu org yg tepat buat mu dan mulai berdoa minta Tuhan pimpin kepada orang yg TEPAT.

2-sejauh mana mencari keserasian? survey mengatakan 90% Pasangan Hidup (PH) adalah sahabat2 dekat kita. Jadi maksudnya, adalah lebih baik orng2 itu dekat dengan kita so that kita tahu kerohanian dia macam mana. Keserasian itu pasti akan kelihatan. Dan dari sy sendiri, itu atas pilihan kita. Sama ada kita memilih untuk menyerasikan diri kita sama org itu, atau menuntut org itu serasi dengan kita. Back to what my friend said, it is depends to our commitment.

3-kalau dilihat dari fasa-fasa itu, sebenarnya TIDAK ADA istilah BF and GF..tiada geng! yg ada saudara seiman dan suami isteri. Cuba cari dalam bible tiadalah si adam dan hawa bercouple dulu kan..hehehehe. BF dan GF ni istilah duniawi ni...yg kesnya masih TRY and ERROR.

Ok, ni cuma sekadar pandangan sy secara pribadi...ada yg maybe tidak bersetuju, it depends. Tapi prinsip sy, sy lebih menghargai dan bersetuju dengan apa yg diajar sama sy. Cara memang banyak, tapi bukan semua cara adalah benar. Bak kata hambanya Tuhan, bukan semua yang baik itu adalah benar, tapi apa yang benar itu pasti baik.

Tepat firman Tuhan yg kawan sy sharekan. Let me share it with you ~

'KU sumpahi kamu puteri2 Yerusalem, jangan menggerakkan cinta sebelum waktunya”

bahaya oo..kena sumpah tu!sy tidak hairan ada anak muda yg sanggup bunuh diri sebab putus cinta. Dan itu REAL TERJADI! I have seen it. Sumpahan Tuhan jangan main-main.

Segala sesuatu indah pada waktunya, dan Tuhan sendiri berfirman 'TUHAN bergaul karib dengan orang yang takut akan Dia, dan perjanjian-Nya diberitahukan-Nya kepada mereka.'

Berdoa itu teman2 sudah merupakan langkah kita bertindak soal jodoh. Bergaul dgn motivasi yg benar dan pasti Tuhan sendiri akan membawa kita kepada orang yang tepat. Jangan mendahului langkah Tuhan....

Tuhan Memberkati.

Monday, November 9, 2009

Writing


Just to share, exam PPK(dulunya PTK) sy belum berakhir. Exam penulisan sudah selesai pada 2 - 3 Nov, i hope for the best (semua orang mengharap sedemikian) anyway sy sudah share pasal ni in my previous entry. Sekarang ni ada 2 perkara lagi yang belum settle. Gambar di atas, menunjukkan rujukan sy untuk assignment sy. Tajuk apa?from the books di atas boleh teka sudah bah kan! Hopefully sy boleh hasilkan 1 penulisan yang mantap..(huhuhu..pray for me ya!). Another one, sy perlu present SKT saya dihadapan panel pada 12hb ni. Yang ini isinya sudah ada cuma belum ready dari segi penyampaian. Wooaa, ini pun doakan sy juga ya...

For my renungan (mau share pun boleh)

'Beri dan lakukan yang terbaik' ~ Kolose 3:23

Drive

Berhati-hati ketika memandu...

lebuh silikon ~ jalan sy melarikan diri dari kesesakan!

Exit Seri Kembangan...selalu jam.

Anyway, entry ni saja-saja... my take 5 entry! (^_^)

Saturday, November 7, 2009

KIDS ZONE


sy sedang buat preparation untuk pengajaran gereja anak esok. Lagi sedang googling games untuk mereka ni. Tapi banyak yg susah sy mau ikuti. :((

Sebenarnya sy lebih mau fokus kepada pengajaran firman Tuhan, dan selalunya sy akan cuba delegate tugas sama pembina anak yg lain. Ada yg buat games, ada yg akan bw pujian dan penyembahan, ada yg bawa ice breaker, dan selebihnya mengawal karenah anak-anak. Pun demikian, seringkali sy yang kena buat hampir 80% daripadanya. Thats why sometimes and most of the time untuk setiap kali mengajar anak-anak, energy sy habis diabsorb di situ.

Kalau di group sy itu, sy sudah pernah buat plan semua aktiviti pada hari sabtu. sy kumpulkan mereka dan kami bincang. At 1st, itu baik bahkan sangat baik becos, semua diatur dengan baik dan masing2 sudah tahu part tugas masing2. Tapi itulah, tidak konsisten buat perjumpaan lebih banyak diatur thru sms. Dan apa terjadi, even sy sudah percayakan kepada mereka fikirkan apa yg perlu dibuat, end up sy yg akhirnya buat!

Marah ka sy?kecewa ka sy? ehmmm... itulah cabaran yg perlu sy hadapi dalam mengajar anak-anak. Bukan saja karena anak-anak yg masih muda, aktif yang cepat bosan, mau yg menarik, mau yang 3D, ala-ala Naruto,Ben10, tapi sy juga kena hadapi pembina anak yang masih dalam proses pembinaan. I dun say that i am good in teaching childrens, tapi mengajar anak2 memang perlu panggilan. Sebab apa, kalau tidak siap mengajar tidak akan lama. Panggilan itu bicara soal komitmen dari masa, tenaga, fikiran, wang ringgit dan harga yang harus dibayar (a price to pay). Minat saja dan saja mau cuba2, pada sy tidak akan bertahan lama.

Sy pernah beberapa kali mau berhenti dari pelayanan ini, tapi akhirnya niat sy tidak jadi. Kenapa? sy punya mimpi, mau melihat anak2 yg sy bina sekarang akan menjadi seperti the next generation of David, Daniel, ABraham, Joshua, Peter, Paul,Gideon...etc. Mereka kalau dididik dengan prinsip Kerajaan Allah sekarang di usia muda mereka, sy percaya bangkit generasi yang takut akan Tuhan. Satu kali sy lihat video children do what children see... sy benar2 bertaubat dengan video klip. Ternyata generasi muda sekarang perlu diajar dan dibimbing dan sy sebagai pembina anak cumalah sebagai papan tanda (sign board) yang memberitahukan kpd anak2 sekarang jalan menuju ke YESUS.

Akhirnya, sy tetapkan hati sy untuk terus berjuang melayani anak-anak. Siapa tau, satu waktu nanti, sy akan melihat anak2 yg sy bimbing sekarang ada yg menjadi Perdana Menteri, ada yg menjadi businessman/woman, ada yg menjadi atlit, ada yg jadi penyanyi. dan yg penting mereka adalah orang2 yang punya stand, punya prinsip.... NO to Drugs! No to Criminal! No to Rasuah! No to Free Sexs! No to Pornography!

Dan menjadi kerinduan sy akan bangkit generasi yang cintakan Kekudusan dan takut akan Tuhan. And for that reasons, i refuse to quit i refuse to give up!

Huuaaaaaaaaaaaaaaaaa, suddenly curhat tentang ini pula kan.... oklah, till here..keep on praying for me ya. GBU

Friday, November 6, 2009

Menemukan yang Hi - Lang



sy sudah mendapatkannya kembali... :D
after 6 months of separation... :p, and within those times i learn to practice 'penyerahan hak'... i thought i would never have it back. I learn to let it go... :)

mesti kamuorang pelik kan apa benda sy merepek di atas tu. Sy kehilangan jam itu sebenarnya or better to say sy tercicirkannya semasa CG IV hari itu which is sekitar bulan jun. Just imagine how i felt! Jam kesayangan, bought by myself for my birthday and tercicir begitu saja... sedih woooo...

But thank God, thanks also to my geng aideline yang menemukannya utk sy. Rupa-rupanya selama ini ada dekat saya, but berada di himpunan kain-kain altar call yg dipakai semasa CG IV. Yang peliknya CG V tidak pula terjumpa. EHmmm, apakah jodoh sy juga begitu??? upppss... NO KOMEN!!!

anyway, i am so happy to have my elle watch back with me again. Kali ini sy juga 'kau' betul-betul ah.

Thursday, November 5, 2009

6 Pesanan Tuhan Yesus buat orang percaya

Kepada teman2, sy kongsikan perkara ini. Sy secara pribadi pernah mendengar sharing ini dari orang itu sendiri pada tahun 2007.. Renung-renungkanlah.

Kesaksian Oleh: Pta. Brani Duyon

Pengenalan

Sekitar Bulan Mei Tahun 2006, seorang hamba Tuhan telah dipanggil secara khusus ke Syurga untuk bertemu dengan Tuhan Yesus bagi mendapatkan “Wahyu Khusus” yang mengandungi Enam Pesanan.

Penatua Brani Duyon @ Efendie, 52 , bangsa Dusun, berasal dari SIB Bayayat Kota Belud, Sabah, Malaysia Timur. Beliau pernah menjadi seorang Gembala Sidang di SIB
Melangkap Baru, Kota Belud,Sabah (Taginambur) beberapa masa. Kemudian menjadi Ketua
Sidang di SIB Bayayat pada 2005-2006.

Pada 21 April 2006, Anak kami yang menetap di Semenanjung Malaysia telah memanggil kami dengan tujuan menghadiri majlis hari perkahwinan mereka. Tetapi baru seminggu berada di sana, saya tiba-tiba mengalami “stroke”. Saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Malaysia. Doktor memeriksa saya dan mengatakan ada sel-sel darah pada otak saya telah pecah dan perlu dibedah pada masa itu juga. Saya telah ditempatkan di Bilik Unit Kawalan Rapi selama sebulan.

Saya dalam koma tanpa sedarkan diri selama lebih dari 1 minggu. Pada masa itu ramai hamba hamba Tuhan yang datang melawat, antaranya ialah Mantan Presiden Gereja SIB Sabah, Pst Taipin Melidoi dan Timbalannya Pastor Dtk Arun Selutan, Bendahari Agung, Pst. Michael dan ramai lagi hamba Tuhan di Semenanjung datang mengunjungi dan mendoakan saya.

Pada suatu masa saya bermimpi ada hujan yang turun datang dengan lebatnya tetapi hairannya hujan itu hanya menuju ke arah saya sahaja. Saya mentafsirkan mimpi saya ini adalah jawapan doa-doa dari hamba-hamba Tuhan yang telah mendoakan kesembuhan saya. Puji Tuhan,Ddengan kuasa- Nya saya telah disembuhkan lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Pada minggu ke-3, bulan Mei 2006, tengah malam, saya merasa hairan kerana saya tidak dapat tidur sedangkan pesakit-peaskit yang lain sudah nyenyak tertidur. Ketika itu, hanyalah Yesus berada dalam fikiran saya dan saya teringat Firman dalam Yesaya 43:26 yang mengatakan “ingatlah akan Tuhan, marilah kita berperkara” dan ayat firman ini bermain-main dalam ingatan saya. Fikiran saya terus tertumpu kepada Tuhan Yesus. Dan saya merasakan bahawa Dia berada di sisi saya ketika itu.

Saya kemudian berdoa dalam roh. Selepas saya selesai berdoa saya mula untuk tidur namun masih tidak dapat juga. Lalu saya bersandar pada katil. Tiba-tiba saya merasakan ada seseorang yang menepuk bahu dan mengusap-usap kepala saya. Keadaan seperti ini berlaku agak lama.

Selepas itu saya merasakan ada sesuatu yang mengalir yang luar biasa dalam tubuh kehidupan saya. Saya merasakan hal itu suatu belas kasihan seorang bapa terhadap anaknya. Dalam hati saya tertanya-tanya siapakah orang ini. Lalu saya berdepan dan bersemuka dengan mahkluk itu ternyata dia seorang perwatakan seperti lelaki muda yang kacak, sasa dan tinggi dengan berpakaian putih, rambut panjang mencecah bahu. Lalu saya bertanya kepadanya “adakah Kau ini Tuhan yang sentiasa saya fikirkan?” Tetapi dia tidak menjawab cuma mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Saya berkata lagi “jika engkau bukan Tuhan, siapakah engkau?”. Kini dia menjawab “Akulah utusan dan dari Syurga atas perintah Yesus untuk datang kepada mu malam ini untuk membawa berita baik” Lalu saya sedar dia ini adalah Malaikat yang diutuskan oleh Tuhan. “Apakah khabar baik yang kau bawa untuk kau merdengarkan kepada saya?” saya bertanya lagi kepada Malaikat itu. Lalu kata Malaikat itu, “Malam ini saya diutus oleh Tuhan Yesus untuk menjemput engkau naik ke Syurga”. Jiwa saya terus jadi tenang dan damai walaupun dalam keadaan sakit. Saya merasa seolah-olah saya tidak mengalami kesakitan. Pada ketika itu juga saya sembuh apabila malaikat berkata akan membawa saya naik ke syurga. Lalu saya berkata kepada Malaikat itu, “saya sedia mengikuti engkau pergi ke syurga, sebab saya teringin betul bertemu dengan Tuhan saya”.

Ketika kami memulakan perjalanan saya terlihat tubuh saya yang terbaring di katil. Kami keluar dan sampai di luar Hospital saya melihat seekor Kuda yang luarbiasa besar dan tingginya. “Kuda inilah yang kita akan naiki” kata Malaikat itu. Saya dibantu oleh Malaikat menaiki kuda itu kerana kuda itu sangat tinggi. Saya bertanya kepada Malaikat itu “Bolehkah kita sampai ke Syurga dengan menaiki kuda ini?” lalu Malaikat itu menjawab, “tentu sekali, jangan takut dan jangan bimbang. Adakah kamu membaca Firman Allah ketika Nabi Elia diangkat oleh Tuhan?” tanya Malaikat itu. “ya, saya ada membacanya, kereta yang datang menjemputnya ialah Kereta Berapi dan Kuda Berapi”, jawab saya. “Benar, inilah kuda itu” kata Malaikat itu. Pada mula kami bertolak kuda itu hanya berjalan dengan perlahan-lahan, namun selepas kira-kira seratus meter kami berjalan, tiba-tiba kuda itu meluru laju dan dan bergerak dengan pantas sekali seolaholah seperti disambar badai dan kuda itu tidak lagi menyentuh tanah tetapi terbang. Kami melintasi pergunungan namun semua gunung itu kelihatan rata kerana kami bergerak dengan kuasa Tuhan.

Selepas itu kami sampai ke satu padang yang sangat luas, subur, rumputnya hijau dan tidak ada yang kering (Mazmur 23:2 Raja Daud berkata “Dia membaringkan aku dipadang yang berumput Hijau”). Lalu Malaikat itu memberhentikan kuda dan kami berjalan. Kelihatan di hadapan kami sebuah Kerajaan Tuhan.

Ketika kami berjalan di tengah padang ini saya mendengar lonceng berbunyi. Saya bertanya kepada Malaikat itu “Apakah tujuan Bunyi Lonceng itu?”. Malaikat menjawab, “itulah lonceng memanggil, menandakan seseorang telah datang” Kami terus berjalan dan lonceng terus berbunyi sehingga kami sampai di hujung padang dan kelihatan sebuah rumah yang sangat cantik dimana di atasnya terdapat lampu berkelip-kelip berwarna merah seperti lampu Trafik. Di tengah lampu itu terdapat angka ‘51’. Saya bertanya kepada Malaikat itu apakah ertinya. Malakat berkata, “Berapa umur kau sekarang?” ketika kejadian ini umur saya ialah 51 tahun “itu adalah umur kau sekaligus nombor rumah kau” kata Malaikat itu.

Saya sungguh merasa sekucita dan damai apabila mendengar penjelasan Malaikat itu dan melihat rumah yang Tuhan sediakan untuk saya. Kelihatan di situ banyak rumah yang telah disediakan oleh Yesus bagi anak-anak Tuhan yang percaya dan mengikuti-Nya. Kami terus berjalan lagi dan sampai ke satu pintu Gerbang yang dibuat dari Emas.

Kami teruskan perjalanan dan sampai ke sebuah rumah yang sangat besar. Ketika kami sampai di situ terdapat ramai orang berada dalam rumah itu. Saya percaya mereka ini adalah orang-orang kudus yang telah Tuhan pilih. Mereka sedang memuji Tuhan ketika itu. Kelihatan Yesus sedang duduk di atas tahktanya sambil orang-orang memuji dan menyembah Dia. Mereka semua memuji dengan segenap hati dan menari, mengangkat tangan dan bersujud dan melutut. Dalam hati saya berkata, ‘kalau beginilah cara ibadat orang-orang Kristian di Dunia tentu sangat senang sekali hati Tuhan’, Kelihatan ramai yang menangis memuji Tuhan ketika itu. Saya lihat Yesus tersenyum melihat mereka khusuk menyembah Tuhan. Yesus menaikan tangan mereka. Tangan mereka naikkan ke arah Yesus, dan Yesus juga mengangkat tangan memberkati mereka semua. Di akhir ibadat itu kelihatan Yesus berjalan- di tengah-tengah mereka dan Dia mengelap air mata mereka-mereka yang menangis. Lalu saya teringat seperti dalam Kitab Wahyu, ‘apabila kamu berada di sana (syurga) nanti semua air mata akan dihapuskan’.

Kemudian Malaikat itu membawa saya masuk ke dalam berjumpa dengan Yesus. Dan Malaikat itu berkata kepada Yesus “Tuhan, inilah anak-Mu yang engkau pilih untuk dibawa ke sini”. Yesus berkata “syabas! anak-Ku engkau telah datang hari ini” Kemudian Yesus memeluk saya dan saya menangis gembira dan damai kerana dapat bertemu Yesus. Jiwa saya bersukacita kerana dipeluk Yesus ketika itu. Malaikat itu berkata “Tuhan, saya ada pergi ke rumahnya di dunia ketika dia ini sakit, tetapi Engkau lebih mengetahuinya” Lalu Yesus berkata “Ya, Aku mendengar dan melihat tentang dia dan apa yang berlaku ketika itu,” Kata Yesus. Kata Malaikat itu lagi, ”Pada masa itu, saya telah mendengar isterinya berdoa meminta pertolongan Mu Tuhan.” “Dalam doa isterinya: ‘Tuhan tolonglah kami, janganlah panggil dia buat masa ini, kerana kami benar-benar belum bersedia untuk ditinggalkannya’ begitulah doa isterinya,Tuhan”, Kata Malaikat. “Aku tahu segalanya. isterinya seorang yang takut akan Aku, dan seorang yang setia mengikut Aku dan tekun berdoa pada-Ku”. Jelas Yesus. Dan sekali lagi jiwaku menangis kerana teringat dengan kesetiaan iman isteriku ketika itu, sedangkan mereka di dunia dan saya berada di Syurga pada ketika itu. Kemudian Tuhan berkata lagi, “Anak-ku, engkau akan kembali lagi ke dunia, sebab masa kamu untuk datang ke sini belum tiba lagi, banyak pekerjaan-Ku yang perlu
engkau lakukan bila engkau kembali ke sana, engkau akan sangat sibuk untuk melayani bagiku”, Kata Yesus. Lalu saya menjawab, “Tuhan, tolonglah,jangan suruh saya kembali ke dunia, kerana jiwa saya tenang bersama-Mu di sini, saya damai di sini berada dekat dengan Mu Tuhan, janganlah suruh saya kembali.”, Tetapi waktu itu, saya melihat wajah Yesus menjadi sedih kerana saya membantah-Nya. Dan kerana wajahnya yang kecewa, lalu saya mohon keampunan kerana menyakiti hati-Nya. Lalu saya katakan, “Tuhan, saya sedia untuk balik ke dunia, tetapi tolonglah saya Tuhan apabila sampai di sana, berikanl saya kekuatan, peliharalah saya di manapun saya berada, sertailah saya Tuhan,” Dan Tuhan menjawab, ”Ya, jangan bimbang, di mana pun engkau berada melakukan pekerjaan-pekerjaan-Ku, Aku akan sentiasa menyertai kamu”. Pada masa itu, Malaikat telah pun siap sedia untuk menghantar saya untuk kembali ke dunia.

Tetapi sebelum kembali, Yesus memberikan saya beberapa pesan dan menyuruh saya untuk memberitahu pesan ini kepada semua anak-anak Tuhan di Bumi. “Pesan ini SANGAT PENTING untuk mereka ketahui” tegas Yesus. Kemudian Yesus katakan lagi, bahawa saya akan sibuk untuk bekerja bagi Dia untuk menyampaikan pesan penting ini. Saya juga diminta- Nya untuk menyampaikan segala sesuatu pengalaman saya kepada semua anak Tuhan,supaya mereka juga diberkati dan mendapat kekuatan baru mengikut Yesus. Kata Yesus, “apabila engkau kembali kembali ke Bumi beritahu kepada semua anak-anak Ku pesan ini” (Ada ENAM PESAN yang Tuhan Yesus telah berikan kepada saya.)

Pesanan ini adalah seperti berikut:-

PESAN PERTAMA :
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka percaya sungguh-sungguh dengan segenap hati,
segenap kekuatan dan segenap akal budi. Orang yang bimbang dan ragu langsung tidak
sampai ke sini (syurga).” kata Tuhan Yesus

PESAN KEDUA:
“Beritahu anak-anak Ku,hendaklah mereka setia datang dalam kebaktian kerana di situlah Aku akan menyinari wajah mereka dan di situlah mereka akan mencari wajah Ku. Hati ku sangat gembira melihat anak-anak Ku, berada dalam gereja pada waktu kebaktian.” kata Tuhan Yesus

PESAN KETIGA:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka setia berdoa, setia melakukan perintah-perintah Ku dan tinggal tetap dalam Firman Ku.” kata Tuhan Yesus

PESAN KEEMPAT:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka setia memberi Persepuluhan dan memberi Persembahan Khusus.” kata Tuhan Yesus Pada ketika Tuhan Yesus menyebutkan Pesan Keempat ini, Dia berkata “Anak Ku, lihat di sana,” Dia menunjukkan kepada saya Rumah- Rumah yang sungguh cantik yang sudah siap bagi anak-anak-Nya. “Anak Ku, rumah-rumah ini Aku sediakan bagi semua Anak-Anak Ku yang percaya dan taat kepada Ku”, Kemudian Yesus menunjukkan saya rumah-rumah yang belum siap dan belum lengkap. Saya bertanya “Tuhan, kenapa banyak rumah-rumah di sini yang belum siap?” Yesus menjawab “Anak Ku, rumah ini adalah kepunyaan Anak Ku yang berat tangan memberi Wang Perpuluhan dan Wang Persembahan. Namun rumah ini hanya akan siap apabila mereka sedia memberi lebih lagi Perpuluhan dan Persembahan di dalam Rumah Ku.” kata Tuhan Yesus

PESAN KELIMA:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka menyerahkan kepada Ku dalam doa semua harta-harta, keberadaan mereka sewaktu hidup di Bumi supaya Aku melindunginya dan memberkatinya. Ini adalah kerana apabila Aku datang ke-dua kali nanti janganlah mereka terikat dengan kekayaan di dunia. Ingat apa yang terjadi dengan Isteri Lot.” kata Tuhan Yesus.

PESAN KEENAM:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka berjaga-jaga dan bersedia kerana Aku akan datang SEGERA. Cepat dari yang disangkakan!.” kata Tuhan Yesus( Kedatangan Tuhan Yesus tidak diketahui, tetapi Pengangkatan pasti akan terjadi. Tuhan Yesus akan datang tidak lama lagi!!!)

Pada ketika Yesus menjelaskan pesan yang ke-6, iaitu masa kedatangan-Nya, Yesus memperlihatkan kepada saya keadaan langit yang cerah, tidak ada awan dan kelihatan Yesus dengan tangan-Nya terbuka ke Bumi dengan suara “Aku siap menanti anak-anak Ku.” Kemudian ketika itu saya terlihat ramai orang berjubah putih berterbangan naik ke langit menuju ke tempat Yesus dan mereka dikumpulkan pada satu tempat. Banyak keluarga Kristian yang percaya terangkat naik, ramai juga yang sekeluarga naik sekaligus. Kelihatan sumi-isteri dengan anak-anak mereka terus naik menuju ke tempat Yesus. Hati saya sungguh damai dengan penglihatan ini Kemudian Yesus berkata “lihatlah ke bawah” Yesus menunjukkan saya penglihatan keadaan di bumi melalui Teropong Ajaib. Apabila saya tunduk melihat melalui teropong itu saya ternampak keadaan kacau-bilau, keadaan tidak aman di dunia ketika itu. Kelihatan ramai berlarian, berteriakan, ibubapa mencari anak-anaknya, anak-anak remaja mencari ibubapa mereka. Kemudian Tuhan memperlihatkan keadaan Gereja di tempat saya, dan saya sungguh sedih masih ada yang tidak terangkat.

Di akhirnya Tuhan Yesus berkata kepada saya “Setialah mengikuti Ku. Apapun yang engkau telah lihat dan dengar hendaklah engkau sampaikan kepada anak-anak Ku di Bumi”. Selepas itu Malaikat itu menghantar saya kembali ke Bumi dengan menaiki kuda yang sama. Kami sampai ke Bumi sangat cepat sekali. Malaikat itu menghantar saya masuk ke Hospital dan saya terlihat tubuh duniawi saya dan ketika itu juga saya tidak melihat lagi tubuh roh saya semasa naik ke syurga. Ketika saya sedar dengan tubuh nyata di bumi saya sudah merasakan sudah sembuh sepenuhnya. Puji tuhan kerana kuasa dan penyertaan Tuhan Yesus.

Pada ketika saya di syurga keadaan tubuh saya menjadi muda semula seperti remaja berbanding
tubuh saya sekarang ini di bumi.

Setakat inilah kesaksian saya bersama Tuhan Yesus di Syurga.

Frrrrooozzzzzzzzennnn

Sejuk betul office...
Tak tahan...
Badan sudah menggigil...
Baju di badan sudah 3 layer...
and yet...
MASIH SEJUK!!!
Pleaselaaaah.... naikkan lah suhu di office ni....

Wednesday, November 4, 2009

Read this..It could save your life!!


EATING FRUIT...

It's long but very informative

We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat.

What is the correct way of eating fruits?

IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.

If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities.

FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD. Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so.

In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil....

So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining — every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc — actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat!

Graying hair, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty stomach.

There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight.

When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up. Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins.

But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look!

KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange.

APPLE: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.

STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.

ORANGE : Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer.

WATERMELON: Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.

GUAVA & PAPAYA: Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content.. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes.

Drinking Cold water after a meal = Cancer! Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.

Read this....It could save your life!!

Kembali

finally i'm back...

a few days ago, i've been so busy focusing to my PTK exam!...tho' so many topics have to cover..tapi i have to try jugalah...mana yang mampu....so tunggu saja lah apa keputusan exam nanti...i have done my part as a 'student'...:)..now berserah saja lah..biar BAPA yang tentukan... apa pun hasilnya, itulah itu... :D...

semalam birthday kawan sy yang jauh di pedalaman.. happy birthday to you friend... seorang lagi yg sama birthday ada di pulau mutiara... happy birthday to u too... wish sajalah kan,,, hadiah belum ada, tidak apa, bukan kah ingatan itu lebih bermakna...hehehee

sy masuk ofis hari ini, macam best pula exam PTK ni..at least jumpa kawan satu batch dan yg bestnya...abis exam balik rumah trus...so semalam yg best...tidur di rumah tidak ingat dunia sudah..heheehhe...

ok... lepas ptk ni, banyak sy kena belajar ni..upgrade diri sy menjadi pekerja yang berpengetahuan... tidak lama lagi mau masuk 3 tahun dalam perkhidmatan... so sesuai dengan tempoh berkhidmat...pengetahuan juga kena bertambah...

semangat!semangat!chiayou to me...GAMBATE KUDASAI!!!AjA-AjA Fighting!

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...