Kepada teman2, sy kongsikan perkara ini. Sy secara pribadi pernah mendengar sharing ini dari orang itu sendiri pada tahun 2007.. Renung-renungkanlah.
Kesaksian Oleh: Pta. Brani Duyon
Pengenalan
Sekitar Bulan Mei Tahun 2006, seorang hamba Tuhan telah dipanggil secara khusus ke Syurga untuk bertemu dengan Tuhan Yesus bagi mendapatkan “Wahyu Khusus” yang mengandungi Enam Pesanan.
Penatua Brani Duyon @ Efendie, 52 , bangsa Dusun, berasal dari SIB Bayayat Kota Belud, Sabah, Malaysia Timur. Beliau pernah menjadi seorang Gembala Sidang di SIB
Melangkap Baru, Kota Belud,Sabah (Taginambur) beberapa masa. Kemudian menjadi Ketua
Sidang di SIB Bayayat pada 2005-2006.
Pada 21 April 2006, Anak kami yang menetap di Semenanjung Malaysia telah memanggil kami dengan tujuan menghadiri majlis hari perkahwinan mereka. Tetapi baru seminggu berada di sana, saya tiba-tiba mengalami “stroke”. Saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Malaysia. Doktor memeriksa saya dan mengatakan ada sel-sel darah pada otak saya telah pecah dan perlu dibedah pada masa itu juga. Saya telah ditempatkan di Bilik Unit Kawalan Rapi selama sebulan.
Saya dalam koma tanpa sedarkan diri selama lebih dari 1 minggu. Pada masa itu ramai hamba hamba Tuhan yang datang melawat, antaranya ialah Mantan Presiden Gereja SIB Sabah, Pst Taipin Melidoi dan Timbalannya Pastor Dtk Arun Selutan, Bendahari Agung, Pst. Michael dan ramai lagi hamba Tuhan di Semenanjung datang mengunjungi dan mendoakan saya.
Pada suatu masa saya bermimpi ada hujan yang turun datang dengan lebatnya tetapi hairannya hujan itu hanya menuju ke arah saya sahaja. Saya mentafsirkan mimpi saya ini adalah jawapan doa-doa dari hamba-hamba Tuhan yang telah mendoakan kesembuhan saya. Puji Tuhan,Ddengan kuasa- Nya saya telah disembuhkan lebih cepat daripada yang dijangkakan.
Pada minggu ke-3, bulan Mei 2006, tengah malam, saya merasa hairan kerana saya tidak dapat tidur sedangkan pesakit-peaskit yang lain sudah nyenyak tertidur. Ketika itu, hanyalah Yesus berada dalam fikiran saya dan saya teringat Firman dalam Yesaya 43:26 yang mengatakan “ingatlah akan Tuhan, marilah kita berperkara” dan ayat firman ini bermain-main dalam ingatan saya. Fikiran saya terus tertumpu kepada Tuhan Yesus. Dan saya merasakan bahawa Dia berada di sisi saya ketika itu.
Saya kemudian berdoa dalam roh. Selepas saya selesai berdoa saya mula untuk tidur namun masih tidak dapat juga. Lalu saya bersandar pada katil. Tiba-tiba saya merasakan ada seseorang yang menepuk bahu dan mengusap-usap kepala saya. Keadaan seperti ini berlaku agak lama.
Selepas itu saya merasakan ada sesuatu yang mengalir yang luar biasa dalam tubuh kehidupan saya. Saya merasakan hal itu suatu belas kasihan seorang bapa terhadap anaknya. Dalam hati saya tertanya-tanya siapakah orang ini. Lalu saya berdepan dan bersemuka dengan mahkluk itu ternyata dia seorang perwatakan seperti lelaki muda yang kacak, sasa dan tinggi dengan berpakaian putih, rambut panjang mencecah bahu. Lalu saya bertanya kepadanya “adakah Kau ini Tuhan yang sentiasa saya fikirkan?” Tetapi dia tidak menjawab cuma mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Saya berkata lagi “jika engkau bukan Tuhan, siapakah engkau?”. Kini dia menjawab “Akulah utusan dan dari Syurga atas perintah Yesus untuk datang kepada mu malam ini untuk membawa berita baik” Lalu saya sedar dia ini adalah Malaikat yang diutuskan oleh Tuhan. “Apakah khabar baik yang kau bawa untuk kau merdengarkan kepada saya?” saya bertanya lagi kepada Malaikat itu. Lalu kata Malaikat itu, “Malam ini saya diutus oleh Tuhan Yesus untuk menjemput engkau naik ke Syurga”. Jiwa saya terus jadi tenang dan damai walaupun dalam keadaan sakit. Saya merasa seolah-olah saya tidak mengalami kesakitan. Pada ketika itu juga saya sembuh apabila malaikat berkata akan membawa saya naik ke syurga. Lalu saya berkata kepada Malaikat itu, “saya sedia mengikuti engkau pergi ke syurga, sebab saya teringin betul bertemu dengan Tuhan saya”.
Ketika kami memulakan perjalanan saya terlihat tubuh saya yang terbaring di katil. Kami keluar dan sampai di luar Hospital saya melihat seekor Kuda yang luarbiasa besar dan tingginya. “Kuda inilah yang kita akan naiki” kata Malaikat itu. Saya dibantu oleh Malaikat menaiki kuda itu kerana kuda itu sangat tinggi. Saya bertanya kepada Malaikat itu “Bolehkah kita sampai ke Syurga dengan menaiki kuda ini?” lalu Malaikat itu menjawab, “tentu sekali, jangan takut dan jangan bimbang. Adakah kamu membaca Firman Allah ketika Nabi Elia diangkat oleh Tuhan?” tanya Malaikat itu. “ya, saya ada membacanya, kereta yang datang menjemputnya ialah Kereta Berapi dan Kuda Berapi”, jawab saya. “Benar, inilah kuda itu” kata Malaikat itu. Pada mula kami bertolak kuda itu hanya berjalan dengan perlahan-lahan, namun selepas kira-kira seratus meter kami berjalan, tiba-tiba kuda itu meluru laju dan dan bergerak dengan pantas sekali seolaholah seperti disambar badai dan kuda itu tidak lagi menyentuh tanah tetapi terbang. Kami melintasi pergunungan namun semua gunung itu kelihatan rata kerana kami bergerak dengan kuasa Tuhan.
Selepas itu kami sampai ke satu padang yang sangat luas, subur, rumputnya hijau dan tidak ada yang kering (Mazmur 23:2 Raja Daud berkata “Dia membaringkan aku dipadang yang berumput Hijau”). Lalu Malaikat itu memberhentikan kuda dan kami berjalan. Kelihatan di hadapan kami sebuah Kerajaan Tuhan.
Ketika kami berjalan di tengah padang ini saya mendengar lonceng berbunyi. Saya bertanya kepada Malaikat itu “Apakah tujuan Bunyi Lonceng itu?”. Malaikat menjawab, “itulah lonceng memanggil, menandakan seseorang telah datang” Kami terus berjalan dan lonceng terus berbunyi sehingga kami sampai di hujung padang dan kelihatan sebuah rumah yang sangat cantik dimana di atasnya terdapat lampu berkelip-kelip berwarna merah seperti lampu Trafik. Di tengah lampu itu terdapat angka ‘51’. Saya bertanya kepada Malaikat itu apakah ertinya. Malakat berkata, “Berapa umur kau sekarang?” ketika kejadian ini umur saya ialah 51 tahun “itu adalah umur kau sekaligus nombor rumah kau” kata Malaikat itu.
Saya sungguh merasa sekucita dan damai apabila mendengar penjelasan Malaikat itu dan melihat rumah yang Tuhan sediakan untuk saya. Kelihatan di situ banyak rumah yang telah disediakan oleh Yesus bagi anak-anak Tuhan yang percaya dan mengikuti-Nya. Kami terus berjalan lagi dan sampai ke satu pintu Gerbang yang dibuat dari Emas.
Kami teruskan perjalanan dan sampai ke sebuah rumah yang sangat besar. Ketika kami sampai di situ terdapat ramai orang berada dalam rumah itu. Saya percaya mereka ini adalah orang-orang kudus yang telah Tuhan pilih. Mereka sedang memuji Tuhan ketika itu. Kelihatan Yesus sedang duduk di atas tahktanya sambil orang-orang memuji dan menyembah Dia. Mereka semua memuji dengan segenap hati dan menari, mengangkat tangan dan bersujud dan melutut. Dalam hati saya berkata, ‘kalau beginilah cara ibadat orang-orang Kristian di Dunia tentu sangat senang sekali hati Tuhan’, Kelihatan ramai yang menangis memuji Tuhan ketika itu. Saya lihat Yesus tersenyum melihat mereka khusuk menyembah Tuhan. Yesus menaikan tangan mereka. Tangan mereka naikkan ke arah Yesus, dan Yesus juga mengangkat tangan memberkati mereka semua. Di akhir ibadat itu kelihatan Yesus berjalan- di tengah-tengah mereka dan Dia mengelap air mata mereka-mereka yang menangis. Lalu saya teringat seperti dalam Kitab Wahyu, ‘apabila kamu berada di sana (syurga) nanti semua air mata akan dihapuskan’.
Kemudian Malaikat itu membawa saya masuk ke dalam berjumpa dengan Yesus. Dan Malaikat itu berkata kepada Yesus “Tuhan, inilah anak-Mu yang engkau pilih untuk dibawa ke sini”. Yesus berkata “syabas! anak-Ku engkau telah datang hari ini” Kemudian Yesus memeluk saya dan saya menangis gembira dan damai kerana dapat bertemu Yesus. Jiwa saya bersukacita kerana dipeluk Yesus ketika itu. Malaikat itu berkata “Tuhan, saya ada pergi ke rumahnya di dunia ketika dia ini sakit, tetapi Engkau lebih mengetahuinya” Lalu Yesus berkata “Ya, Aku mendengar dan melihat tentang dia dan apa yang berlaku ketika itu,” Kata Yesus. Kata Malaikat itu lagi, ”Pada masa itu, saya telah mendengar isterinya berdoa meminta pertolongan Mu Tuhan.” “Dalam doa isterinya: ‘Tuhan tolonglah kami, janganlah panggil dia buat masa ini, kerana kami benar-benar belum bersedia untuk ditinggalkannya’ begitulah doa isterinya,Tuhan”, Kata Malaikat. “Aku tahu segalanya. isterinya seorang yang takut akan Aku, dan seorang yang setia mengikut Aku dan tekun berdoa pada-Ku”. Jelas Yesus. Dan sekali lagi jiwaku menangis kerana teringat dengan kesetiaan iman isteriku ketika itu, sedangkan mereka di dunia dan saya berada di Syurga pada ketika itu. Kemudian Tuhan berkata lagi, “Anak-ku, engkau akan kembali lagi ke dunia, sebab masa kamu untuk datang ke sini belum tiba lagi, banyak pekerjaan-Ku yang perlu
engkau lakukan bila engkau kembali ke sana, engkau akan sangat sibuk untuk melayani bagiku”, Kata Yesus. Lalu saya menjawab, “Tuhan, tolonglah,jangan suruh saya kembali ke dunia, kerana jiwa saya tenang bersama-Mu di sini, saya damai di sini berada dekat dengan Mu Tuhan, janganlah suruh saya kembali.”, Tetapi waktu itu, saya melihat wajah Yesus menjadi sedih kerana saya membantah-Nya. Dan kerana wajahnya yang kecewa, lalu saya mohon keampunan kerana menyakiti hati-Nya. Lalu saya katakan, “Tuhan, saya sedia untuk balik ke dunia, tetapi tolonglah saya Tuhan apabila sampai di sana, berikanl saya kekuatan, peliharalah saya di manapun saya berada, sertailah saya Tuhan,” Dan Tuhan menjawab, ”Ya, jangan bimbang, di mana pun engkau berada melakukan pekerjaan-pekerjaan-Ku, Aku akan sentiasa menyertai kamu”. Pada masa itu, Malaikat telah pun siap sedia untuk menghantar saya untuk kembali ke dunia.
Tetapi sebelum kembali, Yesus memberikan saya beberapa pesan dan menyuruh saya untuk memberitahu pesan ini kepada semua anak-anak Tuhan di Bumi. “Pesan ini SANGAT PENTING untuk mereka ketahui” tegas Yesus. Kemudian Yesus katakan lagi, bahawa saya akan sibuk untuk bekerja bagi Dia untuk menyampaikan pesan penting ini. Saya juga diminta- Nya untuk menyampaikan segala sesuatu pengalaman saya kepada semua anak Tuhan,supaya mereka juga diberkati dan mendapat kekuatan baru mengikut Yesus. Kata Yesus, “apabila engkau kembali kembali ke Bumi beritahu kepada semua anak-anak Ku pesan ini” (Ada ENAM PESAN yang Tuhan Yesus telah berikan kepada saya.)
Pesanan ini adalah seperti berikut:-
PESAN PERTAMA :
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka percaya sungguh-sungguh dengan segenap hati,
segenap kekuatan dan segenap akal budi. Orang yang bimbang dan ragu langsung tidak
sampai ke sini (syurga).” kata Tuhan Yesus
PESAN KEDUA:
“Beritahu anak-anak Ku,hendaklah mereka setia datang dalam kebaktian kerana di situlah Aku akan menyinari wajah mereka dan di situlah mereka akan mencari wajah Ku. Hati ku sangat gembira melihat anak-anak Ku, berada dalam gereja pada waktu kebaktian.” kata Tuhan Yesus
PESAN KETIGA:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka setia berdoa, setia melakukan perintah-perintah Ku dan tinggal tetap dalam Firman Ku.” kata Tuhan Yesus
PESAN KEEMPAT:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka setia memberi Persepuluhan dan memberi Persembahan Khusus.” kata Tuhan Yesus Pada ketika Tuhan Yesus menyebutkan Pesan Keempat ini, Dia berkata “Anak Ku, lihat di sana,” Dia menunjukkan kepada saya Rumah- Rumah yang sungguh cantik yang sudah siap bagi anak-anak-Nya. “Anak Ku, rumah-rumah ini Aku sediakan bagi semua Anak-Anak Ku yang percaya dan taat kepada Ku”, Kemudian Yesus menunjukkan saya rumah-rumah yang belum siap dan belum lengkap. Saya bertanya “Tuhan, kenapa banyak rumah-rumah di sini yang belum siap?” Yesus menjawab “Anak Ku, rumah ini adalah kepunyaan Anak Ku yang berat tangan memberi Wang Perpuluhan dan Wang Persembahan. Namun rumah ini hanya akan siap apabila mereka sedia memberi lebih lagi Perpuluhan dan Persembahan di dalam Rumah Ku.” kata Tuhan Yesus
PESAN KELIMA:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka menyerahkan kepada Ku dalam doa semua harta-harta, keberadaan mereka sewaktu hidup di Bumi supaya Aku melindunginya dan memberkatinya. Ini adalah kerana apabila Aku datang ke-dua kali nanti janganlah mereka terikat dengan kekayaan di dunia. Ingat apa yang terjadi dengan Isteri Lot.” kata Tuhan Yesus.
PESAN KEENAM:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka berjaga-jaga dan bersedia kerana Aku akan datang SEGERA. Cepat dari yang disangkakan!.” kata Tuhan Yesus( Kedatangan Tuhan Yesus tidak diketahui, tetapi Pengangkatan pasti akan terjadi. Tuhan Yesus akan datang tidak lama lagi!!!)
Pada ketika Yesus menjelaskan pesan yang ke-6, iaitu masa kedatangan-Nya, Yesus memperlihatkan kepada saya keadaan langit yang cerah, tidak ada awan dan kelihatan Yesus dengan tangan-Nya terbuka ke Bumi dengan suara “Aku siap menanti anak-anak Ku.” Kemudian ketika itu saya terlihat ramai orang berjubah putih berterbangan naik ke langit menuju ke tempat Yesus dan mereka dikumpulkan pada satu tempat. Banyak keluarga Kristian yang percaya terangkat naik, ramai juga yang sekeluarga naik sekaligus. Kelihatan sumi-isteri dengan anak-anak mereka terus naik menuju ke tempat Yesus. Hati saya sungguh damai dengan penglihatan ini Kemudian Yesus berkata “lihatlah ke bawah” Yesus menunjukkan saya penglihatan keadaan di bumi melalui Teropong Ajaib. Apabila saya tunduk melihat melalui teropong itu saya ternampak keadaan kacau-bilau, keadaan tidak aman di dunia ketika itu. Kelihatan ramai berlarian, berteriakan, ibubapa mencari anak-anaknya, anak-anak remaja mencari ibubapa mereka. Kemudian Tuhan memperlihatkan keadaan Gereja di tempat saya, dan saya sungguh sedih masih ada yang tidak terangkat.
Di akhirnya Tuhan Yesus berkata kepada saya “Setialah mengikuti Ku. Apapun yang engkau telah lihat dan dengar hendaklah engkau sampaikan kepada anak-anak Ku di Bumi”. Selepas itu Malaikat itu menghantar saya kembali ke Bumi dengan menaiki kuda yang sama. Kami sampai ke Bumi sangat cepat sekali. Malaikat itu menghantar saya masuk ke Hospital dan saya terlihat tubuh duniawi saya dan ketika itu juga saya tidak melihat lagi tubuh roh saya semasa naik ke syurga. Ketika saya sedar dengan tubuh nyata di bumi saya sudah merasakan sudah sembuh sepenuhnya. Puji tuhan kerana kuasa dan penyertaan Tuhan Yesus.
Pada ketika saya di syurga keadaan tubuh saya menjadi muda semula seperti remaja berbanding
tubuh saya sekarang ini di bumi.
Setakat inilah kesaksian saya bersama Tuhan Yesus di Syurga.

No comments:
Post a Comment