yep, i've watched it today!!! And as always, sy akan buat sedikit (maybe sedikit banyak) ulasan movie yg sy tengok. But before that let me warned you a few things, because if you are not ready to know this then please kindly close this page.
1- my view would be based on christian views
2-some of my it boleh jadi my personal views
let me just begin by giving you the synopsis;
Cerita ni dimulakan dengan watak seorang saintis muda (tall,dark and handsome..:p) bernama Dr Adrian Hermsley. Dr Adrian menjalankan kerjasama dengan dr satnam from india tentang satu kajian geologi...maksudnya keberadaan bumi kita ini, dari permukaan tanah sehinggalah dalam2 nya. Kajian satnam ni menunjukkan yang bumi dalam keadaan yang bahaya dan didapati ada gerakan yang aneh sedang berlaku di bawah tanah. Ada istilah dia, but then sorry tak ingat!something like neurion ka apa tu...akibat fenomena ini mereka meramalkan dunia akan menuju kepada keHANCURAN. So diringkaskan, kerajaan US mula merancang strategi dengan kerajaan2 besar spt China, Jerman, Itali.. Russia tiada pula disebut. Paling2 ada watak orang russia..hehehe. Lepas itu memandangkan antara yg terkaya di dunia ini adalah raja Arab saudi, dia pun terlibat dalam pelan mereka ni untuk membina bahtera dengan menggunakan kepakaran org2 china. Habis that bahtera bertapak di China. Saintis USA tidak dapat menjangka yg bencana itu lebih cepat daripada yg dirancangkan dan 2012 menyaksikan betapa di seluruh dunia terjadi gempa bumi/tsunami pada skala rithcer yang berbeza-beza. So ada watak keluarga jackson curtis and family yang cuba digambarkan oleh pengarah bagi membawa nilai kekeluargaan dalam movie ini. Apa kesudahannya? siapa yg dalam bahtera itu selamat lah.
ok here are my thoughts;
1-1st things 1st, sy sangat tidak bersetuju dengan cara presiden US dan presiden2 lain yg tidak mengkabarkan berita tentang the ending of the world itu kepada rakyat. Kenapa? zaman nabi nuh, sewaktu Tuhan menyatakan kepada Nabi Nuh, bahawa Tuhan akan memusnahkan seluruh bumi dan isinya, kecuali Nuh dan seisi keluarganya ada perjanjian yg Tuhan buat bersama Nuh. (Rujuk Kejadian@Genesis 6:17-22). kenapa mau dirahsiakan? why not waktu2 yg ada diberi kesempatan kepada rakyat...(kalau canggih betul teknologi lah kan sampai boleh buat analisa bila mau kiamat) untuk bertaubat?.. Tuhan sendiri sentiasa kasi kesempatan sama manusia untuk kembali kepada-Nya.
2-Tuhan berjanji bahwa DIA tidak akan membuat hidup dilenyapkan oleh air bah (Kejadian 9:11). Walaupun tsunami berlaku teruk tahun 2004 dan baru2 ini di padang, but then tsunami itu bukan menghancurkan seluruh manusia. Sebab Tuhan sudah janji tidak akan melenyapkan lagi manusia dengan air bah dan tidak ada air bah lagi yang memusnahkan bumi. Memusnahkan bumi maksudnya seluruh isinya. Perjanjian Tuhan Dia pegang dan cara DIA mengingatkan kita manusia adalah melalui pelangi. (rujuk Kejadian 9:13). So maksudnya tidak perlu takut lagi and tak perlulah buat bahtera lagi..cukuplah bahtera Nuh.
3-Dunia mau kiamat sudah? ehmmm, sekali lagi kita rujuk Matius 24 (kutbah tentang akhir zaman). Murid2 Yesus tanya apakah tanda-tanda kedatangan Tuhan kedua kali dan tanda kesudahan dunia. Yesus berkata kepada mereka supaya berwaspada dengan orang2 yg menyesatkan iman kita atau erti kata lain akan banyak ajaran2 sesat, nabi2 palsu yg menyesatkan ramai orang. Sudah terjadi ka? yep, sudah ada...tau2 sendirilah. Lepas tu Yesus berkata lagi dengan mereka 'akan ada deru perang atau kabar2 perang.... sudah berperang ka dunia?yep sudah terjadi... TAPI apa kata Yesus lepas tu, 'namun berawas-awaslah jangan kamu gelisah sebab semuanya itu harus terjadi, TETAPI itu belum kesudahannya. Maksudnya perang pasti terjadi tapi itu belum kiamat lagi. Apa lagi... Yesus juga katakan akan bangsa melawan bangsa, kerajaan melawan kerajaan, akan ada kelaparan, akan ada GEMPA BUMI DI BERBAGAI TEMPAT. perhatikan apa Yesus katakan seterusnya...'akan tetapi itu BARULAH PERMULAAN PENDERITAAN menjelang zaman baru'. Sudah terjadi ka di atas? yep sudah terjadi. Mau kiamat sudah? Belum lagi Yesus bilang.
4-Habis itu bila la baru kesudahan dunia ini? Nah, ini part yg perlu kita perhatikan. Matius 25:14 'Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, SESUDAH ITU BARULAH TIBA KESUDAHANNYA'. Sudah diberitakan ka ke seluruh dunia? belum lagi teman2.. thats why we have task to do...indeed God has command each and every believer to be God Messenger. (Matius 28:19-20)
5-dan ikut cerita 2012, manusia cuba menggunakan akal fikiran sendiri, kekuatan sendiri untuk menyelamatkan diri mereka dari kebinasaan. Yg bikin panas tu, mau masuk bahtera cuma org2 yg ada pasport warna hijau saja pass...meaning to say, if they have 1 billion euro(i dunno dalam RM berapa) baru boleh naik tu bahtera. Betul2 lah, yg miskin terus tertindas yang kaya terus kaya. Kalau sy renungkan kembali, Tuhan menawarkan keselamatan dengan free if i can say like that to all mankind in this world. Tangan Tuhan Yesus terbuka buat semua orang sebab DIA mati bagi semua manusia. (Yohanes 3:16).
6-Cara mereka menggambarkan kerosakan pada dunia itu, buat sy sempat berfikir...akan macam ni ka Tuhan?(sy berdialog dengan Bapa di Surga). Entahlah, mungkin sy tidak ambil kisah sangat kali macam mana dunia berakhir mungkin. Sebab sy tau sy akan ke mana nanti.
7-dunia kiamat pada 2012?kalau ikut teknologi dalam movie ni.. sy boleh cakap hebat juga! boleh tau tu berapa masa yg tinggal tuk impak tsunami tu. I guess dunia semakin pintar. Pun demikian, beberapa kali dr adrian dalam watak ini katakan yg dia silap perkiraan...so dia sendiri tidak menjangka sepantas itu. Ya, no one can know bila waktunya Tuhan akan datang kali kedua. Because Tuhan sendiri berfirman, kedatangan adalah seperti pencuri. TIADA SIAPA pun tau. So, manusia may build hi-technology with their great IQ... tapi as Bible said'Rancangan Ku bukanlah rancangan mu, setinggi langit dari bumi begitulah tingginya fikiran Tuhan dari manusia'.
ok apa kekuatan filem ini;
1-humanity
Dr. Adrian dapat menyakinkan kepada pemimpin dunia untuk tidak mementingkan diri sendiri. Ya bah, kesian betul yg hampirrrrr tidak dapat masuk bahtera itu. Itu pun ambil masa lama berbincang..cubalah kalau dari awal dapat fikir...nyawa berharga oo...Yesus sendiri katakan kalau ada seorang gembala domba punya 100 ekor domba dan seekor hilang, gembala itu sanggup mencari yg seekor yg hilang.
2-nilai kekeluargaan Jackson Curtis
Actually ending baru nampak sebenarnya. Dan rata2 family yg dalam movie ni, bila waktu begitu saja baru terfikir orang2 tersayang. why must wait until such situation to tell your love ones that u do care for them?... Tuhan berkata dalam bible, My name is I am. maksudnya, Tuhan adalah Tuhan pada hari ini. Kenapa kita merasa takut akan masa depan, sebab kita mencari Tuhan akan datang, which is clear cut Tuhan katakan 'My name is I AM'. Sekarang maksudnya. Maka hargailah org2 tersayang di waktu masih ada kesempatan.
I think itu ja kot.
Anyway, sy kasi ok jugalah movie ni. Out of 5 i give 2.5 lah.
Apapun, pandangan orang lain berbeza-beza...sy merindukan satu filem yang menceritakan tentang akhir zaman...rapture seperti cerita 'Knowing'. Filem itu sy kasi 2 thumbs up. Yg itu pada sy, sesuai. Since kita bukan lagi berbicara mengenai air bah/tsunami/gempa bumi...tapi kita mau nyatakan kepada semua kedatangan Tuhan Yesus kali kedua adalah semakin dekat... dan selama waktu ini, carilah wajah Tuhan berbaliklah kepada kasih mula-mula.
Tuhan Memberkati.
Saturday, November 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A decision to make... is it for better or worse?
Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...
-
Duduk di Kementerian ini memang banyak hal yang tidak terjangka...one minute you still hold the position the next day u got transfer order.....
-
i は悪いと悲惨なを感じる。 私は私の間違いである知っていた。 申し訳ありません主低下するの私です。 私は私の に横たわってされてしました。 主よ、許す私。 腹を私と私の を行う i たびに悲しいなかで感じる。 ちょうど願っていないは彼女はことを教え、偉大な従業員となりすぐ雇...
-
I love cooking... :D Bukan sebab sy ni perempuan dan harus pandai masak, atau sebab mau kawin so kena belajar masak, tapi sy suka memasak si...
No comments:
Post a Comment