Ada sebuah cerita zaman dulu-dulu. Peristiwa ini terjadi di sebuah kampung yang bernama Kampung PoPua. Maka tinggalah sekumpulan sahabat. Mereka terdiri daripada Jooa, Romandiwi, Verooki dan Tomanak. Mereka mulai bersahabat ketika mereka bertemu buat pertama kali di Kg PoPua. Kempat-empat mereka ni datang dari pelbagai ceruk desa dan akhirnya bertemu di Kg Popua dengan satu tujuan masing-masing mencari rezeki. Setelah sekian lama bersama menempuhi rintangan dan cabaran bersama-sama, maka persahabatan antara mereka semakin kuat.
Namun demikian, romandiwi mulai perasaan sesuatu. Pada mulanya rumandiwi merasakan itu perkara biasa sahaja namun setelah diperhatikan beberapa kejadian romandiwi menyimpulkan sesuatu. Ini terjadi pada ketika verooki tidak berada bersama-sama mereka kerana terpaksa keluar kampung. Pada masa itu, Tomanak seperti cacing kepanasan. Tomanak seolah-olah tidak mempedulikan Jooa dan Romandiwi. Memandangkan Joaa yang lebih bersikap cool dan tidak ambil peduli, maka Jooa tidak merasakan apa2 perubahan dengan Tomanak. Berbeza dengan Romandiwi, kerana seorang yang peka dengan rasa hati, dan bukan seorang yang cool maka romandiwi tidak menganggap perbuatan tomanak itu biasa-biasa sahaja.
Setelah kejadian seperti itu berlaku sedemikian, si romandiwi merasa meluat dengan sikap tomanak. Pada Romandiwi, tomanak bersikap memilih sahabat. Akhirnya romandiwi memilih untuk mengabaikan tomanak. Tapi apabila hal itu berlaku, timbul suasana tegang dalam persahabatan keempat-empat mereka. Walaupun jooa yang bersikap cool pada mulanya mulai merasakan sesuatu yang tegang di kalangan mereka. Verooki yang sememangnya rapat dengan romandiwi juga merasa tempias hubungan yang tegang. Yang lebih menyedihkan tomanak langsung tidak menyedari hal tersebut.
*************************************
Ehm, sy kesian pula dengan mereka ini. Kira-kira apalah kesudahan cerita mereka ini. Ok, menurut ko Jac dan vien, patutkah si romandiwi tu bersikap macam tu? apa lah yang patut mereka lakukan untuk memulihkan hubungan yang tegang itu?
renung-renungkanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A decision to make... is it for better or worse?
Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...
-
Duduk di Kementerian ini memang banyak hal yang tidak terjangka...one minute you still hold the position the next day u got transfer order.....
-
i は悪いと悲惨なを感じる。 私は私の間違いである知っていた。 申し訳ありません主低下するの私です。 私は私の に横たわってされてしました。 主よ、許す私。 腹を私と私の を行う i たびに悲しいなかで感じる。 ちょうど願っていないは彼女はことを教え、偉大な従業員となりすぐ雇...
-
I love cooking... :D Bukan sebab sy ni perempuan dan harus pandai masak, atau sebab mau kawin so kena belajar masak, tapi sy suka memasak si...
7 comments:
lho, si tomanak itu patut kana katuk kapla n kana buang daerah saja.
mood swing yang tidak menentu dipengaruhi beberapa perkara : kensensitifan sejak lahir atau kesensitifan pada waktu2 tertentu setiap bulan.
kalau kesensitifan pada waktu2 tertentu itu, boleh dielakkan. tetapi kesensitifan sejak lahir itu susah sket mau cakap.
prinsipnya mudah aja deh, kalo mau hati kita dijaga, kita juga jaga hati orang lain.
walaubagaimanapun, dalam persahabatan harus menerima dan memberi. saling memahami tidak ikut kepala sendiri sahaja. kalau macam itu, bagus tinggal diam2 dalam gua. jangan keluar campur sama urang lain :D
betul nggak?
hahahaha...
kok harus gitu ya bien? :D
betul tu bah bien... harus menerima dan memberi... susah juga banyak kepala bah kan... tapi itulah toleransi lah penting sekali..
maksudnya si romandiwi tu kena toleransi without limit dan si tomanak tu mungkin kasi katuk kapla dia tu..hehehehe
hehehe... aku nda paham napa tu tomanak jadi cacing kepanasan, apa isunya??
lps baca si bien pny komen.. oh baru aku paham cacing kepanasan tu mksdnya mood swing ya??
hmmm, persahabatan sy dgn kawan2 pernah hampir putus sbb mood swing tau.. dari pengalaman kami, ada beberapa hal yg perlu ditangani
1) Rasa tidak puas hati itu perlu dibincangkan supaya semua urang paham...hehehhe. itu salah satu hal yg menyelamatkan persahabatan kami. kdg2 masing2 inda sedar kan, tapi kami belajar untuk saling meluahkan dengan saling mendengar. akhirnya melahirkan persefahaman dan masing2 adjust diri sendiri agar boleh saling melengkapi dan menyokong a.k.a toleransi.
itu pengalaman kami berlima lah. saling berahsia sbnrnya tidak membantu apa2... kekekeke.
tapi sa setuju juga la, tu budak yg mood swing tu perlu juga kena katuk kepala tu tau.... *sengaja jadi batu api nih,pasal masa sa mood swing dulu, selalu juga kena katuk sama kawan2 sa...kekekke :D
eh oh ya... renny, aku rasa kalau kita tuntut si romadiwi tu bertolenrasi tanpa limit, inda adil juga bg dia kot...
matai kudasai nanti tu kawan... sakit ati mai tu... kalu sia lah di tpt dia. hehehe.. :D human bah...
makanya kita manusia diajar utk 'SALING MENGASIHI'. sbb Tuhan tau kalu satu pihak saja yg memberi dan berusaha, kering kontang nanti tu kawan satu tu boss ku!
jadi ko tulung kasi tau yang pi buat ni karangan, ending dia kasi bagus2 ah... sbb kaunselor yg bg pendapat ni peminat fairy tale yang happy ending punya!
wakakakaka...:D
hmmm... ataupun bagus si romandiwi menjadi seperti si jooa, cool sahaja. hehehe...
apa2 pun, tidak bagus tu berselisih faham dan merasa sangsi dgn sahabat2 sendiri walaupun kadang2 perkara itu tidak dapat dielakkan..
kesimpulan saya, its normal coz there are times kita pandai meluat dgn org, tp jgn dipanjang2kan.
sekian, terima kasih.
cheers!
hehehe... kiut juga semua pandangan dan nasihat kamu orang itu.. si penulis karangan ini sangatlah terharu..:D
@jac
~ memang betul itu kalau dalam persahabatan tu perlu kasi tau apa yg tidak puas hati...tapi kadang kala setelah diberitahu bukan mau berubah juga tapi mempertahankan diri adalah.. so si romandiwi berpendapat tidak payah lah kasi tau lagi, biar saja
~sy pun sokong pasal kalau sebelah pihak saja memang boleh kering kontang. dan akhirnya jadi macam 'oklah biar sajalah'..:D
~ko mengharapkan happy ending?hehehe itu sy pun tidak tahu...biarlah dorang ni macam mana akan bawa diri mereka!
@joanne
~sy pun rasa memang si romandiwi itu tidak cukup cool.. patut belajar sama si jooa bah kan
~ada waktu untuk meluat sama orang ka?hehehehehe..bah
Post a Comment