Review!Review!
hehehe.. nda habis-habis o kan...
anyway, sy bukan sepenuhnya review drama ni since sy baru tengok episode 7, itu pun terlompat..hehehe...
Ni dia cerita drama korea tahun ini, Shining Inheritance a.k.a Brilliant Legacy. Sy rasa mana2 tv di Malaysia belum tayang ni kot,hehehe... sy tahu drama korea ni kebetulan tertengok di page FB orang. Sekali check macam best! :D
Short synopsis;
Cerita ini mengisahkan seorang wanita eun sung dengan adik lelakinya eun woo yang cacat mental. Mereka sebenarnya keluarga yang berada, namun akhirnya syarikat perniagaan ayahnya diisytiharkan bankrupt. Ayahnya yang hilang arah satu hari dirompak oleh pencopet. Menjadikan cerita, pencopet itu terbunuh dalam letupan kilang. Memandangkan pencopet itu memegang dompet dan segala harta ayah eun sung, maka polis mengistiharkan ayah eun sung mati. Ayah eun sung tahu hanya dengan kematiannya keluarganya akan mendapat insurans dan itu mampu menampung kehidupan isteri keduanya dan anak-anaknya. Menambahkan dramatiknya cerita, ibu tiri eun sung menghalau keluar eun sung dan eun woo. Ibu tiri dan anaknya seung mi dapat insurans dan berpindah ke apartmen. Bermula kisah eun sung yang terpaksa cari kerja dan dalam masa yg sama jaga adiknya eun woo. Satu hari eun woo hilang tanpa jejak. Di satu kisah lain, hero drama ini hwan merupakan cucu kepada pemilik rangkaian restaurant makanan yang TOP di Seoul. Neneknya yg sudah tua mengharapkan hwan dapat menggantikannya. Malangnya, Hwan ni seorang yg ego dan pemalas, ya lah sudah dari kecil kaya kan. Neneknya jadi kecewa dan pergi lah merayau mencari ketenangan. Nenek ni terjumpa eun sung dan di situ terjadilah hubungan baik. Nenek ini membawa eun sung balik ke rumahnya dan mewariskan semua harta dan aset kepada eun sung. Akibatnya bertambah bencilah hwan kepada eun sung. Menambahkan rencah kepada cerita ini, dengan kisah cinta 3 segi. Antara jun Se (pemilik restaurant, suka sama eun sung), hwan (cucu yang ego itu) dengan eun sung. Dalam masa sama seung mi menaruh cinta sama hwan. So apakah endingnya? sy pun ternanti-nanti.. :)
Apapun, selama episode yg sy tengok, sy dapat moral of the story iaitu; untuk kita dapat makan kita harus bekerja dengan titik peluh kita. Spt yg tertulis dalam Amsal 6:9-11. Malas bekerja, maka tunggu sajalah kemiskinan datang menyerbu mu.. high value to share right? So it is a reminder juga to me. hehehe
ok peeps, till then...
No comments:
Post a Comment