Wednesday, January 27, 2010

sister-sister

Sorry gengs, beberapa waktu ini mood berblogging agak kurang. Plus, no relevant issues to be shared. Tapi pagi ni, sewaktu sy baca blog satu batch PTD dengan sy (i am her silent follower :D), sy pun terinspire mau buat entry mengenai topik yang sama. Ya, this entry is all about my siblings-girls only!



Ni gambar lama, krismas 2008.


Ni gambar latest kami, krismas 2009. (dari kiri, kakak sulung, saya, adik saya, kakak kedua saya)

Dulu-dulu waktu zaman kecil, hubungan kami adik-beradik perempuan kurang rapat. Tidak tahu kenapa. Masing2 ada cerita hidup sendiri. Macam kakak sy sulung, sepanjang zaman dia bersekolah, waktu tu keluarga kami susah. Jadi dia sangatlah tahu erti BERJIMAT CERMAT. Sepanjang dia belajar UiTm Shah Alam, makanan dia kadang2 cuma halia yang dipotong2 kecil dan dimakan dengan nasi putih. Dan di situ dia ada habit makan beras.(sampai sy pun suka juga). So bila dia org pertama dalam family yang ada kerja sendiri, dan masa itu gajinya mencecah 2k, kami adik2nya yang masih diperingkat persekolahan menjadi tempat sumber kewangan kami selain bapa. So, since kakak sy sangatlah berjimat cermat, so dia train kami pun sangatlah strict sampai sy pernah berdendam sama kakak saya gara-gara kakak sy mengeluarkan kata2 yg sangatlah pedas semasa sy mau minta duit. huhuhuu. Tapi syukurlah, sy sudah forget and forgive dan realitinya sekarang, sy tahu susahnya kerja cari duit!:)

Kakak sy kedua, boleh kata yg agak rebellious dari zaman remaja lagi. Since dia ni kira antara yg tercomel di kalangan kami..(^^). So dia ni ramai peminat. Banyak lelaki berkenan sama kakak sy. Tambah lagi, dia antara orang pertama yang berjaya masuk pengajian tinggi (lepas SPM) dan sambung belajar di Semenanjung. Kakak sy ni pandai matematik so waktu dapat Sunway College masa itu dia ambil Course Accounting. Program 2+1. 2 tahun di M'sia, 1 tahun di Australia. Fully supported Sabah Gov Scholarship masa itu. But then, itulah tersalah pilih dan salah buat keputusan akhirnya impian bapa saya dan family saya untuk kakak sy hilang di awan biru. My sis kawin awal di usia 20-an. Hidupnya pada saya sangatlah berliku-liku dan penuh cabaran. I can see my sister cuba untuk bangkit dan membina hidup baru bersama keluarganya. Tangis kakak sy, kesakitan kakak saya, ketakutan kakak saya, walaupun tidak dipancarkan di wajahnya, tapi sy mengerti and masa itu sy cuma mampu melihat.

Kalau kakak sy sulung beza kami lebih kurang 7 tahun, kakak sy kedua beza kami 5 tahun, sy dan adik perempuan sy bungsu beza cuma 2 tahun. Jadi sy dan adik sy lebih banyak masa bersama-sama dari zaman sekolah rendah. Tapi, entah kenapa dalam ingatan sy sepanjang zaman sekolah rendah yg sangat kuat dalam ingatan itu ialah kami selalu bergaduh. Cuma time beli baju krismas jak kami tidak bergaduh. Tapi selalunya di zaman kecil ada saja pergaduhan. Bila sekolah menengah, saya jauh dari family sy, sebab sy merantau di bumi semenanjung bersekolah di Pahang selama 5 tahun dan hanya setahun sekali balik selama 5 tahun. Masa itu, adik saya menjadi perempuan dewasa. Dia kena masak, cuci kain dan jaga adik lelaki kami yang 2 orang itu. So, dari segi kerja rumah adik sy lebih advance dari sy. Kalau dia, darjah 5 sudah masak untuk 1 family, sy tingkatan 5 baru mula belajar. Just imagine that! Dan tahu lah kan skill masak memasak sy di tahap mana. O ya, sy tau belajar gitar sebab adik sy juga. Dulu2, kami selalu berangan2 at least 1 instrument music yang kami tahu. Masa itu, berangan lah sy mau belajar piano. Walhal, piano boleh kata musik untuk orang2 kaya. huhhuu, tinggi betul angan2. Tp 1 malam tu, di rumah auntie sy, tiba2 sy dengar ada orang main gitar dan nyanyi lagu 'sucikan dan kuduskan hati ini'. Mulanya, sy berfikir 'siapa main gitar ni kan, takkan abang sy'. masa itu abang sy tiada. Sekali tengok adik sy. So, sy jenis yang tidak mahu ketinggalan belajarlah sama adik saya dan the 1st code yg sy belajar ialah kod D,Bm,G,A. Lengkap dan boleh main 1 lagu iaitu 'sucikan dan kuduskan'.Hehehe. masa itu tingkatan 4. So, i would say tercapai juga impian sy untuk main sekurang2nya 1 alat musik, sekalipun bukan piano tapi gitar..not bad lah kan. :D

Nah, itu sedikit sebanyak perihal adik-beradik perempuan saya dan di zaman muda kami semua. Sekarang ni, kakak sulung sy sudah ada 2 orang 'starring', kakak kedua saya sudah ada 5 puteri dan adik perempuan sy sudah jadi Dr.gigi di HQE. Bila sudah besar ni, baru kami berempat rapat. Pandai sudah yang shopping sama2, bergossip (hehehe), take turn memasak ikut kepakaran masing2, pandai sudah call antara 1 sama lain. Dan yang indahnya, kami pandai sharing masalah masing2. Since semua kerja, masing2 pandai fikir sendiri siapa yg belanja siapa.

Dalam usia kami, kakak sy sulung 34 thn, kakak kedua sy 32 thn, sy 27 thn dan adik sy 25thn, barulah kami merasai hubungan adik beradik perempuan. Suka bergaya, tukar2 fashion, pinjam2 baju, tukar2 baju. Baru rasa semua itu. Sometimes, saya rasa sayang di usia muda kami tidak begitu. Tapi, biarlah yang dulu itu dulu. Sekarang, sy mahu belajar menghargai waktu yang kami ada sekarang . Dan itu menguatkan lagi hati sy untuk minta TRANSFER ke Sabah. I know, for the time being, i still dont have solid reason to ask for job transfer, unlike Joanne dengan vivien. Tapi, cukuplah sy katakan sy sangatlah rindu keluarga sy, anak2 buah dan itu membuatkan sy berfikir thats it! Inilah reason sy...i dun care anymore, balik sabah sy akan kehilangan elaun wilayah, elaun perumahan....what's more important is my family.

Papa JC, Engkau tahu yang terbaik untuk anak Mu ini. Engkau tahu waktu bagi segala sesuatu terjadi. Engkau tahu masa depan yang Engkau sediakan buat anak Mu ini. Justeru Bapa, jadilah kehendak Mu di bumi seperti di surga. Apapun yg ada dalam hati anak Mu ini saat ini, biarlah kehendak Mu yang jadi. Amen.

With love...

xoxo

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...