Wednesday, February 24, 2010

Accept or not to accept?

Mari sy bawa kawan2 berbincang tentang 1 perkara yang sy lihat dibincangkan dalam Facebook 'sumuni rungus'.

Tajuk Perbincangan: Sumuni = Virginity . Nunu Pendapat Dikau? Ongo Tanakvagu, Kotorima Kou E ka Ong Amu Noh Sumuni It Anggai-Anggai Dikou?

maksudnya:

sumuni = anak dara/gadis (since guna sumuni it refers to gadis rungus)
virginity= kamuorg tau lah kan.

nunu pendapat dikau? = apa pendapat kamu?
ongo tanak vagu, kotorima kou e ka ong amu noh sumuni it anggai2 dikou? = wahai para teruna bolehkah kamu menerima seorang gadis yakni teman wanita kamu yang sudah bukan dara lagi?

So, agak menarik juga dia punya perbincangannya ini. Sy baca2 komen dari setiap pengunjung page 'sumuni rungus' ni, rata2 yg beri komentar adalah dari lelaki. Ya lah kan, soalan ditujukan kepada mereka. So sy buat sedikit klasifikasi daripada jawapan2 sang teruna itu:

Jenis Teruna 1:
'Mungkin agak sukar untuk menerima perempuan itu, sebab tidak adil bagi lelaki yang menjaga dirinya sebaik mungkin seperti menjaga amanah dari Tuhan'.

Kesimpulan: tidak dapat menerima

Jenis Teruna 2:
'Terpulang, sebab lelaki ni pun jahat juga. Ramai lelaki yg sudah tidak teruna sebelum kawin, jadi yg penting kedua-dua pihak perlu menerima seadanya pasangan.

Kesimpulan: Menerima (mungkin masih ada syarat)

Jenis Teruna 3:
'kalau wanita itu kehilangan dara disebabkan oleh orang lain (cth; dirogol atau diperlakukan bukan kehendak sendiri) boleh lah diterima,sebab bukan kemahuan wanita itu.'

Kesimpulan: Menerima dengan syarat.

Jenis Teruna 4:
'Apa pun yang berlaku di masa lalunya, dan wanita itu bertaubat di hadapan Tuhan, biarlah kedua-dua pasangan itu melupakan masa lalu mereka dan menerima seadanya kedua2 pihak. '

Kesimpulan: Menerima tanpa syarat

Semua pendapat mereka ini, sy cuba simpulkan in a very simple way dan menyeluruh. So daripada banyak komen2 sy dapat 4 jenis lah ni....(no offense to man, pls!)

Sebelum any ulasan balas dari mana2, ketika sy mengutarakan sini bukan niat untuk memalukan wanita (abis sy pun wanita juga kan!) dan bukan juga mencari lelaki yg macam mana yang dpat menerima wanita yg dalam situasi ini. Cuma, sy mau kasi sedikit teman2 (yg membaca blog ini) berfikir. Masing2 ada pendapat sendiri kan.

Semuanya, berbicara tentang 2 pihak. Man - Woman. Kalau sy fikir, kalau lah kedua2 pihak belum dewasa rohani, sekiranya hal ini tereveal @ dibukakan, pasti ada kesan negatif. Spt kata jenis teruna 1, dia sudah berusaha jaga diri dia, tiba2 dia dapat tahu teman wanita nya bukan virgin lagi, mesti dia rasa kecewa kan. Seolah2 dia akan tanya Tuhan, kenapa macam ni, serupa macam tidak adil.

Kalau jenis teruna 2 pula, mungkin dalam masa yg sama dia ada pengalaman juga, so pada dia be opened. What past is past. What's more important is now. mmmhmm...

Kalau jenis teruna 3,dia menerima sekiranya bukan kehendak perempuan itu. Ya pada dia, that womans tidak bersalah. ehm,, ada effect ka nanti lepas kawin? entah!

Kalau jenis 4, ni real. Sy sudah dengar kesaksian dari bbp orang tentang ini. Dan sy sendiri melihat, bagaimana pasangan itu saling menerima kedua2 pihak walaupun ada masa lalu. Janji di hadapan Tuhan, kedua2nya sudah beres dan kedua2nya sudah dapat menerima kelemahan pasangan.

Apapun, sy secara pribadi berpandangan begini, biarlah pasangan itu betul2 clear mengenai masa lalu mereka sebelum membangun hubungan dengan lebih serius. Sometimes, ini juga ujian. Walaupun kedua2nya sudah dewasa rohani pun, kalau bila relate to masa lalu, dan ada pihak yg tidak dapat terima, i would say that baik lelaki atau perempuan mungkin itu bukan pasangan yang disediakan untuk kita. Because marriage is not an emotion. It is a commitmen. Buat janji kontrak sampai mati di hadapan Tuhan. Jangan memaksa diri kalau tidak boleh terima, sebab akan timbul masalah di kemudian hari. Thats why perlu Bimbingan Pra Nikah (BPN). Ada bimbingan dari pemimpin rohani. Dan sy percaya begini, sekiranya Tuhan menyediakan seseorang yang tepat buat kita, orang itu pasti dapat menerima apapun masa lalunya.

So, buat wanita yang mungkin pernah mengalami masa lalu yg penuh kegelapan, jangan risau akan masa depan mu. Ketika engkau bertaubat dan menyerahkan sepenuhnya masa depan di tangan Tuhan, Tuhan itu adil. Semua rancangan-Nya adalah yang terbaik untuk kita.

Buat wanita yang tiada pengalaman masa lalu yang buruk, jagalah keperawanan mu sesungguhnya. Cintailah Kekudusan. Pasti engkau melihat berkat yang Tuhan sediakan di hari pernikahan mu nanti.

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...