Wednesday, March 31, 2010
God Bless
Pertama kali sy melihat video ni adalah sekitar tahun 2008, masa itu my friend Paris berkutbah di Serdang, sy kurang ingat apa tema kutbahnya tapi yg sy betul2 ingat video klip ini. Lagu ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang kekurangan kasih sayang dari keluarganya terutamanya kasih dari seorang bapa. Bila bapanya meninggal dunia, anak ini sempat pergi ke upacara pengebumian bapanya. Dan masa penghormatan terakhir, dia teringat apa yg bapanya pernah lakukan dan dia sangat marah dan kecewa. Sampai anak ini berfikir, 'bapa apa sepertinya yang tidak mengasihi anaknya sendiri'. Anak ini sangat marah, tapi saat dia menangis dalam hati, dia melihat salib dihadapannya dan masa itu dia melihat seperti Yesus juga turut bersedih bersamanya. Dan bila anak ini melihat salib itu, anak ini menangis kerna dia tau, Bapa di Surga juga sudah lama menantikan anak ini dan mahu mengasihi anak ini.
Friends, jumaat ini kita(orang-orang percaya)akan menyambut Hari Paskah atau Good Friday. Kalau di sabah dan s'wak, hari jumaat adalah hari cuti umum. Thanks God untuk hal ini, tho' sy duduk di Semenanjung tapi sy bersyukur sebab Pulau Borneo masih mengekalkan cuti ini khusus buat penganut Kristian.
Tahun ini, sy akan menyambut Good Friday di Batam. Sy tidak tahu suasananya seperti apa, tapi saya tau essensinya tetap sama iaitu mengingati hari Penyaliban Kristus di kayu salib. Semalam, sy membaca perjanjian lama di Imamat. Dalam Imamat, ada pelbagai peraturan bangsa Israel pula lakukan sekiranya didapati berdosa dan untuk pengampunan perlu ada korban bakaran. Lain kesalahan lain korban bakarannya. Dan semua korban itu haruslah tanpa celanya dan yang terbaik. Tapi sy bersyukur, sebab kerana Tuhan Yesus mati di kayu salib untuk saya, saudara dan kita semua, kita dibenarkan dihadapan Tuhan. Kita boleh masuk ke hadiratNya dengan darah suci Yesus Kristus yang tumpah di kayu salib. Kita boleh memanggilnya Ya Abba Ya Bapa, kita boleh punya hubungan bapa dan anak, kerna ini... Yesus mati di Kayu Salib, dan ketika kita percaya dan mengaku DIA sebagai JuruSelamat kita secara pribadi, maka kita di selamatkan dari hukuman kekal iaitu neraka.
Mari kita sama-sama renungkan kasih Tuhan...
'For God so loved the world that he gave his one and only Son,[a] that whoever believes in him shall not perish but have eternal life.' John 3:16
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A decision to make... is it for better or worse?
Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...
-
Duduk di Kementerian ini memang banyak hal yang tidak terjangka...one minute you still hold the position the next day u got transfer order.....
-
i は悪いと悲惨なを感じる。 私は私の間違いである知っていた。 申し訳ありません主低下するの私です。 私は私の に横たわってされてしました。 主よ、許す私。 腹を私と私の を行う i たびに悲しいなかで感じる。 ちょうど願っていないは彼女はことを教え、偉大な従業員となりすぐ雇...
-
I love cooking... :D Bukan sebab sy ni perempuan dan harus pandai masak, atau sebab mau kawin so kena belajar masak, tapi sy suka memasak si...
1 comment:
ooooo ko melancong pi batam pula aaaaaaa....:D bagus2 enjoy yourself to the fullest ging, kalo ko ada jumpa sudu yang cantik atau gelas yang cantik, beli untuk saya ehhhh... heheheheh...:D
Post a Comment