Sedar tidak sedar penyediaan kertas kabinet untuk insurans pertanian sudah mau masuk 1 tahun 2 bulan. Bermula dengan kajian E&Y, rancangan mau buat pilot projek then masuklah bbp 'consultant' wannabe dan masing2 cuba membentangkan masing2 punya kajian...until datang 1 sykt ABC ni yg sampai akhirnya sy terstuck dengan mereka...
Awal tahun ini, YBM menggesa lah kertas ini supaya disegerakan...so sekarang ni sudah beberapa kali asyik turun naik tingkat 15, bentang itu dan ini..pinda itu dan pinda ini...bincang itu dan ini...dan kalau dulunya sy diam biar my immediate bos dan my big boss yang berbicara, tapi sekarang ni, entah keyakinan dari mana, sy tercakap juga dan terkeluarlah pendapat saya. Tapi masa dalam keadaan ragu2 juga lah, antara mau cakap atau tidak. Sampailah semalam, bila my big boss jumpa sy..dia berkata begini 'kenapa kamu tidak cakap tadi [which is bila ada soalan2 KSU yang tidak terjawab]'.. reaksi sy, 'sy mau cakap juga tapi, tapi serba salah'[ya lah, sy 41 bos sy 54, nanti apa kata bos pula kan].. terus my big boss cakap 'lain kali kamu cakap saja'. Ok, since dia sudah bagi tahu macam tu, next meeting sy usahakan lah macam mana.
Nah, kenapa sy share ini...sejak fokus sy banyak terarah kepada penyediaan kertas kabinet, dan berhadapan dengan pihak consultant tu, sedikit sebanyak sy mulai rasakan ada dominan timbul dalam diri saya. Apa lagi, berhadapan dengan consultant yg ..... mau tidak mau... sy kena usaha fikir dari sisi kerajaan dan juga swasta dan juga faedah utk kumpulan sasar. Apa lagi bercakap soal dasar. Tidak mahulah nanti rakyat persalahkan pegawai kerajaan buat dasar yang tidak dikaji betul2. So, agak pening sikitlah...bukan agak lah memang memeningkan.
Dan kesian sama kerja sy yang lain macam Agrobank, Tekun, mekanisasi ladang...spt terabai sementara..sebab masa sy banyak di insurans...sekali sekala dapat duduk dalam bilik, itu macam heaven...
semalam sy balik sampai dalam lebih kurang 630pm, sy ambil masa rehat dan renungkan balik apa yang berlaku hari itu, evaluasi diri. Memang ada sedikit stress sebab banyak faktor sebenarnya, apa lagi sy tersepit antara 2 bos. Tapi oleh kerana sudah ikut WB, sy ambil waktu bersendirian, berdoa. Masa sy dalam keadaan tenang, Tuhan ingatkan sy supaya sentiasa bersyukur. Waktu sy mulai mengucap syukur, spt ada kekuatan baru yg Tuhan kasi. Kalau tadinya spt muka tidak dapat senyum dan tidak bermaya untuk terus lakukan kerja lain di rumah, tapi selepas lebih kurang 20 min macam tu, sy boleh tersenyum semula. Terus turun dan tolong housemate sy masak.
Really, frankly speaking bukan senang untuk menjadi wanita bijak. Tapi sy tahu ketika sy menyerahkan itu kepada Bapa, DIA yang beri kekuatan itu untuk saya. Kalau sy tidak tahu kebenaran, mungkin sy sudah lama bersungut2 kepada Tuhan, kepada orang lain. Tapi sy mahu belajar. Belajar mempraktiskan terus menerus FT.
Hari ini, masih dengan kerja insurans pertanian, tapi sy kena ambil masa lihat kerja sy yang lain. Hanya kasih karunia Tuhan lah yang memampukan sy melalui ini.
'Kesudahan segala sesuatu sudah dekat. Karena itu kuasailah diri mu dan jadilah tenang, supaya kamu dapat berdoa' 1 Petrus 4:7
Have a blessed day today with Jesus Christ...
God Bless and be a blessing to others.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A decision to make... is it for better or worse?
Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...
-
Duduk di Kementerian ini memang banyak hal yang tidak terjangka...one minute you still hold the position the next day u got transfer order.....
-
i は悪いと悲惨なを感じる。 私は私の間違いである知っていた。 申し訳ありません主低下するの私です。 私は私の に横たわってされてしました。 主よ、許す私。 腹を私と私の を行う i たびに悲しいなかで感じる。 ちょうど願っていないは彼女はことを教え、偉大な従業員となりすぐ雇...
-
I love cooking... :D Bukan sebab sy ni perempuan dan harus pandai masak, atau sebab mau kawin so kena belajar masak, tapi sy suka memasak si...
No comments:
Post a Comment