1- Fikiran itu bagaikan kebun, apa yang ditanam pasti itu akan dituai. No choice, fikirkanlah yang positif maka kita akan menuai hal-hal positif.
My response: Seperti kata Filipi, fikirkanlah apa yang dari atas [surga] dan bukan dari bawah [bumi]. Dalam erti kata lain, menjadi anak2 Tuhan bukanlah perubahan yang drastik. Tapi itu satu proses dan kita perlu menanggalkan fikiran lama kita dengan mengenakan fikiran baru. Firman Tuhan katakan, 'kita lebih dari pemenang' maka kita harus berfikir sedemikian. Firman Tuhan katakan 'jangan kuatir' maka kita juga tidak usah kuatir. Kita harus latih fikiran kita seperti fikiran Kristus. Dan itu perlu dilakukan setiap hari dengan menabur fikiran kita dengan Firman Tuhan supaya ketika fikiran kita dipenuhi dengan Kebenaran Firman, maka tindakan kita akan seturut apa yg kita fikirkan. Even lagu 'Malaysia Boleh' pun liriknya macam ni 'Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan, jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan'. So it all start with how we think! Teman2 fikirkanlah yg positif, salib saja berbicara tentang positif.
2- Bersikaplah lemah lembut bagaikan bunga dalam mengungkapkan kebaikan tetapi teguhlah seperti halilintar dalam mengungkapkan prinsip.
My response: Tepat sekali power statement ini kan! Tuhan sendiri menganjurkan kita berbuat baik kepada semua orang terlebih lagi kepada sesama orang percaya. Tapi dalam masa yg sama, kita tidak boleh berkompromi dengan ketidakbenaran. Kita perlu ada prinsip seperti Daniel dan teman2nya yang hidup dalam prinsip, sekalipun berada ditengah2 orang yang tidak percaya. Mereka tetap tampil beza!
3- Dalam tenang ada kekuatan dan dalam tenang ada kedamaian serta dalam tenang nampak kedewasaan.
My response: Sy setuju sangat ni. Rasul Petrus mengingatkan 'jadilah tenang supaya kamu dapat berdoa'. Salah satu ciri seorang wanita bijak ialah sikap yang penuh dengan lemah lembut dan tenang. Ketenangan itu hanya kita peroleh melalui hubungan kita sehari-hari dengan Bapa di Surga. Kita mengatakan kepada dunia, sekalipun ada banyak masalah di kiri dan kanan kita, tapi kita tidak goyah kerna Tuhan jauh lebih besar dari masalah kita. Dan tenang nampaklah kedewasaan kita!
Kesimpulan: terima kasih kepada Pr GM kerana mengongsikan power statement ini. Saya sangat diberkati. Dan harapan sy teman2 juga diberkati. Mari kita yang sudah mendengar melihat, ayuh kita praktiskan ini dalam kehidupan kita sehari-hari.
No comments:
Post a Comment