Tuesday, April 5, 2011

Ini apa yang saya fikir...

Esok adalah penamaan calon untuk PR DUN Sarawak. Entah kenapa, saya sangat berminat dengan PR S'wak kali ini kerana di dalam roh saya begitu kuat mengatakan there will be something very big will be happening. Banyak DUN yang disenaraikan, tetapi saya lebih tertarik dgn DUN Be'kalalan. Pagi ni, BH menyatakan Pengerusi PKR Baru Bian akan bertanding di kawasan itu. Kemudian, Dato'Idris Jala turut menafikan yang beliau akan bertanding di kawasan tersebut. DUN yang majoritinya suku Lunbawang dan majoritinya orang Kristian. Menariknya juga kawasan ini, Kebangunan Rohani pernah terjadi di kawasan ini, and if I'm not mistaken it was the 1st revival. Sekarang ni, calon BN swak di kawasan tersebut masih dlm misteri. I guess, BN swak pun masih ragu2 mungkin siapakah calon yg paling sesuai dan layak diletakkan. As I said earlier, DUN ini sangat unik. Salah letak calon, sure ada akibatnya. For me, PR Swak adalah penentuan kekuasaan kepada Kerajaan sekarang. Ini kerana Pulau Borneo yakni Sabah dan Sarawak merupakan penyumbang terbesar kepada kedudukan kerusi d parlimen. Berlaku sedikit perubahan di Sarawak, next Sabah pasti akan merasa kesannya. Dan sekiranya berlaku perubahan di Sabah dan Sarawak, pasti akan ada berlaku perubahan di bumi semenanjung. Tanpa menyekat dan menafikan slogan YAB PM mengenai 1 Malaysia 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'..rakyat sekarang semakin pintar untuk menilai kepimpinan baik yg sedia ada mahu pun yang akan datang. Sudah namanya negara yang mengamalkan sistem demokrasi, suara rakyat adalah kuasa terbesar. Undi seorang boleh menyumbang kepada bentuknya sebuah kerajaan. Semakin banyak hak rakyat dan kebajikan rakyat diabaikan sudah pasti sesebuah kerajaan itu tidak akan selamat. Seperti kata my other half, bukan parti apa yang menjadi persoalan tetapi siapa orang yg bakal menggalas tanggungjawab tu yang penting. Sesebuah parti boleh jadi banyak manifesto, tetapi intergriti seseorang itu yg menentukan sejauh mana dia dikatakan layak berada di situ. Saya percaya DUN Be'kalalan, memang tempat yang special. Sebab calon pembangkang yang bertanding juga bukan calang2 orangnya..spt yg saya dengar. Kalau tidak masakan, ada gossip pula yang tiba2 Dato' Idris Jala mau bertanding di situ. We never know right! Kalau (kalau saja) DIJ memang dicalonkan, sure DUN Be'kalalan ini menjadi tumpuan. Pasti. Apapun, semua yang saya tulis ini adalah cuma pengamatan saya secara pribadi dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak. Mungkin post saya kali ini adalah lanjutan daripada pengumuman 10 fakta dari JPM mengenai BIBLE semalam. Sebab fakta tersebut dikeluarkan 4 hari sebelum PR DUN Sarawak. Saya sangat happy sebab saya percaya 10 tindakan Kerajaan dalam menangani isu Al-Kitab merupakan jawapan kepada doa2 orang Kristian di merata tempat di Malaysia. Apapun persepsi orang luar, pada saya ini jawapan Tuhan untuk doa kami. Kepada orang Sarawak, keluarlah mengundi. Undilah calon yang benar2 kata2nya boleh dipegang. Doa saya untuk bumi kenyalang akan menyertai kalian semua. God Bless Sarawak.

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...