Tahun
2013 banyak meninggalkan kenangan manis kepada saya secara pribadi. Banyak hal
yang telah terjadi dan Antara yang paling saya ingat adalah saya berkesempatan
untuk menghadiri satu event yang dianjurkan oleh SIBKL (English) pada 29 Ogos
2013 yang telah membawa saya berjumpa secara live dengan seorang hamba Tuhan yang
saya amat kagumi iaitu Nick Vujicic.
Pada
saya, peluang seperti itu merupakan once in a life time yang saya peroleh.
Kerana apa? Nick Vujicic merupakan motivator, penginjil yang dipakai Tuhan luar
biasa dan telah menjangkau ratusan jiwa di merata dunia. Hidupnya telah menjadi
kesaksian yang hidup kepada ramai orang tanpa mengenal bangsa dan agama. Kenapa
saya katakan begitu? Nick Vujicic telah lahir tanpa ada tangan dan kaki. Dia
hanya ada ibu jari kaki saja. Tiada siapa tahu kenapa dan bagaimana dia
dilahirkan sedemikian. Nick Vujicic pernah saja mencuba membunuh diri kerana
dirinya sering diejek oleh rakan sekolah. Namun ibu bapa nya yang juga orang
cinta Tuhan telah banyak mendorong dan menyokong Nick Vujicic. Pada umur 15
tahun, Nick Vujicic menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat pribadinya dan
dari situ Nick Vujicic telah diubahkan dan boleh dilihat bagaimana dia menjadi
orang yang luar biasa dipakai Tuhan hari-hari ini.
Sebab
itu, bila ada peluang untuk bertemu dengan Nick Vujicic secara live, saya
sangat teruja dan pastinya tidak mahu terlepas peluang. Puji Tuhan, everything
went smoothly that day. Saya dan suami berkesempatan hadir bersama-sama
mendengar sendiri kesaksian Nick Vujicic. Air mata saya mengalir dengan deras
saya menonton video klip Nick Vujicic yang banyak memaparkan bagaimana dia
tidak pernah berputus asa. Katanya, pada mulanya adalah sukar, tetapi dia tidak
pernah berputus asa. Sebab itu, walaupun dengan keadaan dirinya begitu, dia
masih mampu menikmati hidup sebagaimana orang lain. Bermain bola sepak,
berenang yang mana saya yang sempurna ini pun tidak pandai berenang, bermain
golf…dan yang sangat amazing Nick Vujicic mempunyai seorang isteri yang sangat
cantik dan anak lelaki yang sangat comel. Bagi Tuhan tiada yang mustahil.
Sejak
dari itu, saya banyak mengikuti perkembangan semasa Nick Vujicic sendiri
melalui pagenya di Facebook. Bagaimana dia mendedikasikan hidupnya untuk
menjangkau jiwa-jiwa yang merasa lemah dan tidak berdaya. Melalui page
tersebut, saya mengetahui aktiviti terkini Nick Vujicic.
Ketika
saya tekun melihat video klip aktiviti Nick Vujicic, entah macam mana pada pagi
ahad Roh Kudus berbicara dengan saya. Dengan lembut dia berkata kepada saya, ‘perhatikan
Nick Vujicic. Ramai jiwa yang lahir tidak sempurna, yang rasa dirinya banyak
kekurangan dan kecacatan tetapi ketika mereka melihat Nick mereka rasa mereka
dibangun, mereka mendapat kekuatan baru, dan ketika Nick mendekati mereka,
mereka rasa dihargai kerana mereka tahu, Nick dapat merasakan apa yang mereka
rasakan. Sebab keadaan mereka adalah sama’.
Roh Kudus
mengingatkan saya ‘sebab itu kenapa Tuhan datang ke dunia menjadi seperti
manusia sama seperti kamu. Supaya DIA mau manusia tahu yang DIA dapat merasakan
apa yang manusia rasakan. ‘
Saya
menangis apabila diingatkan Tuhan mengenai pekerjaan Tuhan. Tuhan ingatkan
saya, ramai anak-anak muda hari-hari ini mudah terkeliru dengan ajaran agama
lain. Mereka mula meragui Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat manusia.
Bagi mereka Yesus bukan Tuhan tapi hanya sebagai Nabi. Tapi kisah Nick ini mengingatkan
saya. Bayangkan kalau Nick seorang yang sempurna fizikalnya dan cuba memberi
ceramah motivasi kepada yang cacat , tiada kaki dan tangan , apa mereka mudah
terima motivasi itu? Pasti dalam hati mereka akan katakana ‘senang cakaplah,
kau bukan berada dalam keadaan saya’. Kan? Pasti mereka akan cakap begitu. Tapi
tidak, Nick sama saja secara fizikalnya dengan mereka. Tapi Nick berjaya kerana
dia tau Tuhan yang Dia sembah ada rencana besar untuk nya. Sebab itu, ramai
orang kagum dengan Nick. Dan Nick berkata seperti ini,
“When I
was fifteen years old, I sealed my faith in God and from there it has been an
amazing journey” – N.V
“If God
can use a man without arms and legs to be His hands and feet, then He will
certainly use any willing heart!” – N.V
Hidupnya
hari ini adalah kerana hubungannya dengan Tuhan Yesus, Juruselamat pribadinya.
Itulah
yang membezakan Nick dengan orang lain.
Dan hal
itulah telah dilakukan Tuhan 2000 tahun yg lalu. DIA datang ke dunia, menjadi
manusia, hidup seperti manusia dan mati di kayu salib untuk kita.
Kalau
kita percaya Tuhan itu maha kuasa dan boleh melakukan apa saja, dan kita juga
harus percaya bahawa Tuhan boleh menjadi manusia sama seperti kita.
Akhir
sekali pilihan itu ada di tangan kita. Tuhan Yesus tidak pernah memaksa kita
untuk menerima DIA, tapi DIA sedang mengetuk pintu hati kita. Apakah kita
mendengarnya?
No comments:
Post a Comment