Finally blog yang saya tinggalkan selama 3bulan, akhirnya berjaya diupdate. Hehehe
Banyak cerita yang saya mau kongsikan..tapi kita pergi satu per satu lah kan...
Dan untuk hari ini, saya mau kongsikan pengalaman saya untuk my second baby.
As some of u know, i am officially a mother to two handsome boy. Untuk adik joshua ni, kami telah memilih nama Jayden Uriel. Actually lama juga mencari nama lelaki yg sesuai yg ada bunyi 'el' dihujung namanya. Apa lagi sampai ke tarikh akhir mengandung pun gender tu kami x sure apa. Kalau nama perempuan memang sudah ada. Tapi rezeki ada anak perempuan belum ada jadi tidak apa, Tuhan kasi saya another baby boy pun sudah anugerah buat kami.
Jadi apa maksudnya jayden uriel ni. Kedua-dua nama ini diambil dari nama ibrani..hebrews name. Bapa rohani kami ada suggest mau nama yg aad cantik maksudnya carilah dalam bahasa ibrani. Jadi saya surf beberapa nama dan inilah yg kami suami isteri berkenan. Jayden maksudnya judge. Manakala uriel adalah nama malaikat yg maksudnya god is light. Jadi gabungan nama berdua ni kami simpulkan sebagai hakim yang terang. Kami doakan jayden uriel akan menjadi seorang lawyer atau hakim yang berpegang pada kebenaran. Kalau itu rencana Tuhan lah.
Jayden uriel lahir pada 22 april 2014 jam 4.09 pm dengan berat 3.1 kg. kali ini pengalaman bersalin saya tidaklah sesusah semasa yg pertama. Mungkin orang kata 'laluan' tu sudah ada... Contraction saya datang seawal jam 7pagi. Selang 5 min. Tapi menjelang jam 9pagi berkurangan kepada jam selang setengah jam. Since sy mmg ada medical check up as usual so sa ingatkan sy pergi check up dulu lah. Mana tau bila saya pg mandi lepas tu ada darah pula keluar. Saya jadi panik sekejap sebab masa joshua tiada macam tu. Tapi saya ingat kakak sy cakap kalau ada darah keluar biasanya kalau pengalaman kakak sulung mmg tanda mau bersalin. Jadi sy ubah fikiran terus minta husband bawa pg hospital.
Sampai d hospital terus check in di wad O&G. Dalam jam 12mcm tu nurse check pattern contraction baby. Dan masa check tu sudah bukaan 3cm. Syukur masa tu bilik kelas 1 kosong jadi sy terus check in di situ. Memandangkan masa melawat 1-2 jadi husband sy n joshua pg beli makanan dulu d kudat. Mama sy pula menjual sayur. Itulah kalau sudah mau bersalin tiada siapa boleh agak. Itulah mama bapa sy tetap continue buat kerja rutin durang. Hihihi. Tinggalah sy seorang di bilik tu menahan kesakitan.
Sekitar jam 2.30pm saya punay contraction makin kuat. Sy 1 org di bilik. Yg ada hp saja sebagai peneman. Setiap kali sakit datang...sy tarik nafas. Berbahasa roh sambil minta baby cepat lah keluAr supaya sakit itu cepat hilang. Tapi sakit itu kuat sy pergi minta check nurse balik. Dalam 2 jam bukaan hanya 5cm. Bayangkan sy 1 orang dlm tu bilik. Masa tu sudah bukan masa melawat. Menahan sakit. Tiada kawan bercakap utk alihkan perasaan sakit. Apa sy buat, saya dengar lagu rohani cuba nyanyi bersama. Sakit makin kuat datang. Lepas tu tidak tertahan sudah macam pinggang mau patah dan dapat rasa ada darah keluar sy terus masuk dlm labor room. Masa tu sudah almost jam 4petang.
This time is miracle. God really answered my prayer. Bila nurse tu pecahkan air ketuban dan sakit kuat itu datang, masa tu lah nurse tu pesan once ada rasa sakit kuat dtg, teranlah. Masa tu air ketuban sudah lain color. Sy ingatkan sy mau kena ceaser sudah. Tapi nurse d kudat adalah terbaik. Cool saja durang. Dan since ingatan skill meneran masih diingat hasil tunjuk ajar dari nurse dulu masa sy lahirkan joshua, jadi sakit mau berak tu datang terus sy teran baby dgn 1 kali push panjang...and taraaaa... Lahirlah jayden dengan ambil masa 9min saja.
God is good. He really is. Kali ni sy tidak kena jahitan. Nurse tu bilang sy pandai meneran. Ahahhaha. Syukurlah. Baby pun cepat keluar. Dan lebih amazing seperti yg sy doakan berat jayden just as what i wish.
Cuma memandangkan kali ni banyak kali nurse tu 'saluk' my V katanya utk mencepatkan sy lahir yg mana mmg betul. Jadi saya sdikit mual. Apa lagi muntah balik makanan nasi ayam saya. Hehe. Tapi lepas muntah tu ok balik lah sy rasa. I feel much lighter.
Masuk saja bilik tengok2 mama sy sudah di bilik. Mama sy pun terkejut cepat saya beranak. Apa lagi husband sy. Jadi sesi melawat sebelah petangnya jam 4-8 ptg, sudah ada baby. Hehehe. Bagaimana reaksi joshua itu lain entry sy share. Panjang nanti betul entry ni.
So right now, i am a mother of two handsome boy. Joshua raphael and his lil bro. Jayden uriel. Thank you lord for this very precious gift.
1 comment:
WAH DAPAT DUA HERO! CONGRATS KUZZIE!
Post a Comment