congratulions to newly elected President of US..Barrack Obama...
5hb November, Langkawi - Selesai sahaja kertas pembentangan dari Mr. Kenji Takeuchi dari Jepun untuk sesi pertama, semua peserta 'Workshop on Food Marketing of Selected Agricultural Cooperative' pergi menikmati 'coffee break session'. Pada ketika itulah, kami melihat Presiden Baru Amerika Syarikat iaitu Sen.Barrack Obama sedang melambai-lambai kan tangannya kepada semua warga Amerika yang telah menyokonnya sehingga beliau berjaya dan menjadi Presiden yang ke-44 negara Amerika Syarikat. Negara yang antara mempunyai kuasa veto dalam Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu. Nah, saya secara pribadi ketika saya melihat siaran langsung tersebut, hati saya sangat terharu. Mau menangis pun ada. Sepertinya Roh Kudus mengingatkan saya bahawa setiap pemimpin yang dipilih itu, adalah campur tangan dari Tuhan. Saya percaya kemenangan Barrack Obama juga adalah campur tangan Tuhan dalam Amerika. Selama ini, saya tidak pernah kisah dengan siapa presiden di mana-mana negara. Yang saya tau, siapa pun -pemimpin pasti Tuhan yang campur tangan. Begitu juga dengan pilihan raya yang berlaku di malaysia... Ok forget about politics in M'sia...let me 'focus' dengan yang luar negara dulu...pada 4hb malam...saya diingatkan oleh Roh Kudus berdoa buat Amerika dengan presiden yang baru....dan doa saya malam itu ialah, "Bapa, siapa pun Presiden yang akan dipilih..biarlah orang itu punya hati yang takut akan Engkau. Saya percaya Bapa, seperti mana engkau mengasihi negara Malaysia, saya tau engkau juga mengasihi Amerika. Banyak anak-anak Tuhan di Amerika yg engkau pakai luarbiasa. Dan saya percaya mereka juga saat ini berdoa buat negara mereka. Bapa saya rindu melihat kebangunan rohani besar terjadi di negara itu. Biarlah Bapa setiap lidah mengaku dan semua lutut bertelut bahawa engkaulah Tuhan Raja segala bangsa yang berkuasa atas segalanya. jadilah kehendak mu Pa seperti di bumi dan di Surga. dalam nama yesus, Amen"...dan esok hari saya hampir lupa hari itu keputusan akan dikeluarkan. Dan seperti mana yg saya cerita di atas, Barrack Obama memenangi sebanyak 364 undian berbanding lawannya John Mccain 162 undian...Saat saya melihat lambaian beliau...saya dapat merasakan perubahan akan terjadi...bukan saja di Amerika tapi itu akan mengalir ke negara-negara lain. Saya sokong policy beliau yang mau berundur dari Iraq. Pada saya itu baik, kasian sama askar-askar Amerika, mereka rindu akan family mereka. Tentang bagaimana Iraq...biarlah kairosnya Tuhan terjadi. so...anak-anak Tuhan selain kita berdoa buat keluarga kita, bangsa kita, gereja kita, negara kita jangan lupa doakan juga anak-anak Tuhan di negara lain. sy petik kata-kata dari Pr.Great Muller "revival tidak akan pernah terjadi kalau gereja-gereja tidak bersatu. Kalau gereja-gereja masih mengutamakan denominasi, nama...tapi Tuhan rindu melihat gereja-gereja Nya bersatu menjadi satu tubuh dalam DOA"... Firman Tuhan mengatakan " Dan lagi Aku berkata kepada mu: Jika dua orang daripadamu di dunia ini(berbicara mengenai di mana pun kita berada) sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa Ku yang di Sorga. " Matius 18:19
Blessed be the name of the Lord....
No comments:
Post a Comment