Friday, July 24, 2009

3-5


Harry Potter and the half blood prince. Out of 5 star i give 3 to this movie. :)..not bad rite!
mmm, the 3 movies of Harry Potter before this (yg sy tengok dan yg sy ingat) (correct me if i'm wrong bien, ^_^), semuanya sy tengok di VCD. Dari HP dan geng2 nya dari usia kecil sehingga membesar bagai juara sekarang... sy rasa movie yang yg latest ni agak kurang perasanya.
Permulaan cerita yang agak slow... dimulai dengan kuasa-kuasa kegelapan..roh-roh hitam terbang ke sana-sini, sampailah ada kebakaran berlaku. Lepas tu, ada muka HP yang membaca suratkabar dan dia cuba mau tackle tu lady..hmmm.. macam kurang best opening dia...patutnya ada soundtrack mcam HP yg mula-mula tu...at least itu trademark bagi HP, (pd fikiran sy lah!)
Pengembangan story dari plot ke plot pun agak kurang menarik. Patutnya semakin HP and geng sudah di usia remaja ni, jalan ceritanya pun menarik lah kan. Ok dont get me wrong. Sy bukan pembaca buku HP so jalan cerita sebenar sy tidak tau, tp apa yg sy share di sini cuma pandangan seorang penonton biasa yg telah menonton HP movie sebelumnya.
Cerita HP kali ni, macam monotoneous. Tiada klimaks story. Sy tertunggu2 klimaks dia. Walaupun, pengarah cuba menonjolkan unsur-unsur emosi antara ginny-HP, Hermoine-Weasley, tapi macam tidak naik ceritanya. bahkan sy boleh katakan that part was very boring! Sebab nampak sangat HP pun tidak kisah sangat pasal Ginny. Pas tu c hermoine pula yg terlebih2 concern sama c won won(hehehhe). Tiada sudah ditonjolkan kepintaran c hermoine.
Lepas tu kematian dumbledore. Sy mengharapkan sesuatu yg dramatislah cara Prof Dumbledore tu mati. Ni sekali sihir oleh si snape terus lenyap. Tiadalah unsur2 dramatis antara snape dulu dengan dumbledore. Sebab ni antara orang yg mempercayai seseorang dan seseorang yg telah mengkhianati kepercayaan itu. Pasti sadis kan! Patutnya itulah klimaks story dia, tp itu pun tidak menjadi! Boleh sy katakan dumbledore mati katak! mati sia-sia. Sy teringat pertarungan hebat antara 2 sahabat iaitu Naruto dan Sasuke. Sy menangis tengok mereka berlawan. Betul2 nampak emosi si naruto dan sasuke. Antara kawan dan lawan, antara impian dan sahabat. Sy turut merasakan perasaan itu. Sebab itu boleh mengalir air mata. Tapi Prof Dumbledore? patutnya suasana lebih sedih yg dapat buat penonton turut sedih dan dapat merasakan apa yg prof dumbledore tu rasakan. But me, sy sempat berfikir...'apa begini saja dia mati..huhuhu'
But then, sy tetap bagi kredit sama HP. Kenapa? sy suka nilai-nilai persahabatan yg tetap dipertahankan antara hermoine-HP-weasley. Bagaimana c HP cuba membangkitkan semangat c weasley utk bermain dalam sukan aa mm,lupa pula sukan apa yg famuos di hogwarts school tu, (pa sudah tu bien). Gaya macho c weasley menangkis bola. Cara si HP menenangkan Hermoine. Dan sy suka itu adalah ketika suasana di kelas Posyen oleh Prof Horace Slughorn. Itu sedikit sebanyak membuatkan sy ketawa cara mereka menyediakan luck posyen tu. Kalau sy diberi peluang bagi masukkan sama next pengarah HP, 'apa kata kamu buat scene yg lebih banyak dalam kelas, suasana student belajar magic, pasti itu lebih santai dan ada unsur humor'.
Dan banyak juga watak yg kurang ditonjolkan dengan bagus, macam Hagrid, even si Draco pun kurang menyerlah 'kegarangannya'. Prof yg perempuan tu (ai lupa lagi nama dia)...pun kurang memberi impact. But she did have done the good job in this movie.
hmmm,,,apapun, tahniahlah HP sebab masih dapat terus bertahan sehingga hari ini. Penonton masih tetap menanti-nantikan cerita yg seterusnya. Sy bukan juga a very die-hard fan of HP tapi sy tetap suka tengok cerita HP.
Ok last but not least pandangan sy sebagai anak Tuhan. Cerita ni pada sy, kalau sy ada anak dibawah umur 7 tahun, sy tidak akan bagi mereka tonton. Sebab anak2 dibawah umur 7 tahun sangat mudah menangkap sesuatu gambaran dan kalau gambaran itu salah itu yg bahaya! Apa lagi mereka percaya, mereka boleh terbang pas tu bersama-sama dengan kayu sakti ada mantera yg dibaca, itu sangat tidak bagus. Mcm sy tengok movie ni, sy santai sy tidak kisah pada magic-magicnya tp sy lebih memperhatikan nilai pada sstu movie itu. Sy ingat lagi ada kawan sy, setiap kali dia menonton wayang especially wayang seram, dia akan berdoa supaya apa yg dia tengok tidak akan melekat di fikirannya.
Demikian movie ni, spt yg share tadi, sy terhibur dengan lawak 3 sahabat itu. Dan nilai persahabatan yg ditunjukkan.
Btw, sy happy sebab tahun ni sy tengok 3 movie yg sy anggap BEST! Pertama itu, 17 again, kedua tu Hanna Montana the movie dan yg ketiga ni HP. Tiga2 ni sy enjoy dan kalau urutan sy, yg terbaik itu, 1-17 again, 2-Hana Montana, 3- Harry Potter.
Utk teman2 yg belum tengok HP, jangan terpengaruh dengan ulasan sy. Itu pandangan sy secara pribadi, lain orang lain fikirannya. yg penting enjoy saja!

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...