Friday, July 24, 2009

Masuk Pencuri

Teman2 masih ingat ka rumah sy yg pernah dimasuki oleh pencuri sekitar hujung tahun lepas?

Nah, apa yg berlaku semalam, sekali memeranjatkan kami serumah. Sekitar jam 6.40pm macam tu sy dan aideline sampai rumah sy terkejut sebab pintu pagar rumah kami terbuka. Sy ingat housemate sy c giu sudah balik tapi sy tengok teda keretanya. Sy mulai berfikir, takkan ada orang masuk rumah kami lagi!

Tapi sy buka pintu, padlock masih ok, teda unsur2 pecah rumah. Tengok dalam rumah (tingkat bawah), macam biasa, TV, komputer masih ada dan suasana rumah sama spt yg ditinggalkan. Jadi sy mulai fikir,'o mungkin pagar saja kali'. Tapi tidak lama tu, kawan sy c aideline tanya sy..'ging, kenapa tingkap kamu macam ni. Cermin pecah. Besi dia bengkok.' Sy mulai tidak sedap hati. Sy berlari naik atas dan sy melihat pintu bilik giu terbuka dan habis laci mejanya dibongkar dan suasana biliknya yg bersepah macam orang yg mau cari sesuatu. Lepas tu langsung sy ingat ada duit CG dan duit dept pendidikan yg sy letak atas meja sy. Terus sy buka bilik sy. Bilik sy tetap dalam keadaan sama, duitnya masih ada cuma sy tidak pasti ada kehilangan duit atau tidak sebab sy tidak kira duit dalam yg sy pegang tu. Sebab tu sy tidak pasti ada kehilangan ka tidak.Then, c giu balik dia check2, so adalah sekitar RM1++ yang hilang. Syukur duit yg lain pencuri tu tidak nampak.

Kalau lihat dari segi 'bukaan' yg pencuri tu buat, pasti yg dapat masuk rumah cuma orgnya yg bersaiz kecil. Sebab dia masuk melalui tingkap. Dia pecahkan 2 cermin. bengokkan besi. Hmmm.
Dan pencuri itu sempat meninggakan kamera (jenis filem) di bilik c giu, cuma kami belum check apa isi dalamnya.

Kalau kes sebelum ini, kami cuai. kami tidak pasang padlock pada pagar dan pintu. tapi kali ni dari segi unsur2 keselamatan kami sudah berjaga-jaga. Cuma itu sajalah, jendela kami tidak ada grill. Nampak gayanya, dengan keadaaan begini kena 'paksa' tuan rumah tu pasang grill juga. Memandangkan kami tidak ada tempat yg difikirkan sesuai untuk kami tinggal selain di situ. Dekat dengan gereja, sy dekat di Putrajaya, c naran di Mardi serdang dan c giu di serdang raya. So jangka masa tuk tinggal masa lama. Unless, each of us decided to go back to sabah-back for good.

Apakah Tuhan tidak memperhatikan kami? apakah Tuhan tidak menjawab doa-doa kami? APakah Tuhan tidak melindungi?

Pagi ni as i was driving to office, sy berkata kepada Bapa, sekalipun hal ini terjadi dalam kehidupan kami, but i will never question You're protection to us. Iblis mungkin mau menggunakan situasi ni tuk membuatkan kami berfikir, apakah Engkau sungguh2 melindungi kami dari malapetaka. Tapi Bapa, kami pegang janji Mu, bahawa Engkau turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yg mengasihi Engkau. Apa yg terjadi kepada kami, kami akan jadikan pengajaran. Kalau mau benar2 selamat, unsur keselamatan rumah di bandar ni jangan alang-alang. Pasanglah segala yg ada. Kerna ada macam ragam manusia, sebab itu benarlah kata firman Tuhan, kerana cinta akan uang adalah akar segala kejahatan. Pabila manusia begitu mencintai akan wang ringgit/kekuasaan/kedudukan beginilah jadinya. Manusia akan menjadi jahat, manusia sudah tidak takut akan Tuhan.

Sebut pasal keselamatan, sy terfikir begini sebagai anak-anak Tuhan yg sudah diselamatkan dari alam maut, saat kita percaya Yesus, kita juga jangan alang-alang dengan hal keselamatan. Tapi apa kata Paulus dalam Filipi 2:12~Hai saudara-saudaraku yg kekasih,kamu senantiasa taat;karena itu TETAPLAH KERJAKAN KESELAMATAN MU dengan takut dan gentar...~
Kita tidak berhenti setakat percaya Yesus dan terima Dia dalam hati tapi kita juga harus mengerjakan keselamatan. Kerna itu kita harus tunjukkan BUAH dari pertobatan kita. Kita harus berbuah,berbuah dan berbuah.

emm, macam -macam juga kan hal di dunia ni kan. Tp Bapa ampunilah pencuri yg melakukan hal itu. Sebab dia tidak tau apa yg dia lakukan. SY berdoa Bapa, suatu waktu dia akan menemukan kebenaran itu di dalam Engkau, berbalik kepada Mu dan mengaku Engkau sebagai Tuhan dan Juruselamatnya. Dalam nama Yesus. Amen.

1 comment:

vivien_capri said...

bawa tu kamera tu p balai pulis. atau ko p cuci tu gambar, manatau tu pencuri sampat posing pakai tu kamera kan...sinang sket mau p tangkap..

tapi hati2, kamera dia tetinggal, ada kemungkinan dia balik p rumah ko mo ambi tu kamera...

bawa bodyguard at all time...huhu

rumah kmu ni mmg kana 'pok' suda ni ba..bahaya

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...