Monday, September 28, 2009

Di sana dan di sini

hola...how's life going on?

as for me, the past 2 weeks were so hectic but it is my very precious moment...

Sy mulakan dengan CG SIB Wangsa Permai. Kalau seminggu sebelum itu, sy ke CG Kuantan, kali ini sy ke WP. Yang bestnya, CG itu dibuat di MBS Rawang. Hehee, sy suka MBS Rawang sebab apa, makanannya SEDAP!.. Sy ke sana bersama-sama dengan Pr, tini, bum, rolandsisen dan oscar. Kali ni team yang berbeza. Kecuali tini yg setia bersama sy..hehehe. Pergi dengan misi untuk melayani dengan fungsi yang berbeza-beza. Pr sebagai trainer untuk 3 sesi. Sy di multimedia sekaligus, sbg WL dan pendoa. Tini sebagai pendoa dan urusan makanan. Bum sebagai pemusik dan pendoa. Roland dan os sebagai pendoa. Satu fungsi kami yg sama ialah pendoa. Ini kerna CG WP adalah yg 1st time jadi semua admin dari WP pun terlibat. jadi kami secara langsung jadi admin di sana. Respon mereka, dahsyat!Luarbiasa!mantap!Dari sesi ke sesi peserta mengalami pemulihan,pelepasan dan sukacita terpancar di wajah masing-masing. Di akhir sesi kesaksian, banyak keluarga yg mengalami pemulihan dan bebas dari kisah silam yg disimpan bertahun-tahun lamanya. Aduh!dahsyat sekali. Air mata sy tidak henti mengalir apabila ada keluarga yg mengalami pemulihan. Yg sy tidak lupa, apabila semasa sesi pembaptisan, sy lupa yg sy ini dari serdang.hehehe. ketika upacara pembaptisan, ada sesi praise dan worship yg mengiringi upacara tersebut..sy jadi WLnya dan nyanyi terus menerus. Sy merasakan WP dekat di hati sy. Sy gembira melihat ramai di antara mereka yg dipulihkan dan HAUS akan perubahan. Praise God! Buat teman2 di WP, maju terus ya! Jangan berhenti setakat di CG. Keep on fire!

Cuti Raya! Sy berkesempatan mengikuti KDC selama 3 hari 2 malam. Orang lain bercuti raya, pergi rumah terbuka, berehat di rumah, jalan-jalan, tapi sy dan bbp teman ke seminar KDC. 3 hari 2 malam, benar2 menggoncangkan paradigma sy sebagai anak Tuhan selama ini. Sesi pertama saja, sy ditegur oleh Tuhan. Wah, selama sy tau walaupun orang tidak melihat sy, Tapi Tuhan melihat sy, apa yg sy lakukan di tanah yg sy pijak. Sy lupa, yg tanah yg kita pijak boleh berkata-kata melaporkan kepada Tuhan apa yg sy lakukan. Persoalan pak wiryo masa itu, kalau tanah melaporkan kepada Tuhan, apakah itu laporan nya Merah atau Biru? Sy rasa semua faham, kalau di sekolah dulu merah itu tandanya gagal dan biru itu tandanya lulus. Nanti kalau tanah Putrajaya melapor sama Tuhan sy tidak mau dilaporkan merah!Sy mau berubah!dan perubahan itu bukanlah perubahan sampai terjadi suatu perubahan. Hal yg paling sy tangkap dan sy simpan ialah Mulakan apa yg sy ada sekarang. Setia kepada apa yg Tuhan percayakan kepada sy sekarang, sampai waktunya nanti Tuhan akan bawa saya kepada panggilan yg spesifik buat sy. And I have faith in that!

Lepas KDC, 3 hari di Klang, 2 hari di serdang dan WP Putrajaya, 2 hari seterusnya sy ke Seremban untuk CG SIB Serdang. Sy bersyukur semua berjalan dengan baik. Sy bersyukur untuk tim SPK yg sentiasa sedia melayani..bahkan sy bersyukur 2 hari 1 malam di sana, apa yg lebih indah itu adalah melihat perubahan demi perubahan, dan sukacita yg jelas pada wajah masing2. Benar FT mengatakan dalam 1 Yoh 1:9 'jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan'. Apa yg perlu dikerjakan sekarang ini ialah, follow up jiwa-jiwa itu terus menerus sampai mereka mengalami pemulihan yg seutuhnya. Cabaran itu adalah sewaktu kita di dunia kita sebagai pekerja, pelajar, surirumah dan apa saja yg kita lakukan. Tapi dalam setiap situasi kita tidak berkeseorangan sebab ada Roh Kudus sebagai penolong kita. Makanya kita tetap kuat asal kita tetap diam di dalam Kristus.

Wah panjang lebar, coretan demi coretan. Bulan September semakin mendekat kepada penghujungnya. Tinggal 3 bulan lagi sebelum 2009 menutup tirai dan tinggal 1 tahun 3 bulan sebelum RMK-9 say bye-bye and hello to RMK-10(tiba-tiba pula kan!). Great things in future is waiting for me. Sy mau melangkah dengan penuh keyakinan dan syukur sy kepada Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Kudus yg senantiasa menyertai perjalanan hidup sy.

Be blessed. ^_^

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...