Thursday, October 22, 2009

TQ Lord

Note: Entry ini agak panjang, jadi kalau rasa macam kurang berminat mau teruskan, sila lah klik x di sebelah sudut kanan page ini, tq.

‘setiap doa yang kita naikkan pasti tidak kembali dengan sia-sia’

Sy rhema dengan statement ini. Ini sy dengar dari Pr yang mengajar kami di SEDO Bukit Zaitun..aise nama canggihkan! Ya, SEDO itu maksudnya Sekolah Doa. Tapi bukan pasal SEDO yang sy mahu cerita tapi sy ada sesuatu yang pada sy luar biasa terjadi!

Sewaktu sy balik kampung, sy sempat ‘ditahan’ oleh bbp orang kepimpinan gereja PCS kg sy. Sy sebenarnya sudah dapat mengagak apa yang bakal dibincangkan. Sy berdebar-debar dan i keep on praying minta RK tolong beri hikmat untuk sy dapat menjawab.

Isunya adalah mengenai gereja kg sy mau laksanakan perpuluhan di kalangan jemaat. Perkara ini sebenarnya tidak baru bagi orang-orang Percaya sebab ini memang perintah Tuhan dalam Malekhi 3. Tapi bagi gereja ini, perpuluhan adalah suatu yg baru dan perlu pelaksanaan yg teliti dari mereka. Ada kertas kerja untuk laksanakan..betul2 seperti cara dunia sekular...sebelum implement sesuatu mesti ada kertas kerja...

Ok ceritanya, setiausaha gereja menerangkan kenapa gereja mahu mulai laksanakan perpuluhan. Gereja kg sy merupakan pilot projek utk PCS Pusat bagi projek 1 Gembala 1 jemaat. Dan itu sudah dilaksanakan tahun ini, di mana gaji Pr akan dibayar oleh gereja itu sendiri. Dan s/u itu tekankan kpd sy, utk melaksanakan hal ini, perlu sokongan dari semua jemaat di kg ini khususnya kepada semua yg sudah bekerja sama ada kerja di kudat, KK, atau semenanjung atau di tempat lain. Dia tekankan lagi khususnya kepada pekerja yg gred 41 ke atas. Dalam waktu s/u itu menerangkan, sy tau dia pasti mahu dengar stand sy dan pendapat dr sy. Sy berdoa minta sekali lagi RK tolong sy berikan pendapat based on kebenaran FT.

Apa terjadi, selesai s/u itu menerangkan, sy mulaikan dengan membuka bible dan rujuk di Mal 3. Di situ, sy mulai perkatakan apa tu perpuluhan dan kenapa perlu memberi perpuluhan dan yg paling penting ke mana harus sy beri perpuluhan itu. Waktu sy explain, sy boleh rasa suara sy bergetar. Kenapa, sebab orang yg terangkan itu adalah org2 yg memang mengkaji alkitab...yg lebih lama dari sy. Entah kenapa sy nervous. Tapi, sy terangkan saja. Dan selesai sy terangkan..tiba2 s/u itu bercakap dengan sy begini ‘sy tidak tau kalau kamu ni ada sekolah alkitab tapi memang ko banyak tahu tentang alkitab. Kami mahu pertolongan dari kamu untuk bagaimana supaya kami dapat terangkan hal ini kepada jemaat’.

Dan hari itu, sy, adik sy, mama sy dan uncle sy yang juga bendahari gereja duduk berbincang mengenai pelaksanaan perpuluhan. Sy tidak berhenti bersyukur... kenapa, selama ini sy berdoa supaya belas kasihan Tuhan turun kepada semua pemimpin gereja di kg sy, sy rindu melihat hati setiap pemimpin sungguh2 berbalik kepada kebenaran FT. Cuma sy tidak tahu aksessnya ke mana. Sy tidak berani mengutarakan pendapat sy kpd exco gereja sebab sy pernah mengalami penolakan dari mereka. Jadi di situ sy belajar, biar Tuhan yg buka jalan untuk sy.

Malam itu juga, perbincangan yg panjang lebar diselitkan kesaksian sy memberi perpuluhan, plus apa yg sy pelajari sepanjang sy jadi MG di serdang. Bahkan mereka mahu ada contoh dari gereja yg sy berbakti sekarang. Wah! I am so happy. Sampai terjadi Curhat malam itu. Uncle sy cakap sama sy begini, ‘moi, sy tau ko sembahyang di gereja lain di sana, tapi jangan lupakan kami di kg. Sekali sekala sms lah kami FT yang memberi semangat kepada kami’... sy terkejut! Apa tidak, sms2 ini memang dibuat sebab kami ada komit2, dan sy tidak menyangka yg mereka juga mahu. Tuhan itu luar biasa, sy percaya bila waktunya Tuhan, memang semua berjalan dengan lancar.

Sy mulai merasakan Tuhan meletakkan beban dalam hati sy untuk melakukan sstu bagi gereja ini. Sy percaya gereja ini akan dipulihkan dan akan bangkit menjadi 1 gereja kesaksian khususnya di kalangan gereja PCS.

2 comments:

PriNceSs AdOnAi said...

naaa... kompom sudah ada panggilan balik sabah tu moi...:D

ladang sudah menguning dan siap untuk dituai! chayo!!

rennylesa said...

hehehehe.. iya kan bah jac...

kena betul2 ada green light...BAPA kasi confirm dari setiap sumber...baru sy melangkah...

For the time being, sy mau mulai dari ini dululah projek perpuluhan ini..

Sokong sy dalam doa jac...supaya sy jelas panggilan sy...

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...