Monday, January 18, 2010

Teringat!?

Cerita hilang di lautan... cerita lanjut klik sini

Pagi ni, waktu baca kosmo ONLINE..sy terbaca cerita ni. Selalunya sy jarang2 baca kes seperti mati lemas, banjir.. selalunya baca tajuk jak isinya tidak dilanjutkan. Tapi cerita yg sy baca kali ni agak menarik perhatian sy.

Bagaimana perahu yang dinaiki terbalik gara-gara dipukul ombak menyebabkan seorang guru dan seorang student mati lemas manakala 4 masih hilang. Di atas perahu itu kalau sy kira ada 18 orang. Sebab 12 daripadanya selamat dengan berenang sendiri sejauh 100 m ke tepian laut. Ini mengingatkan saya pengalaman sy menaiki whaler pertama kali tahun 2007 menuju ke Pulau Rumbia dari Lumut. Waktu kursus spt itu adalah wajib bagi PTDians.

Dalam whaler itu, kami lebih kurang 14-16 orang. Diiringi dengan seorang ahli outbound lelaki yg memang sudah biasa dengan dimensi laut dan seorang wanita yg kira pelapis juga. So kami pegawai2 muda PTD masih itu, ada macam-macam jenis lah. Ada yg memang biasa dengan laut dan pandai berenang, ada juga yg biasa juga dengan laut tapi tidak pandai berenang macam sy, ada yg memang tidak biasa laut dan ada juga yg fobia dengan air..so tidak kiralah air laut, kolam renang asal namanya air, fobia di situ.

Perjalanan ke Pulau Rumbia sangatlah jauh pada saya. Ini kerana, kami start mendayung seawal jam 8pagi (kalau nda silap) kami cuma sampai di Pulau itu sudah hampir senja. Perjalanan pergi cuaca sangatlah baik, panas dan ada angin yang membolehkan kami tidak berapa penat untuk mendayung. Penat mendayung itu cuma di awal2 saja. The outbounders yang mengiringi kami tu, beritahu kamilah, nasib kamulah hari ni berlayar, sebab kita melawan arus so perjalanan akan ambil masa lebih sikit. Ehm, tidak banyak yg sy ingat sepanjang perjalanan pergi kami ke Pulau Rumbia, sebab sy lebih banyak mendiamkan diri dan tidur sebanyak mungkin sebab sy mudah mabuk laut!

2 hari 1 malam di Pulau yg penuh dengan babi hutan, dan mandi dengan air perigi yg sudah lama ditinggalkan, tidaklah sebest yg sy rasa! Mungkin sebab sy bukan pemburu, sy fikir kalau teman2 sy di church yg ke pulau rumbia, habis diburu babi hutan itu..hihihiih :D. Tapi yg meninggalkan kesan sy adalah perjalanan pulang kami ke Lumut ke base kami semula. Di awal pagi, langit sudah bewarna gelap menandakan cuaca tidak baik dan akan berlaku hujan dan kilat. Dan apa terjadi, memamg mencabar perjalanan pulang kami. Ombak sangatlah tinggi, hujan sangatlah lebat, our whaler sudah terombang ambing di tengah-tengah lautan. Sy imagine, kalaulah ombak sangat mengganas seperti yg terjadi di berita hari ini, sy tidak dapat imagine di mana sy sekarang. Mungkin sudah bersama BAPA di Surga. Even sy ada life jacket, tapi berapa lama akan dapat bertahan di tengah2 lautan yg macam padang jarak padang tekukur. Syukurlah kes di George town, jarak mereka dari tepian laut dalam 100 m at least masih boleh kata dekat. Dan yg pentingnya mereka pandai berenang..wah syukurlah mereka selamat!

Pengalaman berada dalam situasi itu, sy hanya mampu berdoa Tuhan selamatkan kami. Sudahlah kami basah kuyup kena hujan pas tu kena pukul ombak lagi. Kami punya cikgu laut tu, yg pd mulanya nampak tenang ada sedikit mulai goyah juga pada wajahnya. Tapi dia tetap mengawal keadaan. Sekali sekala dia akan suruh kami, 'ok semua ke kanan' (bila whaler lebih dipukul ke kiri, kami perlu balance), kadang2 dia suruh kami ke kiri. Dan seorang teman kami di tugaskan jaga bendera belakang(sy tidak ingat apa nama dia tu) lagi kesian sebab dia hanya berseorangan kesejukan dan lagi mencabar dia sedikit pun tidak boleh lari fokus. Kami yg ditengah2 kesejukan mencari pasangan sesama jenis saling berpelukan dan memanaskan badan. Sejuk Sangat2x!! Sampai ada teman kami yang meracau sebab kesejukan yg melampau.

Tapi syukurlah, Tuhan melindungi kami semua walaupun hampir mau dekat pengkalan our whaler dimasuki air dan cikgu kami pantas bertindak menyuruh kami cepat2 keluarkan air yg masuk. Di situ sy muntah. Tidak tahan sudah! Apapun semua selamat. Sampai saja kami di darat, perkara pertama kami buat berbaring di darat kegembiraan dan penuh kesyukuran sebab masih diberi kesempatan menjejakan kaki di atas darat! Walau pun semua wajah2 kami macam ikan masin yang layu. Kesian betul!

Apapun kan, sy percaya Tuhan izinkan hal sedemikian berlaku kepada kami untuk kami alami suatu pengalaman yg baru dan itu membuatkan sy untuk lebih bersyukur setiap waktu dan setiap detik akan nafas yang Tuhan berikan buat sy sepanjang hari.

Untuk keluarga mangsa, salam takziah. Dan sy berdoa 4 mangsa yg hilang akan ditemui dan sy berdoa biarlah mereka selamat.



Ingatan Seumur hidup ^^ (picture taken after the kejadian dan sudah berada di pengkalan semula :D)

2 comments:

vivien_capri said...

hehehe...sia FOBIA air!

but still managed to kayak and whaler in OBS. macam mana? I block any image of what lies below the safety of my little kayak in the middle of the vast ocean.

kalau sia pikir banyak, mimang melolong nda mau naik kayak.

tapi I just enjoy the moment and try not to think too much of my hydrobhobic-ness.

and, thank God, I survived despite the fact that selama whaler tu mimang hujan lebat gila, ombak pun kuat sampai whaler kami kana tarik mother board lepas nda sampai2 ke destinasi :D

hampir mau tidur di tengah laut..give up.

Hehe..

I'd very much love p kayak di putjya ni, tapi fuh, lepas tingu berita semalam, cancel....huhuhuh

nda pa la,naik gunung aja la :D
peace!

rennylesa said...

sama lah bien..whaler kami pun kena tarik mother board juga...

tidak dapat tidur time hujan lebat tu...memang rasanya macam 'cepatlah sampai2x' itu saja dalam fikiran.

Kayak?eee sy tidak suka kayak..lagi menakutkan dari naik whaler. sebab 2 orang saja..:D. Tapi berjaya juga lah keliling tu Pulau Pangkor.

Sy rasa sy pun nda kan cuba lagi rasanya naik kayak ni atau mana2 whaler lah. Satu kali experience macam sudah cukup.

Naik gunung..yes i'm looking forward for that too...:D

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...