Tuesday, March 23, 2010

Kenangan Terindah Ku

Sy seorang yang suka tengok gambar lama-lama....then tersenyum sendirian..sebab teringat kenangan yang melucukan...semalam, (sejak akhir-akhir ini, sy tidak dapat tidur awal)...sy buka balik semua gambar aktiviti2 gereja yang sy pernah handle.... dan dari banyak-banyak gambar sy mendapati ada 2 gambar yang paling sy suka dan sy ingat.

Yang pertama tu, gambar ini ↓.

Ni sewaktu ESC 2009. Perhatikan gambar ini. Yang specialnya gambar ini ialah, gambar ini diambil selepas kami semua berjaya 'menghuru-harakan' finale ESC. Dan semuanya adalah AJK Wanita ESC 2009. [walaupun keyboardist kami tiada dalam ni..huhuhu kalau nda lengkap]. Ini adalah senyuman kegembiraan, kemenangan, sukacita yang nyata terpancar yang seolah-olah menandakan we finished it very well! Sy rindukan masa ini, saat kami seperti 1 keluarga dalam pelayanan ini. Waktu senaman semua turun, tiada yang terkecuali. Waktu makan sama-sama. Oh how I miss ESC 2009. Dan yg buat sy ketawa lagi tu, teringat kejadian-kejadian yang melucukan. Macam 'terbuka 2 terbuka 4'..ahahahha...can't never be forgotton! Cerita Keluarga Budi yang melucukan, teringat muka c ging yang sampaikan itu. Duiii lucu gila! Kisah, tertidur sewaktu sesi..ayaaa..lucu betul!

Gambar kedua yang sy suka adalah ini ↓.


Ini diambil sewaktu CG angkatan 3. Perhatikan kami tidak ramai masa ni, dan masa ini juga tempat dia bukan di MBS bukan di STM tapi tempat baru yang kami cuba-cuba iaitu di Nube Training Centre di PD. Yang membuatkan specialnya gambar ini di hati saya ialah, ada seorang teman yang sy bawa ke sini mengalami Kristus serta penerobosan yang sungguh. Dia terbuka dan kalau sebelum ini dia merasa dirinya ditolak oleh teman2nya, tapi di CG ini dia dipulihkan dan teman2nya menopang dia untuk bangkit semula. Masa ini, manifestasi Roh Kudus begitu dahsyat sehinggakan para tim SPK tidak cukup tangan terpaksa minta tolong yang tukang ambil gambar tuk turut serta melayani. Di sini, sy merasakan nilai kekeluargaan yang amat sangat antara kami semua. Yang bestnya lagi, sesi kesaksian, tim admin nya sekali nda sabar mau bersaksi. I guess, ini hasil doa yang ditanam sebelum CG. Yang menambahkan specialnya lagi, CG angkatan 3 jatuh pada waktu birthday saya yang ke-26. Dan teman2 sy meraikan sy dengan kek serta b'day kad yang sangat bermakna buat saya.

Apakah maksud sy membuat entry ini?entahlah sy pun kurang pasti. Its just that, so many things happened during my 14 years here ini Penisular M'sia and 9 years at Serdang, Selangor. Saya pasti sayang untuk meninggalkan semua ini suatu hari nanti. Apakah keluarga rohani seperti ini akan sy dapatkan kalau sy sudah kembali ke negeri asal sy nanti? apakah akan ada aktiviti seperti ini lagi yang akan sy tempuhi di masa akan datang?

Tuhan saja yang tahu!

6 comments:

PriNceSs AdOnAi said...

ko akan dapat keluarga begitu sini ging... hehehhe... jangan risau!

rennylesa said...

huhuhuu...rindu sy sama kau jac..busy sangat ka kau?

hehehee, sy harapkan macam itulah ging. Sy just tidak dapat imagine suasananya nanti...

PriNceSs AdOnAi said...

iya...busy sangat bulan ni... tidak tu, sia percaya ko lagi akan bawa jiwa baru nanti :D i believe in you and in HIM who is evidently working inside you :D

rennylesa said...

tq jac for the words...it's like penghiburan untuk saya...aahhahaha

macam kau nda sabar jak sy ni dapat balik sabah o kan... :D

PriNceSs AdOnAi said...

dasar batu api ba ni :D hahahhahahahahaha

PriNceSs AdOnAi said...

dasar batu api ba ni :D hahahhahahahahaha

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...