Semalam, sy agak lama bersembang-sembang dengan kawan sy mendengarkan planning dia tuk masa akan datang...oleh kerana dia bercakap, maka sy diam. Orang yang temperamen cermat ni, memang detail betul dalam planning dia. Sy kagum dengar planning dia sampai tiada peluang utk sy menyampuk.ahahahaha.... But good for you lah my friend. No wonder waktu sy di interview POD dulu dengan Pr Roy, dia siap nasihatkan saya, 'kamu harus belajar dari orang-orang dominan dalam membuat planning.'
Masa itu, sy tidak berapa sure kenapa sy perlu belajar dari orang dominan. Setiap orang akan ada planning dia sendiri, apa yg perlu dibuat masa akan datang, cuba membayangkan apa yg akan berlaku 5 thn akan datang, 10 tahun akan datang... sy pun sudah planning sebenarnya, apa yg sy akan lakukan...cuma mungkin ya tidak sedetail kawan sy ni.
Cakap pasal planning ni, sy sedang menanti hari yang sudah lama sy tunggu2... esok last sy kerja dalam minggu ni sebab sy akan bercuti panjang selama 6 hari. Kali ni percutian sy bukan dalam M'sia, tapi pertama kalinya sy akan melawat ke negara jiran iaitu di Batam, Indonesia. :D. Sebenarnya sy memang lama sudah mau planning mau ke Batam. Dulu kami MG ada planning itu mau ke sana last year, tapi planning yang tidak menjadi akhirnya sebab komitmen setiap MG tidak sama masa tu. Jadi di KIV dulu.
Tapi tahun ni, sebenarnya ada planning mau jalan2 juga, tapi entah macam mana satu malam tu, sy sms sama Bapa rohani saya. Dia cuma cakap 'kamu plan saja, bila mau ke sini'. Terus the next day nya sy tengok tiket dan 2 hari kemudiannya langsung beli tiket ke Batam. Ada ciri2 spontaneous? Macam kan! Tapi kalau sy tidak buat macam tu, rasanya lambat lagilah akan ke sana, sebab terlalu banyak pertimbangan yang pada akhirnya TIDAK JADI! I dun say, cara sy ni bagus. Still planning tu perlu ada. Tapi sy ni ada tujuan yg pasti akan ke sana baru planning nya menyusul!hehehehe
So ... pertama kalinya sy akan melihat negara orang lain dan yang yg lagi dahsyat tu, sy ke sana seorang diri. At first, rasa excited sy tidak ada rasa takut sebab sy tau di sana sy jumpa keluarga rohani saya juga. tapi semakin mendekat tarikh ke sana, ada sedikit gementar sebenarnya. Minggu lepas, Ka James beritahu sy di mana sy akan tinggal, dan sy sedikit macam 'ah, sy satu orang saja'... terus terasa sedikit risau. Tapi BR sy tu tegur sy 'kamu ni, meragukan pengaturan ka ya?' Nah kan, hal ini menegur saya tadi. Kalau sy pandai meragui Bapa rohani saya, apa lagi Bapa di Surga yang tidak kelihatan. Sudah BAPA bilang 'jangan risau, jangan khuatir' tapi tetap masih ada rasa risau, kuatir. Betul lah kutbah Pr Nathaniel ahad lepas, pertama2 kita harus mengalami dulu SESUNGGUHNYA dengan BAPA di Surga, then baru kita boleh sharekan itu kepada orang lain. Kalau BAPA bilang, DIA akan menyertai sy keluar masuk dan tidak meninggalkan saya maka sy harus pegang itu. Sy pernah mengalami pemeliharaan Tuhan dalam hidup sy, tapi itulah 'Manusia ni mudah lupa' harus diingatkan berkali-kali, no wonder 'Berbahagialah mereka yang tidak berjalan dalam jalan orang fasik, yang tidak berkumpul dengan kumpulan pencemooh tetapi yang kesukaanya merenungkan taurat Tuhan siang dan malam.....apa saja yang diperbuatnya akan berhasil'. [Mazmur 1 ~ tidak berapa hafal tapi lebih kurang beginilah bunyinya]. Makanya, perlu sangat hari2 diingatkan FT supaya kita tetap ingat janji Tuhan dan berbahagialah mereka yang bukan saja mendengarnya tetapi melakukannya.
Aise, meleret pula saya kan! Tapi itulah sebenarnya. Dan itulah diri saya. :)
But anyway, I'm looking forward for my vacation there. I know I'll be safe (^_~), God is with me and His angels is with me. :)
Oleh2 teman? hehehe, mana yang sy dapat beli, adalah tu ah.
Have a blessed day, and be a blessing to others too. GBU
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A decision to make... is it for better or worse?
Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...
-
Duduk di Kementerian ini memang banyak hal yang tidak terjangka...one minute you still hold the position the next day u got transfer order.....
-
i は悪いと悲惨なを感じる。 私は私の間違いである知っていた。 申し訳ありません主低下するの私です。 私は私の に横たわってされてしました。 主よ、許す私。 腹を私と私の を行う i たびに悲しいなかで感じる。 ちょうど願っていないは彼女はことを教え、偉大な従業員となりすぐ雇...
-
I love cooking... :D Bukan sebab sy ni perempuan dan harus pandai masak, atau sebab mau kawin so kena belajar masak, tapi sy suka memasak si...
1 comment:
selamat berjalan..
ekekkeke
bon voyage!
p/s jan lupa duit purple sia :D
Post a Comment