Monday, June 28, 2010

Jalan Pengikut Kristus

Sy menghilangkan diri dari SIB Serdang, selama 3 minggu. Termasuk semalam, sy tidak ada di ruang utama sebab sy melayani di Gereja ANak. Jadi banyaklah sy macam terlepas dari cerita ceritera jemaat SIB Serdang ni. Termasuklah kelas terakhir SPK semalam 'Jalan Pengikut Kristus'. Sy tau ada rehearsal petang tu, tapi sy 'terlupa' masih ada kelas terakhir rupanya.

So sekitar, jam 130 mcm tu sy naik di ruang utama, sy baru tau juga, sy kena WL tuk kelas SPK yang terakhir. Mmm... 'pelayanan adalah 1 kehormatan bagi sy'.

So, tunggulah kehadiran teman2 lain ni..sampai mau dekat jam 215 masih ruang kosong sangat kelihatan! Sampai sy bergurau dengan Bro Yuno 'bro, mana pengikut Kristus yg lain ni?, durang ada jalan lain ka?' terus Bro Yuno balas gurauan sy 'mungkin ada yg tersangkut di padang gurun'. Hehehe. Yg faham, fahamlah tu kan maksud kami ni.

Tapi tidak kisahlah, yg sy mau share ni berkat yang sy dapat dari sesi 'Jalan Pengikut Kristus' yg disampaikan oleh hambanya Bro Mike. [hahaha, soon mungkin Pr lah kot]. Sebenarnya sy baru perasaan, tiada point yang jelas yg diberikan tapi melalui ilustrasi dan gambar yg disampaikan sy menangkap nilai2 apa maksudnya 'Jalan Pengikut Kristus'.

Perhatikan ayat ini 'Mat 7:13 “Masuklah melalui pintu yang sesak itu, karena lebarlah pintu dan luaslah jalan yang menuju kepada kebinasaan, dan banyak orang yang masuk melaluinya; karena sesaklah pintu dan sempitlah jalan yang menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya."

Kenapa ramai orang suka memilih jalan yg lebar? Sbg seorang driver sy memang suka drive di Highway. 1-sebab jalan luas, 2-selesa 3-ada 3 lane, so boleh speeding [ok ikut had laju juga :p] 4 - mau take over pun best, sebab tidak sama dengan kereta yang bertentangan. Tapi kalau jalan yg sempit, sy fobia, sebab dulu sy pernah langgar kereta org india ni, masa tu sy belum ada lesen! Tapi yg sebenarnya memang dia salah! cuma sy salah besar sy tiada lesen masa tu, jadi mengaku salah sajalah. Jadi dulu2, waktu 1st bawa kereta, sangat takut bawa kereta terutamanya laluan yg sempit sebab sy betul2 kena slow dan fokus kiri dan kanan supaya tidak terlanggar! Tapi apa kata JPJ? statistik menunjukkan kemalangan yg tinggi dicatat di lebuh raya! Dan memang betul! satu kali sy drive to airport sy terkejut tengok accident teruk ni! sampai sy boleh cakap begini 'besar dan luas ni jalan raya, tetap ada kemalangan! lucu betul!' Ok itu tidak lucu sebenarnya. Ternyata, ayat FT ni memang terbukti kan. Jalan yg luas menuju kepada kebinasaan. Sebab apa, manusia suka yg cepat, suka yang selesa @ comfort zone, ya lah kadang2 suka kompromi dengan dosa. Suka langgar peraturan [had laju 11o cthnya]... tp jalan yg sempit hanya sedikit org yg mendapatinya sebab bak kata tuan pengkotbah, di jalan sempit kita perlu fokus! And yes! kalau sy drive di jalan yg sempit plus berliku-liku macam jalan kelawat dulu, memang hilang mengantuk sy terus! apa tidak, sy kena fokus betul, sedikit kesilapan boleh membawa maut. Sama halnya ikut Tuhan, mudah menjadi Kristian, ya lah ramai bah di dunia ni orang Kristian, tapi sangat sukar menghidupi nilai-nilai Kerajaan Allah. Contoh simple, kasih itu sabar! Tapi yg sebenarnya sangat sukar bersabar...semua mau cepat kan sekarang! Bapa rohani bilang doa dulu, ujian pemurnian hati u need to pray, 1 year. Ha?1 year? terus pandai2 tu buat jalan sendiri. Hehehe, ok sy bukan cakap sesiapa ..ini cuma apa yg pernah sy lihat dan dengar dan maybe yg sy lalui...hahahha. Banyak lah, sebenarnya tapi itulah realiti hidup anak-anak Tuhan.

Nah, tidak berhenti setakat itu, ada satu gambar ilustrasi yg digunakan sangat menarik hati sy dan membawa banyak terang baru. Gambar yg sederhana, seorang akrobatik sedang melintasi tali ka dawai yg sgt halus tuk ke seberang. i think kamuorang boleh imagine tu kan! Nah, pastinya akrobatik ni sudah berlatih ratusan kali [boleh jadi] tuk dia betul2 yakin dapat perform sama orang awam kan! Sy dapat terang baru di situ. Menjadi pengikut Kritus, kita perlu latihan. Sebab Paulus berkata,'aku melatih tubuhku dan menguasai nya..' Latihan bukan perkara yg pasif. Itu aktif! Ada pendisiplinan diri. Simple, bagaimana dengan saat teduh kita? masih berterusan atau macam permainan yo-yo tu. Mcm mana dengan doa pribadi? apakah spt biskut chipsmore sekejap ada sekejap tidak ada. Itu semua kan perlu pendisiplinan. Sebab itu semua akan digunakan pada hari sebenarnya. Apa yg dimaksudkan hari sebenarnya? kita ini setiap hari berperang dengan penguasa udara, roh-roh jahat di udara, penghulu2 di udara...jadi we need FT sebagai pedang kita. We need pray to calm our selves...

Kemudiannya, dlm gambar tersebut tu juga, sy belajar 3 perkara; sama ada terus maju ke depan, bertahan atau mundur. Pastinya kalau sy jadi acrobat tu mana sy mau mundur kan, dan sure dia berlatih tidak disuruh mundur. Dan kalau pun bertahan tidak boleh lama-lama sebab takut lagi nervous berada di atas. Baik cepat2 maju kan. Cepat sampai ke pada tujuan. Nah, sama, sy belajar 1 yg best dari tn mike. Betul, kita dahulunya once terima Tuhan YEsus, pastinya bermula dari bawah kan. Pelayanan sebagai usher nda pun hospitality. Then meningkat2 kepada pelayanan lain. Jangan bertahan lama, sudah terima Yesus maunya jadi jemaat buat 5 D, Datang, duduk, dengar, duit, dada. Then minggu depan begitu juga. Kalau macam tu, maka jadilah kita yg namanya sindrom MPP. Mati palan2. Masa tu, yg datang sy perhatikan kebanyakannya supervisor sudah dan pembina. Cthnya sy secara pribadi, dulu pelayanan pertama sy di hospitality dan usher. Masuk dapur tu! Lama2 skit, tambah kepercayaan jadi backup singers, then tolong sis mima di gereja anak, then dipercayakan jadi WL di KKR. Kemudian, lama sikit dipercayakan jadi MG, lama sikit jadi trainer SPK. Terus di SPK 6 ni, sy mulai fikir, sy dari SPV, KK, sehinggalah trainer, sy mau jadi apa lagi. Then Tuhan ingatkan, terus bina jiwa. Terus jadi DUTAnya Allah di mana2 pun sy berada. Terus cari jiwa baik itu di Putrajaya mahu pun dimana2 Tuhan percayakan sy. Terus kembangkan potensi dalam pelayanan. Jangan berhenti setakat itu. Sy betul merasakan, ketika hidup sy mulai kehilangan essensi jiwa2, ada kekosongan dalam hati sy, dan itu sy alami bbp hari ini. Puji Tuhan, DIA ingatkan saya.

But then still kita boleh bertahan, tapi tidak boleh lama-lama. Sy pernah juga cakap begini satu ketika dulu, 'boleh ka sy berehat dari pelayanan sy dulu. Sy mau fokus.'. Terus sy ditegur oleh bro frankie. Dia kata 'percayalah, kalau kamu mulai bagi ruang begitu, iblis akan bekerja. Kamu pasti akan hilang selama-lamanya. Berehat pelayanan hanya sekiranya didisplinkan oleh gereja'. Sy ingat kata2 bro frankie itu. Kadang2 itu bunyi seakan2 rohani, tp sebenarnya salah!... Jangan bagi kesempatan kepada Iblis menipu kita.

So apa yg tinggal, option lain Moving Forward! Ayat best dari Toyota..hahaha. Tapi betul kan. Dulu2 sy tidak faham kenapa Ka James selalu pesan sama sy, maju terus ya! maju terus ya!..rupa2nya baru sy dapat tangkap nilai dia sebenarnya. Kita boleh tersungkur, because selagi kita hidup di dunia ini, pasti macam2 yg kita lalui dan itu semua adalah pendewasaan iman. Tp, kita tidak boleh menyerah! Sebab itu option mundur harus dinyahhapuskan dalam kamus kita. NEVER! Seorang pemenang bukanlah seorang yang tidak pernah gagal, tetapi seorang pemenang adalah seorang yang tidak pernah menyerah kalah!' Puji Tuhan kita ada lampu utk menerangi kita hari ni, itu sebab ada Thomas Edison yg tidak pernah berhenti utk mencuba sekalipun gagal beratus kali. Puji Tuhan dari Sabah ke Semenanjung kita boleh naik kapal terbang dengan perjalanan cuma 2 jam 30 min, itu sebab ada orng yg sabar mencipta kapal terbang. Puji Tuhan, Yesus saja tidak pernah putus asa dengan diri saya sekalipun sy sering kali lalai dalam ketaatan sy. Kalau yesus putus asa sama sy, confirm hidup sy hari ini tiada maknanya lagi. So friend pls apapun keadaan jangan pernah mundur!

Terang baru yg terakhir yg sy dapat, adalah keseimbangan. Masih sy merujuk gambar yg sama [sori tiada gambar dia, minta dengan tn mike lah pengkutbah dia]. Menjadi orang Kristian tidak bermaksud kita extreme kepada hal rohani saja. We need balancing. Tuhan Yesus saja, tetap ada waktu tuk berdoa, tp dalam masa yg sama, DIA tetap enjoy berfellowship dengan murid2Nya. Ada waktu Dia perlu tidur dan ada waktu DIA menghardik taufan supaya bertenang. Solomo mengerti hal ini, sebab itu dia berkata 'segala sesuatu indah pada waktunya'. Menjadi orang percaya, kita ada masa tuk bersenam, tengok wayang, rehat, komit, sharing dll. As long apa yg kita lakukan tidak bertentangan dengan kebenaran Firman Tuhan. Boleh tengok bola mau jam2 pagi ka, 4 pagi ka, as long saat teduh dan doa tidak terabai. So kita perlu balance. Tp balance bukan merujuk kompromi. Dosa tetap dosa. Itu pagar yg harus kita jagai.

So itu lah terang baru yg sy dapat. Dan sy sangat dikuatkan secara pribadi. Sy bersyukur, sebab sy diingatkan Tuhan untuk terus belajar dan belajar. So SPK ke6 bakal menutup tirainya 18 Julai ini, dan SPK 7 akan tiba. Sy tetap komitmen utk menyokong kelas ini, sebab sy percaya kesaksian2 teman2 akan menajamkan karakter sy lagi. Spt kata FT, besi menajamkan besi, manusia menajamkan sesamanya.

Thank You Jesus.

'ku ikut kehendak Mu, ku perlu anugerah Mu,'...kerna ku tau hidup ku bukan nya aku lagi, tp Yesus dalam ku.

Be blessed.

1 comment:

Unknown said...

hai saya senang baca artikal kamu dan terdorong juga, Gbu

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...