Artis hari2 ini banyak betul kawin cerai. Mungkin ada yg mau kestau sy, bukan artis saja sebenarnya tapi ramai lagi di luar sana. Just because artis tu 'public figure' jadi ketara lah sangat. O yes, sy tidak nafikan di luar sana sini pun ada. Tapi sy bukan mau menghakimi sesiapa pun dengan entry sy ini, cuma sy sedang berfikir dan sedang meluahkan apa yg sy fikirkan.
Sy tidak tahu agama lain di dunia, tapi dalam agama Kristen jelas mengatakan tidak boleh terjadinya penceraian. Sebab apa yang disatukan oleh Tuhan itu tidak boleh dipisahkan oleh manusia. Tuhan sangat membenci penceraian. Pun begitu, sy tidak nafikan ada juga kristen yang bercerai. Tapi itu tidak bermakna Tuhan menyenangi pilihan bercerai. Manusia diciptakan dengan kehendak bebas, ada pilihan. Sebab itu, hati-hati kalau kita salah dengar nasihat, dengar apa kata manusia dan bukan apa kata Tuhan pasti kemungkinan besar pilihan kita akan salah!
Waktu sy mengikuti kelas Bimbingan Pra-Nikah (BPN) yang pertama, ini topik yang diajar kepada kami. Kenapa Tuhan mencipta pernikahan dan pandangan Tuhan terhadap penceraian. Dan selagi kita tidak mempunyai hati yang sama dengan Tuhan iaitu membenci penceraian, selagi itulah kita tidak siap untuk memasuki suatu fasa yang namanya PERNIKAHAN.
Suatu ketika dulu sy ingatkan sy sudah cukup membenci penceraian, tapi sampailah suatu kejadian dalam keluarga sy sendiri. Tiba2 isu ingin bercerai dibangkitkan. Just imagine, selama ini sy hanya mendengar dan melihat tiba2 dalam ahli keluarga sy sendiri ada kes ingin bercerai. Dan di situ Tuhan juga sedang menguji hati saya. Yg sedihnya, sy sempat berkompromi dengan hal kebenaran. Sy sempat menganjurkan 'kalau sampai tiada cara lain, cerailah'. Sy sangat menyesal kerana sy pernah usulkan itu. Sampailah sy ikut BPN, di situ hati sy hancur sy bertaubat di hadapan Tuhan, sy meminta pengampunan dari Tuhan kerana pernah terfikir dan pernah mengusulkan kata cerai itu kepada keluarga sy.
Pada saat sy menulis ini, penceraian itu tidak terjadi. Dan sy bersyukur untuk hal itu sebab Tuhan menyelamatkan keluarga sy. Dan sy bersyukur, Tuhan membuka mata hati sy sejak hari itu. Bila Tuhan katakan MEMBENCI penceraian, maka Tuhan sangat maksudkan itu. Teman2, pernikahan itu di mata Tuhan sangat indah. Ketika, lelaki dan wanita disatukan, ada perjanjian yang ditandatangani bukan saja manusia yang menyaksikannya tapi Tuhan ada berserta dan turut sama menyaksikan. Bahkan ada berkat yang menanti buat pasangan yang disatukan dalam pernikahan yang kudus. Saya pernah mendengar kesaksian, ada seorang wanita yang masa silamnya hancur sudah tidak dara lagi, dan dia bertaubat mengalami pemulihan. Dia mempunyai komitmen untuk menjaga kekudusan dalam perhubungan selepas itu. Dan apa terjadi, saat dia menemukan pasangan hidupnya dan merancang untuk menikah, sesuatu keajaiban berlaku. Sehari sebelum dia menikah, wanita itu mengalami kesakitan perut yang amat sangat. Ketika dia berjumpa dengan doktor, doktor mengesahkan selaput daranya kembali normal. Wow, luar biasa kan! Itu adalah berkat bagi pasangan yang menjaga kekudusan dan sy percaya berkat selepas disatukan pasti akan berlimpah ruah lagi.
Pernikahan membawa kepada penyatuan lelaki dan wanita. Kedua-duanya diciptakan oleh Tuhan menurut gambarNya. Sebab itu 2 menjadi 1, menjadi 1 daging. Saling melengkapi antara 1 sama lain. Iblis tidak senang, sebab itu iblis akan berusaha menghancurkan institusi keluarga. Kalau ibu bapa bercerai, anak2 pasti hancur. Ada anak yang kehilangan imej bapa, maka anak itu boleh menjadi seorang pemberontak atau seorang yang mudah jatuh cinta sebab kehilangan kasih seorang bapa.
Perkawinan itu satu komitmen. Kita adalah pemegang perjanjian itu. Apapun situasi yang berlaku, tetap menjadi pemegang kepada perjanjian itu.
Sampai kepada hari ini, bila masa ada teman2 yang bercakap mengenai penceraian, pendirian saya semakin jelas...JANGAN CERAI! Jangan sekalipun fikirkan kemungkinan tentang cerai. Memang manusia tidak boleh mengubah manusia, tapi Tuhan lah mengubah hati manusia. Waktu kita committed to be the Covenant Keeper, Tuhan akan berkati kita dan pelihara kita. Malah Tuhan boleh memperdamaikan. Because for God nothing is impossible. Asal saja kita datang kepada Tuhan Yesus, DIA mendengarkan kita.
Be Blessed everyone. Believe that there is a hope in Jesus Christ. It's never too late, it's never too early. He is always make it ON TIME. Because Jesus is our hope.
GBU
No comments:
Post a Comment