Thursday, October 7, 2010

Danke Schon! (Thank you in Germany)

Persekutuan Doa semalam membawa kepada satu doa iaitu Pertobatan Sejati..penuaian jiwa-jiwa bagi Tuhan..dan penginjilan kepada bangsa-bangsa.

Dan sy secara pribadi diingatkan Bapa beberapa nama dan sy mulai doakan mereka.

Pagi ini, ketika sy buka FB..dan akhirnya masuk dalam ruangan diskusi Belia PCS Kg. Kumbatang..ada 1 topik yang menarik perhatian sy. Topik ini, sepupu sy yang cetuskan iaitu mengenai Pesta Magahau Kaum Rungus. Tapi sy tidak sy tidak mau sentuh yang itulah sb itu kalau mau tau lanjut boleh klik tuk penerangan yg lebih jelas.

Tapi lanjutan dari perbincangan itu, sy mulai dibawa kepada seorang Misionari yg mana bertanggungjawab membawa kaum RUngus mengenal YESUS KRISTUS. Nama beliau Traugott Forschner. Sempat sy add dia, =D.

Sy ingat sy masih budak2, selalu ni nenek2 sy kasi tau orang rungus masuk kristen sebab Forsner (masa tu macam ni mereka panggil). Banyak ni orang2 [kawan forsner] ajar kami dari ajaran Kristen sampai lah tanam bunga dan sebagainya. Dahulunya orang rungus ni menyembah macam2, mempersembahkan korban binatang, tapi bila misionari ni masuk ke kudat, bangsa rungus mulai mengenal Yesus.

Usia Forsner sekarang masuk 83 tahun.[spt dlm FB dia]. Dan dia datang ke Kudat sekitar tahun 1950-an. Of course sy belum lahir. Dan sy terfikir, kalau tidak ada misionari dari Barat yg sanggup masuk kampung2 pedalaman spt Kudat masa tu, sy tidak tau apa jadi dengan Bangsa saya sekarang.

Sy bersyukur kepada Tuhan, sebab dlm 5 jawatan penting dlm bible iaitu Rasul, Nabi, Penginjil, Pengajar dan Gembala, Penginjil digambarkan [kalau ikut 5 jari kita] adalah jari di tengah2. Kalau kita perasaan jari tengah2 itu lebih panjang dr jari2 lain. Ini sama spt penginjil fungsinya membawa dia lebih jauh kerana penginjil harus berjalan ke kota2 yg Tuhan panggil. Mungkin kota itu sama spt Kudat 50 tahun yg lepas. Yg serba kekurangan dan boleh jadi menakutkan. Tapi penginjil itulah tugasnya berjalan lebih jauh dan jauh...just to share the words of God.

Kalau sy berkesempatan jumpa forsner yg boleh sy panggil datuk forsner, sy mau ucapkan terima kasih sebab dia menerima panggilan Tuhan datang ke Kudat dan menginjili bangsa Rungus. Kalaulah dia spt YUNUS [dlm bible yg kena telan masuk dlm perut ikan besar] pasti kaum rungus masih hidup dalam kegelapan dan tiada pengharapan.

Puji Tuhan sebab Tuhan mengasihi bangsa Rungus..terima kasih BAPA. Hari ini, teman2 yang seiman dengan saya, mari kita mengingati asal usul bangsa kita dan mengingati para penginjil yg telah datang memberikan hidup mereka utk bangsa kita. Mari kita doakan penginjil2 yg Tuhan utus sama ada ke orang asli di semenanjung atau di mana2 seluruh dunia.

Anyway, sy ada 'ambil' gambar dari FB forsner..tuk tatapan kita bersama...



PCS di tahun 1959


Kumpulan misionari dari Jerman


Ini dia Forsner dan family.

*semua gambar masih dalam hitam putih~ syukur mr forsner sempat ambik gambar tuk kenangan*

Thank you Mr Forsner for giving your life to our nation..may God bless you and your family more and more, and enlarge your territory to bless other nation.

:)


No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...