Perhimpunan BERSIH telah berakhir hari sabtu....
DI media, masing2 memaparkan keadaan yang berlaku...since saya tidak berada di kejadian, I'm not really sure what happened..dan it's not my position to judge mana2 pihak yang berkenaan...
cuma kalau mengikut status sahabat saya yang trstuck di KL sentral..dia seorang yg tidak bersalah (bukan tergolong dlm pengikut BERSIH)..tapi terkena juga tempiasan gas pemedih mata...so apalah tu kunun?
Anyway..bukan itu secara keseluruhan yang saya mahu sampaikan. Saya mau share mengenai NKRA. Hari ini saya membaca laporan PEMUDAH mengenai pencapaian setakat ini NKRA.
Di atas kertas, kesemuanya ada peningkatan. Ya mungkin tidak boleh dinafikan...ada tempat yang sudah berjaya...
let's recall apa yg ada dlm NKRA..
1-Public transport
2-Peningkatan pendapatan
3-Basic rural infrastructure
4-menangani kes jenayah (Crime)
5-menghapuskan rasuah
6-pendidikan
Saya tidak menafikan sekarang ini, polis semakin rajin meronda. Dan saya kira memang ada betulnya kalau dikatakan pengurangan jenayah itu memang relevan. Saya setuju! manakala meningkatkan pendapatan seisi rumah, I know, this one is not easy as I working at this ministry I know how hard it is but, masing2 berusaha buat part masing2. Begitu juga pendidikan...saya tau di MOE, semakin banyak program dilakukan...
tapi,
bila sebut basic rural infra ni, mcm air, elektrik jalan raya..yang ini saya agak sedih. Saya tidak tau, di mana program yang dijalankan tetapi yang saya tahu daerah saya, tempat asal saya masih sama spt yang dulu. Lagi teruk, hari ini saya bertembung dgn orang KKLW, saya kira pegawai ni sudah di level TSUB mungkin. Tapi bila saya cakap pasal Kudat..pasal orang RUngus...langsung dia tidak pernah dengar. Dui na, kalau orang KKLW tidak pernah dengar...jadi sia2lah selama ni saya tweet PM pasal pembangunan di kudat. Patutlah tidak kena layan. Sejak akhir2 saya selalu berfikir, salah siapa bah ni? kalau saya tidak silap dahulu dalam bajet sebelumnya ada peruntukan almost 1.3 billion di berikan kepada Sabah bagi meningkatkan infrastruktur termasuklah jalan raya. Tapi kenapa, bila saya balik masih sama lagi? ke mana perginya duit tu? Salah federal ka? salah ka state gov ka? ka pembahagian yang tidak rata? asik bagi daerah selatan sabah saja? daerah2 lain diabaikan especially kudat? ka salah YB adun Kudat/Tandek/Matunggong sebab tidak sampaikan hal ini?
Saya selalu berfikir, mungkin kah kalau saya di KKLW saya akan tau perkembangan semua ini? atau ini bukan kerja KKLW, tp kerja KKR? nah sudah? saya sendiri bingung! Apa lagi rakyat sabah especially orang2 yg di utara Sabah.
Di kg saya, belum sampai lagi itu air bersih. Puji Tuhan kalau dr segi jalan raya, ok sudah. Cuma bab air?kasianlah kalau time kemarau. Sebab tu kebanyakan org kampung sekurang2nya ada perigi atau kolam. Supaya kalau kemarau masih ada jalan lain. kalau susah sangat, carilah mana2 sungai. Dan puji Tuhan lah juga, ada air terjun di kg kami yang dikatakan tidak akan kemarau sampai bila2. Jadi macam mana tu? siapa yang harus dipertanggungjawabkan?
nah ini juga saya akan kaitkan dengan rasuah! macam mana supaya ahli2 politik negara kita benar2 tidak melakukan rasuah? pada saya politik itu tidak kotor, tapi justeru ada ahli politik yg kotorlah menyebabkan org berpandangan politik itu kotor! Tidak kisahlah baik pembangkang baik gov sekarang...masing2 ada kepentingan masing2.
Jadi mcm manalah orng nda berhimpun kalau realitinya masih ada perkara yang tidak clear di negara kita. Memanglah, orang yang berhimpun pun bukanlah BERSIH sangat pun. DSAI memang saya tau property dia di sabah khususnya di Tawau itu banyak. Ala sebut saja lah mana2 menteri di semenanjung..ada sajalah harta tanah durang di Sabah.
Jadi saya tidak hairan sebenarnya kalau ada orang Sabah dan Sarawak yg sebenarnya menyokong perhimpunan itu semalam. Cuma kasiannya, kalau saya ada orang2 spt DSAI, orang2 spt DAP, org2 spt PAS yang mengeruhkan keadaan memanipulasikan keadaan.
Mcm mana juga tidak dimanipulate oleh orang2 spt mereka, kalau orang2 yang diharapkan banyak yg berdiam diri? Banyak juga yg maju bah di Sabah ni. Pg mana? Hari itu PM turun sampai tenom. Menteri KKLW orang semporna. So ke sanalah pembangunannya. Tidak seimbang. Kalau di Ranau, ok lagi sb tempat tu kawasan pelancongan so mau tidak mau kenalah jaga. Apa lagi KK. Trafic jem dia sama teruk saja dgn KL. So maksudnya semakin majulah KK.
Yang Kudat yang bekas ibu kota Sabah ni macam diabaikan saja. Harapkan Tanjung Simpang Mengayau tu lah daya penarik. Kalau lain..bah ada yg tidak mau datang Kudat lagi gara2 tidak sanggup melintasi jalan penghubung KK-Kudat-KM.
Rugi jugalah saya merapu di sini, like my husband said...siapa mau dengar kan? apa kuasa saya kan? bilang pastor 'no point juga' hanya mampu cakap2 begini.
Jadi kesimpulan kalau saya boleh cakap, yg paling kasihan di negara Malaysia ini adalah orang Sabah. Sarawak saya tidak mau komen.
Jadi, to all sabahans people, lets pray hard. Berdoalah supaya Tuhan akan bangkitkan pemimpin yang sungguh2 boleh membawa perubahan. Yang berdiri teguh pada prinsip kebenaran. Yang bukan plin-plan punya orang. Yang bukan, berdiri di belakang sebab takut akan kebenaran.
PRU13 ni, kalau tidak ada aral melintang (kalau kesihatan mengizinkan) saya akan dan saya mesti turun undi. Saya tidak melihat dia wakil mana...tapi yg saya lihat adalah kepribadian dia. Kalau lah dia calon BEBAS sekalipun, tp suaranya berguna di DUN..why not?
Ini adalah apa yg saya fikirkan.
God Bless Malaysia.
A decision to make... is it for better or worse?
Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...
-
Duduk di Kementerian ini memang banyak hal yang tidak terjangka...one minute you still hold the position the next day u got transfer order.....
-
i は悪いと悲惨なを感じる。 私は私の間違いである知っていた。 申し訳ありません主低下するの私です。 私は私の に横たわってされてしました。 主よ、許す私。 腹を私と私の を行う i たびに悲しいなかで感じる。 ちょうど願っていないは彼女はことを教え、偉大な従業員となりすぐ雇...
-
I love cooking... :D Bukan sebab sy ni perempuan dan harus pandai masak, atau sebab mau kawin so kena belajar masak, tapi sy suka memasak si...