Friday, August 5, 2011

Jadilah Agen Perubahan

We are called to be 1 in unity, harmony and love...

Hello there...

1st week of August..our Muslim friends had started their Fasting month.... happy fasting to all my bloggers muslim friends...

Anyway...the other side, kita juga orang-orang Kristian di seluruh Malaysia juga punya Doa dan Puasa yang dianjurkan setiap tahun menjelang Kemerdekaan sehingga Hari Malaysia. Doa dan puasa ni dianjurkan oleh badan Pertubuhan Kristian di Malaysia dan seluruh gereja2 di Malaysia digalakkan untuk turut serta dalam 40 hari Doa dan Puasa ini.

Saya suda print out segala bahan doa sepanjang 40 hari yang akan datang. Dalam pamplet 40 hari ini, ada panduan jenis puasa yang boleh kita lakukan. Just to share a little;

1-pilih puasa anda
~Puasa Penuh - Tidak makan selama 24 jam. MINUM sahaja
~Puasa Yahudi - Tidak makan dan minum dari subuh sampai senja.
~Puasa Makan ~ Tidak makan satu kali sehari. (Means to say, ada pilihan sama ada kita skip utk breakfast atau lunch atau dinner)
~Puasa Separuh - Tidak makan makanan keras dalam sehari. (cthnya; daging/nasi consider makanan berat) Minum air sahaja.
~Puasa Daniel - Tidak makan daging dan makanan kegemaran yg lain. Makan SAYURAN SEGAR, BUAH, dan JUS dalam kadar yang sedikit. To know more about Puasa daniel..boleh google. Ada detail mengenai puasa daniel ini.

2-Tandakan kalendar.
40 hari Doa dan puasa ini akan bermula dari 7 ogos sehingga 15 september. So for those yang turut serta mark your calendar.

3-Jemput orang lain
Libatkan sekali orang2 di sekitar mu. Boleh jadi ur partner, ur family or teman2 satu gereja. Sebab dalam Alkitab menyatakan apabila 2 orang sepakat (berdoa dan berpuasa) meminta sesuatu, permintaan itu dikabulkan. So ini merupakan Prayer Ralley yang menyatukan semua gereja2 tidak kira di mana kita berada.

4-Berdoa.
~Asingkan masa untuk bersekutu dengan Tuhan. (according to ur own Devotion time)
~Sembahlah Tuhan dalam roh dan dengan lagu2. (praise HIM boleh jadi main gitar, main keyboard,dengar lagu ka)
~Baca panduan doa of that day - rujuk buku 40 hari itu
~Berdoalah sesuai dgn pimpinan Roh.

5-Memberi
Since kita mengasingkan waktu makan dgn puasa, maka duit yg kita khususkan utk beli makanan tu boleh kita simpan dan apabila selesai 40 hari puasa boleh kita salurkan kpd Tabung Kebajikan NECF. (or pada saya, terpulang...maybe duit itu boleh disumbangkan kepada Tabung misi penginjilan ka..terpulanglah mengikut pimpinan Tuhan)..yang penting kita BERDOA..jangan lupa...

Ini secara panduan yang boleh kita lakukan. Saya dalam keadaan mengandung..saya akan cuba berpuasa. Apapun, saya percaya doa orang-orang benar bila dengan yakin dan sungguh2 pasti menghasilkan sstu yang besar.

Di atas semuanya..biarlah KEHENDAK TUHAN yang TERJADI.

Haleluyah!

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...