Friday, November 4, 2011

Hello 3rd Trisemester...

I am at my 7th month of pregnancy... ^^

Finally at the 3rd trisemester...wow...

Macam mana saya mau explain rasa hati saya?

Sekarang ni baby rapha semakin aktif bergerak..lepas makan especially...dan bila dia bergerak..ada rasa joy yang sangat dalam yg sya rasakan...

Setiap hari, pagi saya akan kejutkan rapha...bercakap dengan dia...waktu kerja...kadang2 bila saya terlalu busy..dan terlalu khusyuk menghadap PC, masa itulah dia bergerak..hantar sign sama mummy dia, saya perlu berehat dan berdiri. :). After habis kerja, saya bercakap lagi dengan dia...mengadu dengan rapha kerja mummy dia...sampai rumah bila baring2, bercakap dengan dia sambil usap perut...inilah aktiviti harian saya dengan si kecil yang belum saya jumpa...

Bila saya renung balik...1st trisemester saya, memang penuh dengan cabaran...puji Tuhan, DIA lah yang menguatkan dan memampukan saya utk melalui semuanya. Puji Tuhan, baby rapha tetap teguh di dalam perut...

2nd trisemester saya...masa menaikkan berat badan...saya makan apa yang saya mau...macam membalas dendam pula..sebab sebelumnya semua tidak boleh telan kan...jadi apa tidak nurse terkejut dalam sebulan naik 6 kg terus berat badan saya. Terus kena ambil ujian air gula. Masa ni lah, berulang alik ke Hospital Serdang dgn Klinik Seri Kembangan. Masa ni juga, another dugaan datang...keresahan akan kesihatan baby rapha. But then again Puji Tuhan...sekali lagi Tuhan lah yang memampukan saya...dan baby rapha terus membesar dengan sihatnya..

Now at my 29weeks, doktor sahkan baby saya sudah mencapai berat 1.5kg. Wahhh berat tu kan..mummy dia maintain 63.3kg. Kenaikan berat yang oklah nurse cakap. Doktor sahkan anak saya sihat, dan normal. Air ketuban saya juga kembali normal. Dan saya tidak perlu selalu jumpa doktor pakar d hospital serdang sudah. PUJI TUHAN.

Saya selalu ingatkan baby rapha, supaya dia besar dia harus menjadi orang yang tabah. Sebab saya mengandungkan dia juga dalam keadaan banyak dugaan tapi syukurlah semuanya kerana Kasih karunia Tuhan untuk saya.

Being a new mommy to be, bercakap2 dengan baby adalah perkara yang sangat mengindahkan. Apa lagi inilah waktunya, selalu berdoa dan bernubuat utk anak semasa dia dalam kandungan lagi.

3 more months to go...pray for me ya...

1 comment:

princess said...

awwwwww.... how sweet s that! sa pun mauuuuu hehehehehe!

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...