Wednesday, June 19, 2013

Things to ponder

Hi hello.. morning wednesday

Awal pagi ni, saya ada chit chat dengan salah seorang PT saya di ofis. Sambil dia refer kerja yang saya pulangkan kepada dia dan sy bagi tau di mana silapnya, terus ada sembang2 'merapatkan hubungan' dengan pekerja di bawah seliaan saya lah katakan. Rupa2nya PT saya ni ada degree...siap bagi tahu sedang apply gred 27 atau 41. Mana yang terdahulu dia akan ambil dia kata. So saya tanya degree ambil course apa, terus dia jawab HR. Dalam hati saya, wah this PT had more theories than me. In term of academic knowledge she is more 'knowing' than me who graduated in engineering but become PTD. hehehe.

This info amazed me actually. Why? first, the way she bring herself...not from attire point of view, but the way she think the way she talk..memang tiadalah sy terfikir sampai tahap dia ada degree. Saya bukan menghakimi jauh sekali merendahkan dia. Cuma menjadi bos selama hampir 6 bulan...sy sebenarnya tidak dapat imagine kalau dia jadi pegawai nanti.

sigh. sy pun heran...apakah sebab mereka jadi macam tu.. sy punya teori mcm ni..

1) saya ni kerja gred 17, bayar gaji gred 17 so tidak payahlah sy melebih2 biarlah bos 41 or 44 yang fikir...kami cuma sokongan

2) tunggu saya jadi 41 lah baru sy berfikir dan bertindak seperti pegawai...

Saya cuba bandingkan PT saya yang seorang lagi yang hanya lepasan SPM. Saya boleh kata dia lagi menunjukkan mahu belajar lebih lagi walaupun gred 17. Willing to do more and a very fast learner. Dari segi kualiti kerja saya boleh cakap PT yang SPM holder jauh lebih teliti dalam kerja dia. Saya sebagai bos ada keyakinan setiap kali dia hantar minit ceraian or kew 8 untuk saya sign atau semak. Less kerja saya sangatlah. Tapi PT yang ada degree holder ni, dia hanya akan betulkan apa yang saya pinda saja. Contohnya kalau ada 2 salinan sy cuma pinda pada 1 salinan saja, PT  tu pun pinda pd satu salinan saja. Kalau sy tiada beritahu dia memang x tahu. Sigh. Sampai setiap kerja yang dia hantar sy mesti check. Tapi bayangkan saya bukan 1 saja borang kew 8 mau sign ...jadi kalau ada 10 kew.8 mau sy semak satu per satu..dan 1 kew 8 ada cerita dia di buku servis...ehm...sy ada kerja lain juga...

entahlah...sejak akhir2 ini, saya berfikir di mata orang awam...penjawat awam yang sekarang ni seramai 1.4 juta (dari dulu 1.2 juta) macam mana? terbaru..saya nampak ada orang pg post pekeliling pemberian 1 KGT yang diawalkan bulan Julai ini. Dan ini memang antara janji BN sebelum menang PRU13 yang mana dia tepati lah. Jadi ramailah orang2 swasta ni dari cara memperli pun ada, gaji naik tapi biarlah kualiti kerja naik. Bekerja di sektor awam memang client kita adalah besar. Dari orang awam sampailah orang politik. Sometimes ada orang nampak yang frontliners yang jaga kaunter ni yang tidak bersikap wajar maka dihukum semua penjawat awam termasuk pegawai2 yang berhempas pulas buat kerja.

Sometimes sya rasa x adil. Sebagai penjawat awam, saya berusaha beri yang terbaik dalam kerja. Sy usahakan menyegerakan semua dokumen yang masuk untuk diambil tindakan segera. Sy berusaha sy ini' to facilitate not to frustrate' and siapa saja boleh telefon spt mana mantan KSN cakap 'no wrong door policy' CTI dan PTI macam2 lagi lah.. So bila kita penjawat awam dapat bonus ka dapat kenaikan ka, yang sy heran mereka akan ulang2 cakap, kualiti kerja lah..barang akan naik lah..apa2 lah. Pada hal, bila mereka dapat bonus tiada yang bising. Bayangkan penjawat 1.4 juta rakyat malaysia ada 29 juta. Tolak campur pelajar dan kanak2 masih banyak yang kerja BUKAN KERAJAAN kan? macam lah mereka ni tidak menyumbang kepada kenaikan harga barang. Betul naik harga ni bukan tanggungjawab swasta tiada kena mengena pun. Sebab sy berpandangan the gov shud find a way a policy apa saja untuk kawal kenaikan harga.. tapi my point is that bukanlah bila penjawat awam naik gaji barang terus naik kan???

so berbalik kepada persoalan sy itu...sy berfikir kalau PT2 yang ada degree punya fikiran yang benar dan positif sy percaya tiada lah masalah attitude di kalangan sokongan khususnya yang jaga kaunter, telefon dan sebagainya.

ehmmm..ni yang rasa berapi2 mau sambung master ni sekarang....sy rasa sudah sampai waktunya Malaysia berubah dari segi cara pandang kepada penjawat awam. Sudah waktunya imej penjawat awam kena betul2 elit.. Kena ubah mental, masuk gov ni boleh senang lenang.

saya rasalah


3 comments:

vivien_capri said...

ya lo kadang-kadang macam tu la tu... mungkin sbb di rasa dia 17 ja..n keja lebih2 tu bos yang buat sbb gaji basar..hoho

yg SPM leavers tu senang suruh buat kerja..sbb semangat betul n bersungguh2 buat kerja keke

PT saya pun banyak yang sedang ambil degree. kalau sia silap, dorang bagitau, kalau dorang silap saya bagitau..so mcm berkongsi ilmu juga la gitu...

x ble la terus buat apa yang dipinda ja kan..patut tunjukkan ke-proaktif-an berfikir lebih dari
our expectation

rennylesa said...

kan ging...

semua ni attitude bah..tapi orang ni kalau tidak ditegur tidak tau...dia ingat dia ok saja...mau kena hit sikit baru mau berubah..tapi itupun berbalik kepada penerimaan dia juga

Unknown said...

i understand ur concern
mmg certain people pandang penjawat awam ni macam malas la ape la..
tp i know certain people, just like my mom and dad yg jadi penjawat awam, keje mcm nak gile kot..

tp about gaji uol naik mmg disamakan dgn harga barang naik. yes, gov kena buat something about it la kan..

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...