Friday, February 28, 2014

My Confession

Minggu ni memang minggu yang men'stress'kan saya secara pribadi. 

Husband saya dapat panggilan mesyuarat di Sandakan. Memandangkan ini kali pertama sepanjang perkhidmatan dia di government dapat mesyuarat di negeri sendiri, itu yang dia excited. Tambah lagi dia ada peluang balik di kampung dia. So saya pun x menghalang lah dia mau p cuti seminggu dia kampung dia. Since last year dia hanya bercuti di kg sy. Nanti saya bersalin balik kg saya lagi kan. So we compromised.

Tapi itulah, dugaan untuk saya. Suami saya terbang hari sabtu. Ahadnya, anak saya pula diserang allergy. Allergy yang tidak diketahui sebab musababnya. Mau kata makanan, sebelumnya saya pernah bagi makan yang sama. Kalau dicakap environment hari ahad tu cuma pg church. 

Mulanya hanya bintik-bintik merah. Saya agak memang bukan chicken pox sb bintik dia bukan mcm chicken pox. So i decide the next day, saya ambil masa utk hantar joshua pg klinik dulu. Malangnya bila bangun besok pagi bintik merah melarat dan membentuk lebih besar merah. Terkejut saya...


 Ini muka anak saya..monyok saja sebab kegatalan...

Disebabkan begitu, saya terpaksa sms bos minta EL hari tu. Dan sy prepare kalau besok pun tidak turun memang saya terpaksa ambil cuti sampai sembuh total lah si Joshua. Sekali x disangka malamnya melarat macam ni teruk...



Habis muka dia bengkak2...seluruh badan dia kena. Kasian dan sengsara saya tengok Joshua menggaru. malamnya jangan cerita lah asyik merengek sebab susah mau tidur. Saya juga yang terpaksa tolong Joshua garu sapu2 lembut badan dia dgn calamine lotion supaya dia boleh tidur.

Yang menambahkan stress saya adalah saya sudahlah mau save cuti, tapi terpaksa lah dalam keadaan begini I dont have any close friends yang bisa membantu saya jaga Joshua. Dengan sarat mengandungnya lagi, mau angkat Joshua yang sudah cecah berat 17kg..ya Ampun... sampai itu pekerja klinik hairan macam mana saya boleh mengangkat joshua yang berat macam tu.

I dont have choice. Apa lagi daddy Joshua jauh di Sabah dan hanya akan balik hari sabtu. Menangis meratap juga sama Tuhan, kenapa masa sy sarat begini, masa husband tiada masa sy perlu simpan cuti, masa tu lah macam2 timbul.

Dengan kasian nya Joshua begitu, dan bila dia merengek2 kadang2 sabar saya pun berkurang. Naik turun tangga.. mau fikir apa mau masak. Macam mana mau berjalan have to bring Joshua sekali. Aduh, betul2 masa tu rasa mau pindah balik sabah kuat betul which memang saya lama sudah mau balik sana. Sampai WA husband minta dia tolong carikan pengasuh or maid bantu saya. Tapi ya..cari maid ni...duitnya lagi kepercayaan kepada maid lagi macam2 mau dipertimbangkan.

Sometimes, saya tanya Tuhan kenapa sesetengah orang is blessed to have pengasuh yang tidak berkira yang dekat dengan rumah, sesetengah orang blessed to have mama or ibu mentua yang masih sihat dan tiada komitmen dan boleh bantu jaga anak, or else ada babysitter...tapi saya sudahlah husband selalu saja outstation, keluarga dekat tiada yang terdekat dengan saya. Mama sudah tua, ibu mertua ada komitmen jaga bapa mertua sb my FIL baru pulih dari sakit itu hari. I dont have any pengasuh yang boleh dipercayakan. I dont have enough money 10k utk bayar sama agen cari maid. Jauh sekali babysitter yang boleh duduk serumah dengan saya. Terasa sangat down masa tu. masa tu saya marah2 Tuhan. Saya emosi sangat sebab dengan keadaan saya yang sarat...

Tapi masa saya bertenang, Tuhan beri kekuatan baru kepada saya. Suami saya pula rajin hantar kata2 pendorong thru WA. Buat saya terfikir, mungkin saya masih perlu banyak proses pemurnian dalam hati saya. Seperti tembikar dari tanah liat. Perlu melalui proses2 kesakitan.

Apapun, puji Tuhan masih ada teman2 yang support me in their prayer.

Puji Tuhan selepas 3 hari, Joshua mula pulih, walaupun baru semalam (khamis) allergy dia datang balik. Tapi sy percaya Tuhan tidak pernah tinggalkan saya.

Anyway, today is the last day for February. Kandungan saya juga sudah memasuki 32 minggu. Bermakna 1 month plus to go.

Memang masa berlalu dengan cepat. Apapun, mari terus berharap kepada Tuhan dalam segala hal.

Till then.


No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...