Thursday, February 6, 2014

Where to find?

Dua hari sebelum CNY, semasa saya hantar anak saya Joshua ke taska seperti biasa, guru taska tu beritahu supaya dapat perhatikan keadaan Joshua sebab the day before saya hantar Joshua tu ada seorang kanak-kanak (lingkungan Joshua) dijangkiti kuman rotavirus 

Jadi mereka suruh saya pantau joshua kot2lah joshua mulai muntah2 sebab itu simptom awal dia. Masa saya diberitahu tu, saya agak risau juga. Sebab ada beberapa kawan di Church kena kuman tu sampai warded. 

The next day, belum sempat saya sampai di taska mau ambil Joshua, (mereka called saya masa di trafic light sierra 16 otw balik) mereka sudah called dan inform joshua muntah2.

Jadi apa yang berlaku, saya terpaksa ambil emergency leave keesokan hari sebab sekolah tidak mau terima Joshua takut lebih merebak. Sebab Rotavirus ni mudah merebak melalui air liur dan udara. 

Memang keadaan Joshua sangat menyedihkan pada hari pertama dia kena. Muntah2 sampai tidak ingat berapa kali dah dia muntah..berak cair berterusan...badan jadi lembik dan banyak kali minta dukung dengan mummynya. Bayangkan saya yang sedang sarat mengandung 7 bulan masa tu... memang exhausted gila lah... sebab itu the next day nya saya pula yang jatuh sakit sebab pada masa yang sama sebenarnya saya sudah lemah2 badan gara2 kena serang flu.

Cuma saya bersyukur, Joshua tidak sampai kena tahan d wad. we keep on praying on him tumpang tangan pada seluruh tubuhnya dan pastikan Joshua tetap minum air. Fuhh

Motherhood is absolutely the toughest job in the world!

Oleh kerana begini, my husband said mungkin perlu cari pengasuh lah. Tinggal sama dengan kami jaga Joshua dengan adik Joshua nanti. 

Masalahnya, di mana kami mau dapatkan pengasuh yang betul-betul boleh dipercayai?

Ramai suruh cari di kampung, let me tell you this kalau lah mudah cari orang kampung sudah lama saya ada pengasuh tapi nowadays tidaklah semudah itu. Mau minta tolong parents...kedua-dua parents saya sudah tua dan saya tidak sampai hati menyusahkan mereka. 

Tadi saya terbaca blog xiaxue pasal pengasuh ni. Jelesnya saya dia dapat pengasuh yang boleh dipercayai. Dia dapat dari agen yang based di singapore. Teringin saya cuba2 cari...tapi saya masih ada perasaan was-was dengan agen.

Inilah yang saya perlu hadapi sekarang. Siapa tidak mau ada pengasuh kan.... tidak minta banyak pun as long as dia jaga Joshua dengan adik nya dengan baik semasa ketiadaan saya itu pun sudah baik. Sekali sekala mau juga saya dan husband mau dating tengok wayang...tinggalkan Joshua dan adiknya sekejap. 

Doakan saya ya teman-teman supaya Tuhan temukan saya dengan agen + pengasuh yang betul2 boleh dipercayai.

Wish me luck...

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...