Monday, October 13, 2014

#Throwback




Ini adalah gambar lama. Yes cerita lama. Tapi tidak tau kenapa saya rasa nostalgic pula petang-petang ini. Masa ini, boleh kata belum sampai dua tahun saya berkhidmat di Kerajaan. Masa ini, saya pun belum ada kereta lagi. Adik saya masa tu pun belum habis belajar di UM lagi. Jadi masa ni, solely sy bawa jalan-jalan parents saya dan adik-adik saya guna duit saya.

Ini merupakan 1st time parents saya dan adik bongsu itu menjejak kaki di Genting Highland. 1st time mereka naik gondola (Cable Car). 1st time bawa mereka round2 sekitar Jalan Tar di KL. 1st time bawa mereka ronda2 KL naik LRT dan KTM. 

Sebagai anak pada ketika, saya sangat bangga dapat membawa parents saya berjalan-jalan guna duit saya sendiri. Belanja mereka makan di restauran cina. Bawa mereka sight seeing. Rasa sangat happy dapat berbakti dengan ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan saya. 

Bila dah kawin ni, ada sedikit kesukaran membawa mereka berjalan-jalan memikirkan anak-anak saya yang masih kecil. Memang havoc jugalah. Saya ingat masa saya masih bujang bawa 1 family bercuti di Kundasang. Masa tu anak2 kakak saya semua ada. Meriah memang meriah tapi hanya parents saja yg tau macam mana lah susah mau handle budak kecil ni berjalan2. Tapi syukurlah family saya ni mesra anak-anak. Parents saya adalah datuk dan nenek yang super awesome kepada cucu-cucu mereka, 

Saya masih ada keinginan untuk membawa mereka jalan-jalan luar negara sebenarnya. Hasrat bapa saya ialah melawat tembok besar China. Bapa saya seorang yang pencinta sejarah. While mama sy pula seorang pencinta shopping yang murah2. Jadi sy fikir China adalah negara yang sesuai. Hasrat itu masih sy simpan, cuma ongkosnya saja yang masih belum mengizinkan.

Saya harap saya sempat bawa mereka nanti. Saya bukanlah anak yang baik sangat. Tapi parents saya adalah terbaik untuk saya. Sebab itu, sy berdoa supaya Tuhan panjangkan umur dan berikan tubuh yang sihat buat ibu dan bapa saya. Saya mahu mereka sempat menjejak kaki ke luar negara. Ini doa saya.

Love u dad and mum.


No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...