Tuesday, July 14, 2015

Where the sweetnes and bitterness become 1 (part2)

So di mana sy berhenti.. ya di hospital Tawau kan..

Sy check in di hospital Tawau pada 23hb April jam 930pagi. Sampai saja..saya diperiksa oleh Dr. lelaki. Dan Dr tu buat VE. Fuhhh..saya tahan malu saja sebab pengalaman bersalin di hospital kudat semuanya dilakukan oleh nurse. Jadi bila Dr. lelaki yang datang dan  buat VE (Vaginal Examination) hmmm segan oooo

Pendek cerita..pada 23hb tu...belum ada bukaan rahim dan lapisan cerviks masih tebal kata doktor tu..tapi sebab post date 9 days from EDD jadi masuk ward. Sebenarnya saya sedih mengenangkan pengalaman bersalin di hospital tawau ni sebab saya tidak menyangka keadaan hospitalnya yang sangat menyedihkan. Saya pernah ke hospital serdang, hospital putrajaya dan saya sendiri bersalin di hospital kudat yang so called hospital level daerah saja pun tidak seteruk hospital tawau.

GL saya masa tu tolak tepi sajalah mau 1st class konon. Tiada maknanya. Dengan keadaan saya tidak selesa ya lah sarat mengandung dan keadaan wad pula yang sesak amat baik yang ada IC mahupun tiada IC (taulah Tawau kan!). I really feel alone. Di tambah pula cerita kesedihan...Masa doktor pakar datang check up saya, dia kata kemungkinan baby sy saiz besar. Kalau besar takut kalau induce bukaan lambat buka..takut baby lemas atau kalau pun mau juga salin normal ada history bahu baby sangkut. Sebab tu selalunya mereka suggest terus ceaser. Dengar perkataan ceaser saya jadi seriau. Sebab diakhir nasihat doktor..walaupun saya pernah ada history salin normal 3.95 kg anak pertama tapi apapun boleh berlaku jadi keputusan di tangan saya. Takut sangat bila saya dengar macam tu.

Nangis sy! Jiran katil yang jarak hanya 2 kaki dari saya nampak saya menangis. Saya paling takut membuat keputusan. Apa lagi suami saya jauh d kl, parents saya jauh d kuantan (masa tu) my siblings juga jauh d kudat. Masa in laws sa suda balik. sebab anak sy 2 orang perlu dijaga dan jarak kunak dari tawau pun makan masa 1 jam juga. Betul2 rasa keseorangan. 

Menjelang petang, ketika saya mulai tenang..dan wassap dari ahli kawan2 1 church dan kawan2 rapat..roh saya dikuatkan. Saya berserah sepenuhnya kepada Tuhan. Saya letakkan kekhuatiran keresahan saya kepada DIA yang maha mengetahui. Dan sy sabar menanti jam 8 am utk dimasukkan ubat. 

Tup tup jam 12 tengah malam, sy mula rasa sakit yang amat di bahagian abdomen saya ke arah pinggang sehingga perut. Tp mulanya saya abaikan saja. Tapi sakit itu berterusan. Sy mula terfikir mungkin saya mau beranak sudah ni. X tau wlpn suda melalui 2 proses kelahiran saya masih ragu2. Gara2 overdue kan. Jam 230 am sy mulai rasa ada lendiran yang keluar. Dan ketika saya check itu adalah lendir darah yang pekat, Now i am very sure im gonna deliver very soon. 

Jam 3am sy ditolak ke labor room. Sebab bukaan rahim suda 4cm. 

Dan dari situlah proses sakit bermula. Berbanding time joshua dan jayden. saya disuruh berbaring sepanjang masa dengan dipasangkan CTG. Sangat tidak selesa sebab seingat saya masa jayden dan joshua saya sangat free utk bergerak dlm erti kata lain i am free to express my-how-release-the-pain-. Sy ingat masa joshua sy duduk ,mengangkang..saya tidak baring sebab sakit tu amat sangat (1st baby kan)..masa jayden tidak sempat sakit lama saya mau beranak sudah. Jadi bila yang ke3 disuruh baring terus..memang lain sakit dia. Mula2 saya masih boleh berfikir positif atur pernafasan. Tapi jam 530am saya suda hilang kekuatan. Sakit pinggang terasa mau patah. Saya mau bangun mau buka tu CTG sebab sangat tidak selesa. Saya hairan masa saya di hospital kudat saya langsung x pakai tu CTG. oleh kerana kesakitan yang amat sangat..saya sudah hampir tidak tahan...sy cuba tanya tu nurse pelatih kalau saya boleh dapatkan epidural. But I know its already too late for me. But then syukurlah jam 618am...dengan 3x pushed (gila sakit)..pushed yang ke3 tu lebih jauh kuat bunyi dari joshua dan jayden tau...maka lahirlah

Jathniel Ethan Michael dengan berat 3.7kg pada 24 April 2015 jam 6.18am.



Ini wajah Jathniel masa 1 hari. Dan kami sudah keluar dari bilik brsalin.


Wajah jathniel genap 1 bulan


Dan sekarang..jathniel 2bulan lebih...

PENAT. Jujur cakap..saya agak trauma dengan pengalaman yang ke3 ini. Dari fasiliti hospital dari cara nurse pelatih sampai doktor2 lelaki fuhhh. Itulah yang pertama dan terakhir saya akan bersalin di hospital tawau. 

Apapun saya bersyukur..penyertaan Tuhan sepanjang masa sy bersalin dan penghiburan serta kekuatan yang diberikan. Thank You Lord for the little extra strength that You have given to me. 

NOW. Masa untuk berehat - membesarkan - mendidik - menguruskan badan. Untuk jangka masa yang panjang. I. HOPE. SO.

THE. END.

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...