Thursday, December 17, 2009

*End*

Hi there! sori banyak-banyak sebab meninggalkan ruangan berblogging untuk beberapa hari (as if ada orang yang mau baca kan!heheheheh!)

Anyway, banyak perkara berlaku. Caroling di hujung minggu, christmas celebration, not forget to mention my Cabinet Paper... semakin mendekat mau cuti, ada saja adhoc matter yang pop up macam tu saja! Penat seh!

Sudah cerita certa ni, hari ini last saya kerja untuk tahun 2009. Becos i will be on holiday.... a Looooong holiday. hehehehe. 2 minggu je pun. Mau contact sy? bila sudah pindah kampung ni, access celcom sangatlah buruk! Tapi pada saya keadaan spt itu ok juga, boleh lah sy bercuti dengan minda yang tenang...ahakkks! Semakin banyak berlaku di ofis terutamanya, yang membuatkan sy seperti kena 'poison inside out' (dengan izin vien :p). Perlu dibersihkan dan perlu evaluasi diri..muhasabah diri. On top on that, sy mau susun balik segala perancangan2 ke arah masa depan yang lebih terarah (aise,ayat canggih betul!). Bukan saja kerja, pelayanan sy juga. Sy mau lebih bersedia lagi. Sy mau persiapkan diri saya, hati saya untuk melangkah tahun 2010.

relationship?family? tahun 2009 banyak betul cabaran dia sama sy dan keluarga saya. Tapi tangan Tuhan tidak pernah pendek untuk menjaga dan memelihara kami sekeluarga. Penyertaan Tuhan ke atas keluarga kami pada sy cukup nyata walaupun ribut, badai, taufan satu per satu melanda. Even when i write this, masih ada unsettle business yang berat untuk dishare. But then, pengharapan ku adalah pada Tuhan. Ada statement dari saat teduh sy yang masih sy ingat dia bilang begini 'hang on to God Promises'. Dan itulah yg sy lakukan saat ini. Bercakap soal relationship, awal tahun ini sy ada mendoakan seseorang tapi as i have shared before this, my BR consult me to let it go. Beberapa kali sy cuba melepaskan dan cuba lagi. Beberapa kali sy di suruh untuk buka hati dengan orang lain. Frankly speaking, sy tiada keyakinan untuk melepaskannya pergi. Ruang utnk berharap, masih ada walaupun sudah makin menipis. Tapi terus melupakan, diri sy belum bersedia. Apa lagi buka hati sama orang lain. Somehow, sy mengharapkan cuti kali ini akan buat sy lebih mendengar suara Tuhan. Ke mana DIA mau bawa sy, dan apa yang harus sy lakukan.

Bunyi sedih pula N3 ni kan, hehehe. Sy sedang mendengar lagu "berharga di mata Mu" dari Youth TW, so tidak semena-mena, semua kejadian seperti kena flash balik. *sigh*.

Apapun, sy positif untuk langkah yang berikutnya. Sekarang ni, i'm looking forward for the precious moment gathering with all my family. Sy rindu mereka.

Last but not least, i want to wish you Merry Christmas and happy new year.

*Bersama Yesus, pasti dahsyat, luar biasa!*. Tetap semangat ya teman2.

From the bottom of my heart,

do miss me ya...:))


xoxo

Monday, December 14, 2009

Jaga Hatimu

Amsal 4:23


"Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan."


Kenapa kita perlu menjaga hati kita?


1-Kerana dari hati lah merupakan pintu masuk segala keadaan baik itu hal-hal yang baik atau yang tidak baik


'Matius 15:19 ~ 'Karena dari hati timbul segala pikiran jahat, pembunuhan, perzinahan, percabulan, pencurian, sumpah palsu dan hujat'


Pengawal pintu hati ~ kita sendiri dan bukan orang lain


'Bukan soal benar atau salah tapi RESPON'


2-Tuhan melihat hati


1 samuel 16:7 ~ "But the LORD said to Samuel, "Do not consider his appearance or his height, for I have rejected him. The LORD does not look at the things man looks at. Man looks at the outward appearance, but the LORD looks at the heart."


Matthew 5:8 ~ "Blessed are the pure in heart, for they will see God."


******


Sedikit perkongsian daripada kutbah Pr semalam berkenaan kenapa kita perlu harus menjaga hati kita. Spt kata Pr, ini merupakan kutbahnya yang terakhir untuk tahun 2009, sy juga berpendapat kutbah ini sangat bertepatan untuk saya sebelum mengakhiri tahun 2009 dan untuk renungan saya sebelum melangkah ke tahun 2010.


Ketika sy mengevaluasi diri saya, Roh Kudus berbicara dalam hati saya. Saya menjaga hati saya tetapi saya belum menjaga hati saya dengan SEGALA KEWASPADAAN. Masih ada perkara yang masuk dalam hati saya. Ketika Pr meminta jemaat share dalam 3 orang dalam 1 kelompok, sy begitu speechless. The more i said, the more tears coming out. God is really good that He never fail to teach me. I know sometimes i can be a 'naughty daughter' to ABBA Father. Yet, His is there to remind me, calling back to Him and accept me with his loving arms.


sob..sob..sob.. tq daddy JC.

Friday, December 11, 2009

kerja!Kerja!

hi hi... sorry for the temporary absence... :D... sy tidak ke mana-mana, ada di sini-sini juga... cumanya buat masa ini sy tiada ada cerita mau share... kalau ada pun mesti plain saja no picture... so boringlah kan kalau alphabet saja yang keluar... tapi hari ini, sy ada benda mau share... sejak hari rabu hinggalah hari ini dan yang akan diextendkan ke hari isnin, pejabat sy adalah di bilik perbincangan. Well, sy suka bekerja di bilik ni sebab satu perkara penting, bilik ni tidak sesejuk bilik sy dan sy boleh bekerja without any interuptions dari dunia Internet. :D ... so boleh Fokus sama kerja sy...heheheh. Kadang2 ada internet ni pandai lari bah fokus sy... anyway, sy dengan bos sy ada duedate mau dikejar... masih ingat kerja sy mau siapkan kertas Jemaah menteri (bahasa kerennya!)... itulah Memorandum Insurans Pertanian yang sy boleh kata almost 70% siap. Sekarang stuck di bahagian yang paling memeningkan kapla kami iaitu bahagian implikasi kewangan! Apapun, akan diusahakan lah sedaya yang mungkin. Apa lagi next week adalah last sudah sy bekerja untuk tahun ini..hhohhohoohoo happy banget seh!

Oklah layan dulu lah ruangan sy bekerja menumpahkan idea...wuauauauuaua


2 benda ni sangatlah penting... laptop + LCD

nampak ka??? itulah itu kerja sy!

Kitab rujukan sy....


wajib ada!!!

saya sangat mengharapkan kejayaan daripada kertas memorandum ini. Walaupun sukar, tapi bak kata orang dolu-dolu 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'... once di launch kan nanti, adalah 'benda' yang sy ingat for the rest of my life....

TQ Father for giving me this opportunity...

oke doke... mau sign off dah... papai...

xoxo

Be Blessed. ^^

Tuesday, December 8, 2009

Group of Death

*special entry untuk peminat-peminat bola Sepak*

Yes!!! Sy menanti-nantikan pengumuman dari FIFA sebenarnya untuk pengagihan kumpulan for World Cup 2010. Keputusannya.. klik sini!

Yang menarik perhatian saya adalah Group G... aka Ghost Group aka Group of Death (katanya FIFA)...kenapa? let check it out;

Group G - Brazil, North Korea, Ivory Coast, Portugal

FIFA merujuk kumpulan G boleh kata antara kumpulan yang paling HOT! Sebab dengan Brazil 1st ranking dalam FIFA, Portugal di tempat ke lima dan Ivory Coast di tempat ke-16. Brazil dengan starnya Kaka, Portugal dengan best player of the year Christiano Ronaldinho dan Ivory Coast dengan Didier Drogba.

Sy pun rasa akan sukar laluan Brazil kali ini. Walaupun North Korea berada di tangga ke 84 dunia, tapi orang-orang Asia ini digentari dengan sikap 'agi hidup agi ngelaban'.... jadi tidak boleh pandang rendah juga sama mereka. Lihat saja South Korea dengan Japan di tahun 2002...

Rasa-rasanya memang kena beli Astro ni di rumah tahun depan... sebagai peminat setia Brazil pasukan samba, sy sangat2 lah mengharapkan Brazil akan buat aksi 'come back' mereka. Dan kalau menang jadi juara ke-6, wow..sy yang duduk di Malaysia ini pun akan tumpang gembira..ahahahhaa.

I love Kaka. Dia seorang pemain yg saya kagumi dari banyak aspek. pastinya sy ternanti-nanti permainan mereka nanti.

Jum, kawan2 peminat bola sepak dunia...khususnya peminat pasukan samba...please stand up please stand up...hehehe...go!go!go! Brazil..u can do it!

i'm not hoping for this!

i'm hoping for a quick holiday and yet yang datang tanpa diundang batuk-batuk dan selsema yang tak berhingus pula...tapi hidung tetap tersumbat! aduhai....

Apakah ini gara-gara sy full blast nyanyi ahad kemarin? masih sihat lagi sampailah caroling ahad malam tu di rumah si linda. Tiba2 isnin datang kasi surprise..huhuhu tak best betul. Aku mau sihat ni balik kampung ni... ni mau cari lagi masa jumpa doktor... walaupun sebenarnya ada masa di p klinik putrajaya tu, tapi sy malas betul....arrghhhhh....

tapi apapun sy bersyukur sebab tidak sampai demam yang terbaring..at least masih boleh berjalan..cuma nda selesa driving batuk2 ni...

friends, doakan sy ah...tq.

Monday, December 7, 2009

Shopping Time!

I really love December. Not only it is Christmas season but it also shopping time for me..yeay!

Memang betul lah wanita tidak boleh dipisahkan dengan shopping. Se'alim' macam mana pun..hehehe (am I talking to myself..huhuhu perasan!;p)... tetap tidak tahan bila tengok SALE yang sangatlah boleh mencairkan diri..hihiihhi

Alkisahnya, last saturday kami serumah p berfoya-foya di Times Square. At first mau naik KTM saja, since kurang arif berjalan di KL ni..tapi seorang housemate tu cakap, 'macam mana lah kalau banyak barang, susah mau angkat tu nanti'...sy macam...'o ok, pergi Jusco Balakong ko pun bukannya kau beli juga'...hehehehehe, jangan marah ging. Then sy decide sy drive saja ke sana membawa mereka sekalian. Dan dengan berpandukan petunjuk arah dari si bro, berjaya juga kami sampai di TS.

Pada mulanya niat di hati mau beli sehelai saja khusus digunakan untuk Krismas di Serdang ahad tu. Alih-alih menjadi 3 helai. Itu yang rasa macam 'ayaaa'. Main tahan-tahan jak hati. Niichi juga menjadi pilihan hati sy. Ada bbp helai yang sy nampak tapi sy angkat 1 dulu...(ches, ada hati mau p semula tu!). Yg 2 lagi tu, wahhhh murah punya pasal. Less than RM50 oke! Takpa, since tahun ini sangatlah jarang membeli baju baru, so manfaatkan lah bulan terakhir ini. hehehe.

Next shopping time will be on the 18th. Masa tu shopping tuk family and myself lah juga. Woooa, ada satu beg di Jusco Balakong yg sangat menawan, but then tahan hati dulu..nanti sy kembali semula.:D. Nanti mau ke Sungei wang, Midvalley. Tidak lupa jalan TAR, beli kain tuk office wear!..wuiih bestnya...bien shopping time kita ah 18hb ni..jangan lupa!

Tiada gambar, lupa ambil..lain kali saja ya!

Friday, December 4, 2009

Christmas Tree Story

It's December... time to do some little preparation for the coming Christmas! :D

Tahun ini, sy, bien, and Joanne telah mendecoratekan ruangan pejabat dengan 'mendirikan' sebuah pokok krismas di satu sudut di office...as what u all can see....

Nice kan!

Pokok Krismas ini dari simpanan Joanne, dan hasil kreativitinya datang dari idea Bien. Sy? tumpang tengok..hehehe. Sy selama sy menyambut Krismas, sy tidak pernah menghias pokok krismas. Kalau di gereja di Kg, biasanya kami ambil pokok Rhu terus..hehehe dan yg menghiasnya entah...tp biasanya sy tidak terlibat lah. Ni Pokok krismas yang dibeli? ehehehe, memang tiada pengalaman. But it was fun decorating the christmas tree. Kalau buat di rumah, bersama-sama adik-beradik lagi best rasanya...hihii. Ehm, entry sebelum ini sy pernah sentuh tentang the true meaning of Christmas bukan disebabkan adanya decoration spt Christmas tree,snowman,etc,etc. Tapi essensinya! We celebrate Christmas because Jesus is the reason the season exist! But then, biasalah kan mau kasi wujudkan suasana krismas itu dengan christmas song, christmas tree...for me no harm as long as we truly know the essential of Christmas.

Talking about the Christmas tree, let me share with you kisah disebalik 'pendirian' pokok Krismas di pejabat kami. Pada mulanya, kami letakkan di sudut yg menjadi laluan utama. Ini kami lakukan petang semalam. So once the christmas tree been set up,the three of us feels like 'wah!cantiknya!'(just imagine muka2 kami macam itu;P). Sekali esok paginya, our keepeeashu panggil kami, lebih kurang seperti di bawah lah perbualan kami;

sir T; sy panggil kamu ni pasal pokok krismas yang kamu letak. kamu tidak bincang pun dengan sy.

(me and miss J saling berpandangan)

me; ya, kami minta maaf lah tn **** sebab kami akui kami tidak tanya tn **** pasal ini.

(which is kami merasakan, kenapa pula perlu, sebelum ini apa perayaan pun sama2 decorate lagi, tiada pun bising-bising. Tapi oklah, kalau itu procedure we admit kami salah)

sir T; bukan apalah, sy terima banyak complaint dari orang luar pun ada. Kamu tau kan benda macam tu sensitif.

(both of us like....'hah? siapa orng luar tu? kenapa pula sensitif?)

Miss J; kenapa pula tn****? sebab kami letak dekat dengan bilik sembahyang ke?

sir T; antaranya lah, tapi (couldnt even gave us the real reason why cannot)

Me; siapa yg complaint tu tn ****? (actually, bila sy tanya ni, sy fikir mana lah dia mau kestau siapa kan. Tapi hairanlah kami, sebab waktu kami decorate the PT's yang lain even my bos ada dan mereka tidak bising, tumpang decorate lagi)

sir T; adalah. Kamu nak letak pokok krismas itu letak dalam bilik kamu sajalah. (adakah???) jadi bila boleh kamu angkat?immediately ah.

(both of us like, ok!)

me; berat tu tn ****. (sy terkejut, takkan secepat itu suruh kami angkat. baru juga kami pasang)

sir T;takpe sy boleh tolong. Takpun suruh je siapa-siapa...(huhuhu)

miss J;oklah sekarang ni takde kerja, bolehlah angkat.

(dan kami keluar sambil berpandangan penuh makna)

Ok lebih kurang macam itulah tu perbualan kami. Menurut kalian, inikah yang dimaksudkan dengan semangat 1 Malaysia? kami letak pokok krismas itu tiada tanda salib pun just bintang dan perkataan 'Merry Christmas'. Kalau pokok krismas dikatakan isu sensitif, then sy nasihatkan sepanjang bulan 12 tidak perlu 'yg berkenaan' shopping di mana2 mall yg ada pokok krismas. Susah.

Kita hidup di sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa apa lagi agama yg berbeza, we should learn how to tolerate. As long as we dont do something yg menghina or apa2 lah yg mengaibkan org lain, kenapa pula ada isu sedemikian? baru pokok krismas kan, kalau yg di shopping mall yg siap pasang lagu krismas lagi macam mana? Heran!

Sy harap, kita berfikiran terbuka lah akan perkara2 ini. Walaupun begitu, kami buat juga spt yang disuruh, kami alihkan. Sebab tidak mahu kecoh-kecoh, tidak mahu besar2kan hal. Because we love P.E.A.C.E. Cumanya, fikir-fikirkan lah.

The mastermind.

Anyway, sewaktu kami bertiga mendecoratekan pokok krismas itu, one thing yg saya rasa ada wujud nilai kekeluargaan. happy, enjoy, fun. Sekali-sekala orang cakap berkumpul just to do something together-gather! :)

Be Blessed!!!

Shining Inheritance



Review!Review!

hehehe.. nda habis-habis o kan...

anyway, sy bukan sepenuhnya review drama ni since sy baru tengok episode 7, itu pun terlompat..hehehe...

Ni dia cerita drama korea tahun ini, Shining Inheritance a.k.a Brilliant Legacy. Sy rasa mana2 tv di Malaysia belum tayang ni kot,hehehe... sy tahu drama korea ni kebetulan tertengok di page FB orang. Sekali check macam best! :D

Short synopsis;
Cerita ini mengisahkan seorang wanita eun sung dengan adik lelakinya eun woo yang cacat mental. Mereka sebenarnya keluarga yang berada, namun akhirnya syarikat perniagaan ayahnya diisytiharkan bankrupt. Ayahnya yang hilang arah satu hari dirompak oleh pencopet. Menjadikan cerita, pencopet itu terbunuh dalam letupan kilang. Memandangkan pencopet itu memegang dompet dan segala harta ayah eun sung, maka polis mengistiharkan ayah eun sung mati. Ayah eun sung tahu hanya dengan kematiannya keluarganya akan mendapat insurans dan itu mampu menampung kehidupan isteri keduanya dan anak-anaknya. Menambahkan dramatiknya cerita, ibu tiri eun sung menghalau keluar eun sung dan eun woo. Ibu tiri dan anaknya seung mi dapat insurans dan berpindah ke apartmen. Bermula kisah eun sung yang terpaksa cari kerja dan dalam masa yg sama jaga adiknya eun woo. Satu hari eun woo hilang tanpa jejak. Di satu kisah lain, hero drama ini hwan merupakan cucu kepada pemilik rangkaian restaurant makanan yang TOP di Seoul. Neneknya yg sudah tua mengharapkan hwan dapat menggantikannya. Malangnya, Hwan ni seorang yg ego dan pemalas, ya lah sudah dari kecil kaya kan. Neneknya jadi kecewa dan pergi lah merayau mencari ketenangan. Nenek ni terjumpa eun sung dan di situ terjadilah hubungan baik. Nenek ini membawa eun sung balik ke rumahnya dan mewariskan semua harta dan aset kepada eun sung. Akibatnya bertambah bencilah hwan kepada eun sung. Menambahkan rencah kepada cerita ini, dengan kisah cinta 3 segi. Antara jun Se (pemilik restaurant, suka sama eun sung), hwan (cucu yang ego itu) dengan eun sung. Dalam masa sama seung mi menaruh cinta sama hwan. So apakah endingnya? sy pun ternanti-nanti.. :)

Apapun, selama episode yg sy tengok, sy dapat moral of the story iaitu; untuk kita dapat makan kita harus bekerja dengan titik peluh kita. Spt yg tertulis dalam Amsal 6:9-11. Malas bekerja, maka tunggu sajalah kemiskinan datang menyerbu mu.. high value to share right? So it is a reminder juga to me. hehehe

ok peeps, till then...







Thursday, December 3, 2009

Ohayo Gozaimas!

It's so true when the medical people says 'Enough sleep will make you fresh to the next morning'! and so it happens to me... :D

Thank You Lord, for giving me such a beautiful sleep yesterday... no interruption, no bad dreams... but since i slept early around 9pm, so i terjaga jam 4.30am... lebih kurang 7 jam tidur dengan nyenyaknya... then sy tidur balik, sy terjaga jam 5 am pula, gara-gara kali ni sy termimpi SUB datang dalam mimpi sy tanya pasal sstu yg sy tidak faham...hehehe agaknya paper kabinet untuk insurans kali tu...ahahahahaha. Ok... dun wori Puan SUB, paper tu kami akan usahakan siapkan... (tujuan mau tidur awal sebenarnya mau cukup rehat, sebab hari ini akan bincang pasal paper ni..:p)

Anyway, I feel great today! Tq Lord, for the beautiful words for me this morning. I love u Papa JC.

To my friends out there (whoever yang terbaca post ini).. i wish you in the best health and have a blessed day today!.. Never lost your hope!

God Bless. ^^

Wednesday, December 2, 2009

Algerian Food



I know N3 ni sudah lama dan boleh kata basi sudah untuk dishare. :P
Anyway,ini makanan dari Algerian Restaurant. Sedap sebab orang belanja..*wink*.

Cuma sup nya sahaja tidak best! Biasalah kan, bab sup ni orang cina lah yg best chefnya!

Sesekali makan makanan arab, ok juga! :) Yang ini ada di Cyberjaya. Di sana macam-macam ada pilihan especially makanan dari Timur Tengah.

Orite sila lah mencuba!

The Weddings

Kiera & Eone Wedding Day ~ 28 - 29 Nov 2009

29 Nov ~ Hari Persandingan

28 Nov ~ Akad Nikah
To Kiera & Eone... CONGRATULATIONS.
Kiera dear, you are soooo gorgeous, stunning, beautiful that day....
and all the dress are superb!
TQ for believeing in me to be your pengapit...hehehe.. harap gembira dengan khidmat patik :p

dan

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat....

xoxo


Tuesday, December 1, 2009

New Moon-I like!

Sy sangat lah puas hati menonton Twilight Saga: New Moon. Semalam, sy off day. So sy dengan tini berfikir2 apa lah mau dibuat petang itu...tiba2 saja teringat dan sy cakap sama tini 'ei tini jum tengok wayang'.. terus jam 1.30pm gerak ke Mines. Tapi sampai sana, ingat kan dapat jam 2pm tapi rupa2nya by the time, kami sampai, that movie sudah start 10 min dan akan ada the next movie jam 4.30pm. Mula2 fikir masuk sajalah walaupun lambat 10 min, tapi fikir2 balik, takut tidak faham nanti..hehehehe... berharga tu 1o min... :)

So apa kata saya about this movie!.

1-Sy tidak ingat bila last sy baca buku New Moon, tapi masa itu yg sy tahu sy tidak suka sequel New Moon sebab banyak scene antara Bella dan Jacob. Tapi, movie ini telah mengubah cara pandang sy. Halfway of the story, sy 'ter'fall in love sudah dengan jacob... terutamanya bila dia potong rambut dan berubah menjadi werewolves..:)). Tambah lagi waktu scene, jacob 'gaduh2 kucing' dengan alalala lupa pula nama c kawan... kiut lah... Sy suka clan werewolves... they are cool!

2-Memang banyak part dalam buku rasanya dipendekkan dan ada part yg sy rasa tiada dalam buku tapi diadakan macam bila c bella terjun dan dihempas oleh ombak, sy tidak ingat ada victoria juga dalam tu air...ehm..maybe i have to read again the book. :p. Lepas tu part bella terjun, rasanya c jacob janji dulu akan bawa c bella terjun sama2 tapi yg movie ni, terus lompat part tu pergi bella sendiri yg terus terjun. Tapi apa2pun the story tidak juga cacat, sebab isinya masih sempurna..ahahaha

3-part jacob + mike + bella tengok movie tu ada kah dalam buku? nda ingat! Tapi itu scene pun lucu... pada saya sangat ngam. Apa lagi si jacob tetiba mula panas baran...

4-ending; actually sy tidak dapat gambarkan bah sebenarnya apa yg dalam buku itu cerita...sy tidak dapat imagine apa yg c bella buat utk selamatkan si edward. Tapi bila tengok movie..baru macam...'ooo ok'..ahahahha. Ending dia best! Pada orang yg tidak baca buku ni kan, memang rasa apa ending macam tu... tapi percayalah, sy rasa best ending dia...sebab dia mengundang rasa...'sy mau tengok esclipse lepas ni'...hehehehehe

Apa saranan sy, untuk enjoy the movie, bacalah buku, i mean keempat-empat buku nya dan tengok juga movie yg 1st. Baru dapat connect cerita.

Dan nasihat sy juga sama ibu bapa, yg membawa anak2 sekitar 12 tahun ke bawah, pada sy tolong pandai pilih movie yang sesuai untuk usia mereka. Movie ini untuk mereka digest sangatlah tidak baik impaknya. Apa lagi di usia muda fikiran mereka lebih mudah terima saja dan cepat percaya... cerita kewujudan vampire, musang jadi2an, macam-macam lah. Belum cerita part 'sedikit kemesraan antara Bella-Edward, dan Bella-Jacob'...walaupun ada ditapis tapi still pada sy not advisable.


Anyway, i enjoy this movie very much. Mungkin tuk koleksi akan beli DVD nya kali..hehehe.

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...