Friday, January 8, 2010

Think!

Kisah pembakaran 3 buah gereja kesan daripada isu Penggunaan Allah benar-benar membuatkan saya terkejut + sedih + marah .... at the same time i cant hide my disappointment to the government for being such a very slowwwwwwwww in taking action. Hanya dengan alasan isu ini adalah isu sensitif. Semua orang tahu isu ini adalah isu sensitif. Apatah lagi hal-hal yang melibatkan agama. *sigh*

Memang perkara seperti ini perlu banyak pertimbangan, apa tah lagi dalam keadaan Malaysia yang berbilang bangsa, budaya dan agama. But at least, u have to do something. Jangan tunggu sampai kebakaran yg seterusnya terlibat. Pada saya, bila KDN memfailkan rayuan dan pihak Katolik bersetuju, untuk menangguhkan penggunaan Allah maka adalah seharusnya pihak Kerajaan perlu mencari jalan. Dalam masa yg sama, rakyat malaysia harus menghormati Mahkamah dan harus membenarkan Kerajaan mencari penyelesaian. Sebarang tindakan yang ekstrem harus dielakkan sama sekali. Tapi ternyata, penangan kurang sabar dan kurang penguasaan diri membawa kepada kebinasaan.

So far, tiada nyawa yang dilaporkan terkorban. Cuma bangunan gereja saja yang mengalami kerosakan akibat bahan letupan yang dilemparkan. *sigh (for 3rd time)*. Sy imagine, how if ada orang yang terkorban? maybe teman2 saya yang ada di Indonesia, akan cuma tersenyum bukan kerana mereka suka apa yang terjadi, tapi di sana sendiri memang ancaman ke atas gereja dibakar itu memang sentiasa ada, malah jauh lebih ekstrem. Dan apakah hal yang sama perlu terjadi ke atas Malaysia when u claim that we are 1 malaysian?

Nampaknya Firman Tuhan semakin digenapi, akhir zaman semakin menghampiri. Saya mengajak semua teman-teman seiman, mari kita bersatu dalam doa. Biar Tuhan campur tangan dan memberi hikmat kebijaksanaan kepada pemerintahan Malaysia supaya bijaksana dalam menangani perkara ini. Dalam masa yg sama, tetaplah memandang wajah Tuhan. Di saat Tuhan Yesus disalibkan dan diolok-olokkan oleh askar romawi, Yesus tetap melepaskan pengampunan kepada mereka. Because He is Jehovah - Shalom (peace). Because He died for all of us. John 3:16

FT katakan, 'kalau seorang menampar pipi kiri, bagi juga pipi kanan.' 'I believe despite of all this things happened, God want us to draw closer to HIM.

Be blessed.

1 comment:

vivien_capri said...

mau tunggu ada casualty baru mau ambil tindakan mkali..biasalah...'lepas terhantuk baru terngadah..' itu ka tu..mcam lain..tapi ble la pakai..hehe

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...