Saya sedang menyemak projek-projek RMKe-10 tadi dan baru masuk projek ke-4, dan ada 9 lagi. Tapi waktu sy lagi sedang menyemak, dalam masa yang sama sy teringat pelayanan ahad ni, tim ibadah raya. Jadi sy ambil pause sekejap sms mereka (takut sy lupa dan menunda pula). Tiba2 sy diingatkan tentang perihal IMAN.
Sy diingatkan tentang certain group yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan, tidak percaya manusia diciptakan oleh Tuhan, mereka lebih rela percaya manusia adalah evolusi daripada monyet....mereka perlukan bukti...dan mereka katakan sains lah yang mengatasi segala kebenaran yang tersembunyi...
Kenapa sy sharingkan ini, saya secara pribadi sering kali 'diserang' this kind of thinking. Pertanyaan2 seperti 'kau ni selalu cakap Tuhan menolong, Tuhan melindungi, Tuhan menyediakan, Tuhan itu dan ini... Betul kah?' Tell you the truth, bukan 1 dua kali saya diserang pemikiran ini, sometimes bila saya membaca bible, merenungkannya, adalah soalan2 timbul. Bahkan, kadang2 bila sy sudah faham tapi bila baca dan kaji contohnya hal 'Trinity', mesti sy sometimes boleh macam ehmmmm...macam mana sudah tu ah?...
Ya, mungkin ada yang cakap, nah kan renny, ko confuse sudah agama kau...hehehe ...sy pernah tu bila ditanya dan sy tidak dapat kasi jawapn, saya akan cakap begini 'nanti bila saya sampai surga jumpa BAPA, sy tanya DIA, kenapa itu kenapa ini...heheheh... anyway, listen first to what i want to say.
Why all of sudden sy bukakan semua ini, bukan sebab sy confuse, tapi apa yang sy mau sampaikan, despite all things yang makes me wonder sy diingatkan lagi soal IMAN TANPA SYARAT. Firman Tuhan katakan, 'Berbahagialah mereka yang belum pernah melihat tapi percaya'. Sy percaya ketika Yesus mengatakan sedemikian, DIA tahu persis anak-anakNya akan banyak mengalami cubaan dan cabaran. Sometimes, cabaran itu datang dari segi fikiran intelektual. Ibrani 11:1 - Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat -Itulah iman. We havent see it, yet we believe it. Kenapa sy berpegang kepada kebenaran ini, sy mungkin tidak pernah melihat dengan mata kasar saya, tapi sy dapat merasakannya. Tuhan kata'Dia akan menyertai kita'.. of course sy tidak nampak ada malaikat yang jaga saya berjalan2...tapi itu sy lihat dengan cara bagaimana Tuhan memelihara hidup saya. Sy pernah share dalam blog di Friendster sy dulu2, kalau bukan penyertaan Tuhan waktu sy seorang diri dalam teksi bersama 4 lelaki menumpang ke Kuantan pasti sy tiada waktu ini. Entah masih hidup, entah sy tidak dapat gambarkan! Kalau bukan campur tangan dalam kerja sy sebagai PTD, mungkin sampai hari ini sy masih cari2 kerja tetap. Kalau bukan belas kasihan Tuhan kepada sy sepanjang PTK, sy mungkin tidak dapat melepasinya. Kalau bukan perlindungan Tuhan kepada keluarga saya, mungkin salah seorang daripada adik beradik sy sudah tidak ada. Kalau bukan Tuhan menyelamatkan ibu saya daripada accident tahun 2007, mungkin sy tiada ibu hari ini. So many things that even sains tidak dapat bagi jawapan. Thats why i strongly believe, TIDAK ADA SATU PERKARA PUN DALAM HIDUP KITA TERJADI KERANA KEBETULAN, MELAINKAN ADA RENCANA TUHAN UNTUK HIDUP KITA. And thats need FAITH. Undoubtly faith.
Sy bersyukur dan berbangga punya Tuhan seperti Yesus Kristus. Hanya DIA yang mengatakan 'Akulah Jalan dan Kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.' Keselamatan hanya melalui DIA. Semua kita akan mati suatu hari nanti. Dan sampai waktunya nanti kita akan memasuki 2 pilihan:
1-Surga
2-Neraka
Kedua-duanya tetap ada penghuni. Cuma Tuhan kasi pilihan ini. Pilihan itu ada di tangan kita dan itu semasa kita masih hidup di bumi.
Fikir2kanlah....
xoxo
GBU
No comments:
Post a Comment